Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Monday, December 5, 2011

Turun 2kg dalam seminggu!



SALAM SEMUA ;) pernah dengar pasal HERBALIFE? atau pernah dengar tapi tak tahu apa-apa? hehe

sebenarnya dah setahun lebih saya tahu pasal produk HERBALIFE and selama tu jugak lah saya percaya dengan produk ni CUMA as manusia biasa, perkataan 'NANTI' tu je lah yang asyik keluar dari mulut.. sibuk cerita kat kawan pasal hebatnya HERBALIFE padahal diri sendiri tak pernah guna -___-"

yang paling best, mak saya sendiri yang percaya kat produk ni start dari saya bercerita kat mak saya tahun lepas! Dia lah yang asyik tanya "bila nak buat herbalife?" and setiap kali lalu highway utara-selatan, mesti akan nampak ada 2 iklan besar herbalife.. setiap kali lalu tu jugak mak akan cakap "tu herbalife" kalau dia senyap, saya tetap nampak mata dia tertarik dengan iklan tu. and sejak saya kerja, saya banyak kali tanya kat mak bila nak start guna herbalife.. tapi sebenarnya mak memang dah tahap paksa saya belikan dah hahaha anak derhaka betul saya ni tak tunaikan impian mak..

Alhamdulillah 25 November 2011 masa mak saya turun KL, saya bawak mak saya jumpa Joe, timbang berat and terus beli herbalife set.. mak saya turunkan berat, saya pulak naikkan berat.

ok and mak saya start consume herbalife hari Ahad 27 November 2011. setiap hari saya call tanya dah minum shake belum? rasa lapar tak? dah timbang belum? kalau tak setiap hari pun, 2 hari sekali saya call..

4 Disember 2011, genap seminggu mak saya guna herbalife. saya call mak tanya dah timbang ke belum? tapi mak main tarik tali segan nak cerita. saya paksa mak cerita jugak. and ALHAMDULILLAH mak saya TURUN 2KG IN A WEEK!!

Makin semangat saya and happy yang terlampau. tak sabar nak balik kampung jumaat ni sebab nak tengok perubahan mak ;)

Lepas ni, saya nak pujuk abah saya pulak guna herbalife.. biar satu family sihat!

Thank You Herbalife!

*saya masih belum timbang berat since guna herbalife. Joe cabar saya naik 2kg!

oh ye, herbalife bukan untuk orang yang nak kuruskan badan je, nak gain weight pun boleh..dah ramai berjaya. yang tak berjaya tu sebab tak disiplin lah, bukan sebab herbalife tak bagus.

sesiapa yang nak cuba guna herbalife, tak kisah nak kurus ke, nak gain weight ke, nak reshape body ke, or nak sihat, call saya ye 017-7270067. saya sedia membantu sebab saya percaya kan produk ni :)

atau ada sesiapa yang nak mulakan bisnes? pun boleh call saya..

Monday, November 28, 2011

Kan orang cakap "Love is blind".. ramai tak percaya sehingga dia sendiri yang rasa ;)


'sumber gambar'

Ramai bertanya macam mana nak tabahkan hati bila kecewa. tapi saya sendiri tak ada jawapan. nak tak nak, kau memang kena teruskan hidup. kau jatuh tergolek pun, kau tetap kena bangun semula. memang bukan senang, itu saya tak nafikan.

Bila dah putus, kemudian nak kembali bersama, ramai akan cakap kita bodoh. tapi mereka tak tahu istilah cinta itu buta.

tapi bila dah berulang kali dikecewakan, kau sendiri yang akan tawar hati, rasa respect yang tebal selama ni semakin nipis, sometimes terus hilang.. and dari situ, hati kau akan sembuh dengan sendirinya ;)

kawan-kawan yang tengah putus cinta tu, semoga berjaya tabahkan hati. tak salah menangis. kalau nak menangis setiap hari sampai cukup setahun pun terpulang lah..

Sunday, November 27, 2011

Meniti Bahagia :)

Tahniah buat rakan yang baru diijab kabulkan,
semoga menjadi suami yang sentiasa dapat membimbing isteri

Tahniah juga buat beberapa rakan yang baru sahaja bertunang
semoga segala urusan perkahwinan yang bakal tiba dipermudahkan

*kawan baik kecap bahagia, tu yang diri sendiri ter'over bahagia ;)

dan juga buat semua muslim, salam maal hijrah
semoga kita semakin dekat dengan Allah


nota kaki: ni dah jadi entry kompilasi ucapan pulak hehehe

nota kaki 2: Tajuk entry macam nak bercerita tentang bahagia si empunya blog haha.. saya rindu mahu update blog tapi oleh sebab saya lebih banyak mencurah buah fikiran di twitter, maka dah tak ada apa nak tulis kat blog. heeee...

Thursday, November 3, 2011

Hye STALKER!

tak payah lah nak jenguk facebook saya, twitter saya, blog saya (mana saya tahu? sebab stalker itu yang PM saya bagitahu =,=)

sampai saya nak update apa2 pasal saya pon kene pikir banyak kali

tak penat ke stalk orang?

berhenti lah buat keje tak berfaedah ni

RIMAS ok!

Thursday, October 27, 2011

Hi semua :) wujud lagi blog saya ye,, hehe

tinggal lagi berapa hari nak masuk November 2011. cepat sangat masa berlalu. dah nak masuk 2012 dah. rasa macam baru je list down azam-azam 2011. alih-alih dah nak masuk 2012. baru TERINGAT sepanjang 2011 ni tak ingat langsung dah pasal azam. haha memang hampeh setiap tahun pon macam tu. so sekarang ada 2 bulan je lagi nak selesaikan setiap azam tu. mampooo ke? alah korang pon mesti ada yang azam pon tak ingat apa kan? haha

so jom sama-sama tunaikan azam 2011. seboleh-boleh tak payah lah nak bawak azam 2011 untuk tahun depan. kalau macam tu 10 tahun pon belum tentu tertunai.



p/s: setiap hari kita belajar untuk menjadi lebih dewasa. belajar untuk bersihkan hati dari perasaan hasad dan dendam. perbaiki diri. walau sifat perempuan lemah, tetap kena belajar hidup sendiri, independent. :)

Thursday, September 29, 2011

Arjuna Bermain Biola: Cinta Tak Seharusnya Memiliki!

tadi saja blogwalking masa tengah malas nak buat kerja.. and ada satu entry ni betul2 buat saya terkelu.. baca satu ayat, telan air liur sekejap, sambung balik baca.. hebat penulisan dia. so ni uols baca lah sendiri ye..dah bagi link dah..huhu ok, nak sambung membuat kerja (terpaksa bawak kerja balik rumah sebab kat ofis asyik online pastu main sudoku..takut gaji tak berkat, buat kerja malam-malam kat rumah huhu)

Arjuna Bermain Biola: Cinta Tak Seharusnya Memiliki!: ... Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai se...

Thursday, September 22, 2011

Salam semua..

Penah tak rasa tetiba dalam 1 hari semua benda kita buat tak betul, tak jadi..macam semua benda tak kena? kadang-kadang sampai seminggu..

and yes saya tengah mengalaminya.

Dah lah tengah home alone for a week..pastu demam lah pulak dengan sangat dahsyat. demam2 ni mana lah larat nak masak bagai kan..

tapi terpaksa gagahkan diri jugak untuk masak. Tapi PINGGAN TERJATUH AND PECAH!! terdiam sekejap, menggigil badan, rasa nak menangis sebab dah tak larat ;(

cuba tenangkan hati sekejap, called good friend of mine..

thanks kawan bagi saya semangat and senyuman.

gagahkan diri lagi kutip satu-satu kaca yang berterabur..bersihkan lantai dapur walaupun baru malam sebelum tu sental lantai dapur -____-"

and again, gagahkan diri untuk masak nasi goreng..paling simple. jam dah pukul 10 lebih dah.. ok done! cuci segala perkakas dapur..

sekali black out!! terpaksa makan dalam keadaan gelap. mana ada lilin ke torch light bagai..tak pernah terpikir akan black out..fuh saya tak iron baju batik lagi.. and terbayang macam mana nak tidor dalam keadaan panas..

pukul 12 lebih paksa diri untuk tidur and guess what, saya tidur berselimut habis! menggigil sejuk..ok memang demam macam tu kot..walaupun berpeluh2 tapi tetap kesejukan.

Alhamdulillah pukul 3 pagi dah tak black out. so berbaju batik lah saya harini.

pagi2 bangun rasa dah tak larat. nak MC tapi terbayang kerja. duduk rumah je bukan boleh kebah pun demam. ok lah malam ni nak jumpa doc nak mintak MC untuk esok.. rasa nak balik johor. mungkin boleh sembuh demam saya. at least makanan saya terjaga.. duduk rumah sorang2 kadang2 tak ada selera nak makan.

badan pun dah jadi papan. semua baju kurung masa belajar dulu dah longgar..takkan nak beli baju baru banyak2..mana ada duit.


****************
lepas dah sembuh demam saya, mungkin everything akan jadi normal balik..hopefully..

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Hari Raya!! dah lambat sangat ke? tak lagi kan? ;p

ok layan gambar je lah ye.. tak kuasa nak memikir ayat, nak menaip segala hehe












ok cukup lah ye? hehe tema tahun ni merah..raya kedua pulak bebas..saya pakai purple pink camtu lah..color lilac lebih kurang..tahun ni rasa macam tak berapa meriah lah raya. tak tahu lah kalau korang rasa meriah kan..tapi pada saya tak meriah. tapi tetap best lah.. :)

this weekend macam nak buat open house dekat rumah sewa..buat kecik2 je. xde fulus huhu..kalau hidangkan laksa johor ok x? dengan salad buah mungkin?

ok lah..jemput lah datang open house saya nanti ye

Thursday, September 1, 2011

Ini bukan entry raya, ini lirik lagu kegilaan ramai ;D

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah
biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu


**lagu Berdua Bersatu ni untuk Awak..

***Owh selamat hari raya semua..entry raya nanti2 lah ye..macam biasa suka postpone semua benda hihihi


Tuesday, April 26, 2011

bukan senang otak nak kawal hati bila dah cinta
macam mana hebat pun otak suruh lari jauh,lupakan kenangan,
hati tetap tak akan berganjak.

walau ada yang cuba menyapa,
mereka tak akan berjaya sentuh hati yang setia
hebatnya cinta...


hanya Allah yang mampu mengubah segalanya
doa yang tak pernah putus dijadikan senjata untuk bahagia



*hahaha mood berjiwang sekejap. cuba hilangkan tension. penat berfikir