Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Tuesday, September 29, 2009

kalau aku boleh buat 3 kerja sekaligus, pasti dunia dalam genggaman aku


sedang menghitung hari untuk jawab 2 exam berturut2 this coming friday... haiyooooo

8-10 am - toxic and hazardous waste..
10-12 - bioinformatics

serious rasa macam nak muntah tengok lecture notes bioinfo!! chapter 5 ada lebih 50 slides, chapter 6, 7 pun sama je..pastu saja belek jap chapter 8.. haa hambik kaw 77 slides!!! dah la satu benda pun tak paham..masuk kelas tu pun ternganga je x paham pape...

pastu saja gedik2 pilih nak study yang mane satu dulu..bila dah ada semangat nak study chapter 6 bioinfo, siap da kuar kan A4 paper lagi..tetiba, paapppp!! lor apehal plak laptop tetiba restart ni....damn! hilang semangat bkobar2 aku tadi... oh mesti korang cakap aku ni sengal sebab tak print out je lecture notes tu.. watpe susahkan diri baca kat lappy kan.. nak baca sambil baring pun xleh.. taapiiii lecture notes ni kalau print out pun lg memeningkan kepala..!! alaaa tak pandai la aku nak terangkan camne.. wat2 paham dah la eh...

bukan setakat otak aku berserabut tapi meja pun sama je tunggang langgang..tetiba rasa meja kat bilik ni tak cukup besar pula..buruk pun ada gak..
haaa kan aku dah cakap..rasa cam tak muat je barang2 aku nak letak atas meja tu..tu baru separuh meja aku snap..sebelah kanan aku susun bedak la, brooch la, teddy bear yang comel pun nak gak letak atas meja..perlu ke?? biskut raya pun ada..kalau simpan dalam locker alamatnye penat aku ulang alik dari meja ke locker aku sebab mulut asyik nak mengunyah je..

air sirap pun ada..

eh tu tipu.. botol je color merah..aku kan peminat air suam ecececeh

hurmmm ada lagi yang buat aku bengang... dah semangat buat tutorial toxic waste tu tetiba baru perasan yang aku buat tu semua tak masuk test 2.. dugaan betul..

and sekarang aku mengadap buku toxic waste chapter toxicology..kena baca page 242-280..aku baru sampai page 247..tahniah! sangat lembab ya pembacaan anda..baru 1 chapter tu.. chapter lain taktau pun lagi page mana..buku yang mana nak guna pun aku tak cari lagi.. seronok Dr Puziah kalau baca blog aku ni.. Paaangg skali kat pipi aku..paaadan muka!

tapi yang aku suka, aku tak heran langsung dengan cermin kali ni..kalu dulu baru baca 2 3 ayat, dah jeling2 cermin..hehehe ada kemajuan nampak..cuma masih sempat lagi update blog??? takpe lah yang penting aku dah off facebook and YM..bagus2..


better aku sambung study sekarang..tak mau menyesal maaaa~

aku harap ada cosmate aku baca entry ni secepat mungkin sebelum jumaat ini..supaya aku rasa bukan aku seorang je yang membuang masa hahahah~ gila jahat niat aku...adusss mau tobat..

Friday, September 25, 2009

lebaran

salam aidilfitri buat semua rakan taulan..

sepuluh jari disusun tanda kemaafan..




maaf masih tak dapat nak upload gambar raya

nota kaki:
balik kolej kene siapkan assignment and study for test 2 - ada 2 paper lagi

Saturday, September 12, 2009

doa buat insan di sana...


semoga dia sihat, dan dipermudahkan jawab exam..Amin..






saya pun ada perasaan untuk rasa dihargai..

Friday, September 11, 2009

perempuan beremosi BUKAN lambat matang

letih dengan emosi yang sentiasa berubah mengikut situasi. biasalah perempuan kan sangat beremosi..ke sebab tak matang?? oh tidak..ianya disebabkan saya seorang perempuan.ecececeh

bila banyak assignment, kita jadi tensi mengejar masa tapi dalam mengejar masa asyik terfikir bila lah dapat tidur dengan aman, bila lah dapat tengok movie yang beratur menunggu dalam lappy mengharap kita mengadap berjam2..

bila tak dapat sesuatu yang kita kehendaki, mula lah muncung panjang sedepa sampai boleh buat gantung hanger..rasa sedih je..

bila kecewa dengan orang yang kita sayang, serba serbi yang kita buat tak kena. sikit2 click folder yang penuh gambar dia, tatap puas2 walaupun sedih..tapi makan tetap kenyang sebab makan sikit je dah kenyang, tak larat nak habiskan makanan walaupun nasi sesenduk je. mandi tetap juga basah..rasanya lagi habis kuyup sebab lagi rasa nak mandi lama2. tidur pun tetap lena sebab tidur lepas nangis mata melekat habis sampai bangun pagi pun mata susah nak buka heeee =))

bila kena marah, mula lah down semacam je..terus mengurung diri dalam bilik. rasa nak jerit sepuas2nya..muka pun ketat je..jumpa orang pun sangat la susah nak senyum..

bila ada orang cari pasal dengan kita, muka berkerut seribu..eceh macam kaca retak seribu..hmm ok tak ada kena mengena =p

tapi bila kita nampak seseorang yang pernah kita minat or yang memang kita sayang, or yang sewaktu dengan nya, senang je senyum sampai telinga..seharian senyum. tetiba je jadi ramah dengan semua orang, gila baik sedekah senyuman dengan sesiapa yang kita jumpa.. tu baru nampak dia..kalau lah dia ajak keluar, sure berseri2 je muka sampai kalah seri pengatin baru. ouh tetiba?? perasan orang nak ajak keluar..ok minat je.kalau dapat dia pun rasanya taknak lah..minat tak sama dengan sayang..lagipun bertepuk sebelah tangan je pun heeee =) ok cakap dah mula berbelit..mentang2 ternampak dia tadi..hehe

nota kaki: i sayang dia..dah hampir 4 tahun kenal tapi kesudahannya tak pasti..

*cerita ini tidak memfokuskan pada 1 orang..i mean minat dan sayang adalah berbeza. dan minat hanyalah seperti minat terhadap artis..minat pandang je lah...

Monday, September 7, 2009

UPSR - my sis Fatin Humairah

hello readers... lama i tak update blog ni kan..
hari ni baru i terdetik hati nak post entri. and dah tentu la entri ni pasal my sister fatin yang kena hadapi upsr esok till khamis..

after maghrib yang agak lewat tadi (sebab ketidaklaratan setelah berbuka) i call my sister yaya (she s form 5) since fatin tak ada handphone. lama i tunggu tapi tak dijawab..tapi i tetap sabar tunggu sampai suara operator tu bergema je i cepat2 matikan..mambazir kredit i je.. then i try call my mom lak but tetap kene tunggu lama..

dalam hati, mana lah semua orang ni pergi..takkan mengadap makanan lagi pukul 8.30 dah..

i start kecewa and dah mula fikir patut ke tak merajuk sebab tak ada siapa layan i call..serius sedih...

baru nak mula layan merajuk ni, yaya call! hihi...dapat gak i cakap dengan fatin.

tapi entah la kenapa masa i wish good luck la, buat betul2 la, jangan takut la, i yang rasa sangat terharu..cam nak meleleh je air mata ni..tu lah siapa suruh manjakan lagi adik tu sampai tak sanggup biarkan dia melalui cabaran hidup termasuk upsr..

rasa macam dia ni masih terlalu kecil untuk biarkan dia berdikari.. nak tahu tak? i tak sanggup tengok dia jemur kain masa panas2. nati i marah my sister yaya or zati sebab biarkan fatin yang buat kerja.

ok, ni about my sister, fatin..

nama dia ni fatin humairah. nama fatin tu my mom yang cadangkan and humairah lak my abah.. i tak ingat apa makna fatin tu. tapi humairah means pipi yang putih kemerah-merahan. pink la kot? tapi sama je kulit dia dengan i..hehe she s my roommate but sangat manja dengan my mom.. tetap nak tidur dengan mama sampai biarkan bilik asyik kosong je setiap malam. i balik pun dia taknak tidur dengan i.. sebab i garang kot dengan dia..

memang i agak garang dengan dia. bukan sebab apa.. tapi i yang tak bagi dia buat macam2.. dia keluar rumah main basikal pun kena marah kalau tak bagitahu. tapi i marah bersebab. i takut ada apa2 happen nanti kalau dia keluar tak bagitahu sesiapa. i pun selalu gak marah dia kalau tak kemas bilik..pantang i kalau bilik sepah.dia balik sekolah terus tidur pun i marah..kalau nak tidur kena lah mandi dulu.. kesian dia asyik kena marah.. tapi i marah sebab sayang dia.

impian dia nak masuk sekolah berasrama penuh masa form 1 but i rasa i tak sanggup lepaskan dia. dia masih terlalu kecil untuk berdikari. i takut if dia kena buli. mama and abah pun tak sanggup lepaskan dia. lebih baik dia membesar depan family.

lagi satu tentang dia, dia sangat penyayang terhdap semua jenis binatang yang comel2. dengan kucing sedara, dengan 4 ekor arnab yang kitorang bela (fatin gelarkan diri dia as 'kakak' bila berbual dengan arnab2 tu), dengan ayam2 maklong.

and dia lah satu2nya dalam famili i yang sangat peramah. dia boleh berbual panjang dengan orang yang dia baru kenal tak kira lah dari baby hingga lah orang tua bergelar nenek2. semua kawan mama kenal dia. and dia je lah yang rapat dengan jiran sebab ramah dia tu. siap boleh bergosip dengan makcik2 hehe.. i dengan my sis yang lain jealous sangat dengan kemampuan dia..i jumpa kawan mama hanya mampu senyum je. tak pandai nak bual2 ni..

ok lah..

fatin, kakak doakan fatin dapat jawab setiap soalan dengan tenang k..jangan takut sangat. baca doa banyak2. semak balik setiap soalan bila dah siap tu. kakak tahu fatin boleh buat yang terbaik. dont worry too much k.. kakak sayang fatin