Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Wednesday, September 29, 2010

konvo afif - UTM

tak seronok masa konvo hujan. nak snap gambar punyalah susah,
mesti bergambar sekali dengan payung. tak best. nak ambil gambar ala2 hindustan pun tak boleh haha.

oh saya telah memaksa adik2 saya ponteng sekolah supaya boleh pergi konvo abang saya. ni kalau cikgu dia jumpa saya, ada kena lempang kang.. dah lah 3 hari berturut2 saya paksa adik ponteng sekolah. alaaa biarlah kan..dah habis UPSR pun adik saya sorang ni.

meh kita tengok gambar k. tapi tapi tapi kan...gambar ni tak tersusun tau. malas nak susun2. biarlah..korang pandai2 lah faham sendiri k..




jenuh tunggu kat luar dewan


ni lah adik bongsu saya.dah besar dah dia...





kan dah cakap payung mesti ada!
















tengok, masih hujan lagi masa nak balik.





serius gedik!


ni gambar keesokan harinya. shuuweeet kan mereka..





ok 9 october turn saya pulak dapat scroll dari Tuanku Canselor ;)

Monday, September 27, 2010

Counting Days

fulamak! lamanya tak update blog! ni bukan setakat blog berhabuk bersawang bagai, tapi dah tahap cermin pecah, pintu dengan perabot2 kayu semua dah habis kena makan anai2. gila scary dah macam rumah hantu.

anyways, hari ni saya nak pergi konvo the one and only abang saya, Afif kat UTM. tapi masih terfikir2 apa lah nak buat nanti duduk kat luar dewan kan. jalan2 pusing2 kat pesta konvo agaknya boleh 10 round ni. boleh naik kuda kan? huh! gila ke apa dengan pakai baju kurung, heels bagai tetiba nak naik kuda!

eh eh korang, konvo saya 9 oktober tau! 1st session! tapi saya tak ada baju lagi untuk konvo saya... jubah color maroon, hood color platinum silver2 camtu. so baju kurung color apa sesuai? haiiii saya malas betul nak pergi beli baju ni. malas nak layan kerenah cerewet diri sendiri -___-"

tak sabar nak dapat scroll hehehe..tapi hati dup dap dup dap wehhh. tak tahu lah kenapa haha~

p/s ni memang mood tak sabar nak konvo kahkahkah

p/s/s anda semua dijemput memeriahkan majlis konvo saya. jom lah ramai2! (padahal yang baca blog ni pun kosmate saya jugak. memang lah dah tentu diorang datang)

Friday, September 3, 2010

Persiapan raya saya ^__^

hello readers semua!! saya nak minta ampun dan maaf sangat2..bukan ampun maaf masa raya tu tapi sebab dah lama jadikan blog ni terbiar sunyi sepi hehehe...hilang mood mahu berblogging lah. so amacam persiapan raya? saya nak share lah sikit pasal persiapan raya saya.

1. baju raya - tak ada lagi sebab saya jenis perempuan yang duduk rumah diam2 hahaha. bila mama tanya bila nak pergi beli baju raya, jawapan saya "nantilah.." oh gila semangat tak saya nak beraya macam ni?? padahal hari tu dah kuar cari baju raya tapi disebabkan cerewet sampai rasa nak lempang diri sendiri akhirnya balik rumah tangan kosong je -_____-"

2. kasut raya - Ah tak payah nak beli baru. pakai je apa yang ada. pergi beraya rumah orang bukak juga kasut kan. bukan boleh pun nak tayang2 kasut baru, lawa2, tinggi sampai 3 4 inchi. pakai kasut tinggi2 masuk rumah orang tetap jadi pendek juga kan..haha

3. beg raya - perlu ke beli baru? yang ni masih difikirkan kewarasan untuk beli baru haha walaupun tak ada perasaan pun nak beg baru. dulu kecik2 mesti nak ada beg raya yang comel2 sebab nak letak duit raya banyak2. sekarang tak payah berangan nak dapat duit raya lagi dah..beg diperlukan untuk letak i/c, lesen, duit sikit in case nak kena top up minyak kereta, and paling banyak hanyalah barang make up!

4. tudung raya - baju raya pun belum ada macam mana nak ada tudung raya? rasanya bakal pakai apa yang ada je.

5. kuih raya - dah banyak kot mama saya borong kuih raya. saya siap bebel lagi mama ada beli yang saya tak suka. haha suka hati je kan nak mama beli apa yang diri sendiri suka.

6. langsir - rasa cool gila panjat2 tangga tukar langsir hehe..dah 3 tahun tak bertukar wajah. now dah tukar. first time kot saya panjat2 tangga nak tukar langsir haha

Apa lagi ye? tu je kot..kiranya saya ni macam tak ada buat apa2 persiapan raya pun lagi. raya tinggal seminggu wehhhh..

*abang sayang, nak kad raya tau! ni paksaan ni..tak kira, nak jugak kad raya! nanti kalau ada peluang jumpa masa raya, kamu bagi duit raya ok? hehe.. bagi sikit pun tak apa..nanti saya nak mintak sekali duit nafkah banyak2 heeeeee... >__<

*oh hari ini birthday abah saya!! abah, jiha saaaayaaang abah sangat2! malam nanti kita makan kek ok!!

*and birthday kawan saya faiqah rahim! hai fa! happy birthday tomey2.. ^___^

Wednesday, August 11, 2010

Terawikh

tengok abah dengan adik2 pergi terawikh sampai geleng kepala. toksah lah korang tanya kenapa aku sekadar tengok mereka.

pergi terawikh 4 orang tapi 2 kereta. konon si adik taknak ikut abah sebab abah buat 20 rakaat, dia buat 12 rakaat.

aku tanya kenapa tak buat 8 rakaat?

si adik cakap, 8 rakaat macam sekejap sangat. segan pulak tu nak cabut dari saf. 20 rakaat lak tak larat.

ok lepas ni kalau aku pergi terawikh nak ikut abah atau ikut adik?


*nanti dah tengah2 bulan pose, mesti lepas rakaat ke-8 luar masjid meriah dengan bunyi mercun. budak2 sekolah bisalah pakat buat 8 rakaat pastu gather kat tempat parking nak main mercun

*tapi kalau masa dekat kolej dulu, awal2 ramadhan je surau dengan masjid penuh. dah tengah2 tinggal bape kerat je.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi!

hello!!
lame kan saya tak update..biasalah orang sibuk cari kerja.. sekarang baru tahu memang bukan senang nak dapat kerja. boleh sakit jiwa fikir pasal masa depan. kawan2 saya ramai yang sambung belajar. ramai juga yang nak jadi cikgu. saya??

ermm surat khabar hari ini ada pasal industri biotech yang tengah naik..konon2nya banyak gila peluang kerja dalam industri ni. adush!!!! hakikat sebenar tak payah cerita lah..buat sedih je.

dah2 tak mahu cakap pasal biotech ke apa.

saya baru balik dari pergi training kat KL. so habis training sempatlah lepaking dengan kawan2.


ni kat tempat training. seronok kenal dengan diorang. sporting habis!! ;D






oh btw, selamat berpuasa semua! ;)
tak sabar nak pergi bazaar ramadhan. mesti meriah! and tak lupa juga sembahyang terawikh. jom meriahkan bulan puasa ni!

Tuesday, July 27, 2010



perempuan itu bukan saya ye..ambil dari blog orang heeee ;)

Tuesday, July 13, 2010

sebagai orang yang tak ada kerja ni, faham2 je lah kan setiap hari buat apa. kalau bukan depan tv mesti depan computer. tengah bergelak sakan ym dengan kawan tetiba;

mama: cepatlah transfer resume masuk computer tu. nanti boleh apply kerja banyak2..cepat sikit dapat kerja.

aku terus toleh pandang mama..

aku: ooohhhh...mama nak suruh jiha keluar rumah cepat2 eh? nak halau jiha lah ni?

mama: ye lah..biar jiha tak ada kat rumah ni hahahah~

cesssssssss! sampai hati.. hahaha hampeh betul.

my target sekarang ni nak kerja before raya. at least masa raya kalau orang tanya buat apa sekarang, aku dah boleh jawab ;)

Ipoh and Spain. 2 cerita 1 entry

Hari tu pergi jalan-jalan, pusing-pusing kat Ipoh. oh tak tak.. pergi Ipoh sebab kazen kahwin. Nazim Annas dengan Nurul Hidayah Marzuki. oh aku pergi sana sekejap je pun.. hari sabtu pagi bertolak and sampai sana waktu asar. then the next day after majlis je terus balik Pontian. fuhhh penat tu memang tak payah cakap lah.. bayangkan penat perjalanan tu macam mana kan..dari selatan ke utara. pastu malam gigih nak tengok Germany vs Uruguay. Ah memang sangat dahsyat lah mata. dapat tidur sekejap je. hari ahad lepas majlis balik pontian lepas tu gigih lagi demi Sepanyol! Fuh fuh fuh~ tak sia2 rupanya kahkahkah menang tu spain! sorry ye peminat Belanda or Pembenci Spain hahahahaha~

oh ok aku cerita pasal Ipoh dengan wedding tu dulu. then baru cerita pasal world cup ok. aku nak gak cerita pasal bola sebab kalau tak cerita sekarang lama2 cerita jadi basi. siapa yang nak baca??

senang cerita, kita tengok gambar je lah.


Daus dengan Fatin. Semangat pakai jersi Germany


ni pagi2, bukan pagi sangat lah..dalam pukul 10 pagi camtu..nak keluar pergi bandar Ipoh cari tudung sebab tudung tak bawak. Ah memang sangat sengal ok tak bawak tudung.



inilah tok kami! hai tok..saja nak bagi tok glamor sekejap heeeeee. oh kitorang duk kat homestay. ok lah rumah tu ada 3 bilik. nak kata mahal ke murah, aku tak tahu lah. sebab tak pernah lah pulak nak banding2 kan harga dengan tempat lain.


kami yang sengal sementara tunggu nak berkonvoi


rombongan pihak lelaki. seronok ahh konvoi2 ni. suka suka~


pengantin sebelum berangkat ke dewan


pengantin di pelamin


anak dara, pose 1


pose 2


ini kazen aku yang sebaya. Nabilah Annas ;)



kami sebelum balik





tak sah kalau tak mencapub kan diri =.=

ok cukup pasal Ipoh. nak cakap gak sal WC. taknak buat entry baru. malas!

sebagai peminat-penyokong Spain, aku memang sangggaaattt puas hati. hehehe tak tergambar ok perasaan happy tu. Siap semangat tengok ulangan Final tu! bukan sekali, tapi dua kali!

Pada aku lah kan, Spain ni memang ada team spirit yang sangat hebat.and antara pemain Spain yang hebat pada aku;

1. Sergio Ramos- gerakan dia, cara dia control bola memang hebat. tandukan dia pun bukan calang2. Dia antara pemain yang banyak kawal bola

2. Puyol- kalau ada award untuk kepala emas, dia mesti boleh dapat hahaa..dia ni memang penting sangat2 dalam spain sebab dia sentiasa berusaha selamatkan bola and tetap nak cuba bantu serangan. macam orang yang tak reti penat!

3. Xavi- dia ni aku tak tahu nak cakap apa, cuma HEBAT. itu sahaja.

4. David Villa- harapan spain tapi banyak buat silap masa final. mungkin tertekan kott..dia bijak cari peluang sebelum ni. tak apa lah Villa~

till then, chiowww! mau tidur

Wednesday, July 7, 2010

Takut dengan bunyi guruh, takut dengan ribut. Yes, some people akan cakap 'mengada2nya' 'penakut' etc etc..

Tapi mereka tak tahu hakikat sebenar orang yang mengalaminya..

Saya memang sangat takut. Rasa macam nak gugur jantung ni.

Hari tu masa ribut saya sorang2 je kat rumah. Saya beranikan diri round satu rumah untuk lock semua pintu and tutup semua tingkap. Saya duduk bilik sorang2, senyap2.

Tapi badan saya menggigil. Betul2 takut. Saya tutup pintu bilik and lock kan terus. Paksa diri untuk lelapkan mata walaupun kepala dah pening sebab dah tidur lama sangat.

Saya takut. Sangat takut. Saya keluar bilik bila dah pasti ribut dah berhenti. itu pun pukul 11.30 am.

Saya tahu ramai yang pandang sinis dengan orang yang penakut. Biarlah..mereka tak rasa..

Sunday, July 4, 2010

Dunga nak letak jawatan. Aku juga tak terkecuali nak letak jawatan. Jawatan sebagai penyokong mana2 team =_=

punah dah harapan nak tengok Brazil lawan Argentina kat final. sekarang apa jadi??

Jangan salahkan Maradona. Dia tak salah.


Saya Kecewa.