Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Tuesday, March 3, 2009

Mahasiswi yang sentiasa inginkan kesenangan hidup

MPP UPM sedang melakukan paksaan..hahaha bukan lah… aku ternampak MPP ada buat kaunter khas untuk kebajikan pelajar di Putra food court. Aku pandang je kaunter tu dengan perasaan…ntah tak tau apa perasaan aku..tersasul taip tu. Sambil tunggu sup cendawan aku siap, aku jelling-jeling gak lah kaunter tu. Rasa macam ada benda aku nak pertikaikan or other word nak membuat aduan. Tapi otak aku hanya focus pada perut yang sedang berkaraoke kat jusco balakong dengan harga yang sangat murah OH SHUT UP JIHA! Sorry aku tengah tak boleh nak kawal otak untuk berfikir secara teratur. Macam-macam benda berlumba untuk keluar agar setiap words ditaip di entry ni..CUKUP JIHA!

Ok serius..ingat dah tak nak fikir dah tentang aduan yang macam-macam..tapi alih-alih esoknya YB Jalilah (panggilan khas untuk jalilah..dia one of the MPP board ok) telah mengedarkan borang aduan untuk kebajikan pelajar. Dapat je aku belek-belek then terus simpan dengan rapinya dalam beg hitam aku. Niat nak isi bila sampai bilik. So ada lah masa untuk fikir apa yang patut aku adu.. kononnya lah.. but aku terlupa tentang kehadiran borang tersebut dalam beg aku. Bila YB minta je dah kelam kabut aku isi.. isk kan dah tak sempat nak jawab ala-ala esei dalam borang tu. So aku hanya sempat adu yang wireless sangat tak kuat kat blok kesayangan aku ni..tension gila bila nak online.blok cermai je yang ada kekuatan wireless yang sangat menyedihkan.

Oleh kerana tidak mempunyai cukup masa untuk buat aduan dalam borang tu, so aku list kan lah segala yang tersimpan nun jauh di dasar hatiku. Cis poyo!

1. nak stress kan tentang wireless tu! Dah ramai buat aduan kat ofis tapi tetap tak ada perubahan. So mengharaplah MPP akan berusaha demi saya! Ya demi SAYA! Haha~ (aku akan paksa YB Jalilah baca entry ni)

2. please letak ATM machine di setiap kolej. Kalau macam permintaan ni agak susah, at least ada lah ATM kat tempat yang jadi tumpuan orang.. penat lah kena pergi Park View setiap kali nak draw duit

3. mansuhkan peraturan keluar masuk kampus yang hanya limit sampai pukul 12 malam. Cuba fikir dari pelbagai sudut ok! Kesian kat students dari pantai timur yang selalu ambil bas malam untuk balik kampus. Biasanya mereka akan sampai di hentian Putra dalam pukul 3, 4 pagi.. tak kesian ke mereka ni terpaksa tidur di surau hentian tu sementara tunggu matahari menunjukkan wajahnya yang berseri tu. And penting juga untuk orang yang suka tengok midnight movie. Niat mereka ini selalu terbantut.. (aku lah tu)

4. oleh kerana UPM ni terkenal kerana pertanian, so please lah jangan tebang pokok lagi..panas tau tak?! Kami yang kena berjalan kaki ke hulu ke hilir dah tak sanggup tahan panas and kami sangat sedih setiap kali terpandang pokok2 ditebang.

5. ni lagi 1, boleh tak buat tempat letak kereta berbumbung.. kesian tengok orang masuk kereta macam masuk oven yang sangat panas! Lagi kesian kalau air-cond kereta rosak. Ni aku cakap ikut pengalaman aku lah ni..

Tu je lah..if ada apa2 lagi, aku akan sampaikan terus pada YB Jalilah..