Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Sunday, March 28, 2010

Kuasa Cinta – Cinta matang atau cinta budak sekolah?

Hari ini saya buka inbox baca balik mesej2. And I found that mesej yang paling lama saya simpan adalah mesej pada 12 August 2008!
Ok saya ulang 2008! Sepatutnya ada yang 2007 tapi tak tahu macam mana boleh hilang macam tu je. Bukan saya yang delete. Mungkin inbox terlampau penuh kan..
Sayang sangat nak delete mesej2 dari dia walaupun mesej2 yang kami gaduh besar pun tetap nak simpan elok2. Huhu teruk ke saya?
Then, saya geledah balik sent items. Ouhh lagi lama tu. Last sekali 19 January 2008! Entah bila saya nak delete or kosongkan inbox dengan sent items sekaligus.

Eleh entah2 korang lagi dahsyat. Entah tahun bila, kurun ke berapa punya mesej, surat2 cinta lah apa lah semua simpan elok2 lagi. Hehe sila mengaku ye..

Kalau cinta budak sekolah saya tak pasti. Ke cinta saya masih tahap budak sekolah?
Bukan cinta budak sekolah semua hadiah2, surat2 simpan dalam kotak kasut yang dibungkus lawa2?
Siap pembalut chocolate dengan gula2 yang dia bagi simpan elok2 dalam diary?
Comel je..sweet je kan..tapi cinta budak sekolah kan hanya cinta monyet!

Bila tengah kemaruk cinta ni, kita pergi mana2 mesti akan belikan sesuatu untuk dia. dan tak pernah nak kisah dengan harga barang tu.
Sekali pandang je kat tanda harga, terus ambil bayar kat cashier. Kalau barang untuk diri sendiri mesti akan fikir banyak kali sebelum beli.
Walaupun tengah gaduh macam mana pun, mesti tak pernah lupa untuk belikan sesuatu.
Walaupun belum tentu ada peluang nak jumpa untuk bagi hadiah tersebut, tetap nak beli.

TAPI

Bila difikirkan balik, kita buat semua itu untuk orang yang belum tentu jadi pasangan hidup kita.
Rasa bersalah kat bakal suami walaupun tak tahu siapa bakal suami itu.
Rasa bersalah sebab kita dah serahkan perasaan kita pada orang lain
Sepatutnya kita simpan baik2, jaga baik2 hati kita untuk bakal suami

Kan nak jadi isteri yang baik..
Yang kalau boleh setiap masa nak berbakti untuk pasangan kita
Kononnya pagi2 sebelum dia pergi kerja nak siap2kan breakfast, iron baju dia,
Pakaikan tie untuk dia macam dalam cerita Kabhi Kushi Kabhi Gam,
salam cium tangan dia sebelum dia pergi kerja.
Bila dia balik petang2, sambut dia kat pintu rumah,
minum petang sama2 kat balcony rumah
Tapi itu dalam angan2 je lah.. nanti kan saya wanita berkerjaya
Yang saya sendiri kelam kabut pagi2, tak ada maknanya dapat pakaikan tie untuk dia
Breakfast pun roti kosong dengan milo kot..
Petang balik kerja, sampai2 rumah dia tengah duduk depan TV sambil tangan pegang kunci kereta
“cepat mandi sembahyang semua, kita pergi makan kat mamak seberang jalan sana”

Hadoi..tak mahu lah jadi macam tu..hahaha

Ok2, thesis saya sedang menunggu ^_^ bye2!