Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Tuesday, December 29, 2009

semua orang pun semangat nak ada azam baru

cepat je masa berlalu kan..dah nak masuk 2010 dah..

macam baru semalam habis sekolah
macam baru semalam daftar kat UPM
macam baru semalam tragedi tsunami
macam baru semalam kecoh pasal Osama Laden

ok tipu lah semalam kan..tak logik je. tapi my point here is masa berlalu cepat sanggaattt.. cuba ingat balik dah berapa tahun tsunami tu? mesti rasa maca
m "eh bukan baru lagi ke benda tu?" padahal benda tu dah berlaku masa zaman jahiliyah kita lagi.

tut tup 4 bulan je lagi aku bergelar student. hehehe dah besar wehh..
beberapa tahun lagi muka start berkedut lak..nak tak nak k
ena lah terima hakikat yang kita ni makin tua.. oh aku tak tahu muka akan mula berkedut pada umur berapa..

2 tahun lepas aku berpeluang untuk rasa kemeriahan new year. sebab dari bilik aku kat UPM ni boleh nampak the whole Kuala Lumpur and Genting. serious malam2 suka cuci mata. kalau ada bunga api meriah je nampak KL.. tapi tu dulu lah. sekarang blok sebelah makin meninggi so dah tak nampak dah pemandangan macam tu lagi.


pada aku tahun 2010 ni akan jadi tahun paling kritikal dalam hidup aku. penentuan masa depan aku sendiri. takut nak menghadapi. life is full of choices..bak kata Prof Ali Hasan. kita sendiri yang kena pilih macam mana nak bentuk masa depan kita. we have to go beyond boundaries!! semangat masuk kelas Prof Ali ni.. tapi at the same time ha
ti berdebar fikir masa depan.

4 bulan ni buat yang terbaik untuk study
4 bulan ni berusaha untuk cari kerja
4 bulan ni kena sentiasa merancang masa depan (nak sambung study?nak kerja makan gaji? nak bikin duit sendiri?) perancangan ni paling penting.

6 bulan je lagi aku ada masa untuk membuli abang aku
secukupnya. sebelum dia bergelar suami orang. ni yang rasa semua benda nak minta tolong dia je ni hehe

ada beberapa bulan je lagi untuk aku meninggi kan badan.. hahahaha gila tipu. macam orang tak sedar diri langsung..pasrah je lah dengan ketinggian yang tak seberapa ni..teringin nak jadi model untuk majalah pengantin. hahahah tak senonoh punya impian!

macam best je kan dapat cuba macam2 jenis baju pengantin. tapi rasanya kalau aku jadi model pengantin, sure semua baju terlebih meleret2 plak kan.. tu lah kot hikmahnya aku ni terbantut. kalau tak mesti aku lagi tergila2kan impian nak jadi model kan..haha..

ok nak jadi model pengantin tu bukan cita2 aku eh. tu impian merepek aku. takut kang orang termuntah tengok muka aku jadi model pengantin. hehe

banyak sebenarnya azam2 aku. tapi biarlah aku share pasal study and kerja (masa depan).
benda lain biar aku simpan sendiri.
kalau cakap pasal kahwin..no komen.. just berusaha ke arah itu je yang aku mampu cakap. berusaha perbaiki diri. demi ibu bapa juga kan..

nota kaki: azam 2009 dah terlaksana lom? Alhamdulillah kebanyakannya aku dah capai. perbaiki diri yang belum lagi esp as kakak kepada adik2. aku tak act as kakak tapi lebih kepada sebagai kawan kepada adik2 and sebagai pembuli yang hebat. haha..

nota kaki 2: dont take too long in learning process. kira jangan baru sekarang kau tahu benda yang sepatutnya kau tahu 10 tahun lepas. Prof Ali gak yang cakap ni..

Sunday, December 27, 2009

minda, hati dan jiwa bersatu

kebiasaannya aku akan taip entry dulu baru fikir tajuk. sebab tu suka meleret2 je entry aku. kadang2 2 3 cerita dalam satu entry.. memang BM aku fail sekarang (-__-")

dalam otak aku banyak sangat benda. sebab tu rasa nak muntahkan segala2nya kat entry ni.

pertama,

jadi final year student. SIAPA CAKAP LIFE AS FINAL YEAR STUDENT SANGAT SERONOK? BANYAK LEPAK JE?? maaf, terus terang aku tak rasa pun nikmat2 tersebut yang dikecoh2kan oleh senior2 dahulu. mungkin kerana course yang berbeza atau pembawakan diri sendiri. itu aku tak pasti. yang pasti, aku sedang fikir cara terbaik untuk susun masa aku pada semester terakhir di UPM ni. aku ada dua lab setiap minggu di mana lab report adalah rutin. presentation setiap minggu untuk subjek yang paling aku anti. lagi, final year projek aku yang aku-tak-tahu-nak-describe-macam-mana. kau dah siap projek kau diam! jangan nak berlagak kat facebook ke apa! serious aku down..thesis? lagi lah. sepatah perkataan pun aku tak buat lagi. dah tajuk projek pun kena tukar, mana lah aku tak biul..ingat aku suka ke bertapa dalam lab? asal balik dari lab je, baju melekat bau bacteria.. fuhhh sampai aku rasa nak pakai baju yang pakai buang je.. geli dowh...

kedua,

macam2 aku plan untuk menghabiskan 4 bulan terakhir ni bersama kawan2 tercinta. korang, nanti aku cerita secara detail setiap plan aku tu ye.. lepas grad nanti semua dah bawa haluan masing2. 4 bulan yang tinggal ni pun kalau tolak cuti, test 1, test 2 dengan final exam, kita ada masa yang sedikit sangat untuk bersama. bukan senang nak gather ramai2 kan. module dah lain2. kalau module yang sama pun, jumpa masa kelas je. pastu berpisah pergi lab masing2. sedih lah plak..

ketiga,

macam2 barang aku nak beli or borong.. hehe nafsu nak beli barang tengah mendadak ni.. kena plak ni kali terakhir dapat JPA kan.. pasni pandai2 hidup lah cari duit sendiri..macam mana pun, aku akan pastikan yang aku tak akan boros. rm2500 aku nak asingkan untuk kegunaan ketika menganggur nanti. haha walau nampak remeh tapi perancangan ni penting beb.. kalau dapat kerja awal pun tetap kena tunggu 2 or 3 bulan untuk dapat gaji pertama. so sementara tu nak suruh aku makan apa? takkan nak minta parents tanggung kot.. malu lah wehh.. dah besar kan..

keempat,

aku jadi rajin usha2 website pasal pengantin. excited abang nak kahwin. haha.. pening kepala nak fikir hadiah terbaik sempena wedding dia. hari tu aku usha website pasal honeymoon package. konon2 nak hadiahkan 2 tiket ke Bali, tak pun 2 tiket ke Bandung. sekali, hambik kaw! mahal nak mampus!! nak pengsan aku tengok harga. ok fine! usha yang dalam Malaysia je. adalah yang harga RM300++ paling murah yang aku jumpa. fikir2 balik, lebih baik aku bagi barang yang boleh diguna banyak kali and harga lebih murah. haha nampak sangat kedekut tak aku? mestilah wehhh..lebih baik duit tu aku simpan untuk aku kahwin.. haha gila betul. tak lah..tadi aku baru cakap nak save duit untuk kegunaan masa menganggur. haruslah aku jadi kedekut sekarang.

last,

sepatutnya bukan last ni..benda ni patut jadi first tadi.. aku nak my sayang sentiasa happy. satu kepuasan kalau dia happy.. kalau dia down, aku yang jadi susah hati.. alaaa semua orang kot rasa macam tu bila ada orang yang kita sayang kan.. macam menatang minyak yang penuh..
yang pasti perasaan cinta memang terlalu hebat. cinta, rindu tu adalah anugerah Allah..hargai lah anugerah tersebut..

Tuesday, December 22, 2009

bergembira sehingga demam

tak ada benda nak cerita..

layan je lah gambar2 yang ada k..



ok cukuplah tu..aku malas nak cerita apa2..gambar pun malas nak upload banyak2..bukan korang nak tengok pun kan..hehe

ok daaa~

Monday, December 21, 2009

Biarkan Aku Bangkit Sendiri



jiwa cuba memujuk, menenangkan hati yang semakin parah
kaki nak berlari sejauh mungkin
terus melangkah dalam hujan yang semakin lebat
berlari dan berlari menjejak hujung dunia
biarkan pada mata2 yang memandang
biarkan dengan kata2 sinis mereka

jatuh
tersungkur
memang tiada siapa yang peduli
puas gagahkan diri untuk bangkit
meniarap
merangkak
bertatih
namun aku tersungkur lagi
mereka hanya memandang
simpati tiada gunanya

tiada siapa yang boleh dipersalahkan
kerna
ini hidupku
ini perjalanan hidupku
biarkanlah aku terus begini
kerna aku yakin
aku pasti mampu melangkah dengan senyuman kejayaan


*aku jatuh tidak bermakna aku kalah
*aku menangis tidak bermakna aku lemah

nota kaki: aku yakin dengan aturan perjalanan hidupku yang ditentukan oleh DIA

Tuesday, December 8, 2009

Tahniah Sayang



post ni khas tentang my sayang.. (^__^) siapa nama dia? adalah..buat apa korang nak tahu..
dah korang jangan nak banyak tanya lak nanti. baca je, then duduk senyap2

semalam, ermmm 7 dec 2009 dah tercatat satu sejarah yang aku sendiri rasa nak melompat bila tahu UKM menang johan Debat Piala Diraja kategori Utama!! tahniah my dear...

akhirnya, impian jadi realiti kan..

oh ok..nak cerita sikit tentang UM. disebabkan royal kali ni buat kat UM, and 1st time gak aku tengok sendiri my dear berdebat, aku pergi lah melangkah kan kaki ke UM. macam biasa lah kalau masuk mana2 uni yang bukan uni kita, mesti jadi macam jakun sikit kan.. haha tak tahu lah korang.. tapi aku memang 'agak' jakun and peluang2 macam ni lah gak digunakan untuk mngutuk uni2 lain haha. uni lain yang aku pernah pergi, UUM, UTM, UKM, UNIMAS. tu je kot kalau tak silap aku

ok cerita pasal UM

- dia macam2 uni2 lain (except upm) which dia punya bangunan2 semua dekat2.. nampak macam tak penat kalau nak jalan dari satu bangunan ke bangunan lain. sangat berbeza dengan upm yang semua nya nak jauh2.. lenguh aku ke hulu ke hilir.. oh UNIMAS pun sangat jauh kalau nak berjalan sebab terlampau luas

- jakun gila masa nak lintas jalan, rupa2nya kena tekan button untuk pejalan kaki kat traffic light. haha tapi aku and dila dah lintas baru perasan yang orang lain tunggu lampu merah..sengal betul. siap kutuk bf dila yang nampak nerd je tunggu lampu merah padahal kitorg dah lintas pun.
oh, kat upm aku tak pernah lak nampak kena tekan button kalau nak lintas. uni2 lain tak tahu lah aku



thanks dila temankan aku pergi UM. dapat gak aku kacau daun kau dengan bf kau tuh kan..haha. btw, kau dengan Yus memang sweet couple.. comel je..


- dewan besar dia sangat kecil nak bandingkan kat upm. nak buat camne kan, UM kan memang dah berabad. tapi lawa gak lah bangunan dia. nampak old school

- kedudukan dia yang betul2 kat tengah2 bandar menyebabkan nampak senang je kalau nak keluar jalan2, lepak2 semua..nak dapatkan teksi pun sangat senang.. ada my friend cerita kalau nak pergi Sogo dari UM cuma rm6 je. gila murah wehhh...kenapa teksi area KL sangat lah ikut meter.. siap sen2 pun dikira.. huh! fyi dari stesen ktm serdang nak pergi UPM kena bayar RM11 ok! memang cekik darah.. dari mines lak RM12.. (-__-") tapi kenyit2 sikit mata, cakap ayu2 je kat pakcik teksi tu, dapatlah RM10.. haha tipu lah aku buat macam tu. geli ok.. selalu aku akan cakap "10 ringgit tak boleh ke pakcik?" dengan muka kesian akhirya cair gak pakcik tu.huhu

eh jauh lak menyimpang..

so, sayang... well done! nampak sangat berkarisma atas stage.. but, lepas ni kena lebihkan usaha tu. cuba untuk kekalkan kejayaan kali ni k.. doa and harapan semua orang dah dimakbulkan semalam. usaha sayang selama ni tak sia2.. Allah beri kejayaan pada yang berhak, dan yang usaha lebih dari orang lain. teruskan usaha tu. masih ada masa lagi untuk terus mencipta sejarah dalam dunia debat ni and untuk dibuat kenangan yang sangat indah bila dah grad nanti.

selama ni dah biasa jadi 3rd speaker, tapi kali ni bila jadi 1st speaker terus boleh jadi johan kan. so nampak lah yang awak berkebolehan mana2 posisi. walaupun kena buat pergulungan dalam keadaan tiba2 tapi awak tetap boleh buat kan.. yang penting yakin.. =)
siap masuk Utusan lagi kan..

nota kaki: aku and dila berdiri dengan penuh bangga bila UKM diumumkan johan \(^_^)/
macam lah kitorang ni dak UKM kan.. hehe

nota kaki 2: bila sayang nak belanja makan ni? hehe

Wednesday, December 2, 2009

Dia Jodoh Ku

gempak tak tajuk? haha

bila umur meningkat ni, orang asyik cakap pasal jodoh je..

gerun tau tak jodoh2 ni.. yelah, kita boleh merancang macam2 tapi DIA yang tentukan. apa2 je boleh berlaku.. (ayat sebijik macam ayah aku cakap)

sebab tu aku tak berani nak letak harapan tinggi2.. walaupun ada orang yang kita impikan untuk jadi pasangan kita nanti, kita tak boleh terlalu yakin dia jodoh kita.. usaha mesti ada.. doa dan mengadu pada DIA..

aishhh otak aku sekarang asyik fikir sal jodoh je.. BUKAN SEBAB AKU GATAL OK.. aku risau..

ni semua sebab satu2nya abang yang aku ada dah nak kahwin dalam masa 6 bulan je lagi dari sekarang.. mula2 dapat tahu punya lah excited.. oh sekarang pun aku excited

tapi yang pasti aku sebenarnya sedih..

sedih sangat..

tak lama lagi dia dah jadi milik orang lain. dia dah ada tanggungjawab lain..

waktu macam ni lah semua kenangan2 aku dengan abang aku masa kecik2 terbayang2

dulu ke hulu ke hilir aku ikut abang aku..

kecik2 dulu:

masuk hutan (pakai skirt ok aku walaupun bergayut macam tarzan..mama tak pernah belikan aku seluar sebab taknak perangai aku ikut lelaki)

peristiwa abang aku cukur kening aku (patutlah sekarang kening aku berterabur) sampai mama terpaksa lukis kening untuk aku setiap pagi sebab taknak nampak macam hantu je kan

main semua jenis mainan yang abang aku main.. nasib aku tak jadi tomboy.. siap paksa mama tulis nama aku as Muhammad Najihah lagi dekat buku tadika =p

abang aku ajar mandi guna clorox! haha teruk aku kene sental satu badan dengan mama. kang tak pasal2 rosak kulit aku

aku semangat nangis melalak2 masa abang aku kena buli dengan budak nakal mana entah. padahal abang aku muka relax je..

masa sekolah rendah:

abang aku memang jaga aku betul2 lah.. aku kena kacau dengan budak nakal sikit je abang aku kejar budak tu satu sekolah

dah lah..malas nak cerita panjang2..padahal dah kering idea dah..agak nyanyuk ye sekarang..tak berapa nak ingat kenangan2 zaman batu dulu..hehehe

buat bakal isteri abang aku tu, jagalah afif sebaik mungkin. sebab dia lah satu2nya abang yang jiha ada.. and jangan sesekali buat dia sedih..gembira kan hati dia sentiasa k..

meleleh gak air mata =p