Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Thursday, January 30, 2014

Check up di Klinik Kesihatan

Hye readers,

Lama sangat menyepi tetiba hari ni rasa nak cerita something. pasal my experience check up di Klinik Kesihatan.

Ok, dah masuk 36 weeks baru nak cerita haha. I buat check up kat Klinik Kesihatan Puchong. Since my 1st time pergi check up kat situ, I belajar untuk bersabar menunggu. Yes, sebab bukan I sorang pun yang tunggu lama kan. Konon sentiasa positif and cuba cari benda yang positif. Sehingga lah I selesa dengan nurse kat situ. ada 2 orang nurse yang i selesa lah (bukan semua haha)

Kalau appointment pukul 3 pm, make sure kita dah kena sampai pukul 2.30pm. kadang-kadang sekejap je dah dapat no giliran. and dah beberapa kali jugak almost sejam tunggu hanya nak dapat no giliran pfftttt.. itu lah yang terjadi masa i check up untuk 36 weeks (isnin hari tu)

I sampai je tengok ramai sangat orang kat kaunter pendaftaran. ramai sampai tak ada tempat duduk lagi dah and few preggy mommies and I berdiri tunggu no giliran. almost sejam ok tunggu. tapi memang sangat bersabar masa tu siap bergelak ketawa dengan hubby.


macam biasa, after dapat no. giliran kita akan buat prosedur biasa which are ambil sample air kencing and bawa pergi lab dia. then check darah pulak. after that baru hantar buku pink kat bilik nurse. time ni pun memang lama tunggu turn. my hubby dah gelisah tapi kitorang bergelak ketawa tengok kartun. habis 2 kartun pun nama masih tak dipanggil. huhhh..

bila nama dipanggil je, excited lah kan. masuk-masuk je, nurse tu (yang sebelum ni was my fav nurse) marah-marah sebab I datang lambat. Dia pertikaikan I datang untuk ambil no giliran lambat. ok terkejut sangat masa ni sebab dia siap hempas buku pink tu. then I explain yang I dah lama sampai tapi tunggu 2 jam kat luar. tak puas hati kot dia tak berhenti marah-marah T_T.

I masuk jumpa dia masa tu jam dah nak dekat pukul 5, maksudnya memang tak sempat nak jumpa doktor. end up dia suruh I datang balik untuk jumpa doktor 30 Jan (hari ni). fuhhh ingat kitorang tak kerja ke and rumah kitorang sebelah je ke? huh sabar je lah. nak tak nak I senyum je and buat keadaan macam ok je.

Nurse tu dah buat I rasa nak cepat-cepat bersalin supaya tak payah jumpa dia lagi. hoho. next appointment 10 Feb 2014. Baby sayang, cepat-cepat keluar ye :))))

heeee....

Oh tapi ramai juga nurse yang baik-baik. cuma tak bestnya toilet dia memang sangat teruk. kalau dari 5 bintang, I bagi 1 bintang je. haaa nampak tak betapa teruknya toilet dia! (ke sebab memang diri sendiri jenis sangat memilih toilet?)

hopefully, klinik-klinik kerajaan ni akan improve servis diorang. InsyaAllah :))