Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Tuesday, December 29, 2009

semua orang pun semangat nak ada azam baru

cepat je masa berlalu kan..dah nak masuk 2010 dah..

macam baru semalam habis sekolah
macam baru semalam daftar kat UPM
macam baru semalam tragedi tsunami
macam baru semalam kecoh pasal Osama Laden

ok tipu lah semalam kan..tak logik je. tapi my point here is masa berlalu cepat sanggaattt.. cuba ingat balik dah berapa tahun tsunami tu? mesti rasa maca
m "eh bukan baru lagi ke benda tu?" padahal benda tu dah berlaku masa zaman jahiliyah kita lagi.

tut tup 4 bulan je lagi aku bergelar student. hehehe dah besar wehh..
beberapa tahun lagi muka start berkedut lak..nak tak nak k
ena lah terima hakikat yang kita ni makin tua.. oh aku tak tahu muka akan mula berkedut pada umur berapa..

2 tahun lepas aku berpeluang untuk rasa kemeriahan new year. sebab dari bilik aku kat UPM ni boleh nampak the whole Kuala Lumpur and Genting. serious malam2 suka cuci mata. kalau ada bunga api meriah je nampak KL.. tapi tu dulu lah. sekarang blok sebelah makin meninggi so dah tak nampak dah pemandangan macam tu lagi.


pada aku tahun 2010 ni akan jadi tahun paling kritikal dalam hidup aku. penentuan masa depan aku sendiri. takut nak menghadapi. life is full of choices..bak kata Prof Ali Hasan. kita sendiri yang kena pilih macam mana nak bentuk masa depan kita. we have to go beyond boundaries!! semangat masuk kelas Prof Ali ni.. tapi at the same time ha
ti berdebar fikir masa depan.

4 bulan ni buat yang terbaik untuk study
4 bulan ni berusaha untuk cari kerja
4 bulan ni kena sentiasa merancang masa depan (nak sambung study?nak kerja makan gaji? nak bikin duit sendiri?) perancangan ni paling penting.

6 bulan je lagi aku ada masa untuk membuli abang aku
secukupnya. sebelum dia bergelar suami orang. ni yang rasa semua benda nak minta tolong dia je ni hehe

ada beberapa bulan je lagi untuk aku meninggi kan badan.. hahahaha gila tipu. macam orang tak sedar diri langsung..pasrah je lah dengan ketinggian yang tak seberapa ni..teringin nak jadi model untuk majalah pengantin. hahahah tak senonoh punya impian!

macam best je kan dapat cuba macam2 jenis baju pengantin. tapi rasanya kalau aku jadi model pengantin, sure semua baju terlebih meleret2 plak kan.. tu lah kot hikmahnya aku ni terbantut. kalau tak mesti aku lagi tergila2kan impian nak jadi model kan..haha..

ok nak jadi model pengantin tu bukan cita2 aku eh. tu impian merepek aku. takut kang orang termuntah tengok muka aku jadi model pengantin. hehe

banyak sebenarnya azam2 aku. tapi biarlah aku share pasal study and kerja (masa depan).
benda lain biar aku simpan sendiri.
kalau cakap pasal kahwin..no komen.. just berusaha ke arah itu je yang aku mampu cakap. berusaha perbaiki diri. demi ibu bapa juga kan..

nota kaki: azam 2009 dah terlaksana lom? Alhamdulillah kebanyakannya aku dah capai. perbaiki diri yang belum lagi esp as kakak kepada adik2. aku tak act as kakak tapi lebih kepada sebagai kawan kepada adik2 and sebagai pembuli yang hebat. haha..

nota kaki 2: dont take too long in learning process. kira jangan baru sekarang kau tahu benda yang sepatutnya kau tahu 10 tahun lepas. Prof Ali gak yang cakap ni..

Sunday, December 27, 2009

minda, hati dan jiwa bersatu

kebiasaannya aku akan taip entry dulu baru fikir tajuk. sebab tu suka meleret2 je entry aku. kadang2 2 3 cerita dalam satu entry.. memang BM aku fail sekarang (-__-")

dalam otak aku banyak sangat benda. sebab tu rasa nak muntahkan segala2nya kat entry ni.

pertama,

jadi final year student. SIAPA CAKAP LIFE AS FINAL YEAR STUDENT SANGAT SERONOK? BANYAK LEPAK JE?? maaf, terus terang aku tak rasa pun nikmat2 tersebut yang dikecoh2kan oleh senior2 dahulu. mungkin kerana course yang berbeza atau pembawakan diri sendiri. itu aku tak pasti. yang pasti, aku sedang fikir cara terbaik untuk susun masa aku pada semester terakhir di UPM ni. aku ada dua lab setiap minggu di mana lab report adalah rutin. presentation setiap minggu untuk subjek yang paling aku anti. lagi, final year projek aku yang aku-tak-tahu-nak-describe-macam-mana. kau dah siap projek kau diam! jangan nak berlagak kat facebook ke apa! serious aku down..thesis? lagi lah. sepatah perkataan pun aku tak buat lagi. dah tajuk projek pun kena tukar, mana lah aku tak biul..ingat aku suka ke bertapa dalam lab? asal balik dari lab je, baju melekat bau bacteria.. fuhhh sampai aku rasa nak pakai baju yang pakai buang je.. geli dowh...

kedua,

macam2 aku plan untuk menghabiskan 4 bulan terakhir ni bersama kawan2 tercinta. korang, nanti aku cerita secara detail setiap plan aku tu ye.. lepas grad nanti semua dah bawa haluan masing2. 4 bulan yang tinggal ni pun kalau tolak cuti, test 1, test 2 dengan final exam, kita ada masa yang sedikit sangat untuk bersama. bukan senang nak gather ramai2 kan. module dah lain2. kalau module yang sama pun, jumpa masa kelas je. pastu berpisah pergi lab masing2. sedih lah plak..

ketiga,

macam2 barang aku nak beli or borong.. hehe nafsu nak beli barang tengah mendadak ni.. kena plak ni kali terakhir dapat JPA kan.. pasni pandai2 hidup lah cari duit sendiri..macam mana pun, aku akan pastikan yang aku tak akan boros. rm2500 aku nak asingkan untuk kegunaan ketika menganggur nanti. haha walau nampak remeh tapi perancangan ni penting beb.. kalau dapat kerja awal pun tetap kena tunggu 2 or 3 bulan untuk dapat gaji pertama. so sementara tu nak suruh aku makan apa? takkan nak minta parents tanggung kot.. malu lah wehh.. dah besar kan..

keempat,

aku jadi rajin usha2 website pasal pengantin. excited abang nak kahwin. haha.. pening kepala nak fikir hadiah terbaik sempena wedding dia. hari tu aku usha website pasal honeymoon package. konon2 nak hadiahkan 2 tiket ke Bali, tak pun 2 tiket ke Bandung. sekali, hambik kaw! mahal nak mampus!! nak pengsan aku tengok harga. ok fine! usha yang dalam Malaysia je. adalah yang harga RM300++ paling murah yang aku jumpa. fikir2 balik, lebih baik aku bagi barang yang boleh diguna banyak kali and harga lebih murah. haha nampak sangat kedekut tak aku? mestilah wehhh..lebih baik duit tu aku simpan untuk aku kahwin.. haha gila betul. tak lah..tadi aku baru cakap nak save duit untuk kegunaan masa menganggur. haruslah aku jadi kedekut sekarang.

last,

sepatutnya bukan last ni..benda ni patut jadi first tadi.. aku nak my sayang sentiasa happy. satu kepuasan kalau dia happy.. kalau dia down, aku yang jadi susah hati.. alaaa semua orang kot rasa macam tu bila ada orang yang kita sayang kan.. macam menatang minyak yang penuh..
yang pasti perasaan cinta memang terlalu hebat. cinta, rindu tu adalah anugerah Allah..hargai lah anugerah tersebut..

Tuesday, December 22, 2009

bergembira sehingga demam

tak ada benda nak cerita..

layan je lah gambar2 yang ada k..



ok cukuplah tu..aku malas nak cerita apa2..gambar pun malas nak upload banyak2..bukan korang nak tengok pun kan..hehe

ok daaa~

Monday, December 21, 2009

Biarkan Aku Bangkit Sendiri



jiwa cuba memujuk, menenangkan hati yang semakin parah
kaki nak berlari sejauh mungkin
terus melangkah dalam hujan yang semakin lebat
berlari dan berlari menjejak hujung dunia
biarkan pada mata2 yang memandang
biarkan dengan kata2 sinis mereka

jatuh
tersungkur
memang tiada siapa yang peduli
puas gagahkan diri untuk bangkit
meniarap
merangkak
bertatih
namun aku tersungkur lagi
mereka hanya memandang
simpati tiada gunanya

tiada siapa yang boleh dipersalahkan
kerna
ini hidupku
ini perjalanan hidupku
biarkanlah aku terus begini
kerna aku yakin
aku pasti mampu melangkah dengan senyuman kejayaan


*aku jatuh tidak bermakna aku kalah
*aku menangis tidak bermakna aku lemah

nota kaki: aku yakin dengan aturan perjalanan hidupku yang ditentukan oleh DIA

Tuesday, December 8, 2009

Tahniah Sayang



post ni khas tentang my sayang.. (^__^) siapa nama dia? adalah..buat apa korang nak tahu..
dah korang jangan nak banyak tanya lak nanti. baca je, then duduk senyap2

semalam, ermmm 7 dec 2009 dah tercatat satu sejarah yang aku sendiri rasa nak melompat bila tahu UKM menang johan Debat Piala Diraja kategori Utama!! tahniah my dear...

akhirnya, impian jadi realiti kan..

oh ok..nak cerita sikit tentang UM. disebabkan royal kali ni buat kat UM, and 1st time gak aku tengok sendiri my dear berdebat, aku pergi lah melangkah kan kaki ke UM. macam biasa lah kalau masuk mana2 uni yang bukan uni kita, mesti jadi macam jakun sikit kan.. haha tak tahu lah korang.. tapi aku memang 'agak' jakun and peluang2 macam ni lah gak digunakan untuk mngutuk uni2 lain haha. uni lain yang aku pernah pergi, UUM, UTM, UKM, UNIMAS. tu je kot kalau tak silap aku

ok cerita pasal UM

- dia macam2 uni2 lain (except upm) which dia punya bangunan2 semua dekat2.. nampak macam tak penat kalau nak jalan dari satu bangunan ke bangunan lain. sangat berbeza dengan upm yang semua nya nak jauh2.. lenguh aku ke hulu ke hilir.. oh UNIMAS pun sangat jauh kalau nak berjalan sebab terlampau luas

- jakun gila masa nak lintas jalan, rupa2nya kena tekan button untuk pejalan kaki kat traffic light. haha tapi aku and dila dah lintas baru perasan yang orang lain tunggu lampu merah..sengal betul. siap kutuk bf dila yang nampak nerd je tunggu lampu merah padahal kitorg dah lintas pun.
oh, kat upm aku tak pernah lak nampak kena tekan button kalau nak lintas. uni2 lain tak tahu lah aku



thanks dila temankan aku pergi UM. dapat gak aku kacau daun kau dengan bf kau tuh kan..haha. btw, kau dengan Yus memang sweet couple.. comel je..


- dewan besar dia sangat kecil nak bandingkan kat upm. nak buat camne kan, UM kan memang dah berabad. tapi lawa gak lah bangunan dia. nampak old school

- kedudukan dia yang betul2 kat tengah2 bandar menyebabkan nampak senang je kalau nak keluar jalan2, lepak2 semua..nak dapatkan teksi pun sangat senang.. ada my friend cerita kalau nak pergi Sogo dari UM cuma rm6 je. gila murah wehhh...kenapa teksi area KL sangat lah ikut meter.. siap sen2 pun dikira.. huh! fyi dari stesen ktm serdang nak pergi UPM kena bayar RM11 ok! memang cekik darah.. dari mines lak RM12.. (-__-") tapi kenyit2 sikit mata, cakap ayu2 je kat pakcik teksi tu, dapatlah RM10.. haha tipu lah aku buat macam tu. geli ok.. selalu aku akan cakap "10 ringgit tak boleh ke pakcik?" dengan muka kesian akhirya cair gak pakcik tu.huhu

eh jauh lak menyimpang..

so, sayang... well done! nampak sangat berkarisma atas stage.. but, lepas ni kena lebihkan usaha tu. cuba untuk kekalkan kejayaan kali ni k.. doa and harapan semua orang dah dimakbulkan semalam. usaha sayang selama ni tak sia2.. Allah beri kejayaan pada yang berhak, dan yang usaha lebih dari orang lain. teruskan usaha tu. masih ada masa lagi untuk terus mencipta sejarah dalam dunia debat ni and untuk dibuat kenangan yang sangat indah bila dah grad nanti.

selama ni dah biasa jadi 3rd speaker, tapi kali ni bila jadi 1st speaker terus boleh jadi johan kan. so nampak lah yang awak berkebolehan mana2 posisi. walaupun kena buat pergulungan dalam keadaan tiba2 tapi awak tetap boleh buat kan.. yang penting yakin.. =)
siap masuk Utusan lagi kan..

nota kaki: aku and dila berdiri dengan penuh bangga bila UKM diumumkan johan \(^_^)/
macam lah kitorang ni dak UKM kan.. hehe

nota kaki 2: bila sayang nak belanja makan ni? hehe

Wednesday, December 2, 2009

Dia Jodoh Ku

gempak tak tajuk? haha

bila umur meningkat ni, orang asyik cakap pasal jodoh je..

gerun tau tak jodoh2 ni.. yelah, kita boleh merancang macam2 tapi DIA yang tentukan. apa2 je boleh berlaku.. (ayat sebijik macam ayah aku cakap)

sebab tu aku tak berani nak letak harapan tinggi2.. walaupun ada orang yang kita impikan untuk jadi pasangan kita nanti, kita tak boleh terlalu yakin dia jodoh kita.. usaha mesti ada.. doa dan mengadu pada DIA..

aishhh otak aku sekarang asyik fikir sal jodoh je.. BUKAN SEBAB AKU GATAL OK.. aku risau..

ni semua sebab satu2nya abang yang aku ada dah nak kahwin dalam masa 6 bulan je lagi dari sekarang.. mula2 dapat tahu punya lah excited.. oh sekarang pun aku excited

tapi yang pasti aku sebenarnya sedih..

sedih sangat..

tak lama lagi dia dah jadi milik orang lain. dia dah ada tanggungjawab lain..

waktu macam ni lah semua kenangan2 aku dengan abang aku masa kecik2 terbayang2

dulu ke hulu ke hilir aku ikut abang aku..

kecik2 dulu:

masuk hutan (pakai skirt ok aku walaupun bergayut macam tarzan..mama tak pernah belikan aku seluar sebab taknak perangai aku ikut lelaki)

peristiwa abang aku cukur kening aku (patutlah sekarang kening aku berterabur) sampai mama terpaksa lukis kening untuk aku setiap pagi sebab taknak nampak macam hantu je kan

main semua jenis mainan yang abang aku main.. nasib aku tak jadi tomboy.. siap paksa mama tulis nama aku as Muhammad Najihah lagi dekat buku tadika =p

abang aku ajar mandi guna clorox! haha teruk aku kene sental satu badan dengan mama. kang tak pasal2 rosak kulit aku

aku semangat nangis melalak2 masa abang aku kena buli dengan budak nakal mana entah. padahal abang aku muka relax je..

masa sekolah rendah:

abang aku memang jaga aku betul2 lah.. aku kena kacau dengan budak nakal sikit je abang aku kejar budak tu satu sekolah

dah lah..malas nak cerita panjang2..padahal dah kering idea dah..agak nyanyuk ye sekarang..tak berapa nak ingat kenangan2 zaman batu dulu..hehehe

buat bakal isteri abang aku tu, jagalah afif sebaik mungkin. sebab dia lah satu2nya abang yang jiha ada.. and jangan sesekali buat dia sedih..gembira kan hati dia sentiasa k..

meleleh gak air mata =p

Thursday, November 26, 2009

Apa istimewanya Februari..

* Berfikiran abstrak. AKU TAK PERNAH PERCAYA. MACAM TAK ADA KENA MENGENA JE DENGAN AKU

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak. AGAIN! TADI FIKIR,SEKARANG SUKA PLAK?

* Bijak dan pintar AKU MASIH MENGHARAP AKU AKAN JADI PINTAR. KONON2NYA LAH

* Berpewatakan yang mudah berubah. HEH EMOSI JE KOT..EMOSI MEMPENGARUHI PERWATAKAN..NAMA PUN PEREMPUAN KAN..

* Mudah menawan orang lain. GILA GEDIXX LAH..AKU TAK KOT..

* Agak pendiam. YUP SOMETIMES.. PENDIAM DENGAN ORANG YANG AKU TAK RAPAT. SENANG CAKAP TAK PANDAH BERAMAH MESRA..

* Pemalu dan rendah diri. AUWWW I PEMALU LAH.. HAHA

* Jujur dan setia pada segalanya. SEGALANYA? TAK KOT..BUT KALAU CINTA, YES! hihi

* Keras hati untuk mencapai matlamat. TAK TAK TAK

* Tidak suka dikongkong. YUP! SANGAT2!

* Mudah memberontak apabila dikongkong. CARA AKU MEMBERONTAK HANYALAH NANGIS.. BUKAN SEBAB AKU MENGADA2 KE APA, TAPI MEMANG DARI AKU BABY KERJA AKU NANGIS..SEKARANG TAK LAH..HATI AKU KUAT TAU SEKARANG =P

* Suka kegiatan yang lasak. YUP SUKA TAPI MALAS! MACAM MANA TUH? PIKIRLAH SENDIRI...

* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. EH SIAPA CAKAP? TRY LAH KUTUK AKU DEPAN2, BOLEH SENYUM LAGI TAU.. HEH TIPU!

* Mudah mempamerkan marahnya. GARANG MACAM SINGA BETINA TAU AKU NI.. KORANG TAKUT TAK DENGAN AKU? AKU GARANG KAN? KAN?

* Tidak suka benda yang remeh-temeh. ERRRR NTAH MACAM TAK BERAPA PASTI LAK HEHEHE

* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. MUNGKIN KOTTTT.. KADANG2 MALAS NAK CARI KAWAN BARU.. BOSAN DAH "SIAPA NAMA?" "ASAL MANA?" "SEKARANG STUDY KAT MANA?AMBIL APA?" ADOIIIII TAK ADA DIALOG LAIN KE HAAA?

* Sangat berani dan suka memberontak. SANGAT BERANI? KALAULAH......FUHHH KALAU AKU BERANI, SEMUA CERITA SERAM2 AKU DAH BELASAH TENGOK TAU!

* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. HEHEHE BETUL2.. BIASALAH AKU, ANGAN2 JE BESAR, USAHA HABUK PUN TAK ADA!

* Pemerhatian yang tajam. ERR TAKKK...AKU PUN TAK TAHU PEMERHATIAN AKU TAJAM TERHADAP APA.. KALAU GOSIP YE KOT HEHEHE

* Suka hiburan dan sukan. YA DAN TIDAK. AH! TAK TAHU LAH..

* Suka benda yang bersifat seni. SUKA JE TAPI AKU NI TAK BERSENI PUN..ITU YANG PASTI

* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. MACAM MANA LUARAN? AND MACAM MANA DALAMAN?

* Berkecenderungan pada benda yang tahyul. HEHE BENDA NI TAK TAHYUL KE? KALAU BUKAN TAHYUL, KENAPA TAK SEMUA BETUL AND KENA DENGAN AKU? TAPI YANG NI BASED ON RESEARCH KAN? HURMM ENTAH

* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. TIDAK MUDAH! TAPI BOLEH JADI BOROS KALAU IKUT NAFSU.. (-__-")

* Belajar untuk mempamerkan emosi YEAH..MASIH BELAJAR..SILA BERI TUNJUK AJAR YE KAKAK2, ABANG2 SEMUA.. HEHE

p/s: birthday aku tinggal 3 bulan camtu..sila lah fikir apa yang terbaik untuk bagi aku hahaha~

Monday, November 23, 2009

ciri-ciri lelaki idaman


gambar adalah sangat tak ada kena mengena =p


tajuk entry kecoh je..hahaha

aku ada masalah yang memang susah nak di settle kan..

saaangaaaat bermasalah..

sesuatu yang memang aku TAK RETI nak buat

aku pun tak tahu kenapa..

sampai mendatangkan masalah dalam hidup

terbeban..

yup! aku TAK RETI NAK MAKAN AYAM!!

hahaha~

tahu lah masuk mulut, gigit2, kunyah2, telan, sendawa..heeee

tapi aku tak reti nak makan sampai licin..especially bahagian drumstick dengan wing..

Ya Allah.. aku baru je lepas makan drumstick 2 ketul..20 minit ambil masa sampai muka berkerut2..

aku kagum tengok orang boleh makan ayam sampai licin tulang2 ayam tu..

kawan2 pun rasanya dah ramai geleng kepala je tengok sisa ayam aku tuh..

so..salah satu ciri lelaki idaman aku, mestilah yang pandai makan drumstick dengan wing!

biar aku makan bahagian isi hehehe...tak pun dia boleh ajar aku makan sampai aku pandai siap boleh telan lagi tulang tu..eh tipu..hehe

teruk betul aku nih..benda macam ni pun boleh masuk dalam list ciri2 lelaki idaman..gila ke hape??





nota kaki: So my dear, pandai tak makan drumstick dengan wing?? kalau tak pandai, nanti kita belajar sama2 lah ye (^_~) hahaha

Wednesday, November 18, 2009

berat badan ideal dipengaruhi oleh makanan??

lame dah tak update...masuk2 je penuh sawang macam rumah kosong terbiar ala2 dalam cerita hantu tu.. dapat bayangkan tak? kalau tak dapat duduk senyap2!! jangan kau nak buat bising kat rumah kosong berpenghuni ni

ok2 sebenarnya ada benda nak diceritakan..tapi..ermm..ermm...nanti2 lah..serba salah pula nak cerita sekarang..fuhhh (-__-")

kita cerita benda lain lah ye..hehehe..

nak tanya ni...and nak minta pendapat korang...ermmm makanan apa yang boleh buat badan kita senang naik?? bukan meninggi ye...naik di sini bermaksud berisi. ada faham? ok bagus... hehe Najihah binti As'ari memang dah tak akan meninggi ye..memang dah terbantut nak buat macam mana kan..ok2 straight to the point..

ini ada list makanan and harap korang boleh tolong pilihkan makanan yang mana boleh buat badan aku naik 4 hingga 5 kgs..if korang ada idea lain pun sangat lah dialu2kan..(^_^)


  1. Nasi Lemak
fav aku ni..peh terliur aku



2. Nasi + ayam + sayur


3. Nasi + daging + sayur

ooopsss silap.. jap2



hurmm ok!



4. Snack Plate KFC *pokai aku makan ni je*


5. Mi goreng??
ermm tak berapa suka mi goreng sebenarnya..bihun lagi sedap...

6. Nasi beriyani?? isk aku tak suka..ermmm apa beza nasi beriyani dengan nasi minyak ha??

7. Nasi goreng. rasanya hampir setiap malam kot makan nasi goreng...



tapi kan..hampir semua makanan ini aku tak berapa suka..hehe..oh kecuali nasi lemak!! nasi lemak memang tak pernah kecewakan aku..ok meh kita tengok apa yang aku suka..




ikan pari yang dibakar..tapi mesti pedas..pehhh sedap gila lah...
adehh terliur dah ni..

aku lebih suka makan ikan sebenarnya..tapi tak semua jenis ikan lah..aku ni memang gila seafood..ok mungkin ramai yang cakap seafood mahal kan..tapi oleh kerana aku ni duduk Pontian, which is syurga seafood!! tak percaya? hey orang yang duduk JB and tak makan ikan tapi once dia datang pontian, dia akan ratah ikan sampai entah berapa banyak lah..kerang, kupang, udang? petik jari je leh dapat... ikan Pontian fresh dari laut..aku duk UPM tak makan ikan sangat.sebab rasa dia lain, pelik! sebab tu ikan yang dibela..uwekkkk...and ikan sungai tak berapa minat..tapi boleh je aku ngapp..hehe

tolong eh bagi aku idea untuk badan yang ideal..

terseksa google gambar2 makanan
mata terbeliak,
mulut terliur..
.
pasni kena chiow cari makanan...


Sunday, November 8, 2009

sesi memperkenalkan si 'dia'

korang nak kenal tak dengan chenta hati aku?? nak?? hehehe

siap buat entri khas lagi untuk kenalkan si 'dia' kat anda-anda semua..

meh lah kita berkenalan

=

=

=

=

=

=

=

=
see...macho gila dowhhh...
satu je..dia ni hidung tinggi!! tengoklah hidung dia..betapa tingginya kan hidung dia tu


oops dia merajuk lak..aiyo...saja lah tu nak suruh orang pujuk..
yelah2 alalala sorry lah...I gurau je tadi...
tak comel lah U buat macam ni..


haaa kan comel macam ni..tak mau merajuk2 lagi k..dah takyah nak sedih2..
Semua orang dah kenal U sekarang ni..so kena buat muka comel je sentiasa tau..

nota kaki: nama dia ni FJ..gabungan nama kawan aku dengan nama aku..tak payah lah fikir bukan2..FJ ni bestfriend aku kat matriks dulu bagi sempena birthday aku dulu..


sori aku merepek kat entri kali ni
bosan..bosan,..bosan...


Sunday, November 1, 2009

ada kau kisah siapa kawan aku??

tajuk gila macam gangster. siapa ajar haa??

aa haa!! kali ini nak cerita tentang kawan2 aku plak.. motif tetiba je kan.. aku rindu gila kat diorang ni sebenarnya..rindu nak gather ramai2 macam dulu

macam dulu sumbat 6 orang dalam kereta untuk pergi port dickson..rindu suasana tidur ramai2, himpit2 dah macam sandwich depan tv kat apartment. aku tak ingat lah nama tempat yang kita sewa tu. walaupun ada bilik tapi semua taknak tidur situ. nak juga berhimpit kat ruang tamu. gila gigih angkat tilam yang berat tu kan.. rindu sangat wehhh...

kak Su, Atika, Azie, Naimah, Wani.. v(^_~) peace!


ini lah tika, azie n kak su. korang kenal ke?? kalau nak kenal, bagitahu lah..aku boleh tolong apa yang patut.. hahaha sengal lah kau jiha!! (-__-")


ni memang terbuktilah ke'sengal'an aku


kami skema..duhh!

taknak skema. tapi jadi gedik?? overrr ok jiha!

rindu tau suasana macam dulu. ingat tak kita mandi kat swimming pool tu? macam tak ingat dunia dah.. bila hujan baru terhegeh2 keluar..

dulu memang muka kita ni kaki jalan. setiap khamis mesti keluar. sekarang perasaan nak keluar dah tak ada. jarang sangat jumpa (T__T)

dah terpisah pun sebab modul lain2.

bila lagi kita nak gather??

masing2 sibuk dengan project masing2. bila terserempak hanya sempat senyum, bertegur sepatah dua je.

yang penting, korang memang beshhh!! \\(^_^)//


tika, kak su, sorry sebab tak ikut pergi makan kat chop n steak
memang nak ikut pun sebenarnya.
sorry sangat..

nota kelingking: tak ada gambar pergi PD. dah hilang..so geledah je lah folder gambar cari gambar kita..

nota kaki: good luck final (masih belum lambat untuk wish kan??) and also final year project. chaiyok2!!

Thursday, October 29, 2009

Hanya Sekadar Renungan

Tiada siapa yang akan menolong kita kalau bukan kita sendiri.

Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri.

Jika niat itu sudah nekad,

Allah Taala akan permudahkan jalan itu.


bangunlah dari kekalahan
kerana kita tak akan selamanya gagal
kejatuhan kita adalah permulaan kejayaan pada masa hadapan
jangan pernah takut untuk bangkit semula!!

I'm in Love with Final Exam


baru keluar dewan exam yang memang gila sejuk macam tak pernah tutup air-cond seminggu!! segala joints kat badan macam dah tak boleh digerakkan. merana jawab essay 8 soalan (-_-")

haha tu je lah nak cakap. kena hargai waktu untuk tidur. next paper is hari sabtu ini. statistics! semoga berjaya menggoreng, merepek dekat kertas jawapan..hehe

Tuesday, October 27, 2009

Jangan kau sepi sendiri

bila berkawan, adakalanya kita

bergelak ketawa
sangat rapat

tapi adakala

iri hati
kecik hati
terasa hati

noda2 hitam mula menyalar hati

tapi Allah sayangkan hubungan persahabatan kita

hanya dengan berita kesusahan yang aku terima,
aku sedih..
sebab kau kawan aku
aku taknak kau susah sendiri

kalau aku mampu,
aku nak berlari sepantas mungkin
duduk diam berteleku di sisi kau
mendengar isi hati kau
biar kau rasa tenang

tapi kau menghalang
niat kau terlalu baik
tidak mahu sesiapa risau
tidak mahu sesiapa peduli

kini aku yang sedih sendiri
hanya mampu membantu dengan pertolongan Ilahi
melalui doa yang ku panjatkan saban hari

aku sedar kini
persahabatan itu terlalu suci

Monday, October 26, 2009

final exam kembali lagi

macam cepat je masa berlalu. dah nak final exam dah ni. semester 5 dah ni wehhh.. macam tak puas jadi student hehe tapi untuk further study tu mungkin TAK kottt.. alasan? sebab nak buat final year project ni pun tertekan gila!

hoho esok nak jumpa supervisor and sure mati aku bila dia tanya progress project aku tuh..

and paling tak best terpaksa stay kat campus for the whole cuti semester semata2 nak siapkan project! tak apalah.. bila lagi nak bermanja manja dengan UPM ni. April tahun depan dah kena say goodbye dah dekat campus yang penuh suka duka aku ni.. ouh serious sedih..

ok lah.. mahu study!! (^_^)

29 oct - environmental biotechnology
31 oct - statistics
6 Nov - bioinformatics - doakan aku dapat pulun habis habisan untuk jawab killer subject ni!
13 Nov - toxic & hazardous waste

ok walaupun 4 subjects sahaja and gap sangat jauh, tapi hari2 yang free kena duduk dekat lab! tak ada life betul duduk terperap dalam lab je tau!

ok dah! chiow~

nota kaki: nak pergi interview kerja. tapi resume dah hilang. and sekarang sangat malas nak buat resume baru! so macam lepaskan je lah peluang kerja tu. ke ada sesiapa yang rajin buatkan resume untuk aku? hahaha sebab memang macam dah tak sempat dah nak buat sebab nak kena study lagi semua kan..and aku macam tak berminat sangat dengan kerja tu. dekat PJ weh..habislah duit mengalir macam air kalau kerja area situ..

Thursday, October 22, 2009

suka hati saya lah nak buat entry tentang apa pun..

entry kali tengok2 gambar je lah eh.. sebab sekarang tengah rajin upload gambar SEBAB TENGAH MALAS NAK STUDY! hehe
hoho kutuk lah kalau korang nak kutuk..saya pun sampai sekarang kutuk muka sendiri hehe
ini masa kat kelas hari rabu.

kelas start pukul 9 and saya bangun pukul 8.50!!
haha ni kes sebab tidur yang tak menentu
sebab tu nampak mata saya sangaaaatttttt laaahhh buruk!
muka pun kusam semacam

eh tapi saya mandi ok!!
walaupun saya kelam kabut and rasa macam dah pergi kelas lambat but sampai2 kelas je saya antara orang yang awal datang!
haha ramai je yang datang pukul 9.30
padahal hari tu ada presentation
tapi saya pakai baju macam nak pergi pasar malam
haha lantak lah...dah bangun lambat mana sempat nak fikir baju apa yang sesuai kan...

haruslah malas pay attention bila kita dah present kan...masa ni kelas macam dah makin kosong. sorang2 keluar..pergi toilet lah, pergi lab computer lah...harus lah berfacebooking mereka2 itu kan..haha sesuka hati tuduh orang...

hurm ok lah.malas dah nak upload gambar lagi. internet memang lah sangat slow dari siput khinzir! ah tak payah sopan2 punya ayat..siput babi je lah..kan senang!

oh saya tahu entry ni sangat membosankan..
korang yang tak habis kutuk muka saya tu, kutuk lah puas2 eh...


Wednesday, October 21, 2009

kawan biar kekal kawan, musuh boleh tukar jadi kawan

rasa macam nak cerita semua benda and nak share semua benda dengan uols.. hehe baru saya tahu ramai yang jadi silent reader saya.. *wink wink* haha tak boleh blah mangaku depan2 saya yang mereka jadi silent reader blog saya ini.

hari tu saya hampir2 nak cerita something kat uols. tapi nasib baik saya fikir 2 3 kali before publish. menyesal tak sudah nanti hehehe...sebab tak semua benda boleh share dengan orang luar kan?kan?kan? yelah uols ni orang luar saya lah.. orang dalam tu macam mana haaa? saya bengap sikit bahasa2 ni. adik2 saya pun selalu gelakkan bahasa yang saya guna.
and ayat biasa diorang,

"kakak tak belajar BM eh?"

isk kan dah rindu kat adik2.. rindu sangat2...

panjang lak intro...

hurmm sekarang dah mula rasa ketidakselesaan. agak tak selesa..

apa perasaan uols, bila orang yang selama ni kita anggap macam kawan yang boleh kita hu ha hu ha sama2, boleh gurau2 macam orang tak tahu malu, boleh tergedik2 kat dia sebab dia kenal siapa kita yang sebenar PADAHAL SAYA MEMANG GEDIK =P , boleh tak sengaja cakap meleret2 kat dia sampai orang ingat saya memang gedik sebagai contoh alaaaaa tak naaaakkk laaa, susahnyaaaaa OH OK SAYA MEMANG SELALU MACAM TU DENGAN ORANG YANG MEMANG KAWAN SAYA. AND SAYA BARU SEDAR SAYA MACAM TU BILA AZIE AND WANI TEGUR SEBAB SELALU TERGEDIK DEPAN DIORANG HUHU (-_-")

and pada akhirnya kamu telah di'skandal'kan bersama? huh! apa perasan korang hah? hah? cepat cakap apa perasaan korang?? isk geram dah ni...!

saya terus rasa tak selesa nak bergelak ketawa dengan dia..and mula jauhkan diri dari dia.. rasanya bercakap dengan dia pun benda yang penting sahaja. bila depan dia jadi macam serius semacam. dah taknak dah tergedik2.dah rasa macam meluat, menyampah semua..hoho padahal orang lain yang buat gosip tetiba boleh menyampah kat dia pula?

senang cakap, saya tak selesa. dah itu sahaja.ok bye! study time!

Monday, October 19, 2009

macam mana nak jadi pelahap??

saya nak naikkan berat badan

nak sanggaaaattt...

tapi

dah berapa hari tak ada selera nak makan

kat rumah nak tak nak kena lah makan sebab mama dah masak, jamah pun jadi lah.. and mama pun memang risau sangat bab2 makan ni sebab masa tu saya tak sihat

bila dah balik UPM, makan adalah perkara terakhir yang saya akan fikir.

memang lah lapar tapi tekak tak boleh terima..

ni saya tengah lunch. pukul 3.55 petang. makan maggi tom yam. tapi tekak saya tetap tak boleh terima

ni yang rasa makin malas nak pergi dinner nanti. bukan ada selera pun.

Sunday, October 18, 2009

saya sayang statistics, statistics sayang saya

mood nak study, buat assignment semua belum nak datang..aduhai masih rindu pada family membuak2..

dah lah masa type entry ni orang floor bawah aku tengah masak apa entah..Ya Allah sedapnya bau dia.. tadi macam ada bau kuih tart..sekarang bau macam masak gulai.. isk apa lah aku nak makan untuk malam ni? siang tadi makan roti dengan buah je..

oh ok..sebenarnya bukan nak cerita pasal tu.. nak cakap yang aku tengah ngadap assignment statistics. terkial-kial aku baca soalan dia

"eh ini topic yang mana?"

haha hambik kaw... dah 3 tutorial tak buat mana nak faham concept. padan muka!!! sampai topic yang mana pun tak tahu!! ini memang dah kes sangat teruk ok! padahal final dah dekat sangat..

memang ada niat nak study betul2 for statistics... kata nak dapat A untuk statistics ni so kena lah semangat study, faham kan tutorial + assignment.

masalahnya, tak ada semangat langsung sekarang ni...!!! tolong!!!!



kita tak kalah bila berada di bawah
tapi kita kalah bila kita tak bangun semula

Renungkanlah



"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

-surah Al-Baqarah,ayat 216

Wednesday, October 14, 2009

Allah Maha Mengetahui

aku mula tak sedap hati since semalam
mula2 aku tak rasa apa pun..mungkin hanya kecuaian..

tapi kalau dah berlarutan?

semalam balik dari lab aku naik bas. masa mendaki balik kolej, botol air yang aku pegang terhempas. malu memang lah malu..tapi aku fikir mungkin sebab letih sangat seharian duduk dekat lab sampai kekuatan aku hilang.. hehe macam pelik hanya pegang botol air yang hanya tinggal tak sampai separuh je pun air nya tapi still tak mampu??

then kunci bilik aku terjatuh dari genggaman..

ok lagi kot tu..

tadi helmet aku pula terhempas..bayangkan lah bunyi dia kuat macam mana kan...aku mula tak sedap hati..aku beristighfar banyak2 dalam hati..minta dijauhkan dari segala keburukan..

tengah hari tadi pula tangan aku melecur masa buat final year project.. sampai sekarang belum sembuh..mungkin ujian dari DIA..

just now, aku pegang botol jem untuk simpan. but terhempas juga!!

lepas ni apa pula yang terhempas, terjatuh??

Monday, October 12, 2009

kenapa saya tak dapat cuti untuk esok??

salam 1 malaysia! ceh poyo..

baru balik jumpa doc..macam biasa lah kene marah dengan doc sebab dah lama sakit baru sekarang nak jumpa?? nasib aku pandai cover..

"saya ingat demam biasa so saya makan actifast je..tapi yang pelik nya setiap kali bangun tidur, demam saya makin teruk"

"oh dah makan actifast..bagus.." hehe selamat tak tambah bebelan dia...

"minum air banyak tak?"

"banyak gak"

"ada sampai 3 litre?"

"3 litre tak sampai lah...2 litre je saya minum"

"tak apa..lepas ni minum lebih sikit eh"

heheheh kenapa lah doc taknak sponsor air mineral spritzer banyak2 kat saya... 600ml dah rm1.20..kalau 3 litre sehari, dah rm6.00... gedik nak air mineral..sumber air bawah tanah.. R.O water kan ada...tapi payau...

sekarang saya tak berapa yakin dengan air paip yang dimasak or water cooler.. saya mula demam sebab minum air paip yang dimasak tu lah hari tu.. adoi...so kena lah invest sikit duit di akhir2 semester ni untuk air mineral.

satu benda yang saya kecewa tadi is saya tak dapat m.c. untuk esok! haha padahal ada 1 kelas je pun.. 1-2pm.. tak buat lagi ni tutorial..

mata dah kuyu..ni mesti penangan ubat2..

oh lupa, tadi saya ada trip pergi Bukit Tagar Sanitary Landfill.. gila berusaha gagahkan diri pergi sana..tapi seronok lah..banyak ilmu dapat dari sana.. gambar nanti2 lah saya upload.. kepala tak berhenti berdenyut lagi ni..

ok mahu buat tutorial then tidur!!

Saturday, October 10, 2009

kegembiraan diikuti dengan kesakitan

sorry guys...saya tak ada benda nak diceritakan. kepala dah tak boleh fikir apa2 sebab asyik tidur je..makan ubat je terus terlelap. pagi, petang, malam tidur je kerja saya.bila dah bangun saya akan paksa diri untuk tidur balik sebab badan saya sakit2.

so kali ni saya letak pics sahaja lah ye..ni masa keluar pergi mid hari khamis hari tu..


\(^_^)/ ok tamat! hehe

doakan saya cepat sembuh.
dah penat asyik terlantar tak boleh nak buat apa2

Thursday, October 8, 2009

monolog dalaman- adakah ia cool??

saya....saya...saya....sebenarnya...ermmm....

cakap je lah! gagap plak! sepak kang...

sayarasanakluahkansesuatutapitaktahuapayangnakdiluahkan..fuhhh

haa laju plak cakap..memang gedik lah kau minah, bedah wtf..

saya rasa macam ada benda yang membebankan saya..sesuatu yang dipendamkan sampai rasa macam nak pecah dada ni.

then, luahkan lah..

masalahnya saya sendiri tak tahu apa benda yang bebankan saya tu

yang saya tahu saya jadi sangat sensitif. semua benda yang happen buat saya rasa sedih

masalah perempuan kot..

tak..saya pasti bukan..

try lah enjoy kan diri..tenangkan fikiran..

itulah..memang esok nak keluar shopping dengan tengok wayang pun..

oh yeah? nak beli apa?
dengan siapa?

jeans, kasut, conditioner rambut. pergi bertiga dengan kawan.. saya mana ada boyfriend yang boleh temankan.. T_T

tak apa lah.so buat apa sepanjang hari ni?

siang macam biasa lah. pergi kelas then singgah lab isolate bacteria sekejap. balik lepak2 main muka-buku. malam baru start buat assignment. tadi saya boring2, saya search 'Najihah' kat google.. hikhikhik gila gedik. Ahhh lupakan kegedikan saya itu..

hurmm saya plan nak ponteng kelas toxic waste 2 minggu berturut2..^_^

suka hati lah..

^_^ maaf Dr Puziah. saya tak pernah ponteng kelas Dr lagi..so saya nak gunakan peluang yang ada untuk ponteng. kalau Dr tak buat kelas pukul 8 pagi, confirm saya tak akan terfikir nak ponteng kelas hihi..hurm ok alasan!

dah2..pergi tidur. esok kan kene pergi lab dulu jenguk your babies (bacteria) sebelum pergi meng'enjoy'kan diri.

wokies!

Wednesday, October 7, 2009

saya masih wujud

kenapa jadi macam ni?

i need your explanation..

Saturday, October 3, 2009

FULLSTOP!

aku jatuh cinta dengan lagu ini..

serious lirik dia, melodi dia memang tip top..

ada kena mengena dengan aku gak lagu ni..

aku dah tak larat nak pujuk perasaan sendiri..

tapi aku tahu aku dah makin tabah..dah immune..


warkah

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku


Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada..


nota kaki: teringat dulu my mom penah pesan..lepas sembahyang jangan lupa doa dapat jodoh yang terbaik.tapi aku gelak sebab masa tu aku baru form 5.. rupanya memang itulah pesanan yang sepatutnya aku buat, aku amalkan..

Friday, October 2, 2009

meh2 beraya sakan..

Alhamdulillah..
habis juga test 2 untuk semester 5 ini..

memang mencabar tahap gaban lah..yang pasti Bioinfo sangat lah teruk result nanti..lulus cukup makan pun dah bersyukur dah...

result Environmental Biotech pun dah keluar.. result aku turun dooowwwhhh... walaupun tak banyak beza denga yang lepas tapi aku tetap tak dapat A..

bapak sedih!!

eh silap..

sedih sangat.... ='(

tak kisah lah..yang penting weekend ini nak enjoy puas2.. Aini pun dah jemput pergi open house rumah dia dekat bangi ahad ni..ok lah tu..boleh beraya rumah pakngah sekali..Aini ni jiran pakngah aku..oh lupa, tadi Aini bagitahu yang dia pun jiran dengan Zamarul Hisyam.. kenal tak? alaaa yang... hurmm tak payah lah bagitahu..budak kecil pun kenal apatah lagi uols kan.. gedikkk lah korang kalau cakap tak kenal..

ok itu untuk Ahad. esok?? hehe mahu buat apa ye? nak beli jeans..TAPI tak suka lah shopping.. serious tak suka.. sebab aku ni cerewet sangat.. penat tau nak pusing semata-mata nak cari satu barang SAHAJA..

nanti yang ni tak berkenan lah.. yang tu nampak pelik lah.. colour dia tak lawa lah.. harga dia mahal sangat lah..

buang masa I sahaja tau!!

lebih baik duduk bilik baca journal untuk final year project. nak start buat project Isnin ni. InsyaAllah...

oh ye, meh lah datang beraya ke bilik saya ni..nak beraya ke rumah saya jauh sangat pula kan..lain lah kalau ada yang sanggup sponsor buat konvoi pergi Johor hehehe.. (TIBA2 RASA SANGAT BAIK GUNA 'SAYA') hihi lantak lah..ada korang kisah???

Tuesday, September 29, 2009

kalau aku boleh buat 3 kerja sekaligus, pasti dunia dalam genggaman aku


sedang menghitung hari untuk jawab 2 exam berturut2 this coming friday... haiyooooo

8-10 am - toxic and hazardous waste..
10-12 - bioinformatics

serious rasa macam nak muntah tengok lecture notes bioinfo!! chapter 5 ada lebih 50 slides, chapter 6, 7 pun sama je..pastu saja belek jap chapter 8.. haa hambik kaw 77 slides!!! dah la satu benda pun tak paham..masuk kelas tu pun ternganga je x paham pape...

pastu saja gedik2 pilih nak study yang mane satu dulu..bila dah ada semangat nak study chapter 6 bioinfo, siap da kuar kan A4 paper lagi..tetiba, paapppp!! lor apehal plak laptop tetiba restart ni....damn! hilang semangat bkobar2 aku tadi... oh mesti korang cakap aku ni sengal sebab tak print out je lecture notes tu.. watpe susahkan diri baca kat lappy kan.. nak baca sambil baring pun xleh.. taapiiii lecture notes ni kalau print out pun lg memeningkan kepala..!! alaaa tak pandai la aku nak terangkan camne.. wat2 paham dah la eh...

bukan setakat otak aku berserabut tapi meja pun sama je tunggang langgang..tetiba rasa meja kat bilik ni tak cukup besar pula..buruk pun ada gak..
haaa kan aku dah cakap..rasa cam tak muat je barang2 aku nak letak atas meja tu..tu baru separuh meja aku snap..sebelah kanan aku susun bedak la, brooch la, teddy bear yang comel pun nak gak letak atas meja..perlu ke?? biskut raya pun ada..kalau simpan dalam locker alamatnye penat aku ulang alik dari meja ke locker aku sebab mulut asyik nak mengunyah je..

air sirap pun ada..

eh tu tipu.. botol je color merah..aku kan peminat air suam ecececeh

hurmmm ada lagi yang buat aku bengang... dah semangat buat tutorial toxic waste tu tetiba baru perasan yang aku buat tu semua tak masuk test 2.. dugaan betul..

and sekarang aku mengadap buku toxic waste chapter toxicology..kena baca page 242-280..aku baru sampai page 247..tahniah! sangat lembab ya pembacaan anda..baru 1 chapter tu.. chapter lain taktau pun lagi page mana..buku yang mana nak guna pun aku tak cari lagi.. seronok Dr Puziah kalau baca blog aku ni.. Paaangg skali kat pipi aku..paaadan muka!

tapi yang aku suka, aku tak heran langsung dengan cermin kali ni..kalu dulu baru baca 2 3 ayat, dah jeling2 cermin..hehehe ada kemajuan nampak..cuma masih sempat lagi update blog??? takpe lah yang penting aku dah off facebook and YM..bagus2..


better aku sambung study sekarang..tak mau menyesal maaaa~

aku harap ada cosmate aku baca entry ni secepat mungkin sebelum jumaat ini..supaya aku rasa bukan aku seorang je yang membuang masa hahahah~ gila jahat niat aku...adusss mau tobat..

Friday, September 25, 2009

lebaran

salam aidilfitri buat semua rakan taulan..

sepuluh jari disusun tanda kemaafan..




maaf masih tak dapat nak upload gambar raya

nota kaki:
balik kolej kene siapkan assignment and study for test 2 - ada 2 paper lagi

Saturday, September 12, 2009

doa buat insan di sana...


semoga dia sihat, dan dipermudahkan jawab exam..Amin..






saya pun ada perasaan untuk rasa dihargai..

Friday, September 11, 2009

perempuan beremosi BUKAN lambat matang

letih dengan emosi yang sentiasa berubah mengikut situasi. biasalah perempuan kan sangat beremosi..ke sebab tak matang?? oh tidak..ianya disebabkan saya seorang perempuan.ecececeh

bila banyak assignment, kita jadi tensi mengejar masa tapi dalam mengejar masa asyik terfikir bila lah dapat tidur dengan aman, bila lah dapat tengok movie yang beratur menunggu dalam lappy mengharap kita mengadap berjam2..

bila tak dapat sesuatu yang kita kehendaki, mula lah muncung panjang sedepa sampai boleh buat gantung hanger..rasa sedih je..

bila kecewa dengan orang yang kita sayang, serba serbi yang kita buat tak kena. sikit2 click folder yang penuh gambar dia, tatap puas2 walaupun sedih..tapi makan tetap kenyang sebab makan sikit je dah kenyang, tak larat nak habiskan makanan walaupun nasi sesenduk je. mandi tetap juga basah..rasanya lagi habis kuyup sebab lagi rasa nak mandi lama2. tidur pun tetap lena sebab tidur lepas nangis mata melekat habis sampai bangun pagi pun mata susah nak buka heeee =))

bila kena marah, mula lah down semacam je..terus mengurung diri dalam bilik. rasa nak jerit sepuas2nya..muka pun ketat je..jumpa orang pun sangat la susah nak senyum..

bila ada orang cari pasal dengan kita, muka berkerut seribu..eceh macam kaca retak seribu..hmm ok tak ada kena mengena =p

tapi bila kita nampak seseorang yang pernah kita minat or yang memang kita sayang, or yang sewaktu dengan nya, senang je senyum sampai telinga..seharian senyum. tetiba je jadi ramah dengan semua orang, gila baik sedekah senyuman dengan sesiapa yang kita jumpa.. tu baru nampak dia..kalau lah dia ajak keluar, sure berseri2 je muka sampai kalah seri pengatin baru. ouh tetiba?? perasan orang nak ajak keluar..ok minat je.kalau dapat dia pun rasanya taknak lah..minat tak sama dengan sayang..lagipun bertepuk sebelah tangan je pun heeee =) ok cakap dah mula berbelit..mentang2 ternampak dia tadi..hehe

nota kaki: i sayang dia..dah hampir 4 tahun kenal tapi kesudahannya tak pasti..

*cerita ini tidak memfokuskan pada 1 orang..i mean minat dan sayang adalah berbeza. dan minat hanyalah seperti minat terhadap artis..minat pandang je lah...

Monday, September 7, 2009

UPSR - my sis Fatin Humairah

hello readers... lama i tak update blog ni kan..
hari ni baru i terdetik hati nak post entri. and dah tentu la entri ni pasal my sister fatin yang kena hadapi upsr esok till khamis..

after maghrib yang agak lewat tadi (sebab ketidaklaratan setelah berbuka) i call my sister yaya (she s form 5) since fatin tak ada handphone. lama i tunggu tapi tak dijawab..tapi i tetap sabar tunggu sampai suara operator tu bergema je i cepat2 matikan..mambazir kredit i je.. then i try call my mom lak but tetap kene tunggu lama..

dalam hati, mana lah semua orang ni pergi..takkan mengadap makanan lagi pukul 8.30 dah..

i start kecewa and dah mula fikir patut ke tak merajuk sebab tak ada siapa layan i call..serius sedih...

baru nak mula layan merajuk ni, yaya call! hihi...dapat gak i cakap dengan fatin.

tapi entah la kenapa masa i wish good luck la, buat betul2 la, jangan takut la, i yang rasa sangat terharu..cam nak meleleh je air mata ni..tu lah siapa suruh manjakan lagi adik tu sampai tak sanggup biarkan dia melalui cabaran hidup termasuk upsr..

rasa macam dia ni masih terlalu kecil untuk biarkan dia berdikari.. nak tahu tak? i tak sanggup tengok dia jemur kain masa panas2. nati i marah my sister yaya or zati sebab biarkan fatin yang buat kerja.

ok, ni about my sister, fatin..

nama dia ni fatin humairah. nama fatin tu my mom yang cadangkan and humairah lak my abah.. i tak ingat apa makna fatin tu. tapi humairah means pipi yang putih kemerah-merahan. pink la kot? tapi sama je kulit dia dengan i..hehe she s my roommate but sangat manja dengan my mom.. tetap nak tidur dengan mama sampai biarkan bilik asyik kosong je setiap malam. i balik pun dia taknak tidur dengan i.. sebab i garang kot dengan dia..

memang i agak garang dengan dia. bukan sebab apa.. tapi i yang tak bagi dia buat macam2.. dia keluar rumah main basikal pun kena marah kalau tak bagitahu. tapi i marah bersebab. i takut ada apa2 happen nanti kalau dia keluar tak bagitahu sesiapa. i pun selalu gak marah dia kalau tak kemas bilik..pantang i kalau bilik sepah.dia balik sekolah terus tidur pun i marah..kalau nak tidur kena lah mandi dulu.. kesian dia asyik kena marah.. tapi i marah sebab sayang dia.

impian dia nak masuk sekolah berasrama penuh masa form 1 but i rasa i tak sanggup lepaskan dia. dia masih terlalu kecil untuk berdikari. i takut if dia kena buli. mama and abah pun tak sanggup lepaskan dia. lebih baik dia membesar depan family.

lagi satu tentang dia, dia sangat penyayang terhdap semua jenis binatang yang comel2. dengan kucing sedara, dengan 4 ekor arnab yang kitorang bela (fatin gelarkan diri dia as 'kakak' bila berbual dengan arnab2 tu), dengan ayam2 maklong.

and dia lah satu2nya dalam famili i yang sangat peramah. dia boleh berbual panjang dengan orang yang dia baru kenal tak kira lah dari baby hingga lah orang tua bergelar nenek2. semua kawan mama kenal dia. and dia je lah yang rapat dengan jiran sebab ramah dia tu. siap boleh bergosip dengan makcik2 hehe.. i dengan my sis yang lain jealous sangat dengan kemampuan dia..i jumpa kawan mama hanya mampu senyum je. tak pandai nak bual2 ni..

ok lah..

fatin, kakak doakan fatin dapat jawab setiap soalan dengan tenang k..jangan takut sangat. baca doa banyak2. semak balik setiap soalan bila dah siap tu. kakak tahu fatin boleh buat yang terbaik. dont worry too much k.. kakak sayang fatin

Wednesday, August 26, 2009

tag bulan puasa untuk mengisi masa lapang

5 perkara anda suka tentang bulan puasa...

1- dapat pergi terawih...seronok pergi masjid UPM...rasa meriah sangat..tapi tak pernah lagi nak follow 20 rakaat...8 rakaat je cabut pergi belakang buat solat witir...
2- muka sentiasa senyum je bila pergi bazar ramadhan...pusing 2 kali tapi tetap tak tahu nak beli apa...banyak sangat makanan..
3- jimat duit...ni memang serius sangat jimat...semalam 2 ringgit je i guna untuk beli makanan. nasi lemak rm1.50 and air sunquick 50 sen...hehe bagus2
4- dapat tengok rancangan masakan yang melambak2 kat tv..best wooh..
5- waktu berbuka adalah waktu yang sangat nikmat!




** 5 perkara best masa bulan puasa...

1- semua sibuk fikir pasal baju raya
2- kemeriahan beli tiket bas...
3- bangun sangat awal..yelah untuk sahur kan...kalau bulan lain jangan harap lah nak bangun selagi belum pukul 6.30 pagi
4- hantu syaitan jembalang semua tak ada..kena ikat..so jadi tak takut tidur sorang2 hihi
5- hubungan sesama rakan semakin akrab..yelah berbuka ramai2 jadi seronok plak





** 5 jenis makanan / minuman wajib ade...

1- air sejuk..
2- nasi!! tak puas lak kalau tak makan nasi. but hari ni rasa macam nak try taknak makan nasi..tak tahu lah
3- air suam...saya sangat suka air suam...baru puas minum air..
4- roti n planta untuk sahur
5- nestum untuk sahur juga....hihihi





** 5 perkara wajib anda lakukan sebelum berpuasa ...

1- pastikan ganti puasa dah habis hihihi
2- membeli belah makanan untuk sahur
3- niat puasa...tak guna puasa sebulan kalau terlupa niat..tak pasal2 kena ganti...
4- makan sepuas2 nya...
5- minum air suam banyak2..penting ni..kang nanti kulit, bibir semua kering semacam je...





** 5 cerita best / tak best puasa anda...

1- tahun ni tak dapat puasa lama dengan family..sob sob sob
2- asyik sakit perut lepas sahur..sebab selama ni tak biasa breakfast kan..
3- balik terawih terus cari katil...assignment semua terus dilupakan...malam2 bangun terkial2 siapkan...
4- pernah hampir berjaya khatam quran dalam ramadhan tapi niat tetiba terbantut atas alasan yang tak dapat dielakkan...frust menonggeng tahu tak???
5- hati rasa tenang bila dengar imam baca surah2 panjang...





** 5 orang yang terpaksa bocorkan rahsia puasa diorang...

- azie
- shahril
- khalis
- ana
- dan semua yang follow my blog... please please ;)

cuaca macam nak hujan..tak tahu lah macam mana nak beli makanan nanti

buih-buih persahabatan

Align Center
thanks kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi...minta maaf sangat if ada buat salah silap..ehee macam raya lak minta maaf ni...eh tapi serius nak minta maaf ni..entah kenapa rasa macam banyak buat salah...sayang uols semua..

Sunday, August 23, 2009

cinta yang sempurna

macam mana nak hadapi bila kita lihat orang yang selama ni kita sayang jadi milik orang lain?

mesti kita akan terbayang, dia akan layan orang lain sama macam dia layan kita dulu..pujuk rayu dia dah beralih pada orang lain...gurauan dia, pandangan mata dia, merajuk dia, manja dia...

takut nya nak hadapi kalau suatu hari nanti kita terpaksa lalui nya juga..waktu tu tetap akan tiba dan kita hanya dapat lihat kegembiraan dia dari jauh sahaja..niat dia untuk bercinta selepas kahwin amatlah dikagumi..tapi..perasaan cemburu tetap ada..

semoga kita mendapat pasangan yang terbaik buat diri kita..yang dapat bimbing ke arah yang benar..

Thursday, August 20, 2009

demam test 1

kenapa sekarang makin lama makin hilang perasaan untuk blogging? sebab busy dengan test 1? sebab memang idea dah kering? entah...

yang pasti sekarang tangan laju je menaip tanpa hala tuju hanya disebabkan penat tunggu nak update anti-virus..cis padahal sebelah ni ada je nota bioinfomatics...esok pagi ada test tapi dah macam "lantak lah.." entah apa nak jadi lah...hari tu baru beria nak try untuk grad dengan first class...oi jiha! perangai macam ni berangan nak dapat 1st class? ni semua disebabkan test toxic waste hari tu..sebab jawab entah apa2 terus hilang semangat nak menghadapi paper yang lain... sakit hati tau bila penat2 je hafal akta under schedule waste regulation tetiba keluar soalan list kan akta2 under environmental quality act...dengan confident nye aku jawab Clean Air Act, Clean Water Act, Safe Drinking Water Act and Sewage & Industrial Effluent Act...ko biar betul jiha!! dari 10 marks, aku just dapat 2 marks je untuk soalan ni weh...semua tu bukan akta Malaysia!! tu under US punye akta la!! oh except my last answer tu je yang betul..cis!

punya macam nak pecah kepala aku hafal 17 regulations under schedule waste tu, habuk pun tak keluar...gila malang...

semalam statistics lak...nak kata senang, ada je soalan yang main tembak je...so-so lah kot... environmental biotechnology punye paper je sangat semangat menjawab sampai tak cukup kertas nak tulis jawapan...

ok esok ada lagi 1 paper..tak minat subjek ni sangat..pasal computer..aiyo camne nak hafal history of internet...tengok notes dia pun cam nak terjuling je mata hehe... malam ni la baru struggle menghafal..scan terus masuk otak hahaha...

tak best jadi final year student ni..macam2 kena fikir.. paling tak tahan semua risau tak ada calon suami lagi hahaha~ lantak lah...aku tunggu je lah my prince charming turun dari kayangan..

Friday, August 14, 2009

semoga berjaya melalui detik memenatkan

banyaknya kerja berlonggok berulat gonggok...waaaa ni baru je siapkan bioinformatics punya lab assignment..esok submit, tengah2 malam baru semua nak gather kecoh2 taktau nak buat... now dah pukul 1 pagi..but still kat balai ilmu.. hehe menunggu lelaki2-gagah-bermuka-bengis-garang datang menghalau je ni..pak guard lah..sape lagi kan..

esok kelas pukul 8 pagi..camne lah nak kuatkan semangat bangun dari katil pagi2 esok...dah la nak kena jumpa co-supervisor untuk discuss sal research proposal..hihi tak siap lagi wehhh...

benci gila sepanjang weekend ni ada finishing school..so masa free hanyalah waktu malam..free lah sangat kan...isnin selasa ada test lak tu...lab report pun kena submit isnin nanti..entah yang mana nak buat dulu...yang penting, utamakan blogging hahaha..kau teruk lah jiha!

auchhh banyaknya nyamuk!!! wokeyh2...mahu membantu rakan2 untuk siapkan kerja mereka...

Saturday, August 8, 2009

pendekar 4 bermula..aktiviti aku terbatas..

"akak, kami nak guna tempat ni..minta maaf eh.."

uiks..aku dihalau ke? cis..masa mula2 decide nak duduk kat situ, dah terfikir yang mungkin tempat ni akan digunakan debaters..tapi aku cam alaa biarlah..pandai2 la diorang cari tempat lain

so terpaksa lah maniskan muka..senyum.."oh nak bincang eh..jap eh.." cepat2 aku stand by kan laptop and terus blah...dalam hati, mana lah si wani tak turun2 lagi..
ni pun duduk kat balai ilmu sure bising jap lg diorang naek match..aiyo..camne nak wat discussion..

Thursday, August 6, 2009

happy birthday Tiq & Naiem!

lama dah tak tulis...semangat nak post entri dah tak ada... weekend ni kena attend konvo ex roommate..yang seorang tu pagi sabtu, seorang lagi hari ahad.. oh ya, sabtu ni juga birthday my BFF.. Naimah-budak-kecik hehe...ooops hari ni bithday atiqah..tiq, happy birthday! tak jumpa pun tiq harini..nanti bila2 kita belanja tiq makan k...

sekarang ni macam2 nak buat termasuk proposal final year project, lab reports semua..tapi keinginan nak pergi floria putrajaya membuak2...macam mana ni...saya dah la gila bunga2..

adus...siut la cerita kat tv ni...tengah syok2 tengok tetiba muncul hantu 3 ekor...cisss! duduk bilik tv sementara tunggu nak buka puasa..duduk bilik macam rasa malas semacam je...hehe

ok2..nak tengok manjalara ni..dah nak start

Thursday, July 23, 2009

makan ayam banyak2

saya perlu naikkan 5 kg untuk dapatkan berat ideal..
fuh..tu berat masa form 5..ideal ke tu? macam terlebih chubby je hikhikhik...

memang tengah berusaha naikkan berat...tapi taknak lah sampai 5 kg..2 kg cukup lah..gemuk pendek buruk lah weh...

takut untuk percaya

keliru dengan apa yang terjadi sejak akhir2 ni..
takut untuk buat keputusan..

Tuesday, July 14, 2009

senyum itu sedekah

aku happy...sangat2...

semua perkara yang terjadi sangatlah tak disangka..

tapi boleh buat aku tersenyum seharian..

Sunday, July 12, 2009

Setiap perkara pasti ada hikmah

hari tu i baca novel aA+bB..best cerita ni..tapi bukan nak buat sinopsis cerita ni, tapi teringat ada ayat yang menyentuh hati and buat i rasa tersedar..

setiap perkara Allah jadikan pasti ada sebab..semuanya ada hikmah tersendiri..
macam dalam cerita ni, sepasang suami isteri ni tak boleh terima hakikat yang anak dia mati dalam kandungan...menangis je kerja diorang siang malam..walaupun si suami merupakan engineer, and isteri doktor..tapi emosi tak tahu nak kawal.. sampailah suatu masa tu si suami dengar ceramah agama..

dalam ceramah tu, ustaz tu siap bagi contoh pasal keguguran bayi.. mungkin hikmah suami isteri ni kehilangan anak dalam kandungan ialah kerana Allah nak mereka bersedia dahulu dari segi ilmu agama supaya dapat membimbing anak2 nya kelak..ilmu agama yang dah ada mungkin hanya cukup untuk diri sendiri ataupun untuk diri sendiri pun masih belum mencukupi.. so ustaz tu kata biarlah anak tu 'pergi' dalam keadaan suci dari dia membesar dengan kekurangan ilmu agama...

i pun ambil pengajaran dari cerita ni..mungkin apa yang kita inginkan selama ini masih belum kita kecapi kerana Allah nak tangguh dulu semua ni supaya kita terus memperbaiki diri. Allah Maha Penyayang..setiap perkara pasti ada hikmah...

dan dari pengajaran ini lah, membuatkan hati i makin kuat, tabah...

Saturday, July 11, 2009

semester 5

now i m in senior year..yeah..bak kata Dr Suhaimi, bangga lah sikit sebut senior year..jangan sebut third year..hehe betul2..

i m taking environmental biotechnology as my module in this final year..but then rasa cam 'eh betul ke pilihan ni?' asyik belajar sal alam sekitar je..macam dah tukar faculty lak..bila pergi library rasa rindu je tengok buku pasal fermentation, DNA recombinant, Gene bank etc..

SEM 5 ni jadual sangat lah lepak..

SEM 5 ni banyak kelas sehari sejam or 2 jam je

SEM 5 ni boleh buat i jadi mati kutu duduk bilik tak tahu nak buat apa

SEM 5 ni i rancang nak buat bisnes jahit manik..sempena dah nak dekat raya kan..

SEM 5 ni i nak mula berjimat..ecececeh...eh tak memang i serius nak berjimat

SEM 5 ni nak belajar memperbaiki diri, nak naikkan CGPA..insyaAllah

live life to the fullest!

Sunday, July 5, 2009

selamat kembali ke campus

sekarang dah pukul 12.45 malam..ada lagi beberapa jam je untuk tinggalkan rumah...kena balik upm..TAPI still belum packing barang2..gila ke apa? baju2 berlonggok atas katil.. so nak tak nak kena siap packing dulu baru boleh tidur..yelah camne nak tidur if katil penuh baju2 kan..tak tahu lah berapa banyak beg diperlukan..baju je 2 beg kot..belum bed sheet, selimut, telekung, sejadah, towel and barang2 keperluan lain...oh kasut2 gak..

sedih nye...mesti rindu adik2 semua nanti.. and yang pasti selepas entri ni, tak tahu lagi lah bila akan post entri lagi..sebab i dapat bilik kat wing belakang yang sememangnya tak dapat wireless.. haha konon lah kalau dapat wing depan boleh online 24/7..padahal terlupa sekejap yang i dah tak ada laptop...laptop rosal yang melampau..kena beli baru..so tunggu lah bila duit jpa masuk baru boleh beli..tu pun kena fikir banyak kali lah..ouhhh sayang oi duit tu...waaaa~ baru nak berjimat... camne ni? nanti nak beli kasut lagi..adusss.... nasib2...

ok2..nak pack barang ni...bye!

Wednesday, July 1, 2009

mimpi itu

mimpi itu
sesuatu yang berbeza dari realiti
terlalu jauh untuk ku kecapi
ingin sekali untuk terus diulit mimpi itu
tapi mimpi itu tetap mimpi
jangan ditanya apa..kerna mimpi itu terlalu mustahil
biar aku tersenyum kerna senyuman tak akan sentiasa kekal
biar mimpi itu berlalu..mungkin ia yang terakhir..

Tuesday, June 30, 2009

confusing

selama ni ramai cakap muka i still macam budak sekolah..muka tak matang lah senang cakap.. dah tu korang nak ubah ke muka i ni? disebabkan muka memang tak boleh nak diubah, so guna lah alternatif lain dengan dress up macam orang dah matang.. but, cuba uols hayati 3 situasi berbeza ni k..

situasi 1:

malam 28 june, 1 family pergi ziarah arwah nenek sedara yang baru menghembuskan nafas terakhir pada petang tersebut.. i pakai jubah hitam macam minah arab tu..or orang panggil as 'abaya' siap dengan selendang semua. korang try lah bayangkan macam mana i pakai jubah hitam lagak ala orang arab since i tak snap any gambar malam tu.. then, balik tu singgah pergi makan.. hambik ko pergi makan kat restoran pakai jubah hitam satu badan.. boleh plak terjumpa kawan mama kat restoran tu.. masa salam2, dia siap tanya lagi "eh yang ni tak penah nampak pun...sekolah kat mana?" tergamam sekejap..macam budak sekolah ke? mentang2 lah i ni sangat comel ketinggian berbanding adik2 i yang lain..dia pun sesuka hati anggap i ni lebih muda dari adik i.. redha je lah..ingat dah pakai jubah boleh kaburkan mata orang yang selalu anggap i kanak2 lagi..

situasi 2:

29 june..i dengan mama pergi jusco bukit indah kat JB.. baju dengan seluar i color putih..pakai shawls corak2.. ok serious my adik pun cakap i nampak sangat mature dress up camtu.. then, singgah pasar malam kat pontian. beli rojak, ayam goreng semua. mamat penjual ayam goreng tanya i "awak ni cikgu ke?" terkejut siut..bila i nafi kan, dia plak yang terkejut..hehe..ok sangat bangga ada orang nampak i ni cam dah matang..*blushing sekejap*

situasi 3:

pergi plaza angsana dengan izzati (adik i form 4).. tengah sibuk2 pilih brooch, kitorang berbual

izzati: kakak bayar tau..
me: yelah..siapa lagi yang kena bayar kalau bukan kakak

salesgirl terus ternganga pandang kitorang.."yang mana satu kakak ni?"

waaaa tensi siut...peristiwa ni happen lagi bila beli baju kat salesman plak.. padahal i pakai blouse siap bawa handbag besar lagi..izzati just berlenggang without handbag and just wearing tshirt.. OMG sangat pendek ke i ni?

situasi lain tak payah cakap lah..banyak sangat macam kawan i gelakkan i bila tengok pic i dengan adik2. ok fine..adik i nampak lebih matang..i admit it..tak boleh nak cakap apa lah kan..

Saturday, June 27, 2009

Tips berguna semasa cuti semester

kali ni i macam tengah baik hati nak bagi tips menghabiskan masa di rumah.. selalu je orang asyik cakap cuti sem sangat boring tak tahu nak buat apa kat rumah..rasa cam terperuk je sambil ternak lemak kan..

banyak benda yang boleh dibuat selain makan, tidur, online, berangan, main game and tengok tv

contohnya,
  • kemas bilik tidur sampai tak ada langsung habuk..lap semua perabot dalam bilik tu.. buku2 pun i lap hehe..tak pun, ubah kedudukan perabot dalam bilik. biar nampak segar sikit..tapi i tak ubah lah..tak larat nak angkat sorang2.. dah lah tadi i kemas bilik masa tengah black out..basah kuyup lah satu badan..
  • buat semua kerja rumah - sapu lantai, basuh baju, sidai baju sampai lah lipat baju..sapu lantai ni tak semestinya kena siap sapu satu rumah dalam satu hari..if tak larat boleh sambung the next day..macam i, esok baru i sapu kat tingkat atas..
  • masak recipe baru..if malas nak refer mana2 recipe, campak je ingredients dalam periuk tu.. anggap je masakan tu sedap.. lepas masak, jangan lupa kemas dapur ye..
  • belek2 novel2 or magazines yang dah lama2 tu kalau tengah sayang duit nak tambah koleksi baru..yelah buat apa beli magazine if baca sekali je..so baca ulang2 untuk sedapkan hati yang beli magazines ni semua bukan satu pembaziran ok.. if dapat baca bahan ilmiah lagi bagus
  • layan binatang peliharaan. tak kira lah korang bela binatang jenis apa kan..bagi makan banyak2 biar cepat besar dan nampak chubby..baru comel..perhatikan telatah binatang peliharaan anda..pasti rasa terhibur..
percayalah semua aktiviti yang i list kan ini mengambil masa dari pagi sampai petang.. so malam baru boleh lepak2..aktiviti ni pun boleh diguna pakai oleh sesiapa yang suka tidur siang..confirm korang tak ada peluang nak tidur sebab sibuk buat aktiviti2 ni semua..

ok, hope korang dapat gunakan masa sebaik mungkin! =)

hari terakhir latihan industri

sedih wooh dah habis practical..
pagi2 bila sampai ofis, terus cakap teringin nak melawat seorang staf yang masuk hospital.. yela bila lagi kan nak jumpa..then abang awal terus cakap nak ikut aka jadi driver. so masa lunch hour kami keluar berlima. aku, sue, eim, abang awal and abang wan. ok abang awal drive sangat berhemah..rasa malu pula saya drive macam pelesit hehe..tak tau lah kalau dia bawa kereta sendiri lain pula cara dia..tapi traffic light merah tetap redah hehe..ingat dah cukup berhemah bawa sopan santun..janji abang wan nak belanja makan mi wantan macam sampai kiamat pun tak akan terlaksana..hampeh betul..muka budget ceria padahal tengah mandi peluh ni.. abang wan dengan abang awal gila kejam..semua air-cond ngadap diorang je..sue ada seminggu lagi practical hehe..nasib lah kena buli nanti..



melawat cik rozanor.. kesian dia..banyak dia bagi nasihat.. jaga pemakanan jangan jadi macam pakcik dapat kencing manis, jangan cakap besar bla bla bla..insaf sekejap.. abang awal selalu tak pandang camera..nak kata juling tak juga hahaha~ untuk cik rozanor, semoga cepat sembuh and dapat kerja seperti biasa..