Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Wednesday, February 23, 2011

Siapa cakap jadi rendah/pendek/rendang tak best??

aku tak punyai ketinggian bak model-tinggi-macam-galah

masa study kat UPM dulu, setiap kali nak ambil glassware or chemical bahagian atas sekali dalam rak, mesti tarik kerusi pastu toleh kanan kiri make sure tak ada orang, terus panjat, cepat-cepat capai barang terus lompat turun. tapi lama-lama orang tengah kerumun sekeliling pun buat bodoh je panjat kerusi. biarlah..

masa dekat sekolah, bila rasa tengah ngantuk, tetiba volunteer kan diri nak padam whiteboard. paling tak suka kena padam tarikh dekat whiteboard sebelah kanan tu sebab tinggi sangat. mesti semput sebab kena lompat banyak-banyak kali.

lagi tak best bila pergi mana-mana tempat yang ada artis, mesti berusaha jingkit kaki sampai betul2 guna hujung ibu jari. kalau dapat diri depan sekali tak apa jugak.

bila aku masuk lif, seronok lif kosong. tapi bila penuh orang, aku terpaksa dongakkan kepala untuk mudah dapat oksigen. lagi rimas kalau orang depan berambut panjang yang macam tak basuh rambut setahun. paling tak tahan kalau orang tu adalah nyah..peh tak kuasa..dah lah padat gila dalam lif tu.

paling menyusahkan bila beli seluar baru. nanti balik kena berusaha alter seluar tu, gunting pastu jahit sekemas mungkin. kalau malas hantar je kedai tapi dah membazir RM7 aku. lebih baik guna duit tu beli kek secret recipe.

tapi

bila nak pakai tudung lepas sembahyang kat shopping mall, aku boleh diri depaaaaan sekali kat cermin surau. baru puas!! hahaha

aku pun boleh kumpul high heels banyak2. boleh berlagak macam Paris Hilton ada satu bilik khas untuk kasut. Ah gila tamak + berlagak nak macam tu sekali. koleksi kasut aku semua ada dalam kereta. kereta dengan rak kasut memang tak boleh dipisahkan.

and bila ambil gambar ramai-ramai (gambar batch) masa study dulu aku boleh duduk/diri depan sekali. memang dasar suka mencapub nak buat macam mana kan. lagi dengan ketinggian macam ni, aku bersyukur ;)


******************************
kalau aku tinggi, mesti aku jadi berlagak bagus. walaupun aku rendah, sila jangan pandang rendah pada diri ku ini ye ;p