Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Tuesday, February 2, 2010

Nak bersama mereka susah dan senang

setiap kali balik rumah, aku pasti nampak perubahan adik2 aku. semua dah makin matang.. semua aku anggap macam kawan sendiri yang boleh share everything. sebab tu aku suka balik rumah. seronok dengan gelagat mereka.

fyi, i m 2nd out of 9 siblings.. so bayangkan lah yang i ada 7 adik bawah i.. the youngest pun beza cuma 10 tahun and now he is in standard 6. dia lah yang paling dimanjakan. dia tak manja tapi yang lain semua manjakan dia. bila dia injured sebab main bola, semua orang risau. padahal sikit je pun..dia kena gigit nyamuk semua orang risau macamlah dia kena gigit harimau. tapi dia rajin. bayangkanlah dia sangat pandai siang ikan!! kalau aku tengah masak, dia mesti akan tolong.
Muhammad Munawwir, I love U (^_^)

atas dia baru form 1. perempuan, named Fatin Humairah. she is also my roommate. dia sangat peramah tak kisah lah dengan sesiapa pun. and sangat sukakan binatang. rabbits dekat rumah tu semua dia yang jaga. bila ada rabbit yang sakit, dia sampai nangis2 ..Fatin, kakak sayang fatin..

sebenarnya point sebenar aku is aku susah nak terima yang diorang semua ni dah membesar. aku tetap layan mereka macam mereka tu masih bawah umur sangat2.

hari ini hari pertama Muhammad Hifni kat Sek Sains Johor. dia form 4. tapi aku yang risau lebih2. hopefully malam ni dia boleh tidur dengan lena kat hostel tu. sepanjang hari aku tak tenang risaukan dia. boleh ke dia berdikari? boleh ke dia kawal emosi dia sendiri kat sana? aishhhhh serious sedih weh.. (T__T) kalau boleh setiap hari aku nak visit dia tapi nak buat macam mana, jauh sangat..

tak sanggup biarkan adik2 rasa susah. kalau boleh aku nak ambil alih semua kesusahan diorang.. biar aku je yang rasa susah. yang penting diorang sentisa happy..

sekarang kat rumah cuma tinggal 4 orang je. tak lama lagi seorang lagi akan keluar sebab sekarang dia tengah tunggu result SPM.

perubahan sentiasa berlaku dalam hidup. nanti abang aku pula dah ada keluarga sendiri. masing2 dah bawa haluan sendiri. hehehe satu hari nanti rumah tu tinggal mama dengan abah je lah..

*semoga kami adik beradik akan sentiasa menggembirakan hati mama and abah. and semoga kami dapat balas jasa mereka. last but not least, dapat jadi anak yang soleh dan solehah..

*sedang memaksa diri supaya dapat anggap adik2 aku semua dah besar. bukan budak kecik lagi!!

Sesi Kaunseling (untuk diri sendiri juga)

masalah bertimpa2..
hanya berusaha untuk bangkit semula.
bagi yang cuba menjatuhkan aku, terima kasih..
aku tahu esok lusa aku akan kembali berada di atas.
memang hukum alam begitu
sentisa berdoa untuk yang terbaik

tenang mengikut jalan yang telah diaturkan DIA
walau sememangnya berliku
buat apa nak takut
sinar kegembiraan ada di hujung jalan
cahaya itu tak pernah malap
tetap setia menunggu kita

jika tak mampu berlari, jalanlah dengan senyuman
jika tak mampu berjalan, bertatih lah dengan senyuman
jika tak mampu bertatih, merangkak lah dengan senyuman

ikhlaskan hati dalam setiap perkara
jangan sesekali mengeluh
jangan sesekali mengungkit

jika kita seronok berlari,
janganlah menghina orang yang berjalan, bertatih atau merangkak
kerana
sekali kita jatuh tersungkur dalam seronok berlari
kita juga akan merangkak untuk bangun semula

perjalanan hidup yang diaturkan Allah terlalu indah
setiap masalah, jika dipandang dari sudut lain ianya sebenarnya indah
Percayalah..