Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Sunday, May 9, 2010








saya rindu kamu..





Saturday, May 8, 2010

alamak aku tak renew ic lagi..
gila ah dah almost 3 years pindah rumah tapi still guna ic yang alamat kat jb!
benci ah nak kena ambik gambar muka skema untuk ic..huishhh tu je lah kot halangan aku selama ni untuk renew ic..
malam2 selalu nekad esok pagi nak pergi renew ic..
tapi bangun tidur je asyik fikir
'alamak nak pakai tudung apa ye?'
'errr nanti nak buat muka macam mana ye?'
ok annoying gila..

nekad next week nak buat ic baru dengan wajah yang lebih mature hahaha

*terpaksa renew ic untuk renew lesen.. -__-

Tuesday, May 4, 2010



lama aku deactivate account fb aku tu..once aku reactivate, fb tetap sama..bosan.. tak ada perubahan.. rasa cam nak deactivate terus je.. =p

cuma gambar2 dengan kawan2 tanpa aku di tag kan.. kecewa gila.. dah nama pun aku tak wujud dah kat fb, watpe nak tag lagi kan..so aku letak lah gambar2 yang diorang upload tanpa tag kan aku.. korang, aku copy tau gambar2 tu ^_^





sayang korang semua! yang tak sempat jumpa di saat2 akhir tu, sorry ye..
untuk yang sambung Master, all the best.. insyaAllah aku akan mengikut jejak korang semester akan datang. bagi yang kerja, kerja elok2! bagi yang masih mencari kerja, teruskan usaha.. rezeki ada di mana2. usaha dan berdoa..

untuk Atika Ramli, kau memang hebat! aku jealous sebab kau ambil Bioprocess Engineering.. best gila kot.. aku if sambung nanti, ambil Environmental Engineering je lah kot.. gedik cari yang hanya setahun je and yang ada calculation..hahaha tak mahu duduk lab lagi =p tapi itu masih dalam perancangan lagi.. insyaAllah ada rezeki, aku sambung lah..

*please facebook, buat lah perubahan untuk menarik perhatian aku..

Friday, April 16, 2010

sem akhir ni tak tahu mana silapnya sampai segalanya hancur..
test 1 dengan test 2 result saya sangat teruk nak banding dengan kawan2. memang jatuh menjunam padahal orang lain meningkat habis habisan.
saya tak tahu mana silapnya. kalau dulu saya boleh tersenyum setiap kali dapat result. tapi sekarang hanya pandang dengan pandangan kosong je.
saya rasa saya dah study sampai nak gila dah. tapi result saya yang jadi gila..

and untuk final ni, saya tak tahu saya perlu gandakan usaha atau tak payah study langsung.

study gila2 pun kalau result teruk juga buat apa kan.. haihhhh

saya tak pandai nak tackle soalan kot..

najihah!! wake up! pergi study sekarang!! please study untuk kali terakhir ni.. lepas grad dah tak ada dah nak rasa study sampai mata bengkak2, sampai rasa nak termuntah, sampai nescafe dengan neslo jadi minuman wajib setiap malam. sampai atas meja berlonggok buku2, kertas2, and kalau nak kemas rasa macam buang masa sangat.
please hargai waktu2 terakhir di sini..
4 paper je pun! chaiyok!!

Ya Allah, berikan aku kekutan minda dan fizikal untuk menempuhinya. Berkatilah ilmu yang ku pelajari. Amin...

Monday, April 12, 2010

terus menghitung hari-hari saya bakal tinggalkan upm..
sepatutnya sedih..tapi saya tak sabar. sangat tak sabar..
jangan ditanya kenapa..sebab saya sendiri tak ada jawapan..=p huhu

makin tak sabar nak tinggalkan upm makin ada je benda menghalang saya untuk melangkah kaki keluar dengan lebih awal. walaupun last paper 26 april tapi tetap kena balik after 3rd may! bengang ok! huh!

dah lah 1st paper pun lambat..abang saya abis exam 19 april tapi saya baru terhegeh2 nak mula. ok fine UTM dengan UIA habis awal.. ada saya kisah? ya memang kisah pun...saya jealous ok...

tak pasal2 korang kena melayan aku meroyan.. otak dah terpusing2 dah sebab pikir sal exam
-__-

untuk kawan2, good luck! buat sehabis baik untuk kali yang terakhir ni..

saya nak cerita benda dah basi hahaha..lantak lah nak cerita jugak.. walaupun gambar saya tak ada dalam setiap gambar, biarlah... abang saya dah tunang!! meh kita tengok gambar2 bakal kakak ipar saya, kak azie..

hantaran dari pihak perempuan..lawa kan kak azie ^_^




hantaran mama dan saya yang buat..saya tolong kacau je huhu


tok sarungkan cincin


Thursday, April 8, 2010

lama gila tak update blog
alasan: susah dapat internet kat kolej + busy macam gila siapkan thesis

huhu and sekarang ambil kesempatan melepaskan gian nak update blog walaupun tak ada benda nak cerita.

walaupun dah nak grad, tapi masih tetap balik rumah lagi sekarang -_-
huhu bukan homesick ok! bukan juga nak lari dari problems! sebab dah rasa macam tak ada problem pula ^_^ oh kecuali nak menghadapi final exam yang betul2 final!! wohoooo saya dah besar rupanya!

now kena jadi suri rumah untuk beberapa hari dan menjaga budak2 kecil yang dah tak kecil lagi. mak saya pergi daki gunung! serious terkejut bila dapat tahu! so saya telah diarahkan balik untuk jaga 2 kanak2 riang. miahahaha kanak2 ke darjah 6 dengan form 1?

esok saya update blog lagi ok! mahu letak gambar (kalau rajin!)

p/s: after grad, nak tunggu orang masuk minang pastu nak terus kahwin boleh?

Wednesday, March 31, 2010

Pesanan Mama ^_^

mama pesan minum susu banyak2
tapi tekak saya mengada2 takleh telan susu
kena fikir banyak kali sebelum teguk
euwww tak suka tak suka!

mama pesan jangan makan masam dengan pedas
tapi itulah makanan yang setiap hari saya cari
saya kuat pedas dan masam
saya cuma tak boleh benda manis2 je

mama pesan jangan skip2 makan
tapi setiap kali waktu makan saya mesti makan
perut saya je ngada2 nak sentiasa sakit
apa je lagi saya boleh buat..

saya harap nikmat makan saya tak akan ditarik DIA..


Sunday, March 28, 2010

Kuasa Cinta – Cinta matang atau cinta budak sekolah?

Hari ini saya buka inbox baca balik mesej2. And I found that mesej yang paling lama saya simpan adalah mesej pada 12 August 2008!
Ok saya ulang 2008! Sepatutnya ada yang 2007 tapi tak tahu macam mana boleh hilang macam tu je. Bukan saya yang delete. Mungkin inbox terlampau penuh kan..
Sayang sangat nak delete mesej2 dari dia walaupun mesej2 yang kami gaduh besar pun tetap nak simpan elok2. Huhu teruk ke saya?
Then, saya geledah balik sent items. Ouhh lagi lama tu. Last sekali 19 January 2008! Entah bila saya nak delete or kosongkan inbox dengan sent items sekaligus.

Eleh entah2 korang lagi dahsyat. Entah tahun bila, kurun ke berapa punya mesej, surat2 cinta lah apa lah semua simpan elok2 lagi. Hehe sila mengaku ye..

Kalau cinta budak sekolah saya tak pasti. Ke cinta saya masih tahap budak sekolah?
Bukan cinta budak sekolah semua hadiah2, surat2 simpan dalam kotak kasut yang dibungkus lawa2?
Siap pembalut chocolate dengan gula2 yang dia bagi simpan elok2 dalam diary?
Comel je..sweet je kan..tapi cinta budak sekolah kan hanya cinta monyet!

Bila tengah kemaruk cinta ni, kita pergi mana2 mesti akan belikan sesuatu untuk dia. dan tak pernah nak kisah dengan harga barang tu.
Sekali pandang je kat tanda harga, terus ambil bayar kat cashier. Kalau barang untuk diri sendiri mesti akan fikir banyak kali sebelum beli.
Walaupun tengah gaduh macam mana pun, mesti tak pernah lupa untuk belikan sesuatu.
Walaupun belum tentu ada peluang nak jumpa untuk bagi hadiah tersebut, tetap nak beli.

TAPI

Bila difikirkan balik, kita buat semua itu untuk orang yang belum tentu jadi pasangan hidup kita.
Rasa bersalah kat bakal suami walaupun tak tahu siapa bakal suami itu.
Rasa bersalah sebab kita dah serahkan perasaan kita pada orang lain
Sepatutnya kita simpan baik2, jaga baik2 hati kita untuk bakal suami

Kan nak jadi isteri yang baik..
Yang kalau boleh setiap masa nak berbakti untuk pasangan kita
Kononnya pagi2 sebelum dia pergi kerja nak siap2kan breakfast, iron baju dia,
Pakaikan tie untuk dia macam dalam cerita Kabhi Kushi Kabhi Gam,
salam cium tangan dia sebelum dia pergi kerja.
Bila dia balik petang2, sambut dia kat pintu rumah,
minum petang sama2 kat balcony rumah
Tapi itu dalam angan2 je lah.. nanti kan saya wanita berkerjaya
Yang saya sendiri kelam kabut pagi2, tak ada maknanya dapat pakaikan tie untuk dia
Breakfast pun roti kosong dengan milo kot..
Petang balik kerja, sampai2 rumah dia tengah duduk depan TV sambil tangan pegang kunci kereta
“cepat mandi sembahyang semua, kita pergi makan kat mamak seberang jalan sana”

Hadoi..tak mahu lah jadi macam tu..hahaha

Ok2, thesis saya sedang menunggu ^_^ bye2!

Saturday, March 27, 2010

saya tak menyesal dan tak akan sesekali menyesal

saya tak rugi apa-apa pun

saya lebih senang begini

^_^

saya dah bosan dengan kata maaf