Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Monday, June 14, 2010

Abang aku nikah? fulamakkk dah tua lah kau Afif..

lama gila kot aku tak update..entry yang lepas aku janji nak update dengan benda2 berfaedah kan? so rasanya kali ni agak berfaedah hehehe..tak ada maknanya aku nak letak bahan2 ilmiah kat sini lah..cukuplah aku membebel2 plus letak gambar..berfaedah kali ni means ianya meninggalkan seribu memori cehcehceh geli je..

aku letak 1/10 daripada koleksi gambar nikah abang aku Afif..aku taknak upload kat facebook sebab rasanya lebih afdhal (afdal or afdhal ejaan dia? afdhal macam sebutan orang arab je kan..) Afif sendiri yang upload then boleh lah tag2.. Hai Nabil, aku tau kau tengah tunggu2 gambar Afif nikah kan..aku letak sikit je lah..nanti kau balik tengok sendiri ok..jangan lah jeles gambar kau tak ada kat sini. nanti masa majlis kat rumah kita, kau gila camera lah..ambil gambar puas2.


hello!! dah siap2 dah ni..


habis compact powder aku..nampak sangat dia tak pernah nak pakai bedak ke apa..ni adik aku Hifni form 4 sekarang..yang tolong make up kan tu Yaya..


mamat ni (daus) pun nak make up..pakai bedak je lah..nak pakai bedak pun sibuk serbu bilik aku minta tolong pakaikan..ni lah lelaki...



bakal pengantin tengah bersiap.. tu tangan kawan dia, ayeed.hai ayeed! oh kebanyakan gambar2 kat entry ni dari camera dia.



7 dulang hantaran..sirih junjung, cincin+mas kahwin, telekung, kain, handbag, perfume, manisan. buat sendiri ok! nampaknya boleh lah aku dengan mama buat bisnes andaman..ceh padahal tahu hias2 je..benda lain macam bodoh sangat..






cincin dan duit mas kahwin.




bunga!! aku memang gila bunga.. suka tengok bunga banyak2 tapi tak pernah pun tanam bunga..huhu



kami adik beradik sebelum berangkat..tak cukup sorang..Nabil, jangan jealous ok..


susah gila kot nak amik gambar..budak2 saja cari pasal lari2 depan camera..penat suruh diorang pergi tempat lain.. last2 cakap dengan diorang "kat dalam bilik abang afif ada gula2..pergi cari cepat!" diorang masuk je bilik, terus tutup pintu bilik tu hahaha..senang rupanya nak tipu budak2..



aku je yang selalu wat aksi lain dari yang lain -___-"




kecoh betulkan sirih junjung..masa naik kereta aku yang pegang sirih junjung tu..alih2 dia tumbang sebab tak stabil.. gila cuak kot..daus (adik aku) dah risau semacam sebab dia yang kena bawa sirih junjung tu masa berarak..dah kecoh2 tu datang penyelamat hahaha..thanks cousinku Ismat. akhirnya dia yang diarahkan bawa benda alah tu sebab dia sorang je boleh control benda tu dari tumbang..baju pun dah matching hijau tapi kenapa kau pakai selipar jamban color merah oii?? pelik gila kot..



berarak masuk..tak tahu kenapa muka aku yang terlebih bahagia








cik lah, mama, tok and zati..



waktu2 genting..masa ni macam semua orang pun rasa cam jantung berhenti berdegup..bila saksi cakap "sah" "sah" semua terus lega..camera depan tu sibuk je! asal aku amik gambar, mesti terselit tangan yaya ni!



gambar ni aku tak sure baru lepas akad nikah atau sebelum akad..kena telek muka afif tengah cuak or muka dah lega. serius before akad nikah tu, muka afif pucat gila..memang sampai rumah kak azi je muka dia memang tetiba semacam je aku tengok..kak azi lagi lah, menggigil gila badan dia.muka dia tak nampak lah pucat sebab make up tebal 2 3 inch hehe..


kak azi tak dapat nak tahan sebak..ish camne lah masa aku nanti kan..hehe


mama sebak anak sulung dia dah jadi laki orang..






gambar ni sebenarnya sesi ulang tayang hahaha..



skrin besar kat luar rumah tunjuk world cup..gila kecoh lah..makan sambil tengok bola..best2..eh aku tak suka sangat pun tengok bola..yang bestnya sebab tengok macam2 gelagat orang yang tengok bola..hehe






kami lagi..boleh lagi nak berhimpit2 kat sofa tu..



anak sulung mama dah jadi laki orang!


ciss nampak sangat kebodohan aku kat gambar ni..siap belek2 lagi benda alah tu sebelum merenjis..first time kot merenjis ni..tanya mak andam nak buat apa dengan benda ni? dia cakap renjis je.. -___-"


sudah sah bergelar kakak ipar ku..jaga afif elok2 ok..



gambar kami sekeluarga without NABIL (wahai adikku, kamu jeles kah? hahaha)and abah. haha abah lepas makan terus balik sebab memang kitorang semua tak tahu pun ada majlis berinai ni..kitorang stay pun sebab nak tunggu afif habis bergambar..sedara semua pun dah cabut balik. majlis ni pun lambat habis. kesian semua mata dah kuyu je and ada yang dah tersengguk-sengguk lagi..


muka bahagia lepas majlis..smart gambar ni!

ok cukup! aku penat! entah berapa lama aku melekat depan PC ni semata2 nak update blog khas untuk korang semua. hahahaha geli gila ayat...

majlis resepsi aku taknak cerita lagi sebab gambar belum transfer lagi..aku malas..seperti biasalah kan hehe..

daaaa~

4 comments:

nishacutie said...

bestnya jihah..
dah ada kak ipar dah ko ye..
pasni dapat lah merasa ada anak-anak sedara..

cantiklah kak ipar ko :)

Azie said...

meriah siot!
weh, apsal ko nmpak chubby nih?
bahagia kot.. x lama lg ko la 2 nak nek pelamin..hehehe

jieha said...

nisha: hopefully diorg murah rezki dpt anak cpt2 ;)

jieha said...

azie: berat aku naek 2 kg, mn lah aku x chubby hehe. tp aritu dmam turun blk 2 kg..pnt aku asyik turun naek brt..kalu bleh nak maintain 48kg.