Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Tuesday, June 30, 2009

confusing

selama ni ramai cakap muka i still macam budak sekolah..muka tak matang lah senang cakap.. dah tu korang nak ubah ke muka i ni? disebabkan muka memang tak boleh nak diubah, so guna lah alternatif lain dengan dress up macam orang dah matang.. but, cuba uols hayati 3 situasi berbeza ni k..

situasi 1:

malam 28 june, 1 family pergi ziarah arwah nenek sedara yang baru menghembuskan nafas terakhir pada petang tersebut.. i pakai jubah hitam macam minah arab tu..or orang panggil as 'abaya' siap dengan selendang semua. korang try lah bayangkan macam mana i pakai jubah hitam lagak ala orang arab since i tak snap any gambar malam tu.. then, balik tu singgah pergi makan.. hambik ko pergi makan kat restoran pakai jubah hitam satu badan.. boleh plak terjumpa kawan mama kat restoran tu.. masa salam2, dia siap tanya lagi "eh yang ni tak penah nampak pun...sekolah kat mana?" tergamam sekejap..macam budak sekolah ke? mentang2 lah i ni sangat comel ketinggian berbanding adik2 i yang lain..dia pun sesuka hati anggap i ni lebih muda dari adik i.. redha je lah..ingat dah pakai jubah boleh kaburkan mata orang yang selalu anggap i kanak2 lagi..

situasi 2:

29 june..i dengan mama pergi jusco bukit indah kat JB.. baju dengan seluar i color putih..pakai shawls corak2.. ok serious my adik pun cakap i nampak sangat mature dress up camtu.. then, singgah pasar malam kat pontian. beli rojak, ayam goreng semua. mamat penjual ayam goreng tanya i "awak ni cikgu ke?" terkejut siut..bila i nafi kan, dia plak yang terkejut..hehe..ok sangat bangga ada orang nampak i ni cam dah matang..*blushing sekejap*

situasi 3:

pergi plaza angsana dengan izzati (adik i form 4).. tengah sibuk2 pilih brooch, kitorang berbual

izzati: kakak bayar tau..
me: yelah..siapa lagi yang kena bayar kalau bukan kakak

salesgirl terus ternganga pandang kitorang.."yang mana satu kakak ni?"

waaaa tensi siut...peristiwa ni happen lagi bila beli baju kat salesman plak.. padahal i pakai blouse siap bawa handbag besar lagi..izzati just berlenggang without handbag and just wearing tshirt.. OMG sangat pendek ke i ni?

situasi lain tak payah cakap lah..banyak sangat macam kawan i gelakkan i bila tengok pic i dengan adik2. ok fine..adik i nampak lebih matang..i admit it..tak boleh nak cakap apa lah kan..