Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Sunday, May 3, 2009

kasut.kasut.kasut.

well, ni tengah tak ada kerja so saje upload gambar kasut2 hehe. memang betul tengah bored ni..

ok, oleh kerana esok dah start my L.I, aku jadi keliru nak pakai kasut yang mana satu. aku tak ada beli kasut baru. guna apa yang ada je.. berjimat lah katakan.. haha bukan kedekut duit k!

kat bawah ni sebahagian dari kasut aku. sikit je. yang lain tinggal kat upm and ada yang tertinggal dalam kereta mama.



yang ni aku suka pakai kalau jalan2 n majlis yang aku berbaju or seluar hitam




ok, seriously yang ni memang TAK SESUAI untuk kerja! gedik nak pakai tinggi2 buat apa kan.. ni paling tinggi lah yang aku ada dalam koleksi. bila ambik 2 pic ni, baru aku betul2 perasan this one nampak sangat gedik hehe.. selama ni pakai tak rasa lak macam gedik. rasa tinggi ada lah keskeskes





yang ni serious nampak kotor hehe.. kasut ni dah lama dah.. hampir setahun kot.. suka sangat pakai bila wearing baju kurung. esok L.I nak pakai ni lah.. ni my BFF..this one memang agak berkualiti sebab tak rosak2 lagi. bagus bagus.



this one lak aku tak pernah pakai walaupun dah lama beli. ni memang sangat sesuai untuk kerja cuz its color and tutup habis. tapi aku tak suka pakai kasut tutup macam ni sebab kaki aku sure melecet. sakit tau. tak sanggup tengok kaki aku luka2 sebab melecet pastu nanti berbekas kat kaki.. adus..
ada lagi yang aku minat tapi tertinggal dalam kereta mama.kasut tu color putih. malas nak tunggu mama balik semata mata nak ambik gambar kasut tu hehe..
ok aku masukkan 4 je dari kasut2 aku.. yang lain tak payah! kalau rajin aku upload lagi yang lain k..
pasni aku mengimpikan kasut color merah! suka suka. tapi kalau beli just untuk kepuasan tapi tak pakai buat apa kan.. tengok lah dulu kalau masa tu tetiba tak sayang duit hehe

aku sayang diri aku

ym dengan azie just now. aku introduce kan 1 blog ni kat dia.
azie : blog sape ni?
jiha : kwn h.... tu
azie : owww
jiha : baca lah..best..dah la lawa
azie : waaa geng dia sumer lawa2. nak jadi rum8 pun kene lawa
jiha : alaaa
jiha : geng kite sumer single! hahaha
azie : hahaha

betul woh.. geng aku sumer single! korang jangan pikir kitorng tak pandang lelaki ok! macam lah aku taktau dalam pale korang tu hehe..yelaa dalam 10 orang, tak ada sorang pun y ada boyfriend! dulu 4 orang ada lah gak.. pastu sorang2 jd single.. ada y tragis gila kisah. aku tak boleh crita. privacy orang! kadang2 ada kawan aku yang mengadu jeles tengok kawan yang lain bahagia tapi bila 1 geng duduk ramai2, perasaan tu mesti hilang. dah tak ada rasa jeles sebab kawan2 1 geng pun sumer single hehe. bagus bagus. lex r.. baru 21 thn.. erk muda lagi ke 21 tu? alaaa bajet muda je lah.. sekarang ramai2 target nak grad dgn 1st class! insyaAllah.. tinggal 2 sem je lagi wehh.. bila lagi nak menikmati student life ni kan.. yelaa bangun tidur pun sejam b4 klas. except kalau kelas tu pukul 2 ptg. masa tu tetiba jadi rajin bangun pagi2 buta hehe. kalau tak ada kelas, lagi aman bahagia terperuk dalam bilik. pergi kelas pun lambat..eh tak..aku tak pergi lambat eh..malam2 stay up siapkan lab reports, assignment semua. lepak bilik kawan sampai rasa taknak balik. selamba je menyusahkan kawan minta air semua hahaha.. pergi kelas sesuka hati je nak pakai apa. kalau tengah rajin nak pakai baju kurung, baguslah.. kalau tengah malas, pakai je jeans dgn tshrt. penah tak perasan aku bleh pakai selipar toilet! nasib selipar toilet aku tu lawa hahaha..study hard bila lagi bberapa hari nak exam.. bagus bagus.
bila kerja nanti? jangan harap boleh berkasih sayang dengan tilam empuk tu lama2.. pas subuh sure dah kena bangun! kerja dari 8 pg till 5 ptg.. adusss tak best nye..alaa esok pun aku akan melalui waktu2 itu.. nak pergi lambat boleh? jangan harap lah jiha..nampaknya aku kena menikmati 2 sem ni lagi puas2 walaupun life as final year student tak seindah mimpi, tak seindah yang diharapkan.. orang lain final year lepak habis.. tapi course aku? duduk lab je lah.. mengadap project. bak kata senior, kadang2 kena bermalam kat lab! weekend dihabiskan kat lab! adusss...!
oh ok2.. dah tak nak bebel lagi..

esok lembaran baru hidup aku

last thursday aku pegi survey tempat industrial training aku..an hour dari rumah.siap kena lalu highway lagi.
ok nama tempat tu INSTITUT PERTANIAN AYER HITAM
so once sampai kat simpang lepas tol Ayer Hitam tu, aku baca lah signboard kat situ. ok turn right je (roommate aku pun pernah bagitau yang tempat tu tak jauh dari tol)..dalam 200meter dari simpang tu, terus sampai PUSAT PERTANIAN AYER HITAM. yang ni ke? sama kot institut dengan pusat. masuk gate, mata meliar cari guard. takde pun guard kat pondok dia. so aku redah je masuk. besar gila tempat ni! ada makmal biotech lagi. betul lah kot memang tempat ni yang aku cari. sepanjang aku berjalan dalam tu, ramai students kat situ tengah gotong-royong macam nak sambut aku isnin ni (esok!) hahaha perasan jap. kagum juga lah dengan tempat tu. ok, dah puas! then, aku keluar lah dari situ and tetiba rasa nak round sekejap kat ayer hitam ni. baru kuar dari situ, tetiba ternampak signboard INSTITUT PERTANIAN AYER HITAM! haha confirm aku tersalah tempat tadi. cezz macam bagus jap tadi. adik aku dah gelak macam apa je. hampeh.. aku masuk juga lah tempat tu. smaller than d other one. takpelah..bukan teruk mana pun. walaupun tak ada students yang gotong-royong bersihkan kawasan demi menyambut aku! hehehe..aku tak tahu bidang kerja aku nanti macam mana. dalam lab or ladang kena bercucuk tanam? aku tak kisah lah dia nak suro aku buat kerja macam mana pun. yang penting is experience yang akan aku kutip sepanjang 2 bulan kat situ. tapi takut lah kalau dapat supervisor garang..kalau garang pun, hopefully hati aku kuat. takkan nak menangis macam dak kecik lak kan semata2 kena marah hehe. sekarang cakap boleh ar..tengok lah esok macam mana.. pukul 6.30 pagi dah kena keluar rumah and wearing baju kurung with high heels. eh taknak lah..esok pakai kasut je dulu (ade heels sikit). manalah tahu aku kena kerja kat ladang. tak ke kena gelak orang tengok aku datang pakai high heels! hehe jiha tolonglah jangan jadi clown nanti..
to all my friends yang kena praktikal cuti ni, all the best!! kuatkan semangat sebab tak dapat cuti macam dulu. cuti sem depan pun tak dapat lalui dengan indah. kena stay kat campus siapkan final year project. nasib lah...