Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi junior Iker Casillas!!

Haihhhh..sekarang semua perempuan dah cair dengan Fahmi..tapi memang terbaik lah budak Fahmi ni. dah ala-ala Iker Casillas dah cara dia main.

seronok kot semua orang, Malaysia menang. sampai boleh dengar penyokong yang duduk kat kedai makan yang jauhnya hampir 1 km dari rumah terpekik terlolong menyanyi sampai 1 pagi. semangat kesukanan betul. sepatutnya kerajaan sponsor diorang ni ramai2 pergi sokong kat Indonesia. hebat diorang sampai aku nak tidur pun tak boleh -__-"

dan, esok jadi public holoiday! aku tak tahu lah happy ke tak.. bosan kot terperap kat rumah 3 hari. nak berjalan poket kering! hehehehe

p/s: apa perasaan zaquan adha tengok bola final semalam dengan hari tu? mesti jealous sebab tetiba safee menyerlah gila. haha

Thursday, December 16, 2010

Kuat makan!

Assalamualaikum ;)

nafsu makan saya sekarang bertambah tambah. macam makan untuk 2 orang! setiap hari pun mesti nak masak makanan yang berbeza2. daging blackpepper lah, ayam masak lemak cili padi lah, tomyam, sup, sambal tumis, asam pedas. paling malas pun ikan goreng. tu pun sekali makan 2 ekor! selalunya lunch waktu petang, tapi malam lepas maghrib dah rasa kebulur. gila betul perut ni..

paling tak boleh blah, sebelum pergi kerja dah breakfast at least 3 keping roti, tapi tengahari pukul 12 perut dah terpekik terlolong kelaparan. tak paham betul aku..nak kata banyak guna tenaga, rasanya tak pun. kadang2 tangan sampai menggigil2..macam orang tak makan seminggu.

oh ye, sekarang saya rajin masak sebab nak berjimat. memang sangat2 berjimat. tapi kadang2 confuse gak, berjimat ke kedekut? nak beli aiskrim 2 ringgit pun pikir banyak kali. tapi seriously memang sangat berjimat bila masak sendiri. kalau makan kat kedai setiap hari boleh habis hampir 100 ringgit seminggu. tapi kalau masak sendiri, 10 ringgit je!! beza gila kot!


nanti saya jadi BULAT macam ni!

p/s: siapa tahu cara nak kawal makan? saya makan banyak2 sampai nak termuntah tapi tetap tak puas makan -____-"

Monday, December 6, 2010

MAHA 2010

MAHA 2010 dah habis.

dapat pergi 2x je tapi rasanya dah serik nak pergi lagi.

penat nak mamp! demam2 pun masih boleh gagahkan diri lagi.

best wooohhhh..macam2 ada..tapi kalau sesiapa yang datang naik kereta, mungkin akan cakap tak best sebab jam tahap gila punya. naik motor tak sampai 5 minit dari masjid UPM nak pergi MAHA tu. tapi naik kereta, nasib lah sampai sejam lebih tak gerak2. hahaha...

oh pics kat MAHA belum transfer masuk lappy lagi so entry pasal MAHA memang tak ada lah segala gambar gedik2 ku dan kawan2. :)

masa MAHA tu dapat diagnosis penyakit guna kaedah Islam.. masa tu baru lah realized muda2 dah ada macam2 jenis penyakit.

-gastrik, angin banyak dalam badan, kolestrol tinggi, hormon tak stabil, sakit pinggang, sakit dada, usus tak bersih, stress.

memang gila. orang tu siap cakap 'nanti mengandung senang kena sembelit. hormon tak cantik, usus tak bersih'

lepas tu terus beli virgin olive oil. lagi satu ubat untuk hormon tak beli lagi. kena kumpul duit. kang ada plak yang makan pasir berlaukkan rumput. tak sanggup ok!

and dia terangkan kenapa aku makan banyak2 pun badan tetap tak naik. haha pasni bila dah makan ubat yang dia bagi mesti kena kawal makan. tak boleh makan banyak2 lah pasni. kang nanti jadi booolaattt..saya tak mahu!

kat MAHA ada banyak jual pokok2. tenang je tengok pokok bunga banyak2 tapi saya tak boleh beli sebab rumah kat shah alam tak ada tempat nak bercucuk tanam. tak apa lah..next time kalau nak beli rumah, kena cari rumah yang ada halaman luas sikit. ok dah boleh start berangan heheheh...

saya tak habis pusing pun 1 MAHA tu. dah tak larat..lembik gila..kalau boleh nak jalan seret2 kaki je.

ok lah..esok Maal Hijrah..selamat berhijrah ye rakan2. bukak buku baru biar penuh dengan pahala. and selamat bercuti!! hehehe