Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.
Showing posts with label industrial training. Show all posts
Showing posts with label industrial training. Show all posts

Monday, May 4, 2009

my 1st day as practical student

1st day praktikal..apa yang aku boleh cakap just penat penat penat..oh ye, aku praktikal kat jb bukan kat ayer hitam.

pagi tadi 6.30 mula2 dah keluar gi ayer hitam. tetiba tempat praktikal aku kat situ ada problem so patah balik pergi jb. stesyen mardi JB. 1st day dah datang lambat tapi awal2 dah bagitahu supervisor aku yang aku memang akan sampai lambat. yelah dari ayer hitam nak sampai Jb pun sejam. sampai JB, Ya Allah..teruk gila jam. kalau selalu jalan kawasan tu cuma ambil masa 10 minit je, tadi hampir sejam! so aku datang kerja pukul 9.30! nasib baik tak ada pape. bidang kerja aku? buat research tentang the uses of pineapple peel in food preservatives. adusss... mengadap comp mengantuk gila. nasib baik supervisor mintak tolong buatkan kerja packaging products mardi jap tadi. sambil buat kerja, sambil makan + rasa product dia sedap ke tak hehehe. rasa macam kerja kilang lak wat kerja packaging, labelling semua. tak apa lah dari mengadap comp lelama pun aku tak larat.

esok kena buat analisis apa ntah. comp lagi lah nampaknya.... pertengahan bulan mei ni baru masuk lab kot.. oh ya, masa briefing tadi, dia ada cakap yang dia akan hantar aku n eim ambil kursus kat mardi serdang tapi tak tahu bila.. yeahh dapat jumpa my coursemate yang doing their praktikal kat sane. azie and the gang, tunggu aku!! sambut aku tau nanti hahaha..
pastu akan ada lawatan. lawatan gi mana tu aku tak tahu.

oh ye, lupa nak cerita, tadi eim boleh plak terpecah kan pasu hiasan atas meja sorang staf ni. hahaha 1st day dah macam2 hal..
ok lah.. nak rest jap. tak larat sangat...

Sunday, May 3, 2009

esok lembaran baru hidup aku

last thursday aku pegi survey tempat industrial training aku..an hour dari rumah.siap kena lalu highway lagi.
ok nama tempat tu INSTITUT PERTANIAN AYER HITAM
so once sampai kat simpang lepas tol Ayer Hitam tu, aku baca lah signboard kat situ. ok turn right je (roommate aku pun pernah bagitau yang tempat tu tak jauh dari tol)..dalam 200meter dari simpang tu, terus sampai PUSAT PERTANIAN AYER HITAM. yang ni ke? sama kot institut dengan pusat. masuk gate, mata meliar cari guard. takde pun guard kat pondok dia. so aku redah je masuk. besar gila tempat ni! ada makmal biotech lagi. betul lah kot memang tempat ni yang aku cari. sepanjang aku berjalan dalam tu, ramai students kat situ tengah gotong-royong macam nak sambut aku isnin ni (esok!) hahaha perasan jap. kagum juga lah dengan tempat tu. ok, dah puas! then, aku keluar lah dari situ and tetiba rasa nak round sekejap kat ayer hitam ni. baru kuar dari situ, tetiba ternampak signboard INSTITUT PERTANIAN AYER HITAM! haha confirm aku tersalah tempat tadi. cezz macam bagus jap tadi. adik aku dah gelak macam apa je. hampeh.. aku masuk juga lah tempat tu. smaller than d other one. takpelah..bukan teruk mana pun. walaupun tak ada students yang gotong-royong bersihkan kawasan demi menyambut aku! hehehe..aku tak tahu bidang kerja aku nanti macam mana. dalam lab or ladang kena bercucuk tanam? aku tak kisah lah dia nak suro aku buat kerja macam mana pun. yang penting is experience yang akan aku kutip sepanjang 2 bulan kat situ. tapi takut lah kalau dapat supervisor garang..kalau garang pun, hopefully hati aku kuat. takkan nak menangis macam dak kecik lak kan semata2 kena marah hehe. sekarang cakap boleh ar..tengok lah esok macam mana.. pukul 6.30 pagi dah kena keluar rumah and wearing baju kurung with high heels. eh taknak lah..esok pakai kasut je dulu (ade heels sikit). manalah tahu aku kena kerja kat ladang. tak ke kena gelak orang tengok aku datang pakai high heels! hehe jiha tolonglah jangan jadi clown nanti..
to all my friends yang kena praktikal cuti ni, all the best!! kuatkan semangat sebab tak dapat cuti macam dulu. cuti sem depan pun tak dapat lalui dengan indah. kena stay kat campus siapkan final year project. nasib lah...