Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Thursday, January 20, 2011

bersantai~

seronoknya lah cuti harini.. memang qada' tidur betul2 punya lah ;p

harini lepas update blog, nak hantar my laptop masuk hospital. (nak jugak after update blog) laptop ni dah jadi ladang virus dah. memang gila rasa nak nangis tengok. antivirus sampai tak mampu nak buat apa-apa dah -___-" first time kot nak kena format laptop ni. semoga cepat sihat ye...

oh sabtu lepas saya pergi berphotoshoot dengan my bestie. saja menggedik tak tentu pasal. hehehe..

















ok! sudah mahu hantar laptop masuk hospital! bye2

Wednesday, January 19, 2011

saya update blog esok! ye saya akan cuba

(dah memang tahap pemalas yang melampau)

Monday, January 10, 2011

Kita komen AJL25 secara lembut sahaja ok!

Result AJL25 semua orang pun dah tahu. puas hati ke tak puas hati tu lantak korang lah.

tapi AJL sempena Jubli Perak ni memang sangat2 best! everything dari awal sampai habis Siti menyanyi memang semua best. Part result diumumkan tu tak tergolong lah ye..

Nash nyanyi lagu Pada Syurga di Wajahmu memang sangat mantap lah. terbaik! sampai meremang bulu roma.

Yuna, saya suka baju kamu! orange yang sangat energetic! steady je menyanyi. tak apa bukan rezeki kamu untuk menang tahun ni. tapi kamu boleh menang pakaian terbaik :)

Faizal Tahir? setiap tahun tak pernah kecewakan penonton! memang sentiasa lain dari yang lain. siap ada swimming pool bagai.. berbaloi.

oh ye, untuk Ana Raffali pula, kemunculan Zahiril Adzim sebenarnya dah terkantoi awal2 lagi sebab Zahiril Adzim sendiri yang cerita kat blog dia. hehehe.. tak apalah. apa2 pun, tahniah Zahiril Adzim! kamu menang AJL25! eh sorry..Tahniah Ana Raffali.. speechess!! (bak kata Faizal Is Mail)

Stacy, wah kamu kurang seksi kali ni. bagus2..

Hafiz, saya tak tahu nak komen apa.

Saya tak suka rambut Tomok! errr bukan taste saya..menakutkan je dengan pakai eyeliner tebal2 lagi..

jap jap jap....woooahhhhh kali ni for the first time saya nak puji Dato' Siti Nurhaliza! saya suka baju dia kali ni. dia berjaya pilih baju and cutting yang sesuai untuk dia. sebab selama ni kebanyakan baju dia menampakkan yang dia gemuk + berisi. kali ni sangat slim. syabas! saya suka. sangat2 suka.

syahir, amacam kena penampar sebijik? hahaha sian kamooo..Pang sekali.. ouchhhh sakitnya...



Apa2 pun, saya suka kamu wahai Faizal Is Mail! tetap terbaik!

pentas AJL kali pun terbaik lah.. besar, luas. and everything is perfect except for the result!






*tolong ingatkan aku esok jangan tidur di office.

**saya minat zahiril adzim. penyedap hati Ana Raffali menang.

Sunday, January 9, 2011

Bila geng scooter berkumpul!

YA ALLAH..kuatkan lah imanku..

kesabaran memuncak!

tak faham dengan budak-budak yang baru nak up ni..

kumpul ramai-ramai dengan scooter. eh scooter ke vespa? scooter dengan vespa sama eh? arghhh tak tahu lah..

bingit betul. mengganggu ketenteraman hari ahad je!

dah macam budak rempit je..masing2 bawak awek. berkepit.

kalau ye pun, pergi lah jauh2..ni dekat kawasan perumahan. melepak berejam2 dekat parking lot.


ok ni vespa ke scooter? hahaha saya tak tahu..


haaa macam ni lah diorang gather ramai2. memekak..

fine! hari ni dimaafkan. if next weekend pun diorang buat hal lagi memekak je aku bawak rotan libas sekor2!

tahu lah korang remaja, baru nak up..

*tetiba teringat balik dulu masa saya remaja macam diorang, apa yang saya buat? macam banyak melepak gak je...huhuhu*

gambar-gambar, terima kasih pakcik google!

tak sabar tengok AJL25 sebab nak tengok artis pakai cantik-cantik ;)

semua orang nak kecoh siapa bakal menang AJL malam ni.

saya tak kisah sesiapa pun menang
-
-
-
-
tapi
-
-
-
-
-
tolong
-
-
-
-
-
JANGAN
-
-
-
-
-
STACY!




saya tak mahu.

kahkahkahkah~


yang lelaki teringin nak YUNA menang. Perempuan teringin nak Faizal Tahir menang. tak pun Black. KORANG MEMANG TAK BOLEH JADI JUDGES!! SANGAT2 TAK BOLEH!


rosak lah industri hiburan kalau korang jadi judges.


pilih kasih sangat -_____-"


harap maklum ye ENCIK OSMAN

Thursday, January 6, 2011

Assalamualaikum..

sangat tak berdisiplin kan saya berblogging ni..dulu masa zaman2 belajar dulu rajin je update blog, ada je entry baru setiap hari. sekarang? dunia dah berubah huhu..

oh ye..saya tak pernah cerita pasal kerja saya kan?

dulu masa kecik2, zaman sekolah rendah dulu, apa cita2 korang? saya dulu paling tak suka bila cikgu panggil sorang2 tanya cita2 sebab nak letak dalam record book. sebab masa tu lah baru saya nak fikir saya nak jadi apa..

so jawapan setiap tahun dari darjah 1 sampai darjah 6 mesti berubah-ubah. memang hampeh zaman hingusan dulu. tapi ada 1 cita-cita yang tak pernah berubah. nak jadi pramugari! tak senonoh betul. berangan macam apa je! ok dulu tak tahu yang diri tak mampu nak meninggi dengan jayanya..kalau sekarang bagitahu parents nak jadi pramugari, memang kena pancung lah nampaknya.

oh ok..selain pramugari tu, cita-cita saya nak jadi saintis, nak jadi arkitek, nak jadi doktor, nak kerja duduk ofis pakai baju cantik2, nak jadi cikgu, nak buat bisnes.

bila dapat offer ambil biotech kat upm, TUHAN je yang tahu perasaan ni. masa tu asyik fikir, apa hikmah semua ni..sedih masa tu tak payah nak cakap lah..

bila dah kerja ni, baru realize yang ALLAH makbulkan doa dan impian saya masa kecik2 dulu. biotech dengan saintis memang tak boleh nak dipisahkan. tengok, impian saya ALLAH dah makbulkan. sepanjang 2 bulan lebih kerja ni, bos saya ajar macam2. dia taknak saya hanya jadi researcher. kadang2 bos suruh buat floor plan untuk clients, so saya buat walau tak ada basic. walau cincai macam apa je, tapi impian saya nak jadi arkitek dah tercapai. Syukur sekali lagi. bos pun push saya untuk cuba jual produk company. saya cuba..kan sekali lagi impian saya tercapai. nak involve kan diri dalam bisnes. nak kerja dekat ofis duduk depan komputer mengadap segala macam file, ya saya buat juga kerja2 macam tu. Alhamdulillah..

sekarang baru sedar, ALLAH bagi apa yang saya nak..tapi DIA bagi lambat supaya saya belajar erti susah. erti kecewa. Syukur sangat..cuma certain impian saya je tak tercapai. mungkin bukan sekarang.

now macam2 yang saya sedang belajar. buat advertisement, deal dengan supplier, deal dengan customers. oh ye, saya sekarang dah pandai bawak forklift!! haha ingat lelaki je ke boleh bawak. bos pun terkejut!! semua benda kat dalam company saya nak belajar.

tapi normal lah kan, bukan semua benda kita puas hati. impian yang saya akan cuba capai, nak jadi cikgu. saya akan cuba.

cita-cita nak jadi doktor tu memang dah campak masuk longkang dah! saya penakut dengan darah. jari terkena pisau sikit dah jerit panggil adik suruh letak ubat. -__-"

so korang macam mana? kalau rasa cita-cita tak tercapai, percaya lah Allah dah tetapkan rezeki yang terbaik untuk kita. DIA Maha Penyayang, Maha Pemurah..


;)

setiap orang ada target masing2. umur 25 mesti dah capai itu ini.. ramai je kawan2 yang sebaya dah berkereta mewah, gaji besar2..pada saya tu tak penting. masing2 ada rezeki yang ditetapkan. sekali lagi, mungkin Allah taknak bagi saya kesenangan dengan mudah. mungkin saya kena berusaha lebih untuk rasa senang.

berdoa dan yakin dengan ALLAH.

Tuesday, January 4, 2011

ye saya tahu saya dah jarang update blog

dapat online masa kat office je so faham2 lah kerja berlambak berbukit-bukit

so sekarang tengah plan nak beli p1wimax tapi masih berkira2 adakah ia berbaloi disebabkan saya duduk di rumah sangat sekejap. (maksudnya balik kerja>mandi>tengok tv>makan>sembahyang>tidur) saya tidur awal ye sekarang.

and masih berkira-kira and memujuk hati agar tidak kedekut untuk membayar bil broadband tersebut. saya sangat berjimat ok. nak makan kat luar pun berkira gila

so ini dikira 1st entry saya untuk 2011. haihhhh angan-angan nak buat entry yang gempak tapi hanya mampu buat entry 'pemberitahuan' sahaja sekarang. sangat banyak kerja ok! non-stop sampai rasa nak pengsan. nak minum air pun kadang2 tak sempat. takpe..bertahan...