Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Thursday, September 29, 2011

Arjuna Bermain Biola: Cinta Tak Seharusnya Memiliki!

tadi saja blogwalking masa tengah malas nak buat kerja.. and ada satu entry ni betul2 buat saya terkelu.. baca satu ayat, telan air liur sekejap, sambung balik baca.. hebat penulisan dia. so ni uols baca lah sendiri ye..dah bagi link dah..huhu ok, nak sambung membuat kerja (terpaksa bawak kerja balik rumah sebab kat ofis asyik online pastu main sudoku..takut gaji tak berkat, buat kerja malam-malam kat rumah huhu)

Arjuna Bermain Biola: Cinta Tak Seharusnya Memiliki!: ... Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai se...

Thursday, September 22, 2011

Salam semua..

Penah tak rasa tetiba dalam 1 hari semua benda kita buat tak betul, tak jadi..macam semua benda tak kena? kadang-kadang sampai seminggu..

and yes saya tengah mengalaminya.

Dah lah tengah home alone for a week..pastu demam lah pulak dengan sangat dahsyat. demam2 ni mana lah larat nak masak bagai kan..

tapi terpaksa gagahkan diri jugak untuk masak. Tapi PINGGAN TERJATUH AND PECAH!! terdiam sekejap, menggigil badan, rasa nak menangis sebab dah tak larat ;(

cuba tenangkan hati sekejap, called good friend of mine..

thanks kawan bagi saya semangat and senyuman.

gagahkan diri lagi kutip satu-satu kaca yang berterabur..bersihkan lantai dapur walaupun baru malam sebelum tu sental lantai dapur -____-"

and again, gagahkan diri untuk masak nasi goreng..paling simple. jam dah pukul 10 lebih dah.. ok done! cuci segala perkakas dapur..

sekali black out!! terpaksa makan dalam keadaan gelap. mana ada lilin ke torch light bagai..tak pernah terpikir akan black out..fuh saya tak iron baju batik lagi.. and terbayang macam mana nak tidor dalam keadaan panas..

pukul 12 lebih paksa diri untuk tidur and guess what, saya tidur berselimut habis! menggigil sejuk..ok memang demam macam tu kot..walaupun berpeluh2 tapi tetap kesejukan.

Alhamdulillah pukul 3 pagi dah tak black out. so berbaju batik lah saya harini.

pagi2 bangun rasa dah tak larat. nak MC tapi terbayang kerja. duduk rumah je bukan boleh kebah pun demam. ok lah malam ni nak jumpa doc nak mintak MC untuk esok.. rasa nak balik johor. mungkin boleh sembuh demam saya. at least makanan saya terjaga.. duduk rumah sorang2 kadang2 tak ada selera nak makan.

badan pun dah jadi papan. semua baju kurung masa belajar dulu dah longgar..takkan nak beli baju baru banyak2..mana ada duit.


****************
lepas dah sembuh demam saya, mungkin everything akan jadi normal balik..hopefully..

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Hari Raya!! dah lambat sangat ke? tak lagi kan? ;p

ok layan gambar je lah ye.. tak kuasa nak memikir ayat, nak menaip segala hehe












ok cukup lah ye? hehe tema tahun ni merah..raya kedua pulak bebas..saya pakai purple pink camtu lah..color lilac lebih kurang..tahun ni rasa macam tak berapa meriah lah raya. tak tahu lah kalau korang rasa meriah kan..tapi pada saya tak meriah. tapi tetap best lah.. :)

this weekend macam nak buat open house dekat rumah sewa..buat kecik2 je. xde fulus huhu..kalau hidangkan laksa johor ok x? dengan salad buah mungkin?

ok lah..jemput lah datang open house saya nanti ye

Thursday, September 1, 2011

Ini bukan entry raya, ini lirik lagu kegilaan ramai ;D

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah
biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu


**lagu Berdua Bersatu ni untuk Awak..

***Owh selamat hari raya semua..entry raya nanti2 lah ye..macam biasa suka postpone semua benda hihihi


Tuesday, April 26, 2011

bukan senang otak nak kawal hati bila dah cinta
macam mana hebat pun otak suruh lari jauh,lupakan kenangan,
hati tetap tak akan berganjak.

walau ada yang cuba menyapa,
mereka tak akan berjaya sentuh hati yang setia
hebatnya cinta...


hanya Allah yang mampu mengubah segalanya
doa yang tak pernah putus dijadikan senjata untuk bahagia



*hahaha mood berjiwang sekejap. cuba hilangkan tension. penat berfikir

Sunday, April 24, 2011

Rasa dalam hati

biarlah hebat macam manapun tsunami dalam hubungan,
hakikat sebenar semua rasa dalam hati
kita saja yang tahu
rasa yang kita kongsi bersama
rasa yang tak mungkin hati boleh nafikan
hanya kita yang tahu



;)

Tuesday, April 19, 2011

Hates how when you've been hurt so many times that you're scared to be happy cause you don't want something bad to happen.





...

Saturday, April 16, 2011

Rindu dekat budak chubby ni.

Nisa Damia




Makin lama makin rindu..eeiiiii...rasa nak balik pontian setiap minggu je! semua orang dalam family terlebih excited sebab 1st cucu mama dgn abah kan.. oh sekarang dah jadi Mama Tok dengan Tok Abah ;)




tengok tu, lena nya dia tidur siap terlentok-lentok lagi..


Baby Damia ni tak banyak kerenah. yang kagumnya, dia suka minum air zamzam! pernah bagi dia minum susu tepung, dia muntahkan balik..pastu isi air zamzam dalam botol susu, habis sebotol dia minum. Mama Jiha doakan Damia jadi anak yang solehah. InsyaAllah.



ni yang rasa nak balik jumpa Damia setiap minggu..

Friday, April 8, 2011

nak cakap..









tapi xtau nak cakap camne...







haishhhhh






IMY....

Thursday, March 31, 2011

jom kumpul duit ramai2! ;D register je..x susah pun..jom jom..


Siapa yang nak duit dengan cara mudah? Duk ternganga depan laptop pun duit boleh masuk.
Tak susah pun. Sangat-sangat senang!

Benda ni bukan MLM ke apa. tak ada tipu-tipu orang.

Kerja kita senang je, tolong promote segala iklan yang memang best2 kat facebook, twitter, blog and semua cara lah.
Yang bestnya, duit laju je masuk.

Kalau korang blogger yang guna Nuffnang selama ni, jangan risau buat iklan pasal Churp Churp comel ni.

Tak akan affect pun Nuffnang tu. Nuffnang takkan cut earnings korang ke apa.

And yang pasti makin rajin korang promote iklan, makin masyuk lah duit korang.
yang malas taknak promote tu memang sampai langit runtuh pun korang takkan dapat duit.
Yelah, mana ada orang senang2 nak dapat duit kan. kena lah buat kerja sikit.

Alah setakat 15 minit sehari cukuplah. Dari korang stalk orang je kerja kat facebook tu boleh plak smpai berjam-jam..

So apalagi, daftar lah cepat. Proses dia mudah je. kena rajin ye kawan-kawan ;)

Klik SINI ok!!