Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi junior Iker Casillas!!

Haihhhh..sekarang semua perempuan dah cair dengan Fahmi..tapi memang terbaik lah budak Fahmi ni. dah ala-ala Iker Casillas dah cara dia main.

seronok kot semua orang, Malaysia menang. sampai boleh dengar penyokong yang duduk kat kedai makan yang jauhnya hampir 1 km dari rumah terpekik terlolong menyanyi sampai 1 pagi. semangat kesukanan betul. sepatutnya kerajaan sponsor diorang ni ramai2 pergi sokong kat Indonesia. hebat diorang sampai aku nak tidur pun tak boleh -__-"

dan, esok jadi public holoiday! aku tak tahu lah happy ke tak.. bosan kot terperap kat rumah 3 hari. nak berjalan poket kering! hehehehe

p/s: apa perasaan zaquan adha tengok bola final semalam dengan hari tu? mesti jealous sebab tetiba safee menyerlah gila. haha

Thursday, December 16, 2010

Kuat makan!

Assalamualaikum ;)

nafsu makan saya sekarang bertambah tambah. macam makan untuk 2 orang! setiap hari pun mesti nak masak makanan yang berbeza2. daging blackpepper lah, ayam masak lemak cili padi lah, tomyam, sup, sambal tumis, asam pedas. paling malas pun ikan goreng. tu pun sekali makan 2 ekor! selalunya lunch waktu petang, tapi malam lepas maghrib dah rasa kebulur. gila betul perut ni..

paling tak boleh blah, sebelum pergi kerja dah breakfast at least 3 keping roti, tapi tengahari pukul 12 perut dah terpekik terlolong kelaparan. tak paham betul aku..nak kata banyak guna tenaga, rasanya tak pun. kadang2 tangan sampai menggigil2..macam orang tak makan seminggu.

oh ye, sekarang saya rajin masak sebab nak berjimat. memang sangat2 berjimat. tapi kadang2 confuse gak, berjimat ke kedekut? nak beli aiskrim 2 ringgit pun pikir banyak kali. tapi seriously memang sangat berjimat bila masak sendiri. kalau makan kat kedai setiap hari boleh habis hampir 100 ringgit seminggu. tapi kalau masak sendiri, 10 ringgit je!! beza gila kot!


nanti saya jadi BULAT macam ni!

p/s: siapa tahu cara nak kawal makan? saya makan banyak2 sampai nak termuntah tapi tetap tak puas makan -____-"

Monday, December 6, 2010

MAHA 2010

MAHA 2010 dah habis.

dapat pergi 2x je tapi rasanya dah serik nak pergi lagi.

penat nak mamp! demam2 pun masih boleh gagahkan diri lagi.

best wooohhhh..macam2 ada..tapi kalau sesiapa yang datang naik kereta, mungkin akan cakap tak best sebab jam tahap gila punya. naik motor tak sampai 5 minit dari masjid UPM nak pergi MAHA tu. tapi naik kereta, nasib lah sampai sejam lebih tak gerak2. hahaha...

oh pics kat MAHA belum transfer masuk lappy lagi so entry pasal MAHA memang tak ada lah segala gambar gedik2 ku dan kawan2. :)

masa MAHA tu dapat diagnosis penyakit guna kaedah Islam.. masa tu baru lah realized muda2 dah ada macam2 jenis penyakit.

-gastrik, angin banyak dalam badan, kolestrol tinggi, hormon tak stabil, sakit pinggang, sakit dada, usus tak bersih, stress.

memang gila. orang tu siap cakap 'nanti mengandung senang kena sembelit. hormon tak cantik, usus tak bersih'

lepas tu terus beli virgin olive oil. lagi satu ubat untuk hormon tak beli lagi. kena kumpul duit. kang ada plak yang makan pasir berlaukkan rumput. tak sanggup ok!

and dia terangkan kenapa aku makan banyak2 pun badan tetap tak naik. haha pasni bila dah makan ubat yang dia bagi mesti kena kawal makan. tak boleh makan banyak2 lah pasni. kang nanti jadi booolaattt..saya tak mahu!

kat MAHA ada banyak jual pokok2. tenang je tengok pokok bunga banyak2 tapi saya tak boleh beli sebab rumah kat shah alam tak ada tempat nak bercucuk tanam. tak apa lah..next time kalau nak beli rumah, kena cari rumah yang ada halaman luas sikit. ok dah boleh start berangan heheheh...

saya tak habis pusing pun 1 MAHA tu. dah tak larat..lembik gila..kalau boleh nak jalan seret2 kaki je.

ok lah..esok Maal Hijrah..selamat berhijrah ye rakan2. bukak buku baru biar penuh dengan pahala. and selamat bercuti!! hehehe

Thursday, November 11, 2010

siapa dapat cuti raya haji lama sampai seminggu tolong senyap!

sakit hati tau!! saya cuti 1 hari je!
setiap hari mesti sampai ofis paling awal. pagi ni, park kereta depan ofis, betul2 depan kereta proton iswara.

gugur jantung tengok dalam kereta tu semua lelaki india yang badan diorang serupa dengan orang bina badan tu.

dalam otak terus terbayang kes kat banting tu. dup dap dup dap

keluar kereta cepat2 bukak mangga kat ofis..jeling2 kereta tu..diorang pandang2.

masuk ofis terus lock pintu, duduk diam2..memang dalam hati doa banyak2.

serius cuak..

setengah jam pastu baru muncul sorang staf..lega sikit..phewww...

Thursday, October 21, 2010

eh dah nak masuk november!

setiap entry mesti mula dengan ayat "lamanya lah tak update blog" tak pun "fuh fuh fuh bersawang dah blog ni". teeeheee bila mood dah ada nak update blog, rasa dah tak tahu nak story pasal apa sebab semua cerita pun dah basi.

so cara paling senang, saya list kan je lah semua cerita basi saya tu. next entry baru saya cerita satu persatu siap dengan gambar lagi ok.

pertama
gaduation day saya sangat gembira-sampai-rasa-nak-menangis-terharu. bahagia yang lain macam. serius tak tipu.

kedua
saya pergi hiking! hiking lah sangat kan..broga hill je pun haha. but memang rasa tu moment yang memang indah dengan kawan2 sampai tak ingat dunia. dah sampai peak dia rasa dah taknak turun :')

ketiga
mentang2 boleh pinjam jubah konvo lama2, sampai rasa setiap hari pun nak pergi bergambar. macam dah taknak pulangkan je jubah tu.setiap kali pakai jubah tu rasa bahagia je. entah apa pakcik kat kaunter pinjaman jubah tu dah jampi entah. macam ada minyak pengasih pulak ;p

keempat
saya dah dapat bilik sewa kat shah alam seksyen 7.nak sewa rumah tak mampu lagi. sewa bilik je lah dulu awal2 ni. jalan kaki je lah nak pergi i-city hehe. penat woooo ke hulu ke hilir cari rumah area situ. jenuh tahu tak..

apa lagi ye? saya rasa blog ni tetap akan jadi pekasam huhu. lagi lah bila kerja nanti. bila masa lah pulak saya rajin nak mengupdate. oh ye, saya start kerja 1 nov 2010. seminggu je lagi!! nak puas2 duduk rumah!!

Wednesday, September 29, 2010

konvo afif - UTM

tak seronok masa konvo hujan. nak snap gambar punyalah susah,
mesti bergambar sekali dengan payung. tak best. nak ambil gambar ala2 hindustan pun tak boleh haha.

oh saya telah memaksa adik2 saya ponteng sekolah supaya boleh pergi konvo abang saya. ni kalau cikgu dia jumpa saya, ada kena lempang kang.. dah lah 3 hari berturut2 saya paksa adik ponteng sekolah. alaaa biarlah kan..dah habis UPSR pun adik saya sorang ni.

meh kita tengok gambar k. tapi tapi tapi kan...gambar ni tak tersusun tau. malas nak susun2. biarlah..korang pandai2 lah faham sendiri k..




jenuh tunggu kat luar dewan


ni lah adik bongsu saya.dah besar dah dia...





kan dah cakap payung mesti ada!
















tengok, masih hujan lagi masa nak balik.





serius gedik!


ni gambar keesokan harinya. shuuweeet kan mereka..





ok 9 october turn saya pulak dapat scroll dari Tuanku Canselor ;)

Monday, September 27, 2010

Counting Days

fulamak! lamanya tak update blog! ni bukan setakat blog berhabuk bersawang bagai, tapi dah tahap cermin pecah, pintu dengan perabot2 kayu semua dah habis kena makan anai2. gila scary dah macam rumah hantu.

anyways, hari ni saya nak pergi konvo the one and only abang saya, Afif kat UTM. tapi masih terfikir2 apa lah nak buat nanti duduk kat luar dewan kan. jalan2 pusing2 kat pesta konvo agaknya boleh 10 round ni. boleh naik kuda kan? huh! gila ke apa dengan pakai baju kurung, heels bagai tetiba nak naik kuda!

eh eh korang, konvo saya 9 oktober tau! 1st session! tapi saya tak ada baju lagi untuk konvo saya... jubah color maroon, hood color platinum silver2 camtu. so baju kurung color apa sesuai? haiiii saya malas betul nak pergi beli baju ni. malas nak layan kerenah cerewet diri sendiri -___-"

tak sabar nak dapat scroll hehehe..tapi hati dup dap dup dap wehhh. tak tahu lah kenapa haha~

p/s ni memang mood tak sabar nak konvo kahkahkah

p/s/s anda semua dijemput memeriahkan majlis konvo saya. jom lah ramai2! (padahal yang baca blog ni pun kosmate saya jugak. memang lah dah tentu diorang datang)

Friday, September 3, 2010

Persiapan raya saya ^__^

hello readers semua!! saya nak minta ampun dan maaf sangat2..bukan ampun maaf masa raya tu tapi sebab dah lama jadikan blog ni terbiar sunyi sepi hehehe...hilang mood mahu berblogging lah. so amacam persiapan raya? saya nak share lah sikit pasal persiapan raya saya.

1. baju raya - tak ada lagi sebab saya jenis perempuan yang duduk rumah diam2 hahaha. bila mama tanya bila nak pergi beli baju raya, jawapan saya "nantilah.." oh gila semangat tak saya nak beraya macam ni?? padahal hari tu dah kuar cari baju raya tapi disebabkan cerewet sampai rasa nak lempang diri sendiri akhirnya balik rumah tangan kosong je -_____-"

2. kasut raya - Ah tak payah nak beli baru. pakai je apa yang ada. pergi beraya rumah orang bukak juga kasut kan. bukan boleh pun nak tayang2 kasut baru, lawa2, tinggi sampai 3 4 inchi. pakai kasut tinggi2 masuk rumah orang tetap jadi pendek juga kan..haha

3. beg raya - perlu ke beli baru? yang ni masih difikirkan kewarasan untuk beli baru haha walaupun tak ada perasaan pun nak beg baru. dulu kecik2 mesti nak ada beg raya yang comel2 sebab nak letak duit raya banyak2. sekarang tak payah berangan nak dapat duit raya lagi dah..beg diperlukan untuk letak i/c, lesen, duit sikit in case nak kena top up minyak kereta, and paling banyak hanyalah barang make up!

4. tudung raya - baju raya pun belum ada macam mana nak ada tudung raya? rasanya bakal pakai apa yang ada je.

5. kuih raya - dah banyak kot mama saya borong kuih raya. saya siap bebel lagi mama ada beli yang saya tak suka. haha suka hati je kan nak mama beli apa yang diri sendiri suka.

6. langsir - rasa cool gila panjat2 tangga tukar langsir hehe..dah 3 tahun tak bertukar wajah. now dah tukar. first time kot saya panjat2 tangga nak tukar langsir haha

Apa lagi ye? tu je kot..kiranya saya ni macam tak ada buat apa2 persiapan raya pun lagi. raya tinggal seminggu wehhhh..

*abang sayang, nak kad raya tau! ni paksaan ni..tak kira, nak jugak kad raya! nanti kalau ada peluang jumpa masa raya, kamu bagi duit raya ok? hehe.. bagi sikit pun tak apa..nanti saya nak mintak sekali duit nafkah banyak2 heeeeee... >__<

*oh hari ini birthday abah saya!! abah, jiha saaaayaaang abah sangat2! malam nanti kita makan kek ok!!

*and birthday kawan saya faiqah rahim! hai fa! happy birthday tomey2.. ^___^

Wednesday, August 11, 2010

Terawikh

tengok abah dengan adik2 pergi terawikh sampai geleng kepala. toksah lah korang tanya kenapa aku sekadar tengok mereka.

pergi terawikh 4 orang tapi 2 kereta. konon si adik taknak ikut abah sebab abah buat 20 rakaat, dia buat 12 rakaat.

aku tanya kenapa tak buat 8 rakaat?

si adik cakap, 8 rakaat macam sekejap sangat. segan pulak tu nak cabut dari saf. 20 rakaat lak tak larat.

ok lepas ni kalau aku pergi terawikh nak ikut abah atau ikut adik?


*nanti dah tengah2 bulan pose, mesti lepas rakaat ke-8 luar masjid meriah dengan bunyi mercun. budak2 sekolah bisalah pakat buat 8 rakaat pastu gather kat tempat parking nak main mercun

*tapi kalau masa dekat kolej dulu, awal2 ramadhan je surau dengan masjid penuh. dah tengah2 tinggal bape kerat je.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi!

hello!!
lame kan saya tak update..biasalah orang sibuk cari kerja.. sekarang baru tahu memang bukan senang nak dapat kerja. boleh sakit jiwa fikir pasal masa depan. kawan2 saya ramai yang sambung belajar. ramai juga yang nak jadi cikgu. saya??

ermm surat khabar hari ini ada pasal industri biotech yang tengah naik..konon2nya banyak gila peluang kerja dalam industri ni. adush!!!! hakikat sebenar tak payah cerita lah..buat sedih je.

dah2 tak mahu cakap pasal biotech ke apa.

saya baru balik dari pergi training kat KL. so habis training sempatlah lepaking dengan kawan2.


ni kat tempat training. seronok kenal dengan diorang. sporting habis!! ;D






oh btw, selamat berpuasa semua! ;)
tak sabar nak pergi bazaar ramadhan. mesti meriah! and tak lupa juga sembahyang terawikh. jom meriahkan bulan puasa ni!

Tuesday, July 27, 2010



perempuan itu bukan saya ye..ambil dari blog orang heeee ;)

Tuesday, July 13, 2010

sebagai orang yang tak ada kerja ni, faham2 je lah kan setiap hari buat apa. kalau bukan depan tv mesti depan computer. tengah bergelak sakan ym dengan kawan tetiba;

mama: cepatlah transfer resume masuk computer tu. nanti boleh apply kerja banyak2..cepat sikit dapat kerja.

aku terus toleh pandang mama..

aku: ooohhhh...mama nak suruh jiha keluar rumah cepat2 eh? nak halau jiha lah ni?

mama: ye lah..biar jiha tak ada kat rumah ni hahahah~

cesssssssss! sampai hati.. hahaha hampeh betul.

my target sekarang ni nak kerja before raya. at least masa raya kalau orang tanya buat apa sekarang, aku dah boleh jawab ;)

Ipoh and Spain. 2 cerita 1 entry

Hari tu pergi jalan-jalan, pusing-pusing kat Ipoh. oh tak tak.. pergi Ipoh sebab kazen kahwin. Nazim Annas dengan Nurul Hidayah Marzuki. oh aku pergi sana sekejap je pun.. hari sabtu pagi bertolak and sampai sana waktu asar. then the next day after majlis je terus balik Pontian. fuhhh penat tu memang tak payah cakap lah.. bayangkan penat perjalanan tu macam mana kan..dari selatan ke utara. pastu malam gigih nak tengok Germany vs Uruguay. Ah memang sangat dahsyat lah mata. dapat tidur sekejap je. hari ahad lepas majlis balik pontian lepas tu gigih lagi demi Sepanyol! Fuh fuh fuh~ tak sia2 rupanya kahkahkah menang tu spain! sorry ye peminat Belanda or Pembenci Spain hahahahaha~

oh ok aku cerita pasal Ipoh dengan wedding tu dulu. then baru cerita pasal world cup ok. aku nak gak cerita pasal bola sebab kalau tak cerita sekarang lama2 cerita jadi basi. siapa yang nak baca??

senang cerita, kita tengok gambar je lah.


Daus dengan Fatin. Semangat pakai jersi Germany


ni pagi2, bukan pagi sangat lah..dalam pukul 10 pagi camtu..nak keluar pergi bandar Ipoh cari tudung sebab tudung tak bawak. Ah memang sangat sengal ok tak bawak tudung.



inilah tok kami! hai tok..saja nak bagi tok glamor sekejap heeeeee. oh kitorang duk kat homestay. ok lah rumah tu ada 3 bilik. nak kata mahal ke murah, aku tak tahu lah. sebab tak pernah lah pulak nak banding2 kan harga dengan tempat lain.


kami yang sengal sementara tunggu nak berkonvoi


rombongan pihak lelaki. seronok ahh konvoi2 ni. suka suka~


pengantin sebelum berangkat ke dewan


pengantin di pelamin


anak dara, pose 1


pose 2


ini kazen aku yang sebaya. Nabilah Annas ;)



kami sebelum balik





tak sah kalau tak mencapub kan diri =.=

ok cukup pasal Ipoh. nak cakap gak sal WC. taknak buat entry baru. malas!

sebagai peminat-penyokong Spain, aku memang sangggaaattt puas hati. hehehe tak tergambar ok perasaan happy tu. Siap semangat tengok ulangan Final tu! bukan sekali, tapi dua kali!

Pada aku lah kan, Spain ni memang ada team spirit yang sangat hebat.and antara pemain Spain yang hebat pada aku;

1. Sergio Ramos- gerakan dia, cara dia control bola memang hebat. tandukan dia pun bukan calang2. Dia antara pemain yang banyak kawal bola

2. Puyol- kalau ada award untuk kepala emas, dia mesti boleh dapat hahaa..dia ni memang penting sangat2 dalam spain sebab dia sentiasa berusaha selamatkan bola and tetap nak cuba bantu serangan. macam orang yang tak reti penat!

3. Xavi- dia ni aku tak tahu nak cakap apa, cuma HEBAT. itu sahaja.

4. David Villa- harapan spain tapi banyak buat silap masa final. mungkin tertekan kott..dia bijak cari peluang sebelum ni. tak apa lah Villa~

till then, chiowww! mau tidur

Wednesday, July 7, 2010

Takut dengan bunyi guruh, takut dengan ribut. Yes, some people akan cakap 'mengada2nya' 'penakut' etc etc..

Tapi mereka tak tahu hakikat sebenar orang yang mengalaminya..

Saya memang sangat takut. Rasa macam nak gugur jantung ni.

Hari tu masa ribut saya sorang2 je kat rumah. Saya beranikan diri round satu rumah untuk lock semua pintu and tutup semua tingkap. Saya duduk bilik sorang2, senyap2.

Tapi badan saya menggigil. Betul2 takut. Saya tutup pintu bilik and lock kan terus. Paksa diri untuk lelapkan mata walaupun kepala dah pening sebab dah tidur lama sangat.

Saya takut. Sangat takut. Saya keluar bilik bila dah pasti ribut dah berhenti. itu pun pukul 11.30 am.

Saya tahu ramai yang pandang sinis dengan orang yang penakut. Biarlah..mereka tak rasa..

Sunday, July 4, 2010

Dunga nak letak jawatan. Aku juga tak terkecuali nak letak jawatan. Jawatan sebagai penyokong mana2 team =_=

punah dah harapan nak tengok Brazil lawan Argentina kat final. sekarang apa jadi??

Jangan salahkan Maradona. Dia tak salah.


Saya Kecewa.

Friday, July 2, 2010

Bugis + Jawa = JAGIS

bosan lah facebook sekarang -______-" ramai sangat sedara mara dalam friend list aku. now sedang memikirkan if buat sesi pembersihan mereka dari fiend list berbaloi atau tidak. eh bukan...kalau ikut berbaloi memang berbaloi..tapi kalau diorang perasan, mati aku kena kutuk dengan kaum kerabat sendiri konon lupa daratan.haishhhhh.. aku nak post status pun kena fikir banyak kali, sesuai ke setiap word tu. kalau diorang setakat umur baya2 aku je aku tak kisah lah..ni sampai yang dah jadi atuk nenek orang pun ada. yang aku tak pernah tahu nama dia and hanya jumpa masa hari raya je pun ada. oh serius sometimes aku rasa facebook banyak bantu aku untuk kenal dengan mereka. setiap kali ada saudara yang add aku, aku akan tanya mama 'mama, polan bin polan ni siapa eh? macam pernah dengar nama dia..' tanya mama instead of tanya abah sendiri walaupun mereka2 semua sedara abah sebab kang nanti abah cakap 'sedara sendiri pun tak kenal ke?' ok tu sedara abah, bukan sedara jiha. boleh jawab macam tu??

ok abah ni keturunan bugis. and satu fact tentang bugis is mereka sangat pentingkan hubungan. kau tengok sendiri kau akan kagum. aku pun sampai sekarang masih kagum dengan semangat diorang sampai kadang2 aku rasa aku malas nak masuk campur and selalu menafikan aku keturunan bugis. aku melayu! just because of aku tak ada langsung semangat macam diorang. just imagine that pada mereka, sepupu kepada sepupu tu dikira sebagai sedara yang sangat rapat. and if sepupu kepada sepupu tu jemput datang rumah, itu dikira kau WAJIB datang! contoh lain yang nak menunjukkan yang diorang sangat akrab is setiap hari raya ketiga or keempat (aku tak sure which one sebab aku sentiasa ignore) diorang akan buat rombongan pergi beraya rumah sedara2 sampai 40+++ rumah dalam sehari!! ok 40 buah rumah tu dalam 2 3 kampung. and selama aku hidup 22 tahun ni, aku pernah join sekali je! and serius kau akan rasa macam nak pengsan. kau hanya akan makan penuh semangat kat 1st and 2nd rumah. rumah yang lain mungkin hanya minum air or jamah biskut raya. rumah last apatah lagi.. mungkin bagi budak2 seronok sebab dapat kumpul duit raya. and rombongan tu ada berpuluh2 kereta ok.. aku sentiasa selamat dari terpaksa join sebab mama pun tak ikut. aku dengan mama sentiasa pandai bagi alasan hehehe.oh lupa nak bagitahu, mama bukan bugis. mama jawa. so kami adik beradik JAGIS! hahaha...kalau mereka datang beraya rumah aku, aku hanya menyibukkan diri kat dapur. serius aku malas nak kenal2 dengan mereka. kalau yang datang tu 1 family tak apa lah lagi. ni rombongan sampai penuh 1 rumah aku. kalau salam dengan sorang makcik ni, aku tak pernah tahu pun makcik ni apa hubungan dengan aku. and you know what, mama pun akan menyibukkan diri jugak kat dapur. lepas tu aku dengan adik2 cakap "eh mama, takpe2 biar kitorang je settlekan kat dapur ni. mama pergi lah depan layan diorang" then mama pun pergi lah. kami sibuk menambahkan makanan, basuh2 pinggan semua. dah lama baru terperasan mama sebenarnya tak pergi pun depan layan tetamu! dia duduk minum air dekat dapur kering! apa lagi kitorang gelak sakan kat dapur. sebab mama pun sama je dangan kitorang. tak kenal sedara!

paling tak boleh blah, bila pergi kenduri kat rumah sedara yang dekat macam rumah paklong. tapi faham2 lah kalau dah ada kenduri mesti rumah tu penuh dengan sedara2 lain kan. and one thing tentang aku yang menampakkan aku tak matang lagi bila masuk pintu je terus tolak yaya or zati or fatin untuk masuk dulu sebab kalau boleh bila masuk je aku nak terus tebalkan muka taknak salam sedara2 yang aku tak kenal and nak terus masuk dapur tolong maklong dengan sepupu2 siapkan makanan. but terlampau kurang ajar lah plak kan. so aku akan ikut adik aku salam orang.kalau adik aku tak salam 1 group tu, aku pun tak akan salam. hahah keji gila ok!

sepupu aku sendiri pun aku tak berapa nak ingat nama. ramai sangat! adik beradik abah aku pun dah 9orang. anak kepada sepupu aku pun ada yang lebih tua dari aku. aku pun tak tahu aku dah jadi makcik kepada berapa ramai budak. terlalu2 ramai. tapi mereka tetap panggil aku kakak jiha! hehe

masa abang aku kawin, seribu kad jemputan khas hanya untuk sedara abah. but tak cukup ok! seribu tu hanya untuk ketua keluarga. belum masuk bini dengan anak2 dia.

heh tetiba seronok cerita pasal bugis kehkehkeh

ok and tetiba rasa nak senaraikan facts tentang budaya or apa2 sal bugis.

- makanan tradisi 1: berasak or burasak. ramai orang bukan bugis bila makan rasa nak lagi. tapi aku yang memang dari dulu sampai sekarang tak suka hehe. berasak ni macam ketupat tapi berlemak and dibungkus dalam daun pisang kot. err macam bukan daun pisang. ok fine aku tak tahu daun apa. sebab aku sentiasa berjaya mengelak dari kena buat berasak kat rumah nenek masa malam raya

- makanan tradisi 2: patloi. benda alah ni macam berasak jugak lah tapi dia ni pulut. yang ni pun aku tak suka. oh berasak and patloi ni makan dengan serunding or semua jenis lauk2. makan gitu je pun boleh.

- bahasa bugis sangat pelik. aku hanya tahu 2 3 words je. contoh, mandre: makan. paling tak boleh blah sampai aku ketawa guling2 adalah kapala lutut. aku ingat kan kepala lutut lah kan but maksudnya KAPAL TERBANG! ok sekarang lutut kau dah pandai terbang! hebat! kalau diorang kutuk aku depan2 pun aku masih boleh tersenyum manis kat diorang sebab sepatah haram aku tak paham! oh serius memang aku pernah alami ok. memang aku pernah dikutuk depan2 -___-'

- mereka suka minum kopi manis2! oh memang aku tak minum lah! diorang memang sangat kuat manis. kalau boleh semua jenis makanan nak masukkan gula.

- Sultan Johor pun keturunan bugis. macam mana boleh jadi sultan tu jangan tanya aku. aku bodoh sejarah.

oklah aku malas lah nak fikir apa lagi. nanti satu hari aku kumpulkan semua facts tentang bugis and aku publishkan boleh?? hehe mesti aku disanjung sedara2 sendiri

p/s: sebenarnya nak letak tajuk entry ni BUGIS tapi takut ada kaum kerabat yang google pasal bugis terus jumpa blog aku hahaha. so tajuk bugis + jawa = jagis mungkin kurang possibility diorang jumpa blog aku. harap2 lah..

p/s/s: adakah perlu untuk aku buat lagi satu entry tentang jawa? mungkin tidak sebab aku bukan bugis bukan jawa dan juga bukan jagis. aku melayu!

Thursday, July 1, 2010

Final world cup kali ni Brazil vs Argentina boleh?? baru gempak!
ok sebenarnya nak Brazil vs Spain tapi rasa cuak pula dengan Argentina. Argentina terlalu hebat lorh...

ok sebanarnya aku masih dan masih dan masih keciiiwaaa lagi sebab terlepas match Spain vs Portugal hari tu T_T
pagi2 bangun tidur terus buka facebook walaupun masih mamai. sekali terbeliak mata dapat tahu Spain menang 1-0 kan..terus segar bugar wehhh..and masa tu baru aku sedar yang aku dah terlepasssss game diorang!! gila aku lari pergi depan TV semata2 nak tengok siaran ulangan lah apa lah..tapi tetap rasa tak puas..

dah yang pasti lepas ni taknak dah terlepas game yang penting2..

ok stop talking about WC..

heh, berat aku dah naik!! hehe lepas ni dah tak akan dengar lah orang mempertikaikan badan aku yang ibarat tak ada daging lagi dah...

since berat aku turun mendadak dulu, self confident aku pun nak ikut menjunam sekali..cesss...

ingat tak sedih ke bila orang cakap,

- Ya Allah, jiha!kurusnya!
- Seluar apa kau pakai ni? menggelebeh je.. (padahal seluar tu aku baru beli seminggu sebelum tu. mana aku tau tetiba kaki aku nak mengecut)
- keciknya kaki!
- ni kenapa kakak yang paling kecik ni? makin mengecut lak sekarang..
- janganlah kuruskan badan lagi..kalau kurus sikit dari sekarang ni mesti tak lawa. (ok aku semangat kot makan banyak2 -__-')
- kurus sangatlah..(komen yang ni aku dapat dari orang yang aku rasa sangat kurus sampai aku terfikir, eh siapa yang kurus sebenarnya?)

ok dah! sekarang no more papan lapis bergerak ok! mau maintain je sekarang and nak naikkan self confident balik! and seluar2 ku bukan seluar baggy lagi ok..

Wednesday, June 23, 2010

ingat nak update pasal wedding abang aku..tapi malas lah plak sebab nak kena upload gambar banyak2. so entry kali ni aku kategorikan sebagai TAK BERFAEDAH hehehe..

nafsu membeli dah macam apa je..nasib lah tengah save duit sementara masih mencari kerja ni. kalau tak memang everyday aku tak reti duduk diam dekat rumah..

nak beli baju, nak beli shawl, nak beli handbag, nak beli dress.

ohhh ada sesiapa yang nak hadiahkan aku barang2 tu? tolonglahhh.....teringin...




cuba perhatikan mata aku..pelik lak aku tengok..dah macam mata kucing je.ish ngeri!


untuk orang yang tersayang ;)

Monday, June 21, 2010

rasa macam nak humban muka dalam periuk je

petang2 seronok melepak depan TV tengok program SAYA NAK CUTI! alaaa yang Malaysia Airlines punya tu..tengok TV sampai Asar pun terlambat.

habis je rancangan tu, terus turun bawah nak sembahyang. sambil turun tangga tu sempat lagi menjerit "Saya Nak Cuti!!"

bila dah jerit baru perasan kenapa rumah sunyi sangat..mana semua orang ni?

aku pun start lah mencari orang dengan panggilan Hello. tapi yang biol nya panggilan Hello tu aku bukan menjerit atau bercakap. tetapi menyanyi dengan suara sengaja diubah garau. konon macam lelaki dah pecah suara lah -___-"

semangat gila kot menyanyi masa tu..korang dapat bayangkan tak ni? penat je aku bercerita kalau korang tak faham...

ok sambung cerita..

aku menyanyi tak berhenti ok sepanjang turun tangga tu (alah macam lah anak tangga banyak sangat kan haha..suka cerita lebih2)

sampai bawah je, aku toleh kanan.

erkkkkk terbuntang mata aku tengok afif dengan kawan dia tengah senyum pelik kat aku!!

reaksi aku mestilah menjerit "arghhh malu!!!!"

terus lari masuk bilik adik kunci pintu. muka dah rasa panas je..mulut menyumpah2.

malam tu gak aku marah afif

"kenapa kau tak tegur suruh senyap. dahlah aku melalak lama gila"

afif: aku pun dah terdiam tak tahu nak buat apa ehehe..padan muka!

memang kurang asam betul lah mamat ni..

aku: siapa dia tu? dia ada tanya apa2 tak?

afif: dia kawan aku..dia tanya "tu siapa" aku cakaplah adik aku..

aku: lain kali cakap yang aku ni adik kau yang still sekolah lagi..konon macam aku ni budak kecik lagi..malu gila tau tak!

afif:................

nasib lah dapat adik perangai tak senonoh kan..hahaha

Monday, June 14, 2010

Abang aku nikah? fulamakkk dah tua lah kau Afif..

lama gila kot aku tak update..entry yang lepas aku janji nak update dengan benda2 berfaedah kan? so rasanya kali ni agak berfaedah hehehe..tak ada maknanya aku nak letak bahan2 ilmiah kat sini lah..cukuplah aku membebel2 plus letak gambar..berfaedah kali ni means ianya meninggalkan seribu memori cehcehceh geli je..

aku letak 1/10 daripada koleksi gambar nikah abang aku Afif..aku taknak upload kat facebook sebab rasanya lebih afdhal (afdal or afdhal ejaan dia? afdhal macam sebutan orang arab je kan..) Afif sendiri yang upload then boleh lah tag2.. Hai Nabil, aku tau kau tengah tunggu2 gambar Afif nikah kan..aku letak sikit je lah..nanti kau balik tengok sendiri ok..jangan lah jeles gambar kau tak ada kat sini. nanti masa majlis kat rumah kita, kau gila camera lah..ambil gambar puas2.


hello!! dah siap2 dah ni..


habis compact powder aku..nampak sangat dia tak pernah nak pakai bedak ke apa..ni adik aku Hifni form 4 sekarang..yang tolong make up kan tu Yaya..


mamat ni (daus) pun nak make up..pakai bedak je lah..nak pakai bedak pun sibuk serbu bilik aku minta tolong pakaikan..ni lah lelaki...



bakal pengantin tengah bersiap.. tu tangan kawan dia, ayeed.hai ayeed! oh kebanyakan gambar2 kat entry ni dari camera dia.



7 dulang hantaran..sirih junjung, cincin+mas kahwin, telekung, kain, handbag, perfume, manisan. buat sendiri ok! nampaknya boleh lah aku dengan mama buat bisnes andaman..ceh padahal tahu hias2 je..benda lain macam bodoh sangat..






cincin dan duit mas kahwin.




bunga!! aku memang gila bunga.. suka tengok bunga banyak2 tapi tak pernah pun tanam bunga..huhu



kami adik beradik sebelum berangkat..tak cukup sorang..Nabil, jangan jealous ok..


susah gila kot nak amik gambar..budak2 saja cari pasal lari2 depan camera..penat suruh diorang pergi tempat lain.. last2 cakap dengan diorang "kat dalam bilik abang afif ada gula2..pergi cari cepat!" diorang masuk je bilik, terus tutup pintu bilik tu hahaha..senang rupanya nak tipu budak2..



aku je yang selalu wat aksi lain dari yang lain -___-"




kecoh betulkan sirih junjung..masa naik kereta aku yang pegang sirih junjung tu..alih2 dia tumbang sebab tak stabil.. gila cuak kot..daus (adik aku) dah risau semacam sebab dia yang kena bawa sirih junjung tu masa berarak..dah kecoh2 tu datang penyelamat hahaha..thanks cousinku Ismat. akhirnya dia yang diarahkan bawa benda alah tu sebab dia sorang je boleh control benda tu dari tumbang..baju pun dah matching hijau tapi kenapa kau pakai selipar jamban color merah oii?? pelik gila kot..



berarak masuk..tak tahu kenapa muka aku yang terlebih bahagia








cik lah, mama, tok and zati..



waktu2 genting..masa ni macam semua orang pun rasa cam jantung berhenti berdegup..bila saksi cakap "sah" "sah" semua terus lega..camera depan tu sibuk je! asal aku amik gambar, mesti terselit tangan yaya ni!



gambar ni aku tak sure baru lepas akad nikah atau sebelum akad..kena telek muka afif tengah cuak or muka dah lega. serius before akad nikah tu, muka afif pucat gila..memang sampai rumah kak azi je muka dia memang tetiba semacam je aku tengok..kak azi lagi lah, menggigil gila badan dia.muka dia tak nampak lah pucat sebab make up tebal 2 3 inch hehe..


kak azi tak dapat nak tahan sebak..ish camne lah masa aku nanti kan..hehe


mama sebak anak sulung dia dah jadi laki orang..






gambar ni sebenarnya sesi ulang tayang hahaha..



skrin besar kat luar rumah tunjuk world cup..gila kecoh lah..makan sambil tengok bola..best2..eh aku tak suka sangat pun tengok bola..yang bestnya sebab tengok macam2 gelagat orang yang tengok bola..hehe






kami lagi..boleh lagi nak berhimpit2 kat sofa tu..



anak sulung mama dah jadi laki orang!


ciss nampak sangat kebodohan aku kat gambar ni..siap belek2 lagi benda alah tu sebelum merenjis..first time kot merenjis ni..tanya mak andam nak buat apa dengan benda ni? dia cakap renjis je.. -___-"


sudah sah bergelar kakak ipar ku..jaga afif elok2 ok..



gambar kami sekeluarga without NABIL (wahai adikku, kamu jeles kah? hahaha)and abah. haha abah lepas makan terus balik sebab memang kitorang semua tak tahu pun ada majlis berinai ni..kitorang stay pun sebab nak tunggu afif habis bergambar..sedara semua pun dah cabut balik. majlis ni pun lambat habis. kesian semua mata dah kuyu je and ada yang dah tersengguk-sengguk lagi..


muka bahagia lepas majlis..smart gambar ni!

ok cukup! aku penat! entah berapa lama aku melekat depan PC ni semata2 nak update blog khas untuk korang semua. hahahaha geli gila ayat...

majlis resepsi aku taknak cerita lagi sebab gambar belum transfer lagi..aku malas..seperti biasalah kan hehe..

daaaa~