Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Tuesday, February 23, 2010

muhasabah diri, perbaiki diri, hargai orang lain

selalu tak dengar orang2 cakap

'jangan bencikan seseorang tu sebab daripada benci yang teramat tu boleh bertukar jadi sayang!'

benda ni lah dari dulu aku takut. aiyaakkkk bahaya betul.. kalau ikut logik, macam tak logik je kan? haha paham ke apa aku cakap ni? macam pelik lah daripda kau menyampah2 tengok orang tu, meluat dengan perangai dia, tetiba kau boleh jadi sayang kat dia.. tapi itulah kuasa Allah. benda ni boleh berlaku sebab selama ni kita hanya nampak kekurangan dia tanpa melihat dia dari sudut lain. i mean kebaikan and kelebihan dia.

sama jugak dengan;

'kalau kita sayangkan orang tu sangat2, satu hari kita mungkin akan jadi benci kat dia'


sebagai contoh, selama ni kau baik je dengan dia. nampak perfect je dia tu. tapi hati manusia ni kan mudah berubah. sampai satu tahap rasa menyampah dah.. tapi kalau dengan family members tak ada lah kot macam ni

korang pernah ke rasa semua tu? sebab tu biarlah kita hargai semua orang sama rata. tak ada berat sebelah dengan sesiapa. sayang orang biarlah berpada2. and cuba elakkan membenci seseorang

kalau ada rasa benci kat seseorang and rasa dia tak layak mendampingi kita, cuba kita renungkan balik yang kita ni dah cukup layak ke untuk mendampingi dia.

semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 (aku selalu tersasul cakap 'semua orang ada keburukan dan kekurangan masing2' hah habis tu tak ada kelebihan?)

and satu lagi yang orang selalu duk sebut je,

orang yang paling kita sayang adalah orang yang paling sukar untuk kita sayang!

haaa...dah2 pergi lah korang cari orang yang korang rasa susah nak sayang tu... hehehe


Monday, February 22, 2010

sejak dua menjak ni berulang kali ada orang cakap aku makin sombong.

maaf sangat2..bukan sombong. tapi dah hilang sifat peramah and mulut tak reti diam aku ni =p

setelah banyak benda berlaku, maka banyak lah juga yang aku belajar tentang hidup ni.

so sekarang aku lebih suka ambil pendekatan 'senyap' sahaja.

lebih elok bersendiri and mengasingkan diri dari orang lain buat masa sekarang.

maaf jika ada yang terkecil hati bila saya tidak bertegur sapa. bukan niat saya hendak sombong
tapi memang sekarang saya dah jadi agak pendiam :)

saya agak tenang begini. hidup dalam dunia sendiri

insyaAllah satu hari saya akan kembali seperti biasa dengan mulut yang terlebih ramah hehe..

Saturday, February 20, 2010

Mari Memasak!

rajin aku update blog sekarang (padahal malas nak buat kerja hehe)

aku tengah gila nak masak tapi apakan daya, apa je lah yang ada kat dalam bilik aku sekarang ni. mana ada oven untuk buat cake. mana ada blender untuk masak resepi yang meletup. lesung batu pun tak ada. bahan mentah pun apalah sangat yang ada dalam simpanan aku. rasa macam nak terbang balik rumah je sekarang.

teringin nak masak salmon stuffed with cheese. sesuai dihidangkan bila sambut anniversary dengan husband nanti. hahaha poyo gila macam dah kahwin. takde lah aku dapat resepi ni pun dari seorang blogger kat Finland. dia masak salmon ni untuk 1st anniversary dia dengan husband dia. and cara dia hidangkan pun nampak sweet je.. dia siap buat strawberry cake dengan macam2 makanan lagi untuk celebrate padahal berdua je pun kan. anak dia pun baby lagi tak ada gigi. so aku pun dah macam alahaiiii romantiknya.... nak usha blog dia? klik sini ok.

aku pun nak lah pandai masak macam akak tu. sekurang2nya sejuk hati husband aku nanti hehehe. tapi buat masa sekarang, aku masih peringkat belajar lagi. baru pandai masak lauk pauk je and sedikit dessert. teringin lah nak jadi macam chef yang tahu masak macam2 kan.. seronok and puas bila dapat masak. lagi puas kalau makanan tu abes licin dimakan.

dahlah..sebenarnya aku tengah lapar gila ni. sebab tu meng-usha blog2 mencari gambar2 makanan. telan air liur je lah yang mampu. huhu sedih wooo... duduk kolej tapi cafe tutup. berat aku turun 2, 3 kilo jangan salahkan aku lak. aku hanya dapat makan cucur je. tu pun goreng cucur segera je. habis semua simpanan makanan aku.

haishhh kalau esok cafe tutup lagi aku cabut lari pergi mines. nak makan apa aku tak tahu. bosan dengan makanan kat mines. ceitt macam lah dah penah rasa semua makanan kat sana.



gambar seperti biasa yang memang tak ada kena mengena


Demi Cinta

tadi masa usha2 facebook kawan lama, ternampak video clip lagu demi cinta by kerispatih. and terus teringat yang aku dah lama tak letak lirik lagu dekat blog aku ni. hoho so korang, layan je lah lagu ni before tidur ok! eh bukan dengar lagu ni untuk tidur. sebelum tidur kena baca Bismillah 21 kali, bukan ulang menyanyi lagu ni 21 kali. ada faham? bagus!

Maaf, ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku,
dan kubawa kau s'perti diriku
Walau hati ini t'rus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta

Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya t'lah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku t'rima semua demi cinta

Chorus :
Jujur, aku tak kuasa, saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi, kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya

Friday, February 19, 2010

Mood Buat Assignment Bermaharajelala

dah bape kali aku asyik cerita pasal life as final year student? ye memang dah banyak kali aku bebel, mengeluh macam2 lah. tapi tetap nak cerita lagi. boleh?? hahaha

2 bulan je lagi kaki aku dapat jejak bumi upm ni, badan aku dapat golek2 atas katil kolej 6 ni.. sedih? buat masa sekarang tak sedih pun. cuma tak sabar. serious tak sabar.

siapa nak hidup dekat kolej masa orang lain seronok melepak dekat rumah? terpaksa duduk mengadap assignment and thesis di malam hari. siang hidup aku berubah dengan berkawan dengan segala jenis bacteria di lab. oh ye, ini bukan keluhan. tapi sebenarnya aku rasa aku dah besar sebab dah jadi final year student and dapat rasa masam-manis-pahit-tawar kehidupan ini. hahaha dah lah..memang aku poyo.

aku tak kisah life macam tu tapi yang buat aku tertekan sebab due date untuk submission macam2 jenis assignment beratur menunggu aku. dalam masa terdekat kena hantar masterplan, then kena hantar 3 chapters for my thesis dalam minggu yang sama. oh lepas tu kena mengadap buku and lecture notes untuk preparation test 2. lagi buat aku tertekan bila presentation untuk project aku adalah dalam minggu exam! apakah? memang tak ada simpati langsung. and and and..aku tak siap pun lagi project tu. so macam mana aku nak buat abstract yang kena submit tak lama lagi?

tak pasal2 nanti project ke mana, abstract ke mana, test 2 pun sama ikut melayang2. macam mana aku nak manage time betul2 ni (nampak tak kebodohan aku cakap pasal manage time tapi sekarang tengah update blog? konon tak ada masa tapi untuk fb dan blog sentiasa ada =_=)

ok aku berazam untuk manage masa aku sebaik mungkin. aku nak score betul2 untuk test 2 and nak project aku berjalan lancar! ^_^

nota kaki: aku nak cakap sesuatu tapi terpaksa pendam.

nota kaki 2: aku nak balik johor selalu boleh? hehehehe

Wednesday, February 17, 2010

Holiday at Langkawi

pontian-perlis-langkawi-perlis-kedah-pontian...
penat tapi berbaloi. hilang penat lelah bila tengok keindahan

dalam 4 hari, nafsu membeli aku hanya muncul hari ke3 sahaja. itupun sebab terkenangkan kawan2 and orang tersayang. adalah sedikit souvenir untuk mereka. barang aku hanya 1 sahaja. itupun barang yang lasstttt sekali aku beli hehehe. masuk kedai tengok barang tanpa perasaan. haishhhh mama and adik2 macam2 beli.
dah lah..aku malas nak bebel panjang2. tengok gambar je lah ye..

jeti kuala perlis

ni melawat makam mahsuri. tengok gambar2 ni baru perasan yang aku tak pergi pun makam tu. cuma sibuk ambil gambar dekat area makam tu hehehe




pusing2 kat underwater world




seronok masuk Gua Kelawar, pergi kelong, bagi helang makan kat Kilim Geoforest Park


ambil gambar sambil meng'usha' orang haha sila cari siapa yang aku usha tu :P


kuar malam cari makan sambil menikmati angin pantai




jeti langkawi. nak balik dah ni


on the way to jeti kuala perlis

yang pasti, sampai rumah je teringat segala macam assignment yang menunggu. ceittt!dah ok bye!

Wednesday, February 10, 2010

kenangan matrik

trip ke serting hilir hari tu memang fun sangat lah! walaupun panas macam nak bakar muka je.. tapi banyak input dapat on that trip.

sebelum bertolak tu, aku dah terbayang yang aku akan mabuk dalam bas lagi2 dengan keadaan jalan yang buatkan bas terhuyung hayang sentiasa kan.. tapi aku tak mabuk wehh! pening pun tak..konon2 nak tidur once masuk tol senawang tu. but then aku teringat semua kenangan kat matrik dulu. Ya Allah rindu sangat...semua benda indah je kat matrik tu. sampai aku segar je sentiasa sampai lah kat serting hilir tu.

masuk je kuala pilah, lagi lah buat aku terkenang tempat suka duka aku dulu. rasa nak balik matrik semula. nak sentiasa dengan kawan2 yang aku saaaayyaaangggg sangat. nak lepak2 dengan kawan2 kat cafe sampai dah nak maghrib baru terhegeh2 balik bilik. nak jumpa semua cikgu2 yang sporting. cikgu zaki, cikgu mus.. teringatt dulu berebut cikgu zaki dengan Fun. hahaha cikgu tu mesej Fun semata2 pasal kelas, kau nak kecoh jealouskan aku eh? hahahaha... tak lupa juga aku jadi student kesayangan cikgu Mus semata2 sebab aku gila Math. haha first and last time aku jadi kesayangan cikgu huhuhu.

nak celebrate birthday kat matrik! itu lah birthday celebration aku yang paling manis sekali sepanjang hidup aku. thanks to those yang bahagiakan aku on that day.(^0^)

rindu nak belajar silat lagi. tak kisah lah nak kena buat star jump sampai 100x pun setiap kali latihan. kena tendang kuat2, kena tumbuk kat perut.. sekurang2nya aku belajar jadi berani.

aku rindukan segalanya kat matrik dulu..

ok, ini gambar2 sepanjang trip ke serting hilir


bentuk dia macam bentuk hati kan??





nota kaki: kawan matrik aku, muizzah nak bertunang 16hb feb ini. tahniah!! kahwin jangan lupa jemput. boleh buat reunion sekali. makan pun free dah masa tu. reunion jimat belanja hahaha

Sunday, February 7, 2010

boleh bagi saya sejambak bunga?
supaya hati saya terubat sedikit.
supaya bibir saya sentiasa tersenyum
supaya tangisan kesedihan saya bertukar jadi tangisan kegembiraan
supaya saya rasa diri ini dihargai
supaya tidur saya ditemani harum bunga


Saturday, February 6, 2010

Maaf, aku perlukan kekuatan

aku penat sangat layan kerenah sendiri. bukan kerenah budak2 hingusan yang minta 20 sen untuk beli cokie-cokie..

macam2 benda jadi kat aku sampai aku rasa diri aku dah terumbang ambing. sampai aku tak tahu nak fikirkan yang mana dulu. susah nak cari waktu yang betul2 aku rasa tenang. rasa macam tak kenal diri sendiri dah. perasaan sendiri tak seiring dengan apa yang berlaku kat sekeliling aku. hati aku sakit sangat tapi setitik air mata pun tak keluar. hati kering ke aku ni? aku down sangat. rasa nak nangis puas2 tapi mata tetap kering. rasa nak kurung diri seharian dalam bilik tak makan tak minum macam selalu buat kat rumah kalau sedih. rasa nak bawa kereta laju2 dari utara sampai selatan sampai aku rasa penat. rasa nak lari dalam hujan. rasa nak duduk sorang2 tepi pantai..

semua orang pun nak rasa senang. tapi perlu ke bersenang-lenang atas kesengsaraan orang lain? perlu ke seorang kawan tikam kita dari belakang? perlu ke perasaan iri hati kat kawan sendiri? bukan ke kawan sentiasa ada di sisi susah dan senang kita? tapi kalau macam ni, kat mana aku nak cari kekuatan? aku tak ada apa2. aku tak dapat nak memiliki apa yang aku nak.

aku penat. aku nak kutip kekuatan. bagilah aku peluang walau sedetik untuk aku melepaskan lelah. banyak lagi sisa kekuatan yang bersepah untuk aku kutip. aku penat sangat.


aku takut dengan setiap langkahan aku. tapi kaki aku tetap melangkah walau tanpa rela. bergetar setiap langkahan. tiada siapa di sisi. tiada siapa memimpin. Tuhan masih inginkan kaki aku melangkah sehingga tiba ajal aku. aku nak kakiku melangkah gagah. tapi aku perlu dipimpin. 'dia' pasti menunggu aku di simpang depan. bersedia untuk memimpin aku. Tunggu..aku pasti tiba..

Nota kaki: aku nak lihat dunia dalam senyuman. berilah aku peluang..

Friday, February 5, 2010

Amazing Blog Award!


terima kasih banyak2 lah untuk kawan aku ini sebab bagi award ni kat aku..walaupun kau letak aku kat ranking 6 tapi bersyukur lah juga. dapat tercalon pun dah cukup baik.. haha ayat poyo artis. eh i memang artis ok. kan muka i selalu je terpampang kat tv. haha ayat nak kena lempang je.

ok pemberi award ni Faiqah Rahim and lebih dikenali sebagai Fa sahaja. senang nak ingat nama kau. kalau lagi 10 tahun nanti aku boleh terlupa nama kau, tak tahulah..dah kira nyanyuk tahap kritikal lah tu.

meh kita baca2, belek2 5 fakta tentang pemberi award ini.
  • sedang gigih + semangat belajar main gitar. gitar bau kedai lagi tu.. kira pelapis Yuna lah ni hehe
  • penjual selendang yang sangat laku. ada stock baru je mesti berebut2 semua orang.
  • aku mula rapat dengan dia bila dah final year dah. mungkin sebab aku yang tak pandai bersosial atau mungkin dia seorang yang sangat hebat untuk didekati hahaha
  • sangat tekun dalam kelas sebab suka duduk depan sekali. pelajar cemerlang tu
  • seorang yang tak reti duduk diam2. suka merayap berjalan2
aku malas nak puji over2, kang jumpa aku tersipu2 malu pula. =p

10 fakta atau hobi mengenai diri sendiri pula...ermmm..ermmmm..segan lah hahaha ok2, aku berkorban buat benda ni tau wahai Faiqah Rahim. dengan kemalasan aku yang tahap maksimum ni.

  1. hobi aku balik rumah selalu. hahah hobi ke tu?
  2. birthday aku semakin menghampiri. (saja poyo nak bagitahu semua orang padahal aku tak suka 27 Feb..serius aku tak suka nak menghadapi)
  3. adakala suka menyendiri untuk tenangkan fikiran lagi2 di semester terakhir ini.
  4. masih cuba mematangkan diri, nak jadi anak yang baik, kakak dan adik yang baik
  5. sangat suka makanan yang pedas, masam. and langsung tak boleh benda manis kecuali choc (^o^) bahagia dapat choc
  6. suka baca novel. both BM and BI.
  7. mempunyai ketinggian yang sangat terbantut berbanding ahli keluarga yang lain. -_-"
  8. suka memakai high heels and sememangnya pengumpul kasut yang sangat berjaya. oh hobi ini kena diberhentikan untuk menjimatkan duit. azam ni wehhhh.jangan memain..
  9. tak pandai nak menipu orang. penat berusaha belajar menipu hehehe
  10. point terakhir dah ni....apa ya?? tak sabar nak tunggu abang kahwin. tak tahu kenapa aku terlebih excited. pelik2.. nak belajar buat cake and segala macam jenis dessert. nak belajar buat hantaran kahwin, tapi masih belum ada keinginan untuk belajar jahit baju sendiri. hehehe macam tak cukup je 10 point ini padahal awal2 tadi liat gila nak fikir.
ok, dengan ini saya umumkan penerima award yang seterusnya! semangat ni! tapi kalau korang tak nak buat pun tak apa. ini bukan arahan apatah lagi paksaan. ^_^

  • azi zahari
  • alang aka Farhana Fadzil
  • Muhammad Nabil (adik sendiri hehe)
cukup lah tiga sahaja. anda semua terlalu hebat sehingga tak tahu nak buat pilihan. ok bye!

Thursday, February 4, 2010

Perasaan seorang kakak

adik yang masuk hostel tapi kenapa aku yang homesick untuk dia??
sebelum tidur, aku yang risau fikirkan dia boleh ke tidur kat sana?
bila aku bangun pagi, mesti terfikir apa perasaan dia awal2 pagi untuk menempuh satu lagi hari yang baru..
bila dah tengah hari, 'dia dah makan kot'..cuba sedapkan hati sendiri yang dia boleh berselera makan kat tempat baru, suasana baru, kawan2 baru...
setiap petang, aku akan call rumah untuk tanyakan dia ada tak call rumah mengadu apa2? Alhamdulillah segalanya OK..
tak tenteram hati..penat pujuk diri sendiri yang adik aku tu lelaki and dah form 4 pun. bukan budak2 lagi.

tak sabar nak balik rumah next week! macam2 aku nak buat kat rumah. nampaknya bakal ponteng kelas lagi lah semata2 nak balik rumah awal. UPM kata pergi, rumah kata mari. tak sabar, tak sabar! hehe biarlah project aku tu tergendala dulu. yang penting aku nak menikmati setiap detik waktu cuti nanti. selalu sangat balik rumah macamlah rumah aku sebelah UPM je. =_=
nak masak macam2, nak belajar buat kek, nak makan kerabu mangga, nak beli baju untuk dinner kolej.

ok cukup2..

faiqah, award tu nanti eh..aku tengah malas (seperti biasa lah kemalasan ni)

Tuesday, February 2, 2010

Nak bersama mereka susah dan senang

setiap kali balik rumah, aku pasti nampak perubahan adik2 aku. semua dah makin matang.. semua aku anggap macam kawan sendiri yang boleh share everything. sebab tu aku suka balik rumah. seronok dengan gelagat mereka.

fyi, i m 2nd out of 9 siblings.. so bayangkan lah yang i ada 7 adik bawah i.. the youngest pun beza cuma 10 tahun and now he is in standard 6. dia lah yang paling dimanjakan. dia tak manja tapi yang lain semua manjakan dia. bila dia injured sebab main bola, semua orang risau. padahal sikit je pun..dia kena gigit nyamuk semua orang risau macamlah dia kena gigit harimau. tapi dia rajin. bayangkanlah dia sangat pandai siang ikan!! kalau aku tengah masak, dia mesti akan tolong.
Muhammad Munawwir, I love U (^_^)

atas dia baru form 1. perempuan, named Fatin Humairah. she is also my roommate. dia sangat peramah tak kisah lah dengan sesiapa pun. and sangat sukakan binatang. rabbits dekat rumah tu semua dia yang jaga. bila ada rabbit yang sakit, dia sampai nangis2 ..Fatin, kakak sayang fatin..

sebenarnya point sebenar aku is aku susah nak terima yang diorang semua ni dah membesar. aku tetap layan mereka macam mereka tu masih bawah umur sangat2.

hari ini hari pertama Muhammad Hifni kat Sek Sains Johor. dia form 4. tapi aku yang risau lebih2. hopefully malam ni dia boleh tidur dengan lena kat hostel tu. sepanjang hari aku tak tenang risaukan dia. boleh ke dia berdikari? boleh ke dia kawal emosi dia sendiri kat sana? aishhhhh serious sedih weh.. (T__T) kalau boleh setiap hari aku nak visit dia tapi nak buat macam mana, jauh sangat..

tak sanggup biarkan adik2 rasa susah. kalau boleh aku nak ambil alih semua kesusahan diorang.. biar aku je yang rasa susah. yang penting diorang sentisa happy..

sekarang kat rumah cuma tinggal 4 orang je. tak lama lagi seorang lagi akan keluar sebab sekarang dia tengah tunggu result SPM.

perubahan sentiasa berlaku dalam hidup. nanti abang aku pula dah ada keluarga sendiri. masing2 dah bawa haluan sendiri. hehehe satu hari nanti rumah tu tinggal mama dengan abah je lah..

*semoga kami adik beradik akan sentiasa menggembirakan hati mama and abah. and semoga kami dapat balas jasa mereka. last but not least, dapat jadi anak yang soleh dan solehah..

*sedang memaksa diri supaya dapat anggap adik2 aku semua dah besar. bukan budak kecik lagi!!

Sesi Kaunseling (untuk diri sendiri juga)

masalah bertimpa2..
hanya berusaha untuk bangkit semula.
bagi yang cuba menjatuhkan aku, terima kasih..
aku tahu esok lusa aku akan kembali berada di atas.
memang hukum alam begitu
sentisa berdoa untuk yang terbaik

tenang mengikut jalan yang telah diaturkan DIA
walau sememangnya berliku
buat apa nak takut
sinar kegembiraan ada di hujung jalan
cahaya itu tak pernah malap
tetap setia menunggu kita

jika tak mampu berlari, jalanlah dengan senyuman
jika tak mampu berjalan, bertatih lah dengan senyuman
jika tak mampu bertatih, merangkak lah dengan senyuman

ikhlaskan hati dalam setiap perkara
jangan sesekali mengeluh
jangan sesekali mengungkit

jika kita seronok berlari,
janganlah menghina orang yang berjalan, bertatih atau merangkak
kerana
sekali kita jatuh tersungkur dalam seronok berlari
kita juga akan merangkak untuk bangun semula

perjalanan hidup yang diaturkan Allah terlalu indah
setiap masalah, jika dipandang dari sudut lain ianya sebenarnya indah
Percayalah..