Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Wednesday, March 28, 2012

Assalamualaikum..

Maaf lama sangat tak update blog. Terlalu busy dari bangun tidur sampai lah lelapkan mata tengah2 malam. Siang macam biasa saya di office, petang balik rumah buka laptop untuk hal2 Herbalife. Masa ni akan check ada tak customer yang tanya pasal produk. Buka website herbalife untuk order product and tengok perkembangan downline. Kadang-kadang bila ada orang yang baru nak cuba Herbalife, masa ni memang sibuk explain. Sampai Maghrib, offline untuk mandi solat semua kemudian terus siap-siap nak keluar. Keluar follow up customer, atau jumpa new customer, atau mencari customer, atau keluar makan dengan yang tersayang ;) Eh padahal jumpa customer pun orang tersayang mesti teman hehe. Balik malam-malam, online lagi buat apa yang patut pasal bisnes. sempat jengah FB and twitter. settle semua baru masuk tidur. seronok life saya sekarang. tak ada lah bosan duduk rumah tak buat apa-apa kan..

saya baru dapat rehat 2 minggu, Alhamdulillah selesai kerjakan Umrah. tenang sangat kat sana. Tak tahu nak explain macam mana perasaan tengok kaabah dekat2. Sentuh kaabah lagi lah rasa tenang sangat plus terharu plus entah-apa-lagi-rasa. Okay taip ni pun meleleh lagi air mata. Harap sangat dimurahkan rezeki so boleh kerap pergi sana. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Rasa malu sangat sebab dosa terlalu banyak tapi Allah sudi jemput untuk ke Tanah Haram. betul-betul muhasabah diri. Fikir balik mesti ada sebab Allah jemput ke sana walaupun banyak halangan. bayangkan dua bulan sebelum pergi, saya nak tarik diri sebab duit tak cukup. Tapi takdir Allah, saya tak boleh nak tarik diri. Berusaha cari duit. Alhamdulillah sampai sana jugak.

InsyaAllah ada rezeki lagi akan datang, nak pergi sana lagi. Taknak pergi mana-mana cuma nak pergi Tanah Haram sahaja. Amin..

Now bila dah balik Malaysia balik, ambil masa jugak nak back to normal life especially kerja and bisnes. sekarang pun masih nak susun balik jadual follow up customer. Kat office pun blur lagi nak buat kerja. Nak bangun pagi lagi lah susah. Jetlag dipersalahkan hahaha.

okay, ada masa saya upload gambar-gambar di Tanah Suci. Ada masa lebih lagi, saya update pasal Herbalife ye..insyaAllah... Eh cerita saya kat Singapore pun tak update lagi ;p hehehe ampun maaf semua...

oh ye, pasal Herbalife, starting from April onward, product herbalife akan naik harga up to 2.5%!! soooo sesape yang berminat nak guna herbalife, this is the best month (March) untuk beli! sebab dapat jimat banyak sangat compared to awak beli next month! sempat lagi ni kalau nak beli bulan ni! call saya kalau berminat ok! 017-7270067. SMS pun boleh, nanti saya akan call ;)