Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Thursday, May 14, 2009

makan empat kali sehari

hebat tak hebat perut aku ni? boleh melantak seharian.. walaupun dah kenyang, terpaksa gak menelan segala makanan depan mata semata-mata nak jaga hati orang.

semalam pukul 10.30 pg perut memang dah lapar betul. aku ni memang tak boleh biar perut kosong. kang sakit melarat-larat..so aku dengan kawan2 praktikal keluar jalan kaki gi beli makanan. selama ni naik kereta nampak macam dekat je warong tu dari tempat kerja aku. sekali bila jalan kaki, hambik ko! jauh gila! lepas makan tu, kitorang kena sambung kerja pembersihan fail2 lama. yela MARDI jb ni tengah dalam proses nak pindah. baru buat kerja sikit, diorang dah panggil makan. makan pisang goreng, ubi, keledek semua.

habis makan, konon nak lepak kat surau sementara tunggu zohor. alih-alih ada staf ajak kitorang ikut tauke cina yang nak sewakan tempat baru kitorang tu pergi tengok tapak baru mardi.. best lah kan dapat keluar. naik mercedes baru lagi.. masuk kereta macam jakun lah mewah sangat hahaha.. tauke tu cakap harga kereta dia RM640,000..fuh! lebih setengah juta.. (ala2 jakun ni)

baru pusing2 sekejap kat tapak tu, dah duduk tak larat + panas gila. tunggu tauke tu bincang apa ntah. sabar je lah.. sebelum balik, tauke tu ajak gi makan mi rebus tulang! adusss makan lagi ke? nak tau kat mana kitorang makan? warong depan rumah lama aku! hahaha masa tu perut memang dah kenyang betul lah.. tapi bila lagi kan makan free kan. bukan senang nak dapat orang belanja mahal2 ni.. semua sekali harga rm75..tujuh orang makan. ok lah tu.. tauke tu tengah baik hati kan..

semalam aku balik rumah maklong. lepas maghrib, maklong ajak makan. alamak.. dah r dia masak semata-mata untuk aku! yelaa selama ni dia duduk sorang, takde nye dia nak masak.. so nak tak nak aku makan lah..

ni nanti sure berat badan aku naik. bagus bagus..

2 comments:

shah_ariel said...

makan selagi boleh..nnt x ble nk makan nyesal plak..

jieha said...

baru keje 2minggu da naik 1 kilo da berat ni..
asyik orang belanja makan je...