Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Monday, April 27, 2009

Dah hampir setahun aku berhenti mengejar..

Aku cuba untuk miliki hati dia
tapi aku langsung tak berjaya
nak sentuh hati dia pun aku gagal
apatah lagi memilikinya
it s like aku cuba capai hati dia tapi banyak sangat halangan
hingga satu tahap
hati aku kata "Berhentilah!"
usaha mu tak membawa hasil
hanya kecewa dan malu sahaja
yup. Aku dah berhenti kini.
hanya mampu memandang dari jauh
dan doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidup dia
..semoga bahagia dan berjaya dunia akhirat..
aku yakin dengan janji Allah
kebahagiaan aku akan tiba satu hari nanti
cinta Allah memberi kebahagiaan abadi
Alhamdulillah..

Sunday, April 26, 2009

Selangor vs Kelantan

Salam..
macam pelik tetiba aku nak cakap tentang bola sepak malaysia ni.
Bukan nak memandang rendah kemajuan bola sepak kita ni. Tapi sejak peristiwa kekocohan penyokong kelantan tempoh hari, aku tergerak hati nak menyaksikan bagaimana agresifnya penyokong Kelantan. And aku tengok match Selangor vs Kelantan just now. Walaupun tak setia menonton dari awal sebab tengok AF7 sekali tapi dapat lah juga melihat kesungguhan penyokong Kelantan yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak memberi sokongan padu kepada negeri kebanggaan mereka. Ya, mungkin kebanyakan dari mereka merupakan penduduk Kelantan yang menetap di area Selangor but tengahari tadi aku berada di area Putrajaya dan Serdang. Betapa terkejutnya aku bila di Dataran Putra, Putrajaya banyak bas yang membawa penyokong2 Kelantan. betapa semangatnya mereka sehingga bendera Kelantan bersaiz besar dikibar-kibarkan di setiap bas mereka. kemudian, aku ke Mines and aku ternampak sebuah kereta yang mengibarkan bendera Kelantan. kalau bersaiz kecil tak apa lagi. ni nak sebesar-besar yang boleh sehingga mengganggu pengunggang motosikal. tersenyum aku memandang penunggang motosikal tu mengelak bendera tu dari menutup muka dia hehe.. Dalam mines, ketika aku menikmati ice blended sambil mencuci mata, ternampak sekumpulan lelaki berpakaian merah putih berlogo Kelantan. terdetik di hati, tentu mereka akan terus ke stadium selepas ini. aku kagum dengan semangat yang mereka tunjukkan.
TETAPI, aku agak kecewa dengan attitude mereka. ini bukan nak katakan semua penduduk Kelantan begitu. (sure kene hentam dengan my friends dari Kelantan ni..nasib lah labu...) mereka terlalu agresif sebagai penyokong setia. ketidakpuasan hati ditunjukkan dengan membaling segala sampah merata2.. sesiapa yang menyaksikan match tadi, pasti perasan hal ini. sehingga pada satu tahap, FRU mula membuat benteng di hadapan kawasan penyokong Kelantan ini. Apa-apa sahaja boleh berlaku esp bila Kelantan kalah di tangan Selangor.
Tak dinafikan, ramai lagi yang mungkin bersifat agresif bukan berasal dari Kelantan. Di sini sebenarnya telah menggambarkan attitude penduduk Malaysia. membuang sampah merata-rata memang dah jadi kebiasaan. (mula dah ala-ala environmental biotechnologist hehe).
Kagum dengan Singapura. eh silap, kagum dengan undang-undang Singapura sahaja. denda yang tinggi dikenakan bagi sesiapa yang membuang sampah merata-rata. sangat bersih ok negara Singa ni..
ok, ni tentang AF7 pula. seriously, aku kagum dengan persembahan pelajar lelaki mereka. semua all out. tapi girls? sangat tenggelam! tak faham aku kenapa Isma boleh sentiasa berada pada top ranking. persembahan dia tak memberi sebarang impak. andai kata jika dia menjadi juara AF7, aku dapat rasa yang dia tak akan ke mana dalam industri muzik ni. dengan tangunggjawab sebagai ibu anak lima, mana mungkin dia akan betul2 aktif dalam muzik walaupun mendapat sokongan suami. aishah pula? aku seperti tak sabar tunggu dia habiskan nyanyian dia. Claudia juga begitu. tapi peserta lelaki? aku sangat tidak puas hati bila ariel yang keluar. dia merupakan pelajar yang membuat persembahan terbaik minggu ini. bukan sebab aku minat dia. tapi aku lihat dari sudut persembahan. akim juga sangat membuatkan mata aku tidak berkelip. kagum dengan keyakinan diri dia. hafiz? hebat! tak mengapalah.Aku akan mengikuti konsert akhir nanti untuk melihat betapa hebatnya juara AF7 pilihan pengundi Malaysia.

Setiap insan berlainan pendapat, berlainan buah fikiran, berlainan citarasa..
Wasalam..

Friday, April 24, 2009

practical training

Alhamdulillah aku dah berjaya menempuh exam week yang sangat hebat
and now aku dah berada di rumah. balik sebentar demi mama..

i m in dilemma about my practical training..there are two places that i have to choose yang mana lebih memuaskan,menyenangkan,bla bla bla...

institut pertanian ayer hitam and MARDI JB
aku tak tau lah mana yang lagi best..

if institut pertanian ayer hitam,
  • ada hostel. so secara tidak langsung aku jimat duit minyak semua
  • ada 3 orang kawan lagi yang dapat tempat sama
  • kawasan agak pedalaman..so duit aku akan lebih selamat dari mengalir macam air sahaja kan..
  • dekat dengan rumah roommate aku..so boleh jumpa selalu

if MARDI, johor bahru

  • dekat BBU, jb..which is aku dah biasa dengan kawasan tu
  • eim marayu untuk choose mardi sebab dia pun dapat sini gak
  • duit minyak memang sangat hebat mengalir kalau aku ulang-alik dari rumah ke mardi. 1 jam ok perjalanan..means aku kena bangun dengan sangat awal sebab memang kena redah traffic jam everyday
  • walaupun banyak kekurangan kalau aku pilih jb tapi aku kesian kat eim and aku memang ada perasaan sayang kat jb (yela..duk jb dari sekolah tadika lagi)

rasanya? nampak macam aku lebihkan kat ayer hitam je kan..yeke? hehehe sebab fikir duit lah ni.. kecewa sebenarnya sebab tak dapat Felda Ulu Penggili.. kalau Felda, lumayan gak elaun dia.. duit lagi.. motif?? bukan mata duitan ok.. tapi berjimat bukan kedekut keskeskes

bila kena manage duit sendiri, aku baru nampak macam mana kita kena berusaha untuk berjimat untuk masa depan. tak ada duit macam mana nak kahwin kan.. tetiba? isk lambat lagi lah bab kahwin2 ni.. nak berjaya dulu.. roommate aku suruh cari jodoh masa practical..gila ke apa? taknak ada unsur2 gatal ok..entah2 dapat supervisor garang macam rimau hehe

ok2 dah mula mengarut..

entry pun membosankan..

Tuesday, April 21, 2009

berani atau takut? lemah semangat je..

Assalamualaikum..
rasa macam dah lama sangat tak jenguk blog ni..
asyik mengadap buku, lecture notes, tutorial semua kan..

ini ada satu peristiwa yang berlaku malam tadi. dalam pukul 12 lebih macam tu..
memang terserlah sifat penakut aku tu hahaha
masa tengah study ferment sambil dengar radio..malam tadi aku dengar hot.fm...
pastu ada lah satu pemanggil ni, dia cerita pasal dia tengah syok drive kat highway..
aku ingatkan dia nak cerita benda biasa je.. alih-alih dia cakap...
"tetiba saya ternampak ada orang melintas"
aku: tu pun dia nak cerita..
then dia sambung lagi..
"tapi masalahnya orang tu tak berkaki!"
terbuntang mata aku..cepat2 aku tutup radio
and masa tu juga lah aku terasa nak pergi toilet..
alamak..siapa nak temankan..roommate dah tidur..
aku dah kelam kabut kemas buku and notes sumer and lari pergi bilik azie..
sampai2 je, aku letak barang2 aku and...
"azie, teman gi toilet jap".."aku takut..."
kahkahkah...
akhirnya segalanya selamat..
tapi..
pukul 4 pagi aku balik bilik and nak tidur.. but then mestilah kene pergi berus gigi dulu kan..
alamak..terketar-ketar kaki aku..balik dari toilet tu meremang bulu roma..takut ada yang ikut..
pastu boleh plak mata aku susah nak lelap..dah nak subuh baru lah terlelap..
macam rugi je tak dapat tidur masa hujan tengah lebat..hehe
ok lah..tu je lah peristiwa penakut aku malam tadi..

cukup-cukuplah tu lemah semangat..
entah bila nak jadi berani..

Monday, April 13, 2009

final exam (semester 4)

final exam just around d corner.. tapi aku masih belum dapat mood untuk study dengan struggle nya..
malam tadi nak stay up lah konon. alih-alih pukul 2.30 pagi, aku dah terbayang bukan2. apa lagi terus melompat atas katil. entah kenapa tetiba terbayang makhluk2 halus ini.
aku ni dari semalam cam mengidam nak makan sushi..waaaaa~ teringin nya...

oh ya, entri ni pasal final exam..dah jauh sangat aku pergi..
ok2.. ni jadual exam aku (ada 3 paper SAHAJA)

17 April - instrumentation
19 April - bahasa arab
23 April - fermentation technology paling takut!!

chaiyok2!! esok roommate aku dah start first paper dia. good luck!

habis exam, aku nak tengok movie jangan tegur..tapi tak ada kawan.. hari itu kawan-kawan aku dah pergi tengok tapi aku tak dapat ikut (atas sebab2 tertentu). nak ajak kawan yang lain, diorang tu memang sangat penakut macam lah aku ni berani sangat hehe
habis exam, aku cuti seminggu sahaja sebab praktikal strat 4 Mei..
ok lah..tak mahu lama2 mengadap laptop..

nak minta maaf kepada semua yang mengenali diri ini
halalkan segala2nya
doakan kejayaan bersama

Friday, April 10, 2009

bila lelaki merajuk

apa perlu kita buat kalau lelaki merajuk?
malas betul lah aku nak layan..
kalau ikut kan aku, nak biar je. tapi jadi serba salah pula aku.
macam mana nak pujuk dia ni? kalau dengan ex aku dulu, aku tau lah cara nak pujuk..
dengan mamat ni entah lah. tak pandai lah..

Monday, April 6, 2009

hati lelaki versus hati perempuan

hahaha~ tajuk entri tak boleh blah.. sebenarnya aku pelik sangat dengan lelaki yang kaki perempuan ini. dulu aku tak ada lah nak ambil kisah dengan benda macam ini. tapi aku mula berfikir bila aku jumpa dengan species yang tak kisah pasal perasaan orang lain ni. terang-terang dia kaki perempuan! senang cakap playboy lah.. masa awal2 kenal dia ni, aku tertarik gak dengan muka dia yang boleh la dikategorikan sebagai cute walaupun badan agak keping hehe (sesuka hati kutuk orang). tapi bila dah agak lama kenal dia, aku mula nampak perangai dia ni. dia tak kisah pun perempuan ni jenis macam mana, semua dia nak belasah main kan perasaan orang. kalau nak berkawan, tak kisah lah. tapi janganlah layan macam perempuan tu sangat istimewa pada dia. dengan cara dia layan orang, boleh buat perempuan tu perasan yang diri dia sangat istimewa pada lelaki yang entah apa2 ini. nasib lah aku bukan mangsa dia.. aku pun tak ingin buat die perasan yang dia kononnya lelaki hebat! aku tahu dia akan berubah satu hari nanti. bila dia dah jumpa true love, dia pasti berubah jadi sangat setia. (agaknya lah..kalau ikut dalam novel, selalunya macam tu lah) perempuan selalunya senang cair kalau lelaki dah mula manjakan dia.. putus cinta bukan perkara mudah. bukan senang2 nak lupakan macam tu je. setahun pun belum tentu kering air mata. iman yang kuat je boleh buat kita lebih tabah. aku doakan semoga that guy akan berubah secepat mungkin sebelum lebih ramai lagi mangsa playboy dia tu. tak faham aku apa motif dia buat perempuan macam tu. puas? seronok? bangga? pada aku dia macam perbodohkan diri sendiri sebab tak jujur dalam hidup. biarlah.. setiap perbuatan pasti ada balasan. just tunggu dan lihat. mungkin satu hari nanti dia yang akan melutut pada perempuan. pada lelaki di luar sana, fikirlah banyak kali sebelum mainkan perasaan orang..

kesihatan terganggu

tidak ada apa yang nak disampaikan. melainkan rasa diri ini mempunyai antibodi yang sangat lemah. rasanya baru 2 minggu lepas sembuh dari demam yang dahsyat. now aku dah rasa semacam je badan ni. semalam batuk2. hari ini dah start sakit tekak, badan pun dah mula panas. nasib ada adik yang bermurah hati bagi aku makan panadol. hehehe.. risau gak demam waktu macam ni. final exam start 17 hb. harap2 tak melarat lah demam ni. tak sanggup aku nak study dalam keadaan badan lemah tak bermaya.
aku tak sure lagi nak balik campus bila. esok atau rabu. tiket bas tak beli lagi ni. selamba je..haha~ maaf la Dr Mohani sebab ponteng kelas Dr esok petang. kalau sampai kolej awal pun, rasanya aku tak rajin nak pergi kelas. memang awal2 dah niat taknak pergi..

Sunday, April 5, 2009

kenangan terindah

Alhamdulillah.. akhirnya segalanya selesai malam tadi..
aku berjaya juga main caklempong dengan jayanya..
ni aku letak gambar-gambar dari waktu latihan, raptai, and malam kejadian



kami ketika rehearsal..penat ni


rehat sekejap


sebelum majlis berlangsung..merah menyala aku..

kami dan pameran batik
aku dan azie lepas habis majliscik din (instructor aku), syah n halimpinjam firdaus jap dari gf die haha



now, aku di rumah.. balik petang tadi (ahad). saja balik..macam biasa, nak cari ketenangan. rancang nak balik pagi tapi lab report tak siap lagi. nak balik tadi pun macam2 halangan. ada ke patut tetiba sandal boleh putus! cez...nak balik bilik jauh sangat so aku pinjam selipar naimah.. hehe.. then, nak jalan pergi depan KMR untuk naik metrobus, terpaksa redah hujan. gila betul lah..Alhamdulillah aku dah selamat sampai rumah. and sekarang tengah aman damai lepak depan laptop. semua masalah aku tinggalkan kat serdang kecuali lab report hahaha.. next week aku dah start final exam!! ni tak tahu lah bila nak balik campus. esok (isnin) tak ada kelas. selasa aku ponteng gak lah 1 klas. rabu tak ada kelas tapi ada taklimat untuk practical training. so macam kena balik selasa je..



Friday, April 3, 2009

berlatih caklempong

well, aku yang pakai tudung pink tu!

hari rabu iaitu 3 hari before kena perform depan pengarah koko, aku masih tak dapat nak bawa melodi dengan baik sampai down habis malam tu. tapi Alhamdulillah hari khamis aku dah dapat kuasai main caklempong ni walaupun masih ada kelemahan. antara penyebab aku main dengan teruk ialah aku main dengan cara menghafal. bukan tengok notes. so bila tetiba blank je, terus tangan aku terbehenti dari memukul bonang2 yang tersusun depan mata. masa tu mata akan kelam kabut mencari notes atas kertas sambil tangan terkial-kial haha.. tak ada cara lain, terpaksa toleh kat my partner, sham. sham main caklempong dengan cara sentiasa ikut notes. bukan menghafal macam aku. walaupun aku yang ajar sham cara main, tapi dia lah tempat aku bergantung bila aku jadi blank. sampai cik din (instructor aku) cakap "tu lah..menghafal lagi!" huhu nampaknya aku kena belajar main sambil tengok notes lah.. takut malam esok aku jadi blank pula bila buat persembahan. InsyaAllah aku akan masukkan video masa real performance aku nanti.. sekarang ni korang nak perlekehkan cara aku main pun tak kisah lah.. malam esok persembahan!!!