Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Thursday, October 29, 2009

Hanya Sekadar Renungan

Tiada siapa yang akan menolong kita kalau bukan kita sendiri.

Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri.

Jika niat itu sudah nekad,

Allah Taala akan permudahkan jalan itu.


bangunlah dari kekalahan
kerana kita tak akan selamanya gagal
kejatuhan kita adalah permulaan kejayaan pada masa hadapan
jangan pernah takut untuk bangkit semula!!

I'm in Love with Final Exam


baru keluar dewan exam yang memang gila sejuk macam tak pernah tutup air-cond seminggu!! segala joints kat badan macam dah tak boleh digerakkan. merana jawab essay 8 soalan (-_-")

haha tu je lah nak cakap. kena hargai waktu untuk tidur. next paper is hari sabtu ini. statistics! semoga berjaya menggoreng, merepek dekat kertas jawapan..hehe

Tuesday, October 27, 2009

Jangan kau sepi sendiri

bila berkawan, adakalanya kita

bergelak ketawa
sangat rapat

tapi adakala

iri hati
kecik hati
terasa hati

noda2 hitam mula menyalar hati

tapi Allah sayangkan hubungan persahabatan kita

hanya dengan berita kesusahan yang aku terima,
aku sedih..
sebab kau kawan aku
aku taknak kau susah sendiri

kalau aku mampu,
aku nak berlari sepantas mungkin
duduk diam berteleku di sisi kau
mendengar isi hati kau
biar kau rasa tenang

tapi kau menghalang
niat kau terlalu baik
tidak mahu sesiapa risau
tidak mahu sesiapa peduli

kini aku yang sedih sendiri
hanya mampu membantu dengan pertolongan Ilahi
melalui doa yang ku panjatkan saban hari

aku sedar kini
persahabatan itu terlalu suci

Monday, October 26, 2009

final exam kembali lagi

macam cepat je masa berlalu. dah nak final exam dah ni. semester 5 dah ni wehhh.. macam tak puas jadi student hehe tapi untuk further study tu mungkin TAK kottt.. alasan? sebab nak buat final year project ni pun tertekan gila!

hoho esok nak jumpa supervisor and sure mati aku bila dia tanya progress project aku tuh..

and paling tak best terpaksa stay kat campus for the whole cuti semester semata2 nak siapkan project! tak apalah.. bila lagi nak bermanja manja dengan UPM ni. April tahun depan dah kena say goodbye dah dekat campus yang penuh suka duka aku ni.. ouh serious sedih..

ok lah.. mahu study!! (^_^)

29 oct - environmental biotechnology
31 oct - statistics
6 Nov - bioinformatics - doakan aku dapat pulun habis habisan untuk jawab killer subject ni!
13 Nov - toxic & hazardous waste

ok walaupun 4 subjects sahaja and gap sangat jauh, tapi hari2 yang free kena duduk dekat lab! tak ada life betul duduk terperap dalam lab je tau!

ok dah! chiow~

nota kaki: nak pergi interview kerja. tapi resume dah hilang. and sekarang sangat malas nak buat resume baru! so macam lepaskan je lah peluang kerja tu. ke ada sesiapa yang rajin buatkan resume untuk aku? hahaha sebab memang macam dah tak sempat dah nak buat sebab nak kena study lagi semua kan..and aku macam tak berminat sangat dengan kerja tu. dekat PJ weh..habislah duit mengalir macam air kalau kerja area situ..

Thursday, October 22, 2009

suka hati saya lah nak buat entry tentang apa pun..

entry kali tengok2 gambar je lah eh.. sebab sekarang tengah rajin upload gambar SEBAB TENGAH MALAS NAK STUDY! hehe
hoho kutuk lah kalau korang nak kutuk..saya pun sampai sekarang kutuk muka sendiri hehe
ini masa kat kelas hari rabu.

kelas start pukul 9 and saya bangun pukul 8.50!!
haha ni kes sebab tidur yang tak menentu
sebab tu nampak mata saya sangaaaatttttt laaahhh buruk!
muka pun kusam semacam

eh tapi saya mandi ok!!
walaupun saya kelam kabut and rasa macam dah pergi kelas lambat but sampai2 kelas je saya antara orang yang awal datang!
haha ramai je yang datang pukul 9.30
padahal hari tu ada presentation
tapi saya pakai baju macam nak pergi pasar malam
haha lantak lah...dah bangun lambat mana sempat nak fikir baju apa yang sesuai kan...

haruslah malas pay attention bila kita dah present kan...masa ni kelas macam dah makin kosong. sorang2 keluar..pergi toilet lah, pergi lab computer lah...harus lah berfacebooking mereka2 itu kan..haha sesuka hati tuduh orang...

hurm ok lah.malas dah nak upload gambar lagi. internet memang lah sangat slow dari siput khinzir! ah tak payah sopan2 punya ayat..siput babi je lah..kan senang!

oh saya tahu entry ni sangat membosankan..
korang yang tak habis kutuk muka saya tu, kutuk lah puas2 eh...


Wednesday, October 21, 2009

kawan biar kekal kawan, musuh boleh tukar jadi kawan

rasa macam nak cerita semua benda and nak share semua benda dengan uols.. hehe baru saya tahu ramai yang jadi silent reader saya.. *wink wink* haha tak boleh blah mangaku depan2 saya yang mereka jadi silent reader blog saya ini.

hari tu saya hampir2 nak cerita something kat uols. tapi nasib baik saya fikir 2 3 kali before publish. menyesal tak sudah nanti hehehe...sebab tak semua benda boleh share dengan orang luar kan?kan?kan? yelah uols ni orang luar saya lah.. orang dalam tu macam mana haaa? saya bengap sikit bahasa2 ni. adik2 saya pun selalu gelakkan bahasa yang saya guna.
and ayat biasa diorang,

"kakak tak belajar BM eh?"

isk kan dah rindu kat adik2.. rindu sangat2...

panjang lak intro...

hurmm sekarang dah mula rasa ketidakselesaan. agak tak selesa..

apa perasaan uols, bila orang yang selama ni kita anggap macam kawan yang boleh kita hu ha hu ha sama2, boleh gurau2 macam orang tak tahu malu, boleh tergedik2 kat dia sebab dia kenal siapa kita yang sebenar PADAHAL SAYA MEMANG GEDIK =P , boleh tak sengaja cakap meleret2 kat dia sampai orang ingat saya memang gedik sebagai contoh alaaaaa tak naaaakkk laaa, susahnyaaaaa OH OK SAYA MEMANG SELALU MACAM TU DENGAN ORANG YANG MEMANG KAWAN SAYA. AND SAYA BARU SEDAR SAYA MACAM TU BILA AZIE AND WANI TEGUR SEBAB SELALU TERGEDIK DEPAN DIORANG HUHU (-_-")

and pada akhirnya kamu telah di'skandal'kan bersama? huh! apa perasan korang hah? hah? cepat cakap apa perasaan korang?? isk geram dah ni...!

saya terus rasa tak selesa nak bergelak ketawa dengan dia..and mula jauhkan diri dari dia.. rasanya bercakap dengan dia pun benda yang penting sahaja. bila depan dia jadi macam serius semacam. dah taknak dah tergedik2.dah rasa macam meluat, menyampah semua..hoho padahal orang lain yang buat gosip tetiba boleh menyampah kat dia pula?

senang cakap, saya tak selesa. dah itu sahaja.ok bye! study time!

Monday, October 19, 2009

macam mana nak jadi pelahap??

saya nak naikkan berat badan

nak sanggaaaattt...

tapi

dah berapa hari tak ada selera nak makan

kat rumah nak tak nak kena lah makan sebab mama dah masak, jamah pun jadi lah.. and mama pun memang risau sangat bab2 makan ni sebab masa tu saya tak sihat

bila dah balik UPM, makan adalah perkara terakhir yang saya akan fikir.

memang lah lapar tapi tekak tak boleh terima..

ni saya tengah lunch. pukul 3.55 petang. makan maggi tom yam. tapi tekak saya tetap tak boleh terima

ni yang rasa makin malas nak pergi dinner nanti. bukan ada selera pun.

Sunday, October 18, 2009

saya sayang statistics, statistics sayang saya

mood nak study, buat assignment semua belum nak datang..aduhai masih rindu pada family membuak2..

dah lah masa type entry ni orang floor bawah aku tengah masak apa entah..Ya Allah sedapnya bau dia.. tadi macam ada bau kuih tart..sekarang bau macam masak gulai.. isk apa lah aku nak makan untuk malam ni? siang tadi makan roti dengan buah je..

oh ok..sebenarnya bukan nak cerita pasal tu.. nak cakap yang aku tengah ngadap assignment statistics. terkial-kial aku baca soalan dia

"eh ini topic yang mana?"

haha hambik kaw... dah 3 tutorial tak buat mana nak faham concept. padan muka!!! sampai topic yang mana pun tak tahu!! ini memang dah kes sangat teruk ok! padahal final dah dekat sangat..

memang ada niat nak study betul2 for statistics... kata nak dapat A untuk statistics ni so kena lah semangat study, faham kan tutorial + assignment.

masalahnya, tak ada semangat langsung sekarang ni...!!! tolong!!!!



kita tak kalah bila berada di bawah
tapi kita kalah bila kita tak bangun semula

Renungkanlah



"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

-surah Al-Baqarah,ayat 216

Wednesday, October 14, 2009

Allah Maha Mengetahui

aku mula tak sedap hati since semalam
mula2 aku tak rasa apa pun..mungkin hanya kecuaian..

tapi kalau dah berlarutan?

semalam balik dari lab aku naik bas. masa mendaki balik kolej, botol air yang aku pegang terhempas. malu memang lah malu..tapi aku fikir mungkin sebab letih sangat seharian duduk dekat lab sampai kekuatan aku hilang.. hehe macam pelik hanya pegang botol air yang hanya tinggal tak sampai separuh je pun air nya tapi still tak mampu??

then kunci bilik aku terjatuh dari genggaman..

ok lagi kot tu..

tadi helmet aku pula terhempas..bayangkan lah bunyi dia kuat macam mana kan...aku mula tak sedap hati..aku beristighfar banyak2 dalam hati..minta dijauhkan dari segala keburukan..

tengah hari tadi pula tangan aku melecur masa buat final year project.. sampai sekarang belum sembuh..mungkin ujian dari DIA..

just now, aku pegang botol jem untuk simpan. but terhempas juga!!

lepas ni apa pula yang terhempas, terjatuh??

Monday, October 12, 2009

kenapa saya tak dapat cuti untuk esok??

salam 1 malaysia! ceh poyo..

baru balik jumpa doc..macam biasa lah kene marah dengan doc sebab dah lama sakit baru sekarang nak jumpa?? nasib aku pandai cover..

"saya ingat demam biasa so saya makan actifast je..tapi yang pelik nya setiap kali bangun tidur, demam saya makin teruk"

"oh dah makan actifast..bagus.." hehe selamat tak tambah bebelan dia...

"minum air banyak tak?"

"banyak gak"

"ada sampai 3 litre?"

"3 litre tak sampai lah...2 litre je saya minum"

"tak apa..lepas ni minum lebih sikit eh"

heheheh kenapa lah doc taknak sponsor air mineral spritzer banyak2 kat saya... 600ml dah rm1.20..kalau 3 litre sehari, dah rm6.00... gedik nak air mineral..sumber air bawah tanah.. R.O water kan ada...tapi payau...

sekarang saya tak berapa yakin dengan air paip yang dimasak or water cooler.. saya mula demam sebab minum air paip yang dimasak tu lah hari tu.. adoi...so kena lah invest sikit duit di akhir2 semester ni untuk air mineral.

satu benda yang saya kecewa tadi is saya tak dapat m.c. untuk esok! haha padahal ada 1 kelas je pun.. 1-2pm.. tak buat lagi ni tutorial..

mata dah kuyu..ni mesti penangan ubat2..

oh lupa, tadi saya ada trip pergi Bukit Tagar Sanitary Landfill.. gila berusaha gagahkan diri pergi sana..tapi seronok lah..banyak ilmu dapat dari sana.. gambar nanti2 lah saya upload.. kepala tak berhenti berdenyut lagi ni..

ok mahu buat tutorial then tidur!!

Saturday, October 10, 2009

kegembiraan diikuti dengan kesakitan

sorry guys...saya tak ada benda nak diceritakan. kepala dah tak boleh fikir apa2 sebab asyik tidur je..makan ubat je terus terlelap. pagi, petang, malam tidur je kerja saya.bila dah bangun saya akan paksa diri untuk tidur balik sebab badan saya sakit2.

so kali ni saya letak pics sahaja lah ye..ni masa keluar pergi mid hari khamis hari tu..


\(^_^)/ ok tamat! hehe

doakan saya cepat sembuh.
dah penat asyik terlantar tak boleh nak buat apa2

Thursday, October 8, 2009

monolog dalaman- adakah ia cool??

saya....saya...saya....sebenarnya...ermmm....

cakap je lah! gagap plak! sepak kang...

sayarasanakluahkansesuatutapitaktahuapayangnakdiluahkan..fuhhh

haa laju plak cakap..memang gedik lah kau minah, bedah wtf..

saya rasa macam ada benda yang membebankan saya..sesuatu yang dipendamkan sampai rasa macam nak pecah dada ni.

then, luahkan lah..

masalahnya saya sendiri tak tahu apa benda yang bebankan saya tu

yang saya tahu saya jadi sangat sensitif. semua benda yang happen buat saya rasa sedih

masalah perempuan kot..

tak..saya pasti bukan..

try lah enjoy kan diri..tenangkan fikiran..

itulah..memang esok nak keluar shopping dengan tengok wayang pun..

oh yeah? nak beli apa?
dengan siapa?

jeans, kasut, conditioner rambut. pergi bertiga dengan kawan.. saya mana ada boyfriend yang boleh temankan.. T_T

tak apa lah.so buat apa sepanjang hari ni?

siang macam biasa lah. pergi kelas then singgah lab isolate bacteria sekejap. balik lepak2 main muka-buku. malam baru start buat assignment. tadi saya boring2, saya search 'Najihah' kat google.. hikhikhik gila gedik. Ahhh lupakan kegedikan saya itu..

hurmm saya plan nak ponteng kelas toxic waste 2 minggu berturut2..^_^

suka hati lah..

^_^ maaf Dr Puziah. saya tak pernah ponteng kelas Dr lagi..so saya nak gunakan peluang yang ada untuk ponteng. kalau Dr tak buat kelas pukul 8 pagi, confirm saya tak akan terfikir nak ponteng kelas hihi..hurm ok alasan!

dah2..pergi tidur. esok kan kene pergi lab dulu jenguk your babies (bacteria) sebelum pergi meng'enjoy'kan diri.

wokies!

Wednesday, October 7, 2009

saya masih wujud

kenapa jadi macam ni?

i need your explanation..

Saturday, October 3, 2009

FULLSTOP!

aku jatuh cinta dengan lagu ini..

serious lirik dia, melodi dia memang tip top..

ada kena mengena dengan aku gak lagu ni..

aku dah tak larat nak pujuk perasaan sendiri..

tapi aku tahu aku dah makin tabah..dah immune..


warkah

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku


Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada..


nota kaki: teringat dulu my mom penah pesan..lepas sembahyang jangan lupa doa dapat jodoh yang terbaik.tapi aku gelak sebab masa tu aku baru form 5.. rupanya memang itulah pesanan yang sepatutnya aku buat, aku amalkan..

Friday, October 2, 2009

meh2 beraya sakan..

Alhamdulillah..
habis juga test 2 untuk semester 5 ini..

memang mencabar tahap gaban lah..yang pasti Bioinfo sangat lah teruk result nanti..lulus cukup makan pun dah bersyukur dah...

result Environmental Biotech pun dah keluar.. result aku turun dooowwwhhh... walaupun tak banyak beza denga yang lepas tapi aku tetap tak dapat A..

bapak sedih!!

eh silap..

sedih sangat.... ='(

tak kisah lah..yang penting weekend ini nak enjoy puas2.. Aini pun dah jemput pergi open house rumah dia dekat bangi ahad ni..ok lah tu..boleh beraya rumah pakngah sekali..Aini ni jiran pakngah aku..oh lupa, tadi Aini bagitahu yang dia pun jiran dengan Zamarul Hisyam.. kenal tak? alaaa yang... hurmm tak payah lah bagitahu..budak kecil pun kenal apatah lagi uols kan.. gedikkk lah korang kalau cakap tak kenal..

ok itu untuk Ahad. esok?? hehe mahu buat apa ye? nak beli jeans..TAPI tak suka lah shopping.. serious tak suka.. sebab aku ni cerewet sangat.. penat tau nak pusing semata-mata nak cari satu barang SAHAJA..

nanti yang ni tak berkenan lah.. yang tu nampak pelik lah.. colour dia tak lawa lah.. harga dia mahal sangat lah..

buang masa I sahaja tau!!

lebih baik duduk bilik baca journal untuk final year project. nak start buat project Isnin ni. InsyaAllah...

oh ye, meh lah datang beraya ke bilik saya ni..nak beraya ke rumah saya jauh sangat pula kan..lain lah kalau ada yang sanggup sponsor buat konvoi pergi Johor hehehe.. (TIBA2 RASA SANGAT BAIK GUNA 'SAYA') hihi lantak lah..ada korang kisah???