Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Sunday, July 12, 2009

Setiap perkara pasti ada hikmah

hari tu i baca novel aA+bB..best cerita ni..tapi bukan nak buat sinopsis cerita ni, tapi teringat ada ayat yang menyentuh hati and buat i rasa tersedar..

setiap perkara Allah jadikan pasti ada sebab..semuanya ada hikmah tersendiri..
macam dalam cerita ni, sepasang suami isteri ni tak boleh terima hakikat yang anak dia mati dalam kandungan...menangis je kerja diorang siang malam..walaupun si suami merupakan engineer, and isteri doktor..tapi emosi tak tahu nak kawal.. sampailah suatu masa tu si suami dengar ceramah agama..

dalam ceramah tu, ustaz tu siap bagi contoh pasal keguguran bayi.. mungkin hikmah suami isteri ni kehilangan anak dalam kandungan ialah kerana Allah nak mereka bersedia dahulu dari segi ilmu agama supaya dapat membimbing anak2 nya kelak..ilmu agama yang dah ada mungkin hanya cukup untuk diri sendiri ataupun untuk diri sendiri pun masih belum mencukupi.. so ustaz tu kata biarlah anak tu 'pergi' dalam keadaan suci dari dia membesar dengan kekurangan ilmu agama...

i pun ambil pengajaran dari cerita ni..mungkin apa yang kita inginkan selama ini masih belum kita kecapi kerana Allah nak tangguh dulu semua ni supaya kita terus memperbaiki diri. Allah Maha Penyayang..setiap perkara pasti ada hikmah...

dan dari pengajaran ini lah, membuatkan hati i makin kuat, tabah...