Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Friday, January 8, 2010

sila berhati2 dengan api and acid!

kali ni saya nak guna kata ganti diri SAYA. sebab hari ni hari nerd saya. =_=

saya tak tahu lah saya ni jenis yang macam mana bila perkara ni berlaku. tangan dah macam amah kena dera dengan majikan je. tak percaya? meh tengok tangan saya ni..

saya tahu tangan saya macam tangan orang tua (-__-")
ok, yang kat jari manis and jari hantu saya tu kena sambar api. tapi my senior kata mungkin kena acid. entah lah saya tak pasti. bintik2 antara ibu jari dengan jari telunjuk tu saya rasa kena gigit dengan nyamuk2 yang kejam. tapi ada orang kata mustahil gigitan nyamuk macam tu. diorang cakap macam kena gigit dengan tuuutttt.. oh jari hantu kat tangan kiri pun sebenarnya ada bekas2 hitam kena sambar api tapi gambar tak ada ok sebab tak seteruk tangan kanan. semua tu berlaku dalam 2 minggu lepas.

walaupun tangan dah jadi macam tu, saya tetap tak makan nasihat. sangat tak suka pakai gloves kat lab. rimas tahu tak??? tapi hari ni tiba2 saya jadi fobia dengan semua jenis chemicals. tapi masih tak hairan pun dengan api heheh teruk betul. saya start jadi fobia bila saya conduct experiment yang guna concentrated sulphuric acid tapi masih pakai gloves sekejap2 je. dan akhirnya jari telunjuk saya ada kesan kena acid! arghhhh terus fobia wehhhh.. tiba2 jadi sangat bagus basuh flask, beaker semua pakai gloves. hehehe taknak burukkan tangan lagi!!!

harap2 segala scars yang buruk2 ni cepat hilang sebelum aku kahwin. *tetiba guna AKU?*
hehe dahlah jari manis yang paling teruk + buruk. macam mana lah masa nak batalkan air sembahyang nanti kan. malu je bagi jari yang buruk untuk pakai cincin. insyaAllah akan hilang scar ni. hehe sampai bab kahwin aku cerita. dah semua orang takut2kan aku. siap ada yang cakap duit hantaran tak boleh tinggi2 dah sebab jatuh saham, kena reject dengan bakal mak mertua lah. siut je takutkan orang macam tu kan...

nota kaki: terpaksa beli ubat baru dengan harga RM30++ sebab ubat yang ada tertinggal kat rumah. cehhh habis lah duit camni... *gila kedekut!*

nota kaki 2: ini lah pengorbanan untuk siapkan final year project. semoga semua bacteria2 saya mendoakan agar project saya berjalan lancar. hehe