Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Friday, September 3, 2010

Persiapan raya saya ^__^

hello readers semua!! saya nak minta ampun dan maaf sangat2..bukan ampun maaf masa raya tu tapi sebab dah lama jadikan blog ni terbiar sunyi sepi hehehe...hilang mood mahu berblogging lah. so amacam persiapan raya? saya nak share lah sikit pasal persiapan raya saya.

1. baju raya - tak ada lagi sebab saya jenis perempuan yang duduk rumah diam2 hahaha. bila mama tanya bila nak pergi beli baju raya, jawapan saya "nantilah.." oh gila semangat tak saya nak beraya macam ni?? padahal hari tu dah kuar cari baju raya tapi disebabkan cerewet sampai rasa nak lempang diri sendiri akhirnya balik rumah tangan kosong je -_____-"

2. kasut raya - Ah tak payah nak beli baru. pakai je apa yang ada. pergi beraya rumah orang bukak juga kasut kan. bukan boleh pun nak tayang2 kasut baru, lawa2, tinggi sampai 3 4 inchi. pakai kasut tinggi2 masuk rumah orang tetap jadi pendek juga kan..haha

3. beg raya - perlu ke beli baru? yang ni masih difikirkan kewarasan untuk beli baru haha walaupun tak ada perasaan pun nak beg baru. dulu kecik2 mesti nak ada beg raya yang comel2 sebab nak letak duit raya banyak2. sekarang tak payah berangan nak dapat duit raya lagi dah..beg diperlukan untuk letak i/c, lesen, duit sikit in case nak kena top up minyak kereta, and paling banyak hanyalah barang make up!

4. tudung raya - baju raya pun belum ada macam mana nak ada tudung raya? rasanya bakal pakai apa yang ada je.

5. kuih raya - dah banyak kot mama saya borong kuih raya. saya siap bebel lagi mama ada beli yang saya tak suka. haha suka hati je kan nak mama beli apa yang diri sendiri suka.

6. langsir - rasa cool gila panjat2 tangga tukar langsir hehe..dah 3 tahun tak bertukar wajah. now dah tukar. first time kot saya panjat2 tangga nak tukar langsir haha

Apa lagi ye? tu je kot..kiranya saya ni macam tak ada buat apa2 persiapan raya pun lagi. raya tinggal seminggu wehhhh..

*abang sayang, nak kad raya tau! ni paksaan ni..tak kira, nak jugak kad raya! nanti kalau ada peluang jumpa masa raya, kamu bagi duit raya ok? hehe.. bagi sikit pun tak apa..nanti saya nak mintak sekali duit nafkah banyak2 heeeeee... >__<

*oh hari ini birthday abah saya!! abah, jiha saaaayaaang abah sangat2! malam nanti kita makan kek ok!!

*and birthday kawan saya faiqah rahim! hai fa! happy birthday tomey2.. ^___^