Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Wednesday, January 27, 2010

aku nak Dettol untuk bersihkan luka dan nanah

susah sangat kalau kita ada problem yang kita tak mampu untuk share dengan orang lain... banyak kali cuba untuk luahkan pada insan yang dipercayai tapi lidah seakan-akan kelu.

dilema..jika aku luahkan, akan memakan diri sendiri. nanti ada yang kata aku selfish. sebab aku tak boleh nak cerita dari A sampai Z. kalau aku cerita semuanya pasti orang tak akan percaya. so aku buat keputusan untuk terus berdiam..

but then, berdiam diri tu juga lebih memakan diri sendiri. makin lama kau pendam, makin bernanah dalam hati kau. makin pedih untuk kau terus simpan. sebulan lebih untuk simpan luka tu bukan sesuatu yang mudah..

ni dugaan paling hebat sepanjang aku berada di UPM ni. sebab tu kalau boleh aku nak putarkan masa dengan lebih laju. biar aku dapat lari dari UPM ni secepat mungkin. Ya mungkin ada yang akan mengata aku cuba lari dari masalah, bukan cuba untuk selesaikan.. kalau aku cuba selesaikan, ianya terlalu berisiko untuk menjadi lebih teruk. sebab tu aku nak berdiam diri. biar lah terus bernanah luka ni sampai akhir April ni. biarlah..

*mama, if you read this, dont worry ok..biasalah semua orang ada masalah kan.. jangan tanya apa2 bila jiha balik rumah nanti ok?

**ini bukan kerana aku putus cinta. ini masalah aku yang jauh lebih hebat.

***tapi aku masih mampu tersenyum sebab jatuh bangun aku, Allah sentiasa bersama..sebab tu dah lama aku tak menitikkan air mata. Yakin dengan perjalanan hidup yang telah diaturkan. (^_^) see..walaupun sedang bersedih tapi memang tak nangis langsung wehhh.. hebat2..

Wednesday, January 20, 2010

macam senang je lelaki kan...

baca tajuk tu apa yang terlintas kat kepala korang?

perempuan ni cerewet macam2 kan.. semua benda dianggap penting..

contohnya lah..bila kena overnight kat lab untuk 1 malam sahaja, kita boleh bandingkan barang2 yang dibawa perempuan dengan lelaki.

ok meh kita tengok senarai barang perempuan dulu. nanti baru tengok barang lelaki k

-laptop+charger, charger handphone, camera
-lecture notes (konon2 nak study untuk test 1 next week)
-towel kecik.
-baju
-bedak
-toiletries - berus gigi, ubat gigi, pencuci muka semua. lengkap!
-segala macam ubat. macam lah dalam satu malam boleh kena pelbagai jenis sakit sekaligus
-choc, roti2, mister potato (makanan merepek2 je)
-mineral water
-purse

*tapi benda paling penting tak dibawa. apa lagi kalau bukan lab coat. haha sengaja taknak bawa supaya boleh sumbat segala macam barang dalam beg.
*mula2 plan nak bawa bantal tapi segan lak. sedih sangat tak dapat peluk bantal malam ni. sebelum keluar bilik peluk bantal puas2. nak bawa selimut tak muat plak nak sumbat dalam beg. last2 bawa sweater je. boleh dipakai and boleh dipeluk bila gumpal2 kan dia hehehe
*nak bawa mug dengan nescafe 3 in 1 tapi nanti leceh lak nak basuh2 + beg dah penuh sangat.
*nasib tak bawa beg macam nak balik kampung =p

ok list barang yang lelaki bawa pula
-wallet. tak tahu lah berisi ke tak wallet tu hahaha..
-kunci motor or kunci kereta
-laptop, handphone
-burger

*haaa tu je diorang bawa ok!! senangnya lah hidup diorang ni kan...

Tuesday, January 19, 2010

pantang larang

“jangan mandi malam2. Tak elok”


Sekarang aku baik gila dengar cakap doctor jangan mandi malam2. Haaa hambik kau, pukul 5 petang aku dah mandi hahahaha. Semua orang terkejut. Padahal tu je yang aku ikut cakap doctor. Yang lain sorry lah…aku tak mampu..hehe macam mana aku nak gagahkan diri tak minum ais langsung kan. Setiap hari pun mesti nak minum sejuk. Konon2 masa beli air, “nak milo ais 1..ais nak separuh je” ok sampai abang jual air pun tahu aku memang akan minta ais separuh je. Bila dia tanya kenapa, aku cakap sebab dengar cakap doctor.. hahaha dia balas apa tau..”kalau ikut cakap doctor, tak ada ais langsung!” hurmmm lantaklah..aku haus…


Pesanan doctor tu lagi, “jangan suka duduk kat lantai. Nak study pun jangan suka meniarap kat lantai. Jangan degil. Jangan biasakan.”(doctor tu macam tahu2 je aku ni degil) Ya doctor saya faham…. And sekarang aku taip ni pun sambil meniarap kat lantai. Ni nak kata aku degil ke bengap? Hehehe

“awak tak boleh makan kangkung”

Aku pun tak tahu apa kaitan kangkung dengan sakit aku. Aku pun malas nak tanya doctor tu minta explanation. Duduk kat bilik doctor tu pun dah cukup buat aku macam cacing kepanasan. Aku pun tak hairan tak dapat makan kangkung. Banyak lagi sayur lain yang aku boleh makan. Nasib baik aku jenis yang tak memilih makanan. Ecececeh geli je…

“jangan biasakan tidur bawah kipas. Direct kipas tak boleh”

Dah tu, nak suruh aku tidur atas kipas? Ok bodoh sangat aku ni. Adoiiii mana boleh tidur pasang kipas slow2.. rimas lah… aku dah lah jenis sangat pentingkan keselesaan masa tidur. (nampak sangat kuat tidur kan)

Ok, nampaknya hanya dua sahaja pantang larang doctor yang aku ikut. Uichhhh teruk2.. yang lain, insyaAllah satu hari nanti aku akan berubah. Ceh poyo! Macam perlukan orang yang muka bengis follow aku ke mana2 je. Bila aku langgar pantang2 tu, zzzzaaaapppp aku disebat. Hahaha baru sesuai untuk orang yang kepala batu macam aku ni. Ya aku mengaku aku degil.

Panjangnya lahhh aku menaip ni. Meh lah tengok gambar poyo aku pula. Nak taknak terima je lah kepoyoan aku ni. Kau nak kutuk pun kutuk depan2 lah beb. Tak main lah cakap belakang..eh apa tetiba ni macam nak cari gaduh? Ok merah menyala sangat ya minah kat bawah ni…

Monday, January 18, 2010

kau tak ada benda lain ke nak cerita?

haaa ni lah kasut yang aku terbayang2 sampai seminggu. dah kau nak kata buruk lantak lah.. design dia memang biasa sangat pun. but colour dia tu yang menarik perhatian aku. tinggi 3 1/2 inches. wohoooo jadi tinggi lah aku nanti. heeeee...

hehe post pasal kasut pun jadi lah.. entah apa2 je. aku ada something nak share dengan korang tapi tunggu lah dulu nanti eh. sekarang tengah semangat gila nak pergi lab. \(^o^)/

daaaaa~

mulakan hari dengan senyuman yang palinggggg menawan. ok geli. bye.

Sunday, January 17, 2010

Saya dan Kehidupan

Cuti Chinese new year start dari 13 feb till 21 feb. tapi sekarang saya dah mula rancang2 untuk panjangkan cuti sampai 28 feb. hehehe boleh tak?? Ponteng kelas selama seminggu. Hahaha sesuka hati buat cuti sendiri. saya nak celebrate birthday dengan family

Cakap pasal birthday, macam2 perasaan ada bila menghampiri 22 tahun. Paling hebat sekali perasaan takut. Bukan takut tua. Takut dengan masa depan. Takut dengan sikap sendiri. Kena behave macam orang dewasa, berfikir macam orang dah matang. Saya nak perbaiki diri esp tentang ilmu agama. Rasa macam banyak ilmu masa sekolah dulu dah lupa. Sorry ustazah noriz..

Eh…eh…lupa lak, saya dah tengok cerita adnan sempit! Memang best lah!berbaloi beratur panjang gila kat mid tu. 4 stars saya bagi. Kurang 1 bintang sebab kurang suka dengan elemen2 yang tak berapa nak sopan dalam cerita tu. I mean yang eksperesi muka melambangkan kelucahan. Rasa nak lempang laju2 je lelaki yang suka buat muka gatal, nak jelir2 lidah ke apa. Oh ye, tak berapa suka gak ayat2 jiwang dalam cerita tu. Rasa nak muntah je dengar.. bluwekkkk… tapi lawak dia memang kelakar betul lah.. lawak yang tak lapuk.

So guys, tengok lah cerita tu. Tak rugi pun tengok..


p/s: Test 1 tinggal seminggu je lagi. and my preparation? fuhhh baru 2% je kot..buat malu je..


Tuesday, January 12, 2010

Ini kisah aku. Kalau kau percaya lah hehehe

eksperesi muka kita tak dapat menipu apa yang kita rasa. kalau kita nak bohong tapi orang senang je tahu kita memang tak jujur bila tengok muka kita. sama gak bila kita tengah sedih, kita senyum selebar mana pun, orang tetap tahu kita tak ikhlas senyum. kalau kita kecil hati dengan seseorang, kita nak pandang muka dia pun rasa tak sanggup.

ok fine! kau menang. kau seronok tengok aku jatuh.. kau seronok tengok aku tak sehebat kau. kau seronok bila kau ada apa yang aku tak ada. tapi sekurang2nya aku puas hati dengan apa yang aku ada. walau adakala aku kecewa, aku tahu itu yang terbaik untuk aku. aku belajar jadi orang yang tahu bersyukur bila aku dalam kesusahan.

oh ye, jika kita berbuat baik pada orang, jangan sesekali harapkan balasan. walau dalam persahabatan, konsep memberi dan menerima itu penting, tapi cukuplah kita memberi dengan seikhlas hati.

Kau tersenyum kepuasan bila aku jatuh tersungkur. Kau bangga bila kau berjaya musnahkan senyuman aku.

Friday, January 8, 2010

sila berhati2 dengan api and acid!

kali ni saya nak guna kata ganti diri SAYA. sebab hari ni hari nerd saya. =_=

saya tak tahu lah saya ni jenis yang macam mana bila perkara ni berlaku. tangan dah macam amah kena dera dengan majikan je. tak percaya? meh tengok tangan saya ni..

saya tahu tangan saya macam tangan orang tua (-__-")
ok, yang kat jari manis and jari hantu saya tu kena sambar api. tapi my senior kata mungkin kena acid. entah lah saya tak pasti. bintik2 antara ibu jari dengan jari telunjuk tu saya rasa kena gigit dengan nyamuk2 yang kejam. tapi ada orang kata mustahil gigitan nyamuk macam tu. diorang cakap macam kena gigit dengan tuuutttt.. oh jari hantu kat tangan kiri pun sebenarnya ada bekas2 hitam kena sambar api tapi gambar tak ada ok sebab tak seteruk tangan kanan. semua tu berlaku dalam 2 minggu lepas.

walaupun tangan dah jadi macam tu, saya tetap tak makan nasihat. sangat tak suka pakai gloves kat lab. rimas tahu tak??? tapi hari ni tiba2 saya jadi fobia dengan semua jenis chemicals. tapi masih tak hairan pun dengan api heheh teruk betul. saya start jadi fobia bila saya conduct experiment yang guna concentrated sulphuric acid tapi masih pakai gloves sekejap2 je. dan akhirnya jari telunjuk saya ada kesan kena acid! arghhhh terus fobia wehhhh.. tiba2 jadi sangat bagus basuh flask, beaker semua pakai gloves. hehehe taknak burukkan tangan lagi!!!

harap2 segala scars yang buruk2 ni cepat hilang sebelum aku kahwin. *tetiba guna AKU?*
hehe dahlah jari manis yang paling teruk + buruk. macam mana lah masa nak batalkan air sembahyang nanti kan. malu je bagi jari yang buruk untuk pakai cincin. insyaAllah akan hilang scar ni. hehe sampai bab kahwin aku cerita. dah semua orang takut2kan aku. siap ada yang cakap duit hantaran tak boleh tinggi2 dah sebab jatuh saham, kena reject dengan bakal mak mertua lah. siut je takutkan orang macam tu kan...

nota kaki: terpaksa beli ubat baru dengan harga RM30++ sebab ubat yang ada tertinggal kat rumah. cehhh habis lah duit camni... *gila kedekut!*

nota kaki 2: ini lah pengorbanan untuk siapkan final year project. semoga semua bacteria2 saya mendoakan agar project saya berjalan lancar. hehe