Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Thursday, March 3, 2011

23 tahun ;)

dah lebih seminggu birthday saya baru lah sekarang nak update. sebab bila dah kerja ni, rasa rugi kalau tak gunakan waktu malam sebaik mungkin untuk tidur. ;p

hehehe tapi memang saya sangat lah happy sepanjang 26 & 27hb Feb haritu. ceh! celebrate sampai 2 hari..tapi tak salah kan nak happy kan diri? yes saya sangat happy!

26hb saya kenakan kan my good friend! berkomplot dengan bf die. sekali malam tu balik rumah sewa kawan, saya pulak yang kena surprise. sangat2 tak sangka. sebab saya balik pukul 1 pagi. rumah dah gelap. ketuk2 pintu tak ada sapa bukak. dah lah handphone berkecai sebab terjatuh. lama ok ketuk2 pintu..dah tercangok depan pintu hampir 5 minit (assume je) ada sorg kawan datang bukak pintu..masuk2 je mulut saya mengomel pasal handphone berkecai. sekali tengok ada kek! serius terkejut! padahal sebelum tu bf kawan belanja makan and dah makan cupcake. balik rumah ade sebijik kek! peh..terharu..and malam tu jugak jumpa my beloved mom kat KLIA sebab mama baru sampai dari Langkawi. dapatlah choc! so meh kita tengok gambar!



ini lah kawan saya, Ama..bunga tu die beli untuk saya ;) thanks a lot! oh ni kat alamanda beberapa jam sebelum dia di'wakenabeb'kan hahaha


saya tak sampai hati nak masukkan video wakenabeb tu. kesian hahaha..

actually on 26th Feb tu saya pergi dinner TESL dengan my good friend ni kat Mines Wellness Hotel.

sepatutnya setiap orang kena bawak partner memasing tapi bf dia tak dapat pergi kononnya. so saya lah pengganti. dah daftar dah bayar. last day registration, bf dia cakap kat saya dia nak datang and nak buat surprise. jadi saya merelakan diri untuk tarik diri tapi my friend tak tahu pun plan kitorang ni. memang plan macam nak gila. dah lah siang sebelum dinner tu keluar jejalan dengan my friend tu. memang tak sanggup pandang muka dia, asyik nak gelak je.

saya siap pakai dress, make up beriya sebab nak menjayakan wakenabeb ni. gigih tak gigih kan. saya jemput my friend kat kolej dia, bf dia tunggu kat masjid UPM. pastu saya cakap nak singgah masjid jap sebab nak ambik barang kat dalam bonet. macam bodoh je alasan =,=' dah ambik barang kat bonet boleh pulak saya ketuk cermin mintak camera cakap nk ambil gambar. serius alasan bodoh. haha..and masa tu saya start lah buat video and bf dia masuk kat driver seat! dia punya jerit tu Ya Allah. tahap pitching paling tinggi lah hehe.

serius happy malam tu. habis dinner, saya jemput diorang and pergi makan pulak kat bangi. celebrate birthday saya pulak ;)



thanks ama for being my good friend! cupcake ni sedap ;)


ni kat rumah sewa kawan. sila abaikan muka yang berkilat. dah pukul 1 lebih pagi kot. make up dengan minyak dah blend dah.. and sila abaikan juga tangan saya yang memotong kek itu -____-"

* ramai teringin nak kembali zaman kanak2 kalau diberi peluang. tapi saya nak terus ke umur 30! sebab umur tu adalah kemuncak kejayaan kita. InsyaAllah..

** kalau korang perasan, entry ni sangat berterabur jalan cerita, gambar and semua lah. sebab dah berapa kali edit. edit sikit, save dalam draft. bila edit lagi, dah malas nak baca balik so main tambah je cerita ;p

*** tahun ni tahun yang agak mencabar. ceh baru bulan march dah terasa cabaran. banyak hoi cabaran sampai tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri. owh makin meningkat umur kita, makin bertambah lah cabaran kan..

**** semoga saya menjadi insan yang berguna, yang sentiasa menyenangkan hati ibu bapa, dimurahkan rezeki, dilindungi dalam rahmat-Nya, diteguhkan iman, dijauhi dari segala kemaksiatan dan malapetaka. Amin..

1 comment:

asybedazzle said...

seronoknya kawan2 celebrate birthday, tak pernah lagi. hehe. happy belated birthday! ;)