Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Monday, November 28, 2011

Kan orang cakap "Love is blind".. ramai tak percaya sehingga dia sendiri yang rasa ;)


'sumber gambar'

Ramai bertanya macam mana nak tabahkan hati bila kecewa. tapi saya sendiri tak ada jawapan. nak tak nak, kau memang kena teruskan hidup. kau jatuh tergolek pun, kau tetap kena bangun semula. memang bukan senang, itu saya tak nafikan.

Bila dah putus, kemudian nak kembali bersama, ramai akan cakap kita bodoh. tapi mereka tak tahu istilah cinta itu buta.

tapi bila dah berulang kali dikecewakan, kau sendiri yang akan tawar hati, rasa respect yang tebal selama ni semakin nipis, sometimes terus hilang.. and dari situ, hati kau akan sembuh dengan sendirinya ;)

kawan-kawan yang tengah putus cinta tu, semoga berjaya tabahkan hati. tak salah menangis. kalau nak menangis setiap hari sampai cukup setahun pun terpulang lah..

Sunday, November 27, 2011

Meniti Bahagia :)

Tahniah buat rakan yang baru diijab kabulkan,
semoga menjadi suami yang sentiasa dapat membimbing isteri

Tahniah juga buat beberapa rakan yang baru sahaja bertunang
semoga segala urusan perkahwinan yang bakal tiba dipermudahkan

*kawan baik kecap bahagia, tu yang diri sendiri ter'over bahagia ;)

dan juga buat semua muslim, salam maal hijrah
semoga kita semakin dekat dengan Allah


nota kaki: ni dah jadi entry kompilasi ucapan pulak hehehe

nota kaki 2: Tajuk entry macam nak bercerita tentang bahagia si empunya blog haha.. saya rindu mahu update blog tapi oleh sebab saya lebih banyak mencurah buah fikiran di twitter, maka dah tak ada apa nak tulis kat blog. heeee...

Thursday, November 3, 2011

Hye STALKER!

tak payah lah nak jenguk facebook saya, twitter saya, blog saya (mana saya tahu? sebab stalker itu yang PM saya bagitahu =,=)

sampai saya nak update apa2 pasal saya pon kene pikir banyak kali

tak penat ke stalk orang?

berhenti lah buat keje tak berfaedah ni

RIMAS ok!