Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Monday, March 2, 2009

27feb

27hb feb..my birthday…

Nak cerita serba sedikit tentang apa yang aku lalui sepanjang 27hb tu.. bagi aku, ni birthday aku yang sangat kosong. Tak ada tinggalkan kenangan yang menyeronokkan..
Malam seperti biasa aku akan dapat mesej yang berturut-turut dari semua kawan2 and family. Sampai penat aku delete mesej dalam inbox yang dah melimpah ruah tu. Aku bangga dah mencapai 21 tahun! Konon nak study pukul 1 pagi tu..alih2 pukul 1.30 pun still berusaha untuk reply mesej kawan2.

Pagi aku bangun dengan jiwa yang kosong.. tak ada perasaan. Janji dengan naimah nak temankan dia + tunjukkan jalan ke putrajaya sebab dia nak ambil stok kerepek untuk bisnes. Awal lagi sementara nak tunggu 11.30 baru nak pergi putrajaya.. so aku duduk melepak, basuh baju, main game...

Pergi putrajaya tu, basit and jeyakanthan pun ikut sekali..diorang duduk kat seat belakang.. basit sangat bersemangat pakai tali pinggang keledar (betul ke aku eja?) walaupun hanya dari K6 ke park view untuk draw duit. Sangat berkesan iklan hot fm yang sentiasa suruh pakai terutama untuk orang yang duduk belakang..bagus basit! Sementara tunggu naimah draw duit, kitorang duduk je dalam kereta.. sambil2 tu aku betulkan tudung, make up semua.. tetiba basit tanya, “jiha, kau ada blusher tak?” BASIT, KO NAK PAKAI BLUSHER KE? Aku takde lah tanya camtu..walaupun pelik, aku tetap jawab dengan jujur yang blusher aku hilang entah ke mana.rasanya tertinggal kat rumah..tak tau motif pertanyaan dia tu.

Sepanjang perjalanan, basit and jeya asyik bergaduh siapa yang lebih gemuk. Perlu ke aku bantu mereka untuk choose siapa lagi berisi? Malas nak layan.

Sampai putrajaya, makcik tu suruh jumpa kat bangunan kubah hijau. Sure lah ofis paklah kan..tapi pusing2 tetap tak nampak van biru dia. Sampai banyak kali kena tegur dengan polis sebab asyik nak lalu jalan yang memang diorang dah tutup khas untuk VIP yang nak pergi sembahyang jumaat. Tapi berjaya juga kami melalui sekatan abang abang polis ni. Banyak kali pusing tempat yang sama semata mata nak cari van color biru. Sampai polis-polis tu pun dah cam kereta kitorang yang sememangnya sangat menarik perhatian..merah menyala ok kereta naimah ni.

Bila pukul 1.30 kitorg tinggalkan basit kat masjid. JEYA! TAK BAIK TAU TINGGALKAN SEMBAHYANG! Hehehe akhirnya dapat lah kerepek yang ditempah tu kat depan jabatan akauntan negara. Tu pun kene tegur dengan polis sebab naimah ni sesuka hati je park kereta die kat depan tu. Sementara tunggu basit, kami bertiga cari makanan+minuman kat pasar tani. Aku lunch air honeydew and makan fishball. Sampai kolej dah pukul 3. Aku terus tidur kepenatan. Bangun je terus siap2 kene pergi koko caklempong pukul 8 malam. Balik koko makan burger, main game, study sedikit.

Itulah my birthday celebration..tak ada yang istimewa pun..naimah banyak kali ajak celebrate. Tapi jawapan aku “tak nak lah..tak ada mood..”

4 comments:

Anonymous said...

muahaha..
weh...
ak mmg nk celeb bday ko nie..
tpi ngh cri mse yg sesuai...
pas blk putrajaya tu pon ak da pnt gle...
tpi.. ko dh 21 dah.. matured2 kn diri ea...
ktowg dh view arr blog 'die'..
huhu...
lastly..
friends ever lasting...
sayang ko...

Najihah As'ari said...

adoi..aku xtau nape aku cam jd sedeh gile bl nk celebrate ni
gila kan?
td mkn tiramisu pun rase sayu semacam
hehe poyo tak?

Anonymous said...

21 dah boleh ngundi SPR ni..hehehe

Najihah As'ari said...

haha mestilah..org da cukup umur kan..