Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Monday, September 7, 2009

UPSR - my sis Fatin Humairah

hello readers... lama i tak update blog ni kan..
hari ni baru i terdetik hati nak post entri. and dah tentu la entri ni pasal my sister fatin yang kena hadapi upsr esok till khamis..

after maghrib yang agak lewat tadi (sebab ketidaklaratan setelah berbuka) i call my sister yaya (she s form 5) since fatin tak ada handphone. lama i tunggu tapi tak dijawab..tapi i tetap sabar tunggu sampai suara operator tu bergema je i cepat2 matikan..mambazir kredit i je.. then i try call my mom lak but tetap kene tunggu lama..

dalam hati, mana lah semua orang ni pergi..takkan mengadap makanan lagi pukul 8.30 dah..

i start kecewa and dah mula fikir patut ke tak merajuk sebab tak ada siapa layan i call..serius sedih...

baru nak mula layan merajuk ni, yaya call! hihi...dapat gak i cakap dengan fatin.

tapi entah la kenapa masa i wish good luck la, buat betul2 la, jangan takut la, i yang rasa sangat terharu..cam nak meleleh je air mata ni..tu lah siapa suruh manjakan lagi adik tu sampai tak sanggup biarkan dia melalui cabaran hidup termasuk upsr..

rasa macam dia ni masih terlalu kecil untuk biarkan dia berdikari.. nak tahu tak? i tak sanggup tengok dia jemur kain masa panas2. nati i marah my sister yaya or zati sebab biarkan fatin yang buat kerja.

ok, ni about my sister, fatin..

nama dia ni fatin humairah. nama fatin tu my mom yang cadangkan and humairah lak my abah.. i tak ingat apa makna fatin tu. tapi humairah means pipi yang putih kemerah-merahan. pink la kot? tapi sama je kulit dia dengan i..hehe she s my roommate but sangat manja dengan my mom.. tetap nak tidur dengan mama sampai biarkan bilik asyik kosong je setiap malam. i balik pun dia taknak tidur dengan i.. sebab i garang kot dengan dia..

memang i agak garang dengan dia. bukan sebab apa.. tapi i yang tak bagi dia buat macam2.. dia keluar rumah main basikal pun kena marah kalau tak bagitahu. tapi i marah bersebab. i takut ada apa2 happen nanti kalau dia keluar tak bagitahu sesiapa. i pun selalu gak marah dia kalau tak kemas bilik..pantang i kalau bilik sepah.dia balik sekolah terus tidur pun i marah..kalau nak tidur kena lah mandi dulu.. kesian dia asyik kena marah.. tapi i marah sebab sayang dia.

impian dia nak masuk sekolah berasrama penuh masa form 1 but i rasa i tak sanggup lepaskan dia. dia masih terlalu kecil untuk berdikari. i takut if dia kena buli. mama and abah pun tak sanggup lepaskan dia. lebih baik dia membesar depan family.

lagi satu tentang dia, dia sangat penyayang terhdap semua jenis binatang yang comel2. dengan kucing sedara, dengan 4 ekor arnab yang kitorang bela (fatin gelarkan diri dia as 'kakak' bila berbual dengan arnab2 tu), dengan ayam2 maklong.

and dia lah satu2nya dalam famili i yang sangat peramah. dia boleh berbual panjang dengan orang yang dia baru kenal tak kira lah dari baby hingga lah orang tua bergelar nenek2. semua kawan mama kenal dia. and dia je lah yang rapat dengan jiran sebab ramah dia tu. siap boleh bergosip dengan makcik2 hehe.. i dengan my sis yang lain jealous sangat dengan kemampuan dia..i jumpa kawan mama hanya mampu senyum je. tak pandai nak bual2 ni..

ok lah..

fatin, kakak doakan fatin dapat jawab setiap soalan dengan tenang k..jangan takut sangat. baca doa banyak2. semak balik setiap soalan bila dah siap tu. kakak tahu fatin boleh buat yang terbaik. dont worry too much k.. kakak sayang fatin

No comments: