Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Thursday, May 27, 2010

"It's impossible to find someone who will never hurt you, so go for the one who makes all the pain worth it."

tapi saya dah give up..dah terlalu sakit T.T

Wednesday, May 26, 2010

Demam Rindu kat Kawan Dah Mula Menyerang

heh! rindu kalau dulu masa buat discussion dengan kawan2 mesti keluar topic kahwin, nak boyfriend lah, badan macam pondan lah..haha i miss that moment. and i miss mereka yang kaki gossip dengan i..Dila especially yang suka berangan macam2, yang cerewet ciri2 boyfriend. yang nak lelaki kurus kering and siap bergaduh dengan aku lagi sebab aku tak suka lelaki yang kurus2 macam lidi.haihhh setiap orang ada pandangan masing2 kan.. so Dila, kebarangkalian untuk kita bermadu adalah zero! hahaha~

punyalah semua orang semangat nak ada boyfriend sebelum konvo sebab nak dapat bunga kononnya masa konvo tu. and now, siapa je yang berjaya ada boyfriend? Dila je kot huhu.. heh Dila, semoga berbahagia ok! alaaa kau memang sentiasa bahagia pun dengan dia kan.. kirim salam ok kat pakwe kamu itu..

pada kawan2 yang masih single tu, ada masa lagi nak cari pakwe sebelum konvo. konvo UPM kan bulan 10..lambat lagi.. hahaha..

*sangat rindu nak lepak2 gosip2 dengan kawan2..
*rindu juga nak dengki junior si roommate azie..haha dengki sahaja bukan buli ok..

Sunday, May 23, 2010

Persandingan Izam & Ita

kali ni aku taknak cerita banyak2..korang tengok je lah gambar2 yang ada k.. ni sempena abang izam kahwin. oh dia ni kazen aku.. masa akad nikah and bersanding kat pihak perempuan kt terengganu aku tak dapat ikut sebab tengah berhempas pulas study untuk final exam. ceh berhempas pulas lah sangat kan hehe.





suka gambar ni hahaha..aku paksa dia pusing sampai pening ;p





tok menepung tawar cucu kesayangan dia. hehe abang izam ni memang manja dengan tok


sebahagian anak2 tok..kira adik beradik mama lah ni


ni lak sebahagian cucu2 tok ^_^


ni bakal pengantin yang tak sabar nak naik pelamin..alaa relax ar..tak sampai sebulan pun lagi akad nikah kan..


yang ni bila lagi?? bosan dah dengar soalan tu. siap kena bagi ceramah lagi suruh kahwin cepat -__-" aku hanya mampu senyum je lah..

ok yang bawah ni antara makanan2 untuk makan beradab..mama yang masak, and aku tolong bab2 hiasan. simple je..







Kenapa sunyi sepi je..

sejak ramai pakcik2, makcik2, kazen2 semua ada fecebook, wall aku terus sunyi sepi.
dah tak boleh nak update status merepek2 lagi. memang rasa kebebasan dah tak ada dah.
lagi ah kalau nak cakap isu2 perasaan kan..arghhh benci betul tetiba kena senyap je..
itu pun ramai pakcik2 n makcik2 yang aku ignore je bila diorang add as friend hahaha~

hurmm dah aku bosan. nanti aku update lagi ok!

Friday, May 21, 2010

saya pun boleh jadi majikan kamu

bila duduk rumah sorang2, mesti ada je bunyi2 yang pelik kita boleh dengar..
tak tahu lah kalau orang penakut je yang boleh terdengar -_-"
semua benda boleh dijadikan penyebab untuk saya dapat sakit jantung!!

saya nak masuk toilet, tapi terkejut tengok lampu toilet bernyala and pintu dalam keadaan tertutup rapat
macam nak gugur jantung..
saya lari keluar bilik senyap2. taknak tinggalkan bunyi tapak kaki. setapak demi tapak cermat je..
dah jadi tak keruan..sikit2 toleh kanan, toleh kiri pastu cepat2 pandang belakang
lepas tu cuba untuk tenangkan diri..fikir apa yang patut dibuat
last2 teringat tadi pagi keluar toilet cepat2 sebab dah subuh gajah sampai terlupa tutup lampu toilet =__='

kang dah rasa macam memperbodohkan diri. huh!

bila dengar bunyi pelik2 terus lari pergi rumah tok. tak pasal2 tok temankan balik rumah. then call mama tanya bila nak balik..sangat lah penakut -__-'

nampaknya saya kena buka peluang kerja untuk sesiapa yang berminat menjadi bodyguard =p

Tuesday, May 18, 2010

heh! adik saya yaya dah lebih seminggu masuk matrik, dah habis dah pun orientation week dia and dah start pun kuliah dia tapi saya baru nak update -__-'

oh yaya masuk KMJ - kolej matrikulasi johor. lawa lah juga buildings dia if nak bandingkan KMNS hahaha~ yelah kmns tu dah lama..









Sunday, May 16, 2010

Cikgu, terima kasih

selamat hari guru!! teringat dulu zaman2 sekolah. ceh nak juga perkataan zaman kan.. semua students suka sangat hari guru sebab hari tu tak payah belajar..haha keji kan anak murid macam saya ni..tipu lah korang kalau cakap tak seronok sambut hari guru..kan tu peluang tak payah masuk kelas. bukan senang nak dapat peluang macam tu kan..

and setiap orang pun mesti akan ingat cikgu2 yang banyak bagi kesan pada kita tak kira lah yang baik atau tak kan..

saya masih ingat lagi ustazah saya masa darjah 1 dulu. Ustazah Hamidah. saya ingat dia sebab saya ingat sangat macam mana dia ajar baca doa sebelum belajar dengan betul.

pastu masa darjah 3 saya ada benci sangat kat seorang cikgu ni hahaha kecik2 dah ada perangai keji. yelah siapa yang suka bila cikgu tu cakap saya ada virus M. Virus Malas! benci betul lah!! saya jadi malas pun sebab subjek dia. saya tak suka belajar BM. yes saya mengaku! so homework BM mesti paling last sekali saya buat or kadang2 memang tak akan buat. bila dia labelkan saya ada virus M lagi lah saya mogok taknak buat kerja dia haha. sekarang baru saya tahu kenapa BM saya masa SPM tak dapat A1 and kenapa bahasa saya sekarang tunggang langgang. haha..nampak tak kat situ yang saya tak dapat berkat belajar.lepastu, ramai cikgu nak calonkan saya sebagai pengawas. siap dah dipanggil lagi untuk pemilihan. tapi cikgu ni entah lah saya pun tak tahu nak cakap macam mana. suka2 hati dia gugurkan nama saya. yang saya tahu bila dah banyak kali cikgu ni gaduh secara hebat dengan cikgu lain, last2 dia mengalah. and saya pun jadi pengawas. haihhh saya benci cikgu yang bencikan murid sendiri.

masa darjah 6 saya jadi student kesayangan cikgu sains haha suka2.. excited wooo masuk kelas. bila cikgu tu dapat anak, dia namakan anak dia Najihah sebab dia cakap dia nak anak dia nanti macam saya. wah kembang kempis hidung ni kena puji...terima kasih Cikgu Rashid! jasamu sentiasa dikenang. subjek yang cikgu ajar tu lah yang menjadi permulaan buat saya memilih sains untuk masa depan..

masuk SIGS, saya selalu dapat cikgu math yang garang2. tapi semua best2. math memang tetap di hati saya. tak pernah kisah pun kena denda diri kat luar bila tak bawa buku. hehe..and disebabkan sekolah saya semua perempuan, jadi kitorang memang jakun gila kalau ada cikgu lelaki. ingat lagi ada ustaz yang praktikal kat sekolah. masa hari guru dia lah cikgu yang paling banyak dapat bunga haha~ senyum je ustaz tu pandang bunga2 yang banyak gila. yelah selalu perempuan je dapat bunga kan..

masuk SSP lak hubungan students dengan cikgu2 memang rapat. kalau boleh nak sentiasa berkepit dengan cikgu je..semua cikgu memang usaha habis habisan lah untuk tengok students dia berjaya. cikgu add math saya masa form 5 lah yang buatkan saya sedar diri untuk study betul2. memang tak akan lupa lah jasa2 cikgu.

kat matrik pun banyak kenangan dengan cikgu2. cikgu sudani yang sentiasa lawa dan manja hehe. cikgu musiadi yang sangat best dan sporting, cikgu amir yang ajar silat sampai badan saya sakit2 hehe..

terima kasih buat semua cikgu!! termasuk juga pada mama saya ^_^ teruskan kecemerlangan mama tu sampai pencen nanti ye..

Friday, May 14, 2010

oh tidak!!~ saya mimpi benda yang menakutkan..
saya kahwin dengan lelaki yang saya tak kenal! hensem..
tapi..
dalam mimpi tu, lepas akad nikah, saya bersanding sorang2.. sekejap sangat.. 'dia' bagi alasan nanti kat pihak lelaki je nak bersanding.. tak nak bersanding sekarang.. aku dah rasa pelik dah masa tu..

then, duduk berbual2 dengan 'dia'..sebab 1st time jumpa adalah hari akad nikah.. sepanjang berbual tu 'dia' tak pandang saya langsung. suami apa macam tu..

so saya mula buat andaian sendiri, 'dia' mesti dah ada girlfriend tapi terpaksa kahwin dengan saya.. eleh..macam lah saya nak sangat kat 'dia' huhu

bangun dari tidur terus beristighfar minta dijauhkan..

*teringat cerita dalam novel Andai Itu Takdirnya..diorang kahwin tanpa apa2 perasaan. and that girl selalu kena belasah and maki hamun dari suami dia. at last, suami dia jatuh hati tapi perempuan tu masih tak boleh terima. penuh halangan tapi akhirnya cinta mereka kesampaian. novel ni memang buat saya berendam air mata lah hahaha~

*saya takut.. mungkin semua akan cakap tu sekadar mimpi..mainan tidur..tapi mimpi2 saya benyak yang jadi kenyataan..

Ya Allah, berikan lah aku suami sebagai pelindung ketika di sisi, yang menjaga aib ketika jauh, yang menerima diriku seadanya, yang membimbing aku ke jalan yang benar..

Wednesday, May 12, 2010

sedang bercuti, bukan menganggur. harap maklum

duduk rumah sampai tak tahu nak buat apa.
jangan ah cakap kemas rumah mop lantai semua. sebab tu kerja2 yang aku perlu dapatkan mood terlebih dulu huhu..
ke hulu ke hilir aku dalam rumah mencari novel2 or majalah2 yang best untuk dibaca.
tapi hampa sebab semuanya aku dah khatam entah berapa banyak kali. =_=

buku cerita pasal Natrah pun aku berjaya habiskan dalam sehari walaupun ada more than 400 pages! haaa korang tau tak pasal Natrah ni? dulu aku blur2 jugak..sekali nampak ada buku Natrah kat rumah terus terasa nak baca (padahal sebab dah tak tahu nak buat apa lagi). awal2 aku just belek je buku tebal tu. rasa macam malas nak baca. then tanya abah

"abah, ceritakan sikit pasal Natrah..malas lak nak baca tebal2"

pastu abah cerita lah apa yang dia tahu..bla..bla..bla..
sampai aku terminat plak nak tahu lebih lanjut. so semangat gila baca sehari suntuk mengkhatamkan buku tu.

tengah2 baca tu, abah menyampuk

"daripada baca buku macam tu, lebih baik baca kisah2 nabi"

haha hambik kaw! and nak tahu apa jadi? esoknya aku baca Kisah Taubat Para Nabi.. hahaha gila anak yang mendengar kata kan aku ni kekekeke..

sekarang aku dah tak tahu nak baca apa lagi. malam tadi sebelum tidur, cakap kat Fatin

"Fatin, kat library sekolah Fatin boleh pinjam berapa banyak buku?"

dia cakap boleh pinjam 1 je. gila ke apa sekolah taknak bagi students pandai kot tak bagi pinjam buku banyak2. cetss..

"Fatin pinjamkan kakak novel boleh? novel yang Fatin rasa macam best lah"

haha sampai macam tu sekali tahap aku mengidam nak baca buku. nak beli sayang duit so pinjam je lah kan..haha
oh ye..aku terasa macam nak jual novel2 and segala macam buku ilmiah aku. menyemak lah plak rasa berlambak kat rumah. serius kat bilik bacaan pun sampai tak muat tempat. bilik aku pun dah penuh sangat novel and majalah.

ada sesape nak beli dari aku? aku bagi half price lah nanti.. >_<

Sunday, May 9, 2010

Saturday, May 8, 2010

alamak aku tak renew ic lagi..
gila ah dah almost 3 years pindah rumah tapi still guna ic yang alamat kat jb!
benci ah nak kena ambik gambar muka skema untuk ic..huishhh tu je lah kot halangan aku selama ni untuk renew ic..
malam2 selalu nekad esok pagi nak pergi renew ic..
tapi bangun tidur je asyik fikir
'alamak nak pakai tudung apa ye?'
'errr nanti nak buat muka macam mana ye?'
ok annoying gila..

nekad next week nak buat ic baru dengan wajah yang lebih mature hahaha

*terpaksa renew ic untuk renew lesen.. -__-

Tuesday, May 4, 2010



lama aku deactivate account fb aku tu..once aku reactivate, fb tetap sama..bosan.. tak ada perubahan.. rasa cam nak deactivate terus je.. =p

cuma gambar2 dengan kawan2 tanpa aku di tag kan.. kecewa gila.. dah nama pun aku tak wujud dah kat fb, watpe nak tag lagi kan..so aku letak lah gambar2 yang diorang upload tanpa tag kan aku.. korang, aku copy tau gambar2 tu ^_^





sayang korang semua! yang tak sempat jumpa di saat2 akhir tu, sorry ye..
untuk yang sambung Master, all the best.. insyaAllah aku akan mengikut jejak korang semester akan datang. bagi yang kerja, kerja elok2! bagi yang masih mencari kerja, teruskan usaha.. rezeki ada di mana2. usaha dan berdoa..

untuk Atika Ramli, kau memang hebat! aku jealous sebab kau ambil Bioprocess Engineering.. best gila kot.. aku if sambung nanti, ambil Environmental Engineering je lah kot.. gedik cari yang hanya setahun je and yang ada calculation..hahaha tak mahu duduk lab lagi =p tapi itu masih dalam perancangan lagi.. insyaAllah ada rezeki, aku sambung lah..

*please facebook, buat lah perubahan untuk menarik perhatian aku..