- Last week aku demam yang sangat dahsyat. Pergi kelas 2 hari sahaja! Hari isnin aku tidur sepuas puasnya dari pagi sampai petang. Tak larat nak bangun. Hari selasa gagahkan diri juga untuk pergi kelas sebab ada lab. Rabu petang after lab aku balik rumah!! Ponteng kelas rabu 5-6 dengan kelas hari khamis. Sangat seronok. Saja balik rumah..nak cari ketenangan. So petang rabu tu aku telah tinggalkan segala masalah aku yang sentiasa buat aku down, lab report yang melambak-lambak, assignment arab semua.. biarlah aku nak dapatkan ketenangan di rumah dan mengutip segala semangat aku semula. Alhamdulillah aku tenang sangat di rumah. Sentiasa tersenyum and paling penting aku terus sihat dari demam. Di sisi keluarga, tiada langsung perasaan sedih. Aku tahu hanya family aku sahaja lah yang dapat beri aku kebahagiaan. aku bahagia tengok muka mama abah tersenyum gelak ketawa, bergurau senda dengan adik-adik.
- Sampai UPM semula, terpaksa lah mengadap 4 lab report yang tertangguh, assignment arab lagi.. nasib lah…tapi aku still tak gigih buat. Sempat lagi baca novel habiskan dalam masa sehari. Malam semalam banyak aktiviti tapi tak semua aku dapat join. Aku pergi solat hajat perdana.
- Lepas tu terus pergi K5 untuk lihat seseorang yang pernah bertakhta di hati berpidato. Aku tahu dia memang insan berkarisma. Tahniah kerana sampai ke tahap ini (finalis pidato). Aku tak risau kan masa depan dia. Sebab aku tahu dia boleh berjaya dalam hidup tanpa aku..kalau dia sakit, aku tahu ada orang yang akan jaga dia. Sekurang-kurangnya aku tak risau lepaskan dia..
- Buat rakan-rakan yang menjemput aku untuk celebrate birthday ain, maaf kerana tak dapat hadir. Balik dari K5 pun dah lewat.
Ok nak mengadap lab report..daaa~