Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Wednesday, January 27, 2010

aku nak Dettol untuk bersihkan luka dan nanah

susah sangat kalau kita ada problem yang kita tak mampu untuk share dengan orang lain... banyak kali cuba untuk luahkan pada insan yang dipercayai tapi lidah seakan-akan kelu.

dilema..jika aku luahkan, akan memakan diri sendiri. nanti ada yang kata aku selfish. sebab aku tak boleh nak cerita dari A sampai Z. kalau aku cerita semuanya pasti orang tak akan percaya. so aku buat keputusan untuk terus berdiam..

but then, berdiam diri tu juga lebih memakan diri sendiri. makin lama kau pendam, makin bernanah dalam hati kau. makin pedih untuk kau terus simpan. sebulan lebih untuk simpan luka tu bukan sesuatu yang mudah..

ni dugaan paling hebat sepanjang aku berada di UPM ni. sebab tu kalau boleh aku nak putarkan masa dengan lebih laju. biar aku dapat lari dari UPM ni secepat mungkin. Ya mungkin ada yang akan mengata aku cuba lari dari masalah, bukan cuba untuk selesaikan.. kalau aku cuba selesaikan, ianya terlalu berisiko untuk menjadi lebih teruk. sebab tu aku nak berdiam diri. biar lah terus bernanah luka ni sampai akhir April ni. biarlah..

*mama, if you read this, dont worry ok..biasalah semua orang ada masalah kan.. jangan tanya apa2 bila jiha balik rumah nanti ok?

**ini bukan kerana aku putus cinta. ini masalah aku yang jauh lebih hebat.

***tapi aku masih mampu tersenyum sebab jatuh bangun aku, Allah sentiasa bersama..sebab tu dah lama aku tak menitikkan air mata. Yakin dengan perjalanan hidup yang telah diaturkan. (^_^) see..walaupun sedang bersedih tapi memang tak nangis langsung wehhh.. hebat2..

No comments: