Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Tuesday, July 27, 2010



perempuan itu bukan saya ye..ambil dari blog orang heeee ;)

Tuesday, July 13, 2010

sebagai orang yang tak ada kerja ni, faham2 je lah kan setiap hari buat apa. kalau bukan depan tv mesti depan computer. tengah bergelak sakan ym dengan kawan tetiba;

mama: cepatlah transfer resume masuk computer tu. nanti boleh apply kerja banyak2..cepat sikit dapat kerja.

aku terus toleh pandang mama..

aku: ooohhhh...mama nak suruh jiha keluar rumah cepat2 eh? nak halau jiha lah ni?

mama: ye lah..biar jiha tak ada kat rumah ni hahahah~

cesssssssss! sampai hati.. hahaha hampeh betul.

my target sekarang ni nak kerja before raya. at least masa raya kalau orang tanya buat apa sekarang, aku dah boleh jawab ;)

Ipoh and Spain. 2 cerita 1 entry

Hari tu pergi jalan-jalan, pusing-pusing kat Ipoh. oh tak tak.. pergi Ipoh sebab kazen kahwin. Nazim Annas dengan Nurul Hidayah Marzuki. oh aku pergi sana sekejap je pun.. hari sabtu pagi bertolak and sampai sana waktu asar. then the next day after majlis je terus balik Pontian. fuhhh penat tu memang tak payah cakap lah.. bayangkan penat perjalanan tu macam mana kan..dari selatan ke utara. pastu malam gigih nak tengok Germany vs Uruguay. Ah memang sangat dahsyat lah mata. dapat tidur sekejap je. hari ahad lepas majlis balik pontian lepas tu gigih lagi demi Sepanyol! Fuh fuh fuh~ tak sia2 rupanya kahkahkah menang tu spain! sorry ye peminat Belanda or Pembenci Spain hahahahaha~

oh ok aku cerita pasal Ipoh dengan wedding tu dulu. then baru cerita pasal world cup ok. aku nak gak cerita pasal bola sebab kalau tak cerita sekarang lama2 cerita jadi basi. siapa yang nak baca??

senang cerita, kita tengok gambar je lah.


Daus dengan Fatin. Semangat pakai jersi Germany


ni pagi2, bukan pagi sangat lah..dalam pukul 10 pagi camtu..nak keluar pergi bandar Ipoh cari tudung sebab tudung tak bawak. Ah memang sangat sengal ok tak bawak tudung.



inilah tok kami! hai tok..saja nak bagi tok glamor sekejap heeeeee. oh kitorang duk kat homestay. ok lah rumah tu ada 3 bilik. nak kata mahal ke murah, aku tak tahu lah. sebab tak pernah lah pulak nak banding2 kan harga dengan tempat lain.


kami yang sengal sementara tunggu nak berkonvoi


rombongan pihak lelaki. seronok ahh konvoi2 ni. suka suka~


pengantin sebelum berangkat ke dewan


pengantin di pelamin


anak dara, pose 1


pose 2


ini kazen aku yang sebaya. Nabilah Annas ;)



kami sebelum balik





tak sah kalau tak mencapub kan diri =.=

ok cukup pasal Ipoh. nak cakap gak sal WC. taknak buat entry baru. malas!

sebagai peminat-penyokong Spain, aku memang sangggaaattt puas hati. hehehe tak tergambar ok perasaan happy tu. Siap semangat tengok ulangan Final tu! bukan sekali, tapi dua kali!

Pada aku lah kan, Spain ni memang ada team spirit yang sangat hebat.and antara pemain Spain yang hebat pada aku;

1. Sergio Ramos- gerakan dia, cara dia control bola memang hebat. tandukan dia pun bukan calang2. Dia antara pemain yang banyak kawal bola

2. Puyol- kalau ada award untuk kepala emas, dia mesti boleh dapat hahaa..dia ni memang penting sangat2 dalam spain sebab dia sentiasa berusaha selamatkan bola and tetap nak cuba bantu serangan. macam orang yang tak reti penat!

3. Xavi- dia ni aku tak tahu nak cakap apa, cuma HEBAT. itu sahaja.

4. David Villa- harapan spain tapi banyak buat silap masa final. mungkin tertekan kott..dia bijak cari peluang sebelum ni. tak apa lah Villa~

till then, chiowww! mau tidur

Wednesday, July 7, 2010

Takut dengan bunyi guruh, takut dengan ribut. Yes, some people akan cakap 'mengada2nya' 'penakut' etc etc..

Tapi mereka tak tahu hakikat sebenar orang yang mengalaminya..

Saya memang sangat takut. Rasa macam nak gugur jantung ni.

Hari tu masa ribut saya sorang2 je kat rumah. Saya beranikan diri round satu rumah untuk lock semua pintu and tutup semua tingkap. Saya duduk bilik sorang2, senyap2.

Tapi badan saya menggigil. Betul2 takut. Saya tutup pintu bilik and lock kan terus. Paksa diri untuk lelapkan mata walaupun kepala dah pening sebab dah tidur lama sangat.

Saya takut. Sangat takut. Saya keluar bilik bila dah pasti ribut dah berhenti. itu pun pukul 11.30 am.

Saya tahu ramai yang pandang sinis dengan orang yang penakut. Biarlah..mereka tak rasa..

Sunday, July 4, 2010

Dunga nak letak jawatan. Aku juga tak terkecuali nak letak jawatan. Jawatan sebagai penyokong mana2 team =_=

punah dah harapan nak tengok Brazil lawan Argentina kat final. sekarang apa jadi??

Jangan salahkan Maradona. Dia tak salah.


Saya Kecewa.

Friday, July 2, 2010

Bugis + Jawa = JAGIS

bosan lah facebook sekarang -______-" ramai sangat sedara mara dalam friend list aku. now sedang memikirkan if buat sesi pembersihan mereka dari fiend list berbaloi atau tidak. eh bukan...kalau ikut berbaloi memang berbaloi..tapi kalau diorang perasan, mati aku kena kutuk dengan kaum kerabat sendiri konon lupa daratan.haishhhhh.. aku nak post status pun kena fikir banyak kali, sesuai ke setiap word tu. kalau diorang setakat umur baya2 aku je aku tak kisah lah..ni sampai yang dah jadi atuk nenek orang pun ada. yang aku tak pernah tahu nama dia and hanya jumpa masa hari raya je pun ada. oh serius sometimes aku rasa facebook banyak bantu aku untuk kenal dengan mereka. setiap kali ada saudara yang add aku, aku akan tanya mama 'mama, polan bin polan ni siapa eh? macam pernah dengar nama dia..' tanya mama instead of tanya abah sendiri walaupun mereka2 semua sedara abah sebab kang nanti abah cakap 'sedara sendiri pun tak kenal ke?' ok tu sedara abah, bukan sedara jiha. boleh jawab macam tu??

ok abah ni keturunan bugis. and satu fact tentang bugis is mereka sangat pentingkan hubungan. kau tengok sendiri kau akan kagum. aku pun sampai sekarang masih kagum dengan semangat diorang sampai kadang2 aku rasa aku malas nak masuk campur and selalu menafikan aku keturunan bugis. aku melayu! just because of aku tak ada langsung semangat macam diorang. just imagine that pada mereka, sepupu kepada sepupu tu dikira sebagai sedara yang sangat rapat. and if sepupu kepada sepupu tu jemput datang rumah, itu dikira kau WAJIB datang! contoh lain yang nak menunjukkan yang diorang sangat akrab is setiap hari raya ketiga or keempat (aku tak sure which one sebab aku sentiasa ignore) diorang akan buat rombongan pergi beraya rumah sedara2 sampai 40+++ rumah dalam sehari!! ok 40 buah rumah tu dalam 2 3 kampung. and selama aku hidup 22 tahun ni, aku pernah join sekali je! and serius kau akan rasa macam nak pengsan. kau hanya akan makan penuh semangat kat 1st and 2nd rumah. rumah yang lain mungkin hanya minum air or jamah biskut raya. rumah last apatah lagi.. mungkin bagi budak2 seronok sebab dapat kumpul duit raya. and rombongan tu ada berpuluh2 kereta ok.. aku sentiasa selamat dari terpaksa join sebab mama pun tak ikut. aku dengan mama sentiasa pandai bagi alasan hehehe.oh lupa nak bagitahu, mama bukan bugis. mama jawa. so kami adik beradik JAGIS! hahaha...kalau mereka datang beraya rumah aku, aku hanya menyibukkan diri kat dapur. serius aku malas nak kenal2 dengan mereka. kalau yang datang tu 1 family tak apa lah lagi. ni rombongan sampai penuh 1 rumah aku. kalau salam dengan sorang makcik ni, aku tak pernah tahu pun makcik ni apa hubungan dengan aku. and you know what, mama pun akan menyibukkan diri jugak kat dapur. lepas tu aku dengan adik2 cakap "eh mama, takpe2 biar kitorang je settlekan kat dapur ni. mama pergi lah depan layan diorang" then mama pun pergi lah. kami sibuk menambahkan makanan, basuh2 pinggan semua. dah lama baru terperasan mama sebenarnya tak pergi pun depan layan tetamu! dia duduk minum air dekat dapur kering! apa lagi kitorang gelak sakan kat dapur. sebab mama pun sama je dangan kitorang. tak kenal sedara!

paling tak boleh blah, bila pergi kenduri kat rumah sedara yang dekat macam rumah paklong. tapi faham2 lah kalau dah ada kenduri mesti rumah tu penuh dengan sedara2 lain kan. and one thing tentang aku yang menampakkan aku tak matang lagi bila masuk pintu je terus tolak yaya or zati or fatin untuk masuk dulu sebab kalau boleh bila masuk je aku nak terus tebalkan muka taknak salam sedara2 yang aku tak kenal and nak terus masuk dapur tolong maklong dengan sepupu2 siapkan makanan. but terlampau kurang ajar lah plak kan. so aku akan ikut adik aku salam orang.kalau adik aku tak salam 1 group tu, aku pun tak akan salam. hahah keji gila ok!

sepupu aku sendiri pun aku tak berapa nak ingat nama. ramai sangat! adik beradik abah aku pun dah 9orang. anak kepada sepupu aku pun ada yang lebih tua dari aku. aku pun tak tahu aku dah jadi makcik kepada berapa ramai budak. terlalu2 ramai. tapi mereka tetap panggil aku kakak jiha! hehe

masa abang aku kawin, seribu kad jemputan khas hanya untuk sedara abah. but tak cukup ok! seribu tu hanya untuk ketua keluarga. belum masuk bini dengan anak2 dia.

heh tetiba seronok cerita pasal bugis kehkehkeh

ok and tetiba rasa nak senaraikan facts tentang budaya or apa2 sal bugis.

- makanan tradisi 1: berasak or burasak. ramai orang bukan bugis bila makan rasa nak lagi. tapi aku yang memang dari dulu sampai sekarang tak suka hehe. berasak ni macam ketupat tapi berlemak and dibungkus dalam daun pisang kot. err macam bukan daun pisang. ok fine aku tak tahu daun apa. sebab aku sentiasa berjaya mengelak dari kena buat berasak kat rumah nenek masa malam raya

- makanan tradisi 2: patloi. benda alah ni macam berasak jugak lah tapi dia ni pulut. yang ni pun aku tak suka. oh berasak and patloi ni makan dengan serunding or semua jenis lauk2. makan gitu je pun boleh.

- bahasa bugis sangat pelik. aku hanya tahu 2 3 words je. contoh, mandre: makan. paling tak boleh blah sampai aku ketawa guling2 adalah kapala lutut. aku ingat kan kepala lutut lah kan but maksudnya KAPAL TERBANG! ok sekarang lutut kau dah pandai terbang! hebat! kalau diorang kutuk aku depan2 pun aku masih boleh tersenyum manis kat diorang sebab sepatah haram aku tak paham! oh serius memang aku pernah alami ok. memang aku pernah dikutuk depan2 -___-'

- mereka suka minum kopi manis2! oh memang aku tak minum lah! diorang memang sangat kuat manis. kalau boleh semua jenis makanan nak masukkan gula.

- Sultan Johor pun keturunan bugis. macam mana boleh jadi sultan tu jangan tanya aku. aku bodoh sejarah.

oklah aku malas lah nak fikir apa lagi. nanti satu hari aku kumpulkan semua facts tentang bugis and aku publishkan boleh?? hehe mesti aku disanjung sedara2 sendiri

p/s: sebenarnya nak letak tajuk entry ni BUGIS tapi takut ada kaum kerabat yang google pasal bugis terus jumpa blog aku hahaha. so tajuk bugis + jawa = jagis mungkin kurang possibility diorang jumpa blog aku. harap2 lah..

p/s/s: adakah perlu untuk aku buat lagi satu entry tentang jawa? mungkin tidak sebab aku bukan bugis bukan jawa dan juga bukan jagis. aku melayu!

Thursday, July 1, 2010

Final world cup kali ni Brazil vs Argentina boleh?? baru gempak!
ok sebenarnya nak Brazil vs Spain tapi rasa cuak pula dengan Argentina. Argentina terlalu hebat lorh...

ok sebanarnya aku masih dan masih dan masih keciiiwaaa lagi sebab terlepas match Spain vs Portugal hari tu T_T
pagi2 bangun tidur terus buka facebook walaupun masih mamai. sekali terbeliak mata dapat tahu Spain menang 1-0 kan..terus segar bugar wehhh..and masa tu baru aku sedar yang aku dah terlepasssss game diorang!! gila aku lari pergi depan TV semata2 nak tengok siaran ulangan lah apa lah..tapi tetap rasa tak puas..

dah yang pasti lepas ni taknak dah terlepas game yang penting2..

ok stop talking about WC..

heh, berat aku dah naik!! hehe lepas ni dah tak akan dengar lah orang mempertikaikan badan aku yang ibarat tak ada daging lagi dah...

since berat aku turun mendadak dulu, self confident aku pun nak ikut menjunam sekali..cesss...

ingat tak sedih ke bila orang cakap,

- Ya Allah, jiha!kurusnya!
- Seluar apa kau pakai ni? menggelebeh je.. (padahal seluar tu aku baru beli seminggu sebelum tu. mana aku tau tetiba kaki aku nak mengecut)
- keciknya kaki!
- ni kenapa kakak yang paling kecik ni? makin mengecut lak sekarang..
- janganlah kuruskan badan lagi..kalau kurus sikit dari sekarang ni mesti tak lawa. (ok aku semangat kot makan banyak2 -__-')
- kurus sangatlah..(komen yang ni aku dapat dari orang yang aku rasa sangat kurus sampai aku terfikir, eh siapa yang kurus sebenarnya?)

ok dah! sekarang no more papan lapis bergerak ok! mau maintain je sekarang and nak naikkan self confident balik! and seluar2 ku bukan seluar baggy lagi ok..