Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Sunday, December 27, 2009

minda, hati dan jiwa bersatu

kebiasaannya aku akan taip entry dulu baru fikir tajuk. sebab tu suka meleret2 je entry aku. kadang2 2 3 cerita dalam satu entry.. memang BM aku fail sekarang (-__-")

dalam otak aku banyak sangat benda. sebab tu rasa nak muntahkan segala2nya kat entry ni.

pertama,

jadi final year student. SIAPA CAKAP LIFE AS FINAL YEAR STUDENT SANGAT SERONOK? BANYAK LEPAK JE?? maaf, terus terang aku tak rasa pun nikmat2 tersebut yang dikecoh2kan oleh senior2 dahulu. mungkin kerana course yang berbeza atau pembawakan diri sendiri. itu aku tak pasti. yang pasti, aku sedang fikir cara terbaik untuk susun masa aku pada semester terakhir di UPM ni. aku ada dua lab setiap minggu di mana lab report adalah rutin. presentation setiap minggu untuk subjek yang paling aku anti. lagi, final year projek aku yang aku-tak-tahu-nak-describe-macam-mana. kau dah siap projek kau diam! jangan nak berlagak kat facebook ke apa! serious aku down..thesis? lagi lah. sepatah perkataan pun aku tak buat lagi. dah tajuk projek pun kena tukar, mana lah aku tak biul..ingat aku suka ke bertapa dalam lab? asal balik dari lab je, baju melekat bau bacteria.. fuhhh sampai aku rasa nak pakai baju yang pakai buang je.. geli dowh...

kedua,

macam2 aku plan untuk menghabiskan 4 bulan terakhir ni bersama kawan2 tercinta. korang, nanti aku cerita secara detail setiap plan aku tu ye.. lepas grad nanti semua dah bawa haluan masing2. 4 bulan yang tinggal ni pun kalau tolak cuti, test 1, test 2 dengan final exam, kita ada masa yang sedikit sangat untuk bersama. bukan senang nak gather ramai2 kan. module dah lain2. kalau module yang sama pun, jumpa masa kelas je. pastu berpisah pergi lab masing2. sedih lah plak..

ketiga,

macam2 barang aku nak beli or borong.. hehe nafsu nak beli barang tengah mendadak ni.. kena plak ni kali terakhir dapat JPA kan.. pasni pandai2 hidup lah cari duit sendiri..macam mana pun, aku akan pastikan yang aku tak akan boros. rm2500 aku nak asingkan untuk kegunaan ketika menganggur nanti. haha walau nampak remeh tapi perancangan ni penting beb.. kalau dapat kerja awal pun tetap kena tunggu 2 or 3 bulan untuk dapat gaji pertama. so sementara tu nak suruh aku makan apa? takkan nak minta parents tanggung kot.. malu lah wehh.. dah besar kan..

keempat,

aku jadi rajin usha2 website pasal pengantin. excited abang nak kahwin. haha.. pening kepala nak fikir hadiah terbaik sempena wedding dia. hari tu aku usha website pasal honeymoon package. konon2 nak hadiahkan 2 tiket ke Bali, tak pun 2 tiket ke Bandung. sekali, hambik kaw! mahal nak mampus!! nak pengsan aku tengok harga. ok fine! usha yang dalam Malaysia je. adalah yang harga RM300++ paling murah yang aku jumpa. fikir2 balik, lebih baik aku bagi barang yang boleh diguna banyak kali and harga lebih murah. haha nampak sangat kedekut tak aku? mestilah wehhh..lebih baik duit tu aku simpan untuk aku kahwin.. haha gila betul. tak lah..tadi aku baru cakap nak save duit untuk kegunaan masa menganggur. haruslah aku jadi kedekut sekarang.

last,

sepatutnya bukan last ni..benda ni patut jadi first tadi.. aku nak my sayang sentiasa happy. satu kepuasan kalau dia happy.. kalau dia down, aku yang jadi susah hati.. alaaa semua orang kot rasa macam tu bila ada orang yang kita sayang kan.. macam menatang minyak yang penuh..
yang pasti perasaan cinta memang terlalu hebat. cinta, rindu tu adalah anugerah Allah..hargai lah anugerah tersebut..

No comments: