Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Friday, February 7, 2014

Tips Hilangkan Batuk

Wahh apasal tetiba cerita tips nak hilangkan batuk ni? hehe sebenarnya saya ada pengalaman batuk yang sangat teruk sampai 2 bulan tu. Batuk yang bukan sikit2, setiap minit batuk! kuat-kuat pulak tu. sampai buat orang lain jadi tak selesa dah. kita yang batuk ni lagilah tak selesa kan.

Dah macam-macam ubat batuk cuba dah. madu+limau pun tak jalan. 

Sampai lah masa event Herbalife tahun 2012, ada kawan bagi tips!! memang terus cuba lah kan..

haaa ni yang dia sarankan:


HERBAL ALOE CONCENTRATE

haa fungsi asal herbal aloe concentrate ni untuk bersihkan usus kita. Biasa kita akan campur dengan air kosong untuk minum.

Tapi untuk batuk, jangan campur langsung dengan air. minum pekat-pekat, memang sangat masam tapi lega kottt tekak. Cuba habiskan sebotol ni dalam seminggu. and saya sendiri habiskan dalam masa 3 hari. dan Alhamdulillah dengan izin Allah, batuk saya totally hilang! 2 tahun tak batuk dah! 

Alhamdulillah ramai juga customers saya yang memang jadikan Herbal Aloe ni sebagai ubat batuk dia. 

Nak tau apa lagi yang improve after saya habiskan sebotol ni dalam 3 hari?

Sebelum ni setiap bulan mesti saya demam! kat klinik memang boleh tengok rekod kita, every month datang melawat doktor huahua. tapi after minum aloe ni, memang dah tak demam-demam dah! kiranya dia dapat improve kan immune system kita!

Haaa tapi nak minum aloe ni, kena minum shake sekali. Baru berfungsi! At least minum Herbalife shake sekali sehari especially as our breakfast! Alhamdulillah, sepanjang pregnant ni, saya minum shake sebanyak mungkin. Nak bagi baby complete nutrisi :)))

Oh ye, testimoni berkaitan aloe ni ada lagi tau. meh saya list kan:
  • untuk masalah buasir. husband saya dulu penah buasir yang sampai doktor cakap seminggu baru boleh sembuh. saya bagi husband saya (masa tu kawan lagi hihi) minum aloe ni, Alhamdulillah, dalam masa 1 malam sahaja, hilang masalah buasir! Dia cakap bangun-bangun tidur, rasa macam tak pernah sakit :)
  • masalah buang air besar - dulu sebelum Herbalife, saya buang air besar seminggu hingga 2 minggu sekali. after amalkan shake and aloe ni, Alhamdulillah, setiap hari dah boleh membuang. tak adalah nak kumpul toksin dalam badan kan :)

Haaa untuk uolss yang ada masalah kesihatan, and rasa-rasa nak cuba dengan Herbalife, contact lah saya. kalau segan, whatsapp sahaja :)) Seronok dapat tolong orang

018-3852328 (Najihah)
018-2705549 (Wan)

Thursday, January 30, 2014

Check up di Klinik Kesihatan

Hye readers,

Lama sangat menyepi tetiba hari ni rasa nak cerita something. pasal my experience check up di Klinik Kesihatan.

Ok, dah masuk 36 weeks baru nak cerita haha. I buat check up kat Klinik Kesihatan Puchong. Since my 1st time pergi check up kat situ, I belajar untuk bersabar menunggu. Yes, sebab bukan I sorang pun yang tunggu lama kan. Konon sentiasa positif and cuba cari benda yang positif. Sehingga lah I selesa dengan nurse kat situ. ada 2 orang nurse yang i selesa lah (bukan semua haha)

Kalau appointment pukul 3 pm, make sure kita dah kena sampai pukul 2.30pm. kadang-kadang sekejap je dah dapat no giliran. and dah beberapa kali jugak almost sejam tunggu hanya nak dapat no giliran pfftttt.. itu lah yang terjadi masa i check up untuk 36 weeks (isnin hari tu)

I sampai je tengok ramai sangat orang kat kaunter pendaftaran. ramai sampai tak ada tempat duduk lagi dah and few preggy mommies and I berdiri tunggu no giliran. almost sejam ok tunggu. tapi memang sangat bersabar masa tu siap bergelak ketawa dengan hubby.


macam biasa, after dapat no. giliran kita akan buat prosedur biasa which are ambil sample air kencing and bawa pergi lab dia. then check darah pulak. after that baru hantar buku pink kat bilik nurse. time ni pun memang lama tunggu turn. my hubby dah gelisah tapi kitorang bergelak ketawa tengok kartun. habis 2 kartun pun nama masih tak dipanggil. huhhh..

bila nama dipanggil je, excited lah kan. masuk-masuk je, nurse tu (yang sebelum ni was my fav nurse) marah-marah sebab I datang lambat. Dia pertikaikan I datang untuk ambil no giliran lambat. ok terkejut sangat masa ni sebab dia siap hempas buku pink tu. then I explain yang I dah lama sampai tapi tunggu 2 jam kat luar. tak puas hati kot dia tak berhenti marah-marah T_T.

I masuk jumpa dia masa tu jam dah nak dekat pukul 5, maksudnya memang tak sempat nak jumpa doktor. end up dia suruh I datang balik untuk jumpa doktor 30 Jan (hari ni). fuhhh ingat kitorang tak kerja ke and rumah kitorang sebelah je ke? huh sabar je lah. nak tak nak I senyum je and buat keadaan macam ok je.

Nurse tu dah buat I rasa nak cepat-cepat bersalin supaya tak payah jumpa dia lagi. hoho. next appointment 10 Feb 2014. Baby sayang, cepat-cepat keluar ye :))))

heeee....

Oh tapi ramai juga nurse yang baik-baik. cuma tak bestnya toilet dia memang sangat teruk. kalau dari 5 bintang, I bagi 1 bintang je. haaa nampak tak betapa teruknya toilet dia! (ke sebab memang diri sendiri jenis sangat memilih toilet?)

hopefully, klinik-klinik kerajaan ni akan improve servis diorang. InsyaAllah :))

Friday, June 21, 2013

Life Sebagai Seorang Isteri

Salam Jumaat to all readers!!





 Alhamdulillah syukur sangat-sangat segalanya berjalan lancar. Gambar-gambar majlis saya tak dapat nak share lagi sebab belum dapat dari photog lagi. so bersabarlah ye.

Kami baru balik honeymoon kedua kami! wahaha. Kami ke Krabi dan Bangkok! Krabi is a must place to go! seriously! the place, pantai, hotel, makanan, everything is perfect! Kami ke Bangkok sebab attend event Herbalife, so sambil-sambil honeymoon lah sekali kan. insyaAllah, Oktober ni akan kembali ke Bangkok lagi :-)

Ramai tanya best tak kahwin. Apa punya soalan lah. Mesti lah best. Allah je tau rasa bahagia ni macam mana.

Satu perasaan yang tak boleh nak diceritakan bila tatap muka suami masa suami tidur. Saya biasa tidur selepas suami tidur so ambil peluang tatap muka dia and masa tu akan rasa terharu, bersyukur sebab banyak pengorbanan suami untuk kita. Bersyukur dengan anugerah Allah. Masa tu juga saya akan fikir tanggungjawab sebagai seorang isteri. Janji saya setiap kali pandang muka suami, saya nak bahagiakan dia, jaga dia sebaik mungkin. InsyaAllah. Selalu sebak huhu.

Seronok sekarang setiap masa suami sentiasa dekat. And saya masih cuba biasakan diri and belajar macam-macam. Yelah, dulu semua benda kita fikir untuk diri sendiri. Sekarang dah kena fikir suami sekali.

Kelakar pulak bila ingat balik, masa unpack barang dari Krabi nak packing untuk ke Bangkok, baru perasan yang seluar Encik Suami tak ada. Huh, tertinggal kat hotel Krabi! hahaha~ teruk betul rasa. Tak apa, kan dalam proses belajar. :-)

OK lah. nantikan entry akan datang pula ye!

Assalamualaikum!


Tuesday, May 7, 2013

Checklist Majlis Nikah + Sanding

Bismillah..

Alhamdulillah hari ini dah masuk 7 May 2013. selesai mengundi. and sekarang debaran makin terasa sebab majlis saya dah dekat sangat! 19 hari lagi! hehe tup tup nak kahwin dah kan.

Entah-entah entry ni entry terakhir sebelum majlis kan.sebab saya memang liat update blog ;p

Nak tau tak progress majlis macam mana? haha semua orang terkejut saya sangat relax, macam majlis setahun lagi hehe.

family sendiri pun dah pening sebab saya buat donno je. huh sangat tak sempat sebenarnya.

Jom kita buat checklist!

1. photographer - Sisters' Wedding Photog (setel)
2. baju nikah - setel
3. aksesori (tudung + veil) - pending
4. Baju sanding L+P - Adli Bridal (setel)
5. hantaran - setel
6. pelamin - DIY hopefully ok huhu berani2 je ni
7. bunting -pending (tempah kat pak usu, murah RM10 je sebab kononya subsidi haha)
8. hand bouquet - pending (tempah kat ciklah)
9. make up - Kak Lin Adli Bridal (setel)
10. kad kahwin - setel
11. door gift - setel
12. bunga manggar - pending
13. facial treatment - setel
14. dental treatment - pending
15. inai - DIY (serbuk inai entah kat mana lah simpan huhu)
16. cadar bilik - setel
17. rose petals for bilik - pending
18. kipas + bantal sanding + payung - setel
19. bantal nikah - setel
20. beli sexy lingerie - erkkk baru teringat!
21. padicure/manicure - not yet!
22. honeymoon - Krabi setel. Bangkok tak setel lagi!
23. kek 2 tier - pending
24. rumah - setel (continue kat rumah lama je. cuma nak cat cantikkan)

conclusion nya, banyak benda tak setel lagi and sekarang dah botak sebab duit keluar macam air. huahua..

doakan majlis saya berjalan lancar ye. and doakan supaya sifat cerewet saya dibuang jauh2 hihi

Friday, May 4, 2012

Info kesihatan 1


Assalamualaikum..

entry kali ni saya nak share sikit pasal info kesihatan. sikit sudah..yang lain simpan untuk next entry (yang entah bila haha)..


Biasa tak dengar kalau nak turunkan berat, kena banyak makan makanan yang berunsurkan protein? contoh ikan lah yang paling senang. saya pun dari kecik memang banyak makan ikan sebab nak jaga badan.


Dalam herbalife pun, memang ada product whey protein atau senang panggil, formula 3, sesuai sangat untuk turunkan berat, naikkan berat and paling best untuk reshape body.


BUT,


kalau ambil protein tanpa minum air yang cukup, memang sangat-sangat bahaya!


sebab protein yang kekurangan unsur hydrogen (daripada sumber air)akan menjadi tepu. and protein tepu ni mudah sangat membentuk lemak!Lemak daripada protein ni akan tersimpan lah kat bawah kulit kita. paling bahaya kalau lemak ni kat dalam saluran darah.


so kalau taknak ada pelampung semulajadi kat badan kita, kena lah minum air banyak-banyak!


That's why orang Herbalife minum air sangat-sangat banyak. Hasilnya, badan solid je ;) Kalau anda rasa minum 3 litre air dah cukup banyak, jangan terkejut orang Herbalife minum air 5 atau 6 Litre air sehari. Ada yang berjaya minum 10 Litre air tau! 3 Litre tu tutup mata je minum hehe.


Biasanya untuk customer saya, saya akan minta dia cuba minum 3 Litre air. Kalau dah berjaya, saya akan minta dia minum lebih lagi. And semua dah berjaya minum 5 atau 6 Litre sehari. Awal-awal je rasa susah, lama-lama dah terbiasa ;)


So kena lah rajin-rajin minum air ye..


Wednesday, March 28, 2012

Assalamualaikum..

Maaf lama sangat tak update blog. Terlalu busy dari bangun tidur sampai lah lelapkan mata tengah2 malam. Siang macam biasa saya di office, petang balik rumah buka laptop untuk hal2 Herbalife. Masa ni akan check ada tak customer yang tanya pasal produk. Buka website herbalife untuk order product and tengok perkembangan downline. Kadang-kadang bila ada orang yang baru nak cuba Herbalife, masa ni memang sibuk explain. Sampai Maghrib, offline untuk mandi solat semua kemudian terus siap-siap nak keluar. Keluar follow up customer, atau jumpa new customer, atau mencari customer, atau keluar makan dengan yang tersayang ;) Eh padahal jumpa customer pun orang tersayang mesti teman hehe. Balik malam-malam, online lagi buat apa yang patut pasal bisnes. sempat jengah FB and twitter. settle semua baru masuk tidur. seronok life saya sekarang. tak ada lah bosan duduk rumah tak buat apa-apa kan..

saya baru dapat rehat 2 minggu, Alhamdulillah selesai kerjakan Umrah. tenang sangat kat sana. Tak tahu nak explain macam mana perasaan tengok kaabah dekat2. Sentuh kaabah lagi lah rasa tenang sangat plus terharu plus entah-apa-lagi-rasa. Okay taip ni pun meleleh lagi air mata. Harap sangat dimurahkan rezeki so boleh kerap pergi sana. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Rasa malu sangat sebab dosa terlalu banyak tapi Allah sudi jemput untuk ke Tanah Haram. betul-betul muhasabah diri. Fikir balik mesti ada sebab Allah jemput ke sana walaupun banyak halangan. bayangkan dua bulan sebelum pergi, saya nak tarik diri sebab duit tak cukup. Tapi takdir Allah, saya tak boleh nak tarik diri. Berusaha cari duit. Alhamdulillah sampai sana jugak.

InsyaAllah ada rezeki lagi akan datang, nak pergi sana lagi. Taknak pergi mana-mana cuma nak pergi Tanah Haram sahaja. Amin..

Now bila dah balik Malaysia balik, ambil masa jugak nak back to normal life especially kerja and bisnes. sekarang pun masih nak susun balik jadual follow up customer. Kat office pun blur lagi nak buat kerja. Nak bangun pagi lagi lah susah. Jetlag dipersalahkan hahaha.

okay, ada masa saya upload gambar-gambar di Tanah Suci. Ada masa lebih lagi, saya update pasal Herbalife ye..insyaAllah... Eh cerita saya kat Singapore pun tak update lagi ;p hehehe ampun maaf semua...

oh ye, pasal Herbalife, starting from April onward, product herbalife akan naik harga up to 2.5%!! soooo sesape yang berminat nak guna herbalife, this is the best month (March) untuk beli! sebab dapat jimat banyak sangat compared to awak beli next month! sempat lagi ni kalau nak beli bulan ni! call saya kalau berminat ok! 017-7270067. SMS pun boleh, nanti saya akan call ;)

Thursday, January 26, 2012

Cara nak buat bisnes Herbalife

Assalamualaikum ;)

Entry kali ni saya nak cerita camne nak buat bisnes herbalife ni.. tak susah. student uni pun ramai dah berjaya. yang income puluh ribu sebulan pun ada.

kalau awak cakap susah, tak reti nak bisnes, semua orang yang mulakan bisnes herbalife ni memang start dari Z E R O! serius tak tahu apa2 tapi yang penting ada kemahuan nak buat.

cara dia simple!

1. GUNA
2. PAKAI
3. BUAL

kan simple.. awak guna produk tu. syarat yang wajib awak ikut. then pakai button. macam2 button ada. button ni awak memang dapat masa register sebagai ahli. bila pakai button, pergi mana2, ramai akan tanya. dari situ awak dah boleh buat cara yang ketiga which is BUAL. cerita kat orang tentang produk. tunjukkan testimoni. kalau orang tu tak minat, NO PROBLEM! jangan sedih..
dalam Herbalife ni Nombor sangat penting. kalau berbual dengan 10 orang, mungkin seorang je yang berminat. so jangan down bila ada orang menolak. teruskan berbual.

orang pertama tolak, takpe berbual pulak dengan orang kedua..orang kedua tolak jugak! jangan sedih! sepatutnya awak HAPPY sebab makin dekat dengan orang kesepuluh yang akan minat nak beli!! so berbual berbual dan berbual!

Paling paling paling penting, pergi setiap event Herbalife!! jangan miss langsung! syarat nak berjaya dalam herbalife, attend event! dari sekecik2 event hingga sebesar2 event, kena datang!

bawak orang pergi event. kalau tak ada orang nak ikut, pergi sorang2 pun tak apa. tambah ilmu ;)

bagi orang yang dah daftar ahli which is dah pun jadi distributor, sangat rugi tak pergi event. awak hanya guna produk herbalife dengan murah tapi awak tak ambil peluang untuk tambah pendapatan awak. tak susah, senang je herbalife ni..

Makin lama, saya makin jatuh cinta dengan herbalife..

Call saya jika minat nak tambah pendapatan. 017-7270067

Monday, December 26, 2011

Turunkan berat dengan Herbalife?

Assalamualaikum

2011 dah pun labuhkan tirai. azam awak-awak semua yang nak kuruskan badan tahun lepas dah berjaya ke belum? ke carry forward je? nanti alih-alih carry lah sampai 2013..pun tetap tak berjaya kan.. ada yang terasa ke? hehe normal lah utk semua manusia.. azam ni hangat-hangat tahi ayam je ;p

Oleh kerana sekarang saya memang dah falling in love dengan Herbalife, saya nak share lah kat korang.. bila terangkan pasal HL ni kat orang, benda yang biasa akan ditanya "berapa harga?" "dalam 1 set tu ada ape?"

bila dah explain bla bla bla, dapat feedback "mahalnye kak.." "macam mahal je" "saya student lagi ni, tak boleh murah lagi ke?"

ok so sekarang saya explain kan lah terus..senang!

untuk nak kuruskan badan, awal-awal saya akan bagi 1 kotak yang cantik (pada mata saya lah). kotak tu macam yang dalam gambar kat bawah ni



ok dalam box ni, ada Formula 1, Formula 3, Tea Mix dan measuring spoon. oh, saya juga akan bekalkan shaker cup untuk customer yang baru ;)

apa pulak fungsi setiap benda2 alah tu kan? ok jom kita tengok

formula 1 yang dalam bekas paling tinggi tu, fungsi dia memberikan rasa kenyang dan tenaga. formula 1 ni memang lengkap dengan vitamin, mineral dan semua zat-zat yang diperlukan badan. dianggap sebagai nutrisi yang sihat.

formula 3 pulak, setiap 1 sudu mengandungi 5g protein soya yang membantu pengambilan protein yang cukup seperti disyorkan. and paling penting, mengelakkan fenomena "Yo-Yo" dalam penurunan berat badan.

And tea mix, fungsi dia memberi tenaga segera dan mengenyangkan. ini memang sangat terbukti. siapa yang kuat tidur dalam kelas, atau sering mengantuk masa driving, boleh cuba minum tea mix ni..rasa bertenaga je.. Tea mix ni jugak boleh kawal selera makan kita yang suka sangat makan benda remeh temeh. paling best, tea mix boleh mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak. bila cakap pasal lemak je, mesti dah terbayang dalam badan penuh dengan lemak..adusss takut!

ok macam mana nak guna produk ni? paling penting korang kena sentiasa ingat yang herbalife ni bukan ubat pelangsing badan ke apa.. tapi nutrisi lengkap sebagai ganti meal kita.
meh saya ajar jadual nak guna produk ni

pagi, breakfast - 2 scoop formula 1 + 1 scoop formula 3 (saya suka blend dengan ais)
tengahari, lunch - makan nasi dengan kuantiti yang sedikit dan lauk yang sihat
malam, dinner - 2 scoop formula 1 + 1 scoop formula 3

haaa kan simple.. nak buat shake tu senang je..3 minit je dan sangat mengenyangkan!! best sangat! oh formula 3 ni ada 5 flavors.. dutch chocolate, cappucino, vanilla, strawberry and tropical fruit. nak buat shake ni pon boleh ikut kreativiti.. nak tambah buah-buahan pastu blend! pehhh sedap lah! dah macam minum ice blended tuuu..

ok tea mix tu bila masa pulak nak minum?
haaa yang ni kena sentiasa minum sepanjang hari.. habis 1L, refill lagi botol air awak tu. orang-orang herbalife semua memang akan kuat minum air. biasa saya minum 3 hingga 4 litre air sehari. tapi saya ada jumpa dengan orang yang minum 20L sehari!!! sangat-sangat sihat lah orang macam tu. bila minum tea ni, toksin yang penuh dalam badan kita akan berebut keluar. memang dalam sejam tu kadang-kadang 2x masuk toilet. ada jugak orang yang berpeluh je.. macam saya lah contohnya, kat ofis semua orang kesejukan siap pkai blazer pastu pakai pashmina lagi..tapi saya asyik bising panas je. hahaha..

herbalife ni satu je yang orang selalu pertikaikan. MAHAL! Alaaa macam lah kesihatan awak tu murah sangat.. beli rokok sehari sekotak, tak mahal pulak? 1 kotak rokok RM10, kalau sebulan dah RM300.. tak mahal ke? oh cakap pasal rokok, ramai consumer herbalife automatik berhenti rokok tanpa dia sedar. hebat sangat!!

sebenarnya awak boleh dapatkan harga yang murah. boleh pilih sendiri nak discount berapa banyak. 25%, 35%, 42% atau 50%? pilih sendiri! kalau nak tau macam mana nak dapat harga discount macam tu, call je lah saya. SMS saya malas nak layan. orang yang serius nak sihat, call saya terus. saya layan orang yang serius je ;)

ok call saya untuk tahu lebih lanjut k 017-7270067

sebelum saya lupa, nak bagitahu ni, mak saya dah turun 6kg in 5 weeks!! walaupun dah mencecah 55 tahun! sangat happy! sebenarnya awak boleh guna produk secara serius dalam masa 3 bulan..insyaAllah dalam 3 bulan boleh turun 10kg.. ada jugak yang turun 15kg dlm 3 bulan.. saya dah pernah jumpa dengan orang yang turun puluh2 kg ok.. nanti bila2 saya letak gambar testimoni ok ;)

p/s: cerita pasal event Zero2Hero after this entry ok. haha entry yang ni dah tersimpan dalam draft lama sangat. sebab tu awal2 cerita pasal azam tahun baru ;p

Monday, December 5, 2011

Turun 2kg dalam seminggu!



SALAM SEMUA ;) pernah dengar pasal HERBALIFE? atau pernah dengar tapi tak tahu apa-apa? hehe

sebenarnya dah setahun lebih saya tahu pasal produk HERBALIFE and selama tu jugak lah saya percaya dengan produk ni CUMA as manusia biasa, perkataan 'NANTI' tu je lah yang asyik keluar dari mulut.. sibuk cerita kat kawan pasal hebatnya HERBALIFE padahal diri sendiri tak pernah guna -___-"

yang paling best, mak saya sendiri yang percaya kat produk ni start dari saya bercerita kat mak saya tahun lepas! Dia lah yang asyik tanya "bila nak buat herbalife?" and setiap kali lalu highway utara-selatan, mesti akan nampak ada 2 iklan besar herbalife.. setiap kali lalu tu jugak mak akan cakap "tu herbalife" kalau dia senyap, saya tetap nampak mata dia tertarik dengan iklan tu. and sejak saya kerja, saya banyak kali tanya kat mak bila nak start guna herbalife.. tapi sebenarnya mak memang dah tahap paksa saya belikan dah hahaha anak derhaka betul saya ni tak tunaikan impian mak..

Alhamdulillah 25 November 2011 masa mak saya turun KL, saya bawak mak saya jumpa Joe, timbang berat and terus beli herbalife set.. mak saya turunkan berat, saya pulak naikkan berat.

ok and mak saya start consume herbalife hari Ahad 27 November 2011. setiap hari saya call tanya dah minum shake belum? rasa lapar tak? dah timbang belum? kalau tak setiap hari pun, 2 hari sekali saya call..

4 Disember 2011, genap seminggu mak saya guna herbalife. saya call mak tanya dah timbang ke belum? tapi mak main tarik tali segan nak cerita. saya paksa mak cerita jugak. and ALHAMDULILLAH mak saya TURUN 2KG IN A WEEK!!

Makin semangat saya and happy yang terlampau. tak sabar nak balik kampung jumaat ni sebab nak tengok perubahan mak ;)

Lepas ni, saya nak pujuk abah saya pulak guna herbalife.. biar satu family sihat!

Thank You Herbalife!

*saya masih belum timbang berat since guna herbalife. Joe cabar saya naik 2kg!

oh ye, herbalife bukan untuk orang yang nak kuruskan badan je, nak gain weight pun boleh..dah ramai berjaya. yang tak berjaya tu sebab tak disiplin lah, bukan sebab herbalife tak bagus.

sesiapa yang nak cuba guna herbalife, tak kisah nak kurus ke, nak gain weight ke, nak reshape body ke, or nak sihat, call saya ye 017-7270067. saya sedia membantu sebab saya percaya kan produk ni :)

atau ada sesiapa yang nak mulakan bisnes? pun boleh call saya..

Monday, November 28, 2011

Kan orang cakap "Love is blind".. ramai tak percaya sehingga dia sendiri yang rasa ;)


'sumber gambar'

Ramai bertanya macam mana nak tabahkan hati bila kecewa. tapi saya sendiri tak ada jawapan. nak tak nak, kau memang kena teruskan hidup. kau jatuh tergolek pun, kau tetap kena bangun semula. memang bukan senang, itu saya tak nafikan.

Bila dah putus, kemudian nak kembali bersama, ramai akan cakap kita bodoh. tapi mereka tak tahu istilah cinta itu buta.

tapi bila dah berulang kali dikecewakan, kau sendiri yang akan tawar hati, rasa respect yang tebal selama ni semakin nipis, sometimes terus hilang.. and dari situ, hati kau akan sembuh dengan sendirinya ;)

kawan-kawan yang tengah putus cinta tu, semoga berjaya tabahkan hati. tak salah menangis. kalau nak menangis setiap hari sampai cukup setahun pun terpulang lah..