Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Friday, February 5, 2010

Amazing Blog Award!


terima kasih banyak2 lah untuk kawan aku ini sebab bagi award ni kat aku..walaupun kau letak aku kat ranking 6 tapi bersyukur lah juga. dapat tercalon pun dah cukup baik.. haha ayat poyo artis. eh i memang artis ok. kan muka i selalu je terpampang kat tv. haha ayat nak kena lempang je.

ok pemberi award ni Faiqah Rahim and lebih dikenali sebagai Fa sahaja. senang nak ingat nama kau. kalau lagi 10 tahun nanti aku boleh terlupa nama kau, tak tahulah..dah kira nyanyuk tahap kritikal lah tu.

meh kita baca2, belek2 5 fakta tentang pemberi award ini.
  • sedang gigih + semangat belajar main gitar. gitar bau kedai lagi tu.. kira pelapis Yuna lah ni hehe
  • penjual selendang yang sangat laku. ada stock baru je mesti berebut2 semua orang.
  • aku mula rapat dengan dia bila dah final year dah. mungkin sebab aku yang tak pandai bersosial atau mungkin dia seorang yang sangat hebat untuk didekati hahaha
  • sangat tekun dalam kelas sebab suka duduk depan sekali. pelajar cemerlang tu
  • seorang yang tak reti duduk diam2. suka merayap berjalan2
aku malas nak puji over2, kang jumpa aku tersipu2 malu pula. =p

10 fakta atau hobi mengenai diri sendiri pula...ermmm..ermmmm..segan lah hahaha ok2, aku berkorban buat benda ni tau wahai Faiqah Rahim. dengan kemalasan aku yang tahap maksimum ni.

  1. hobi aku balik rumah selalu. hahah hobi ke tu?
  2. birthday aku semakin menghampiri. (saja poyo nak bagitahu semua orang padahal aku tak suka 27 Feb..serius aku tak suka nak menghadapi)
  3. adakala suka menyendiri untuk tenangkan fikiran lagi2 di semester terakhir ini.
  4. masih cuba mematangkan diri, nak jadi anak yang baik, kakak dan adik yang baik
  5. sangat suka makanan yang pedas, masam. and langsung tak boleh benda manis kecuali choc (^o^) bahagia dapat choc
  6. suka baca novel. both BM and BI.
  7. mempunyai ketinggian yang sangat terbantut berbanding ahli keluarga yang lain. -_-"
  8. suka memakai high heels and sememangnya pengumpul kasut yang sangat berjaya. oh hobi ini kena diberhentikan untuk menjimatkan duit. azam ni wehhhh.jangan memain..
  9. tak pandai nak menipu orang. penat berusaha belajar menipu hehehe
  10. point terakhir dah ni....apa ya?? tak sabar nak tunggu abang kahwin. tak tahu kenapa aku terlebih excited. pelik2.. nak belajar buat cake and segala macam jenis dessert. nak belajar buat hantaran kahwin, tapi masih belum ada keinginan untuk belajar jahit baju sendiri. hehehe macam tak cukup je 10 point ini padahal awal2 tadi liat gila nak fikir.
ok, dengan ini saya umumkan penerima award yang seterusnya! semangat ni! tapi kalau korang tak nak buat pun tak apa. ini bukan arahan apatah lagi paksaan. ^_^

  • azi zahari
  • alang aka Farhana Fadzil
  • Muhammad Nabil (adik sendiri hehe)
cukup lah tiga sahaja. anda semua terlalu hebat sehingga tak tahu nak buat pilihan. ok bye!