Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Thursday, November 26, 2009

Apa istimewanya Februari..

* Berfikiran abstrak. AKU TAK PERNAH PERCAYA. MACAM TAK ADA KENA MENGENA JE DENGAN AKU

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak. AGAIN! TADI FIKIR,SEKARANG SUKA PLAK?

* Bijak dan pintar AKU MASIH MENGHARAP AKU AKAN JADI PINTAR. KONON2NYA LAH

* Berpewatakan yang mudah berubah. HEH EMOSI JE KOT..EMOSI MEMPENGARUHI PERWATAKAN..NAMA PUN PEREMPUAN KAN..

* Mudah menawan orang lain. GILA GEDIXX LAH..AKU TAK KOT..

* Agak pendiam. YUP SOMETIMES.. PENDIAM DENGAN ORANG YANG AKU TAK RAPAT. SENANG CAKAP TAK PANDAH BERAMAH MESRA..

* Pemalu dan rendah diri. AUWWW I PEMALU LAH.. HAHA

* Jujur dan setia pada segalanya. SEGALANYA? TAK KOT..BUT KALAU CINTA, YES! hihi

* Keras hati untuk mencapai matlamat. TAK TAK TAK

* Tidak suka dikongkong. YUP! SANGAT2!

* Mudah memberontak apabila dikongkong. CARA AKU MEMBERONTAK HANYALAH NANGIS.. BUKAN SEBAB AKU MENGADA2 KE APA, TAPI MEMANG DARI AKU BABY KERJA AKU NANGIS..SEKARANG TAK LAH..HATI AKU KUAT TAU SEKARANG =P

* Suka kegiatan yang lasak. YUP SUKA TAPI MALAS! MACAM MANA TUH? PIKIRLAH SENDIRI...

* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. EH SIAPA CAKAP? TRY LAH KUTUK AKU DEPAN2, BOLEH SENYUM LAGI TAU.. HEH TIPU!

* Mudah mempamerkan marahnya. GARANG MACAM SINGA BETINA TAU AKU NI.. KORANG TAKUT TAK DENGAN AKU? AKU GARANG KAN? KAN?

* Tidak suka benda yang remeh-temeh. ERRRR NTAH MACAM TAK BERAPA PASTI LAK HEHEHE

* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. MUNGKIN KOTTTT.. KADANG2 MALAS NAK CARI KAWAN BARU.. BOSAN DAH "SIAPA NAMA?" "ASAL MANA?" "SEKARANG STUDY KAT MANA?AMBIL APA?" ADOIIIII TAK ADA DIALOG LAIN KE HAAA?

* Sangat berani dan suka memberontak. SANGAT BERANI? KALAULAH......FUHHH KALAU AKU BERANI, SEMUA CERITA SERAM2 AKU DAH BELASAH TENGOK TAU!

* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. HEHEHE BETUL2.. BIASALAH AKU, ANGAN2 JE BESAR, USAHA HABUK PUN TAK ADA!

* Pemerhatian yang tajam. ERR TAKKK...AKU PUN TAK TAHU PEMERHATIAN AKU TAJAM TERHADAP APA.. KALAU GOSIP YE KOT HEHEHE

* Suka hiburan dan sukan. YA DAN TIDAK. AH! TAK TAHU LAH..

* Suka benda yang bersifat seni. SUKA JE TAPI AKU NI TAK BERSENI PUN..ITU YANG PASTI

* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. MACAM MANA LUARAN? AND MACAM MANA DALAMAN?

* Berkecenderungan pada benda yang tahyul. HEHE BENDA NI TAK TAHYUL KE? KALAU BUKAN TAHYUL, KENAPA TAK SEMUA BETUL AND KENA DENGAN AKU? TAPI YANG NI BASED ON RESEARCH KAN? HURMM ENTAH

* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. TIDAK MUDAH! TAPI BOLEH JADI BOROS KALAU IKUT NAFSU.. (-__-")

* Belajar untuk mempamerkan emosi YEAH..MASIH BELAJAR..SILA BERI TUNJUK AJAR YE KAKAK2, ABANG2 SEMUA.. HEHE

p/s: birthday aku tinggal 3 bulan camtu..sila lah fikir apa yang terbaik untuk bagi aku hahaha~

Monday, November 23, 2009

ciri-ciri lelaki idaman


gambar adalah sangat tak ada kena mengena =p


tajuk entry kecoh je..hahaha

aku ada masalah yang memang susah nak di settle kan..

saaangaaaat bermasalah..

sesuatu yang memang aku TAK RETI nak buat

aku pun tak tahu kenapa..

sampai mendatangkan masalah dalam hidup

terbeban..

yup! aku TAK RETI NAK MAKAN AYAM!!

hahaha~

tahu lah masuk mulut, gigit2, kunyah2, telan, sendawa..heeee

tapi aku tak reti nak makan sampai licin..especially bahagian drumstick dengan wing..

Ya Allah.. aku baru je lepas makan drumstick 2 ketul..20 minit ambil masa sampai muka berkerut2..

aku kagum tengok orang boleh makan ayam sampai licin tulang2 ayam tu..

kawan2 pun rasanya dah ramai geleng kepala je tengok sisa ayam aku tuh..

so..salah satu ciri lelaki idaman aku, mestilah yang pandai makan drumstick dengan wing!

biar aku makan bahagian isi hehehe...tak pun dia boleh ajar aku makan sampai aku pandai siap boleh telan lagi tulang tu..eh tipu..hehe

teruk betul aku nih..benda macam ni pun boleh masuk dalam list ciri2 lelaki idaman..gila ke hape??





nota kaki: So my dear, pandai tak makan drumstick dengan wing?? kalau tak pandai, nanti kita belajar sama2 lah ye (^_~) hahaha

Wednesday, November 18, 2009

berat badan ideal dipengaruhi oleh makanan??

lame dah tak update...masuk2 je penuh sawang macam rumah kosong terbiar ala2 dalam cerita hantu tu.. dapat bayangkan tak? kalau tak dapat duduk senyap2!! jangan kau nak buat bising kat rumah kosong berpenghuni ni

ok2 sebenarnya ada benda nak diceritakan..tapi..ermm..ermm...nanti2 lah..serba salah pula nak cerita sekarang..fuhhh (-__-")

kita cerita benda lain lah ye..hehehe..

nak tanya ni...and nak minta pendapat korang...ermmm makanan apa yang boleh buat badan kita senang naik?? bukan meninggi ye...naik di sini bermaksud berisi. ada faham? ok bagus... hehe Najihah binti As'ari memang dah tak akan meninggi ye..memang dah terbantut nak buat macam mana kan..ok2 straight to the point..

ini ada list makanan and harap korang boleh tolong pilihkan makanan yang mana boleh buat badan aku naik 4 hingga 5 kgs..if korang ada idea lain pun sangat lah dialu2kan..(^_^)


  1. Nasi Lemak
fav aku ni..peh terliur aku



2. Nasi + ayam + sayur


3. Nasi + daging + sayur

ooopsss silap.. jap2



hurmm ok!



4. Snack Plate KFC *pokai aku makan ni je*


5. Mi goreng??
ermm tak berapa suka mi goreng sebenarnya..bihun lagi sedap...

6. Nasi beriyani?? isk aku tak suka..ermmm apa beza nasi beriyani dengan nasi minyak ha??

7. Nasi goreng. rasanya hampir setiap malam kot makan nasi goreng...



tapi kan..hampir semua makanan ini aku tak berapa suka..hehe..oh kecuali nasi lemak!! nasi lemak memang tak pernah kecewakan aku..ok meh kita tengok apa yang aku suka..




ikan pari yang dibakar..tapi mesti pedas..pehhh sedap gila lah...
adehh terliur dah ni..

aku lebih suka makan ikan sebenarnya..tapi tak semua jenis ikan lah..aku ni memang gila seafood..ok mungkin ramai yang cakap seafood mahal kan..tapi oleh kerana aku ni duduk Pontian, which is syurga seafood!! tak percaya? hey orang yang duduk JB and tak makan ikan tapi once dia datang pontian, dia akan ratah ikan sampai entah berapa banyak lah..kerang, kupang, udang? petik jari je leh dapat... ikan Pontian fresh dari laut..aku duk UPM tak makan ikan sangat.sebab rasa dia lain, pelik! sebab tu ikan yang dibela..uwekkkk...and ikan sungai tak berapa minat..tapi boleh je aku ngapp..hehe

tolong eh bagi aku idea untuk badan yang ideal..

terseksa google gambar2 makanan
mata terbeliak,
mulut terliur..
.
pasni kena chiow cari makanan...


Sunday, November 8, 2009

sesi memperkenalkan si 'dia'

korang nak kenal tak dengan chenta hati aku?? nak?? hehehe

siap buat entri khas lagi untuk kenalkan si 'dia' kat anda-anda semua..

meh lah kita berkenalan

=

=

=

=

=

=

=

=
see...macho gila dowhhh...
satu je..dia ni hidung tinggi!! tengoklah hidung dia..betapa tingginya kan hidung dia tu


oops dia merajuk lak..aiyo...saja lah tu nak suruh orang pujuk..
yelah2 alalala sorry lah...I gurau je tadi...
tak comel lah U buat macam ni..


haaa kan comel macam ni..tak mau merajuk2 lagi k..dah takyah nak sedih2..
Semua orang dah kenal U sekarang ni..so kena buat muka comel je sentiasa tau..

nota kaki: nama dia ni FJ..gabungan nama kawan aku dengan nama aku..tak payah lah fikir bukan2..FJ ni bestfriend aku kat matriks dulu bagi sempena birthday aku dulu..


sori aku merepek kat entri kali ni
bosan..bosan,..bosan...


Sunday, November 1, 2009

ada kau kisah siapa kawan aku??

tajuk gila macam gangster. siapa ajar haa??

aa haa!! kali ini nak cerita tentang kawan2 aku plak.. motif tetiba je kan.. aku rindu gila kat diorang ni sebenarnya..rindu nak gather ramai2 macam dulu

macam dulu sumbat 6 orang dalam kereta untuk pergi port dickson..rindu suasana tidur ramai2, himpit2 dah macam sandwich depan tv kat apartment. aku tak ingat lah nama tempat yang kita sewa tu. walaupun ada bilik tapi semua taknak tidur situ. nak juga berhimpit kat ruang tamu. gila gigih angkat tilam yang berat tu kan.. rindu sangat wehhh...

kak Su, Atika, Azie, Naimah, Wani.. v(^_~) peace!


ini lah tika, azie n kak su. korang kenal ke?? kalau nak kenal, bagitahu lah..aku boleh tolong apa yang patut.. hahaha sengal lah kau jiha!! (-__-")


ni memang terbuktilah ke'sengal'an aku


kami skema..duhh!

taknak skema. tapi jadi gedik?? overrr ok jiha!

rindu tau suasana macam dulu. ingat tak kita mandi kat swimming pool tu? macam tak ingat dunia dah.. bila hujan baru terhegeh2 keluar..

dulu memang muka kita ni kaki jalan. setiap khamis mesti keluar. sekarang perasaan nak keluar dah tak ada. jarang sangat jumpa (T__T)

dah terpisah pun sebab modul lain2.

bila lagi kita nak gather??

masing2 sibuk dengan project masing2. bila terserempak hanya sempat senyum, bertegur sepatah dua je.

yang penting, korang memang beshhh!! \\(^_^)//


tika, kak su, sorry sebab tak ikut pergi makan kat chop n steak
memang nak ikut pun sebenarnya.
sorry sangat..

nota kelingking: tak ada gambar pergi PD. dah hilang..so geledah je lah folder gambar cari gambar kita..

nota kaki: good luck final (masih belum lambat untuk wish kan??) and also final year project. chaiyok2!!