Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Wednesday, March 30, 2011

emosi perempuan

ni nak cerita pasal emo perempuan

perempuan kalau tabah macam manapun, kuat lah konon hati tu,dalam sebulan, mesti ada seminggu tu emo semacam.

tetiba rasa asyik nak nangis. kadang-kadang memang tak ada sebab apa pun untuk nangis, tapi tetap nak nangis. bila nak nangis tu, mesti duk fikir alasan untuk nangis sebab rasa macam entah apa-apa je nangis tak bersebab. memang pelik tapi ni realiti untuk kebanyakan perempuan. aku tak cakap semua perempuan ok.

kalau memang tengah ada problem besar, selama ni boleh budget cool je. keras hati lah konon. tapi bila sampai masa, memang nangis lah memanjang. tengah kerja ke, tengah kelas ke tetiba sedih. senyap je sepanjang hari. bila malam sebelum tidur memang tak payah cakap lah, entah berapa lama menangis alih-alih dah tertido. nasib lah bangun tidur mata jadi macam panda. pastu start gelabah nanti orang tegur kenapa nangis lah apa.



kalau tak ada rasa nak nangis ni, mesti rasa nak marah-marah. semua benda jadi tak betul. haaa masa ni kalau tersalah gurau, memang kena jelingan maut lah. takpun kau buat lawak, tapi dibalas dengan muka tak ada perasaan. paling tak pun, senyum untuk jaga hati. nampak sangat tak ikhlas.

so sesiapa yang jadi mangsa tu, kenalah memahami. tak bermaksud pun nak buat muka tak ikhlas, marah-marah ke apa. sebab memang susah nak kawal emosi masa ni.


*******************************************************************************


emo perempuan ni tak semestinya masa dia datang bulan. kebanyakannya seminggu sebelum tu dah start emo. masa datang bulan, ok pulak mood dia. setiap perempuan berbeza, tak sama..ada je yang sentiasa cool. kalau pandai kawal, memang hebat lah

2 comments:

eisyabinafsha said...

seriusly i agree 100%....macam saya sblum nak period dalam lebih kurang 1 mggu tu bad mood...tp kalo tengah period hepi....huhu.Lain perempuan lain simptom...tak sama....

Azie said...

setuju! aku pun camni gak..hihi ;)