Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Friday, April 10, 2009

bila lelaki merajuk

apa perlu kita buat kalau lelaki merajuk?
malas betul lah aku nak layan..
kalau ikut kan aku, nak biar je. tapi jadi serba salah pula aku.
macam mana nak pujuk dia ni? kalau dengan ex aku dulu, aku tau lah cara nak pujuk..
dengan mamat ni entah lah. tak pandai lah..

Monday, April 6, 2009

hati lelaki versus hati perempuan

hahaha~ tajuk entri tak boleh blah.. sebenarnya aku pelik sangat dengan lelaki yang kaki perempuan ini. dulu aku tak ada lah nak ambil kisah dengan benda macam ini. tapi aku mula berfikir bila aku jumpa dengan species yang tak kisah pasal perasaan orang lain ni. terang-terang dia kaki perempuan! senang cakap playboy lah.. masa awal2 kenal dia ni, aku tertarik gak dengan muka dia yang boleh la dikategorikan sebagai cute walaupun badan agak keping hehe (sesuka hati kutuk orang). tapi bila dah agak lama kenal dia, aku mula nampak perangai dia ni. dia tak kisah pun perempuan ni jenis macam mana, semua dia nak belasah main kan perasaan orang. kalau nak berkawan, tak kisah lah. tapi janganlah layan macam perempuan tu sangat istimewa pada dia. dengan cara dia layan orang, boleh buat perempuan tu perasan yang diri dia sangat istimewa pada lelaki yang entah apa2 ini. nasib lah aku bukan mangsa dia.. aku pun tak ingin buat die perasan yang dia kononnya lelaki hebat! aku tahu dia akan berubah satu hari nanti. bila dia dah jumpa true love, dia pasti berubah jadi sangat setia. (agaknya lah..kalau ikut dalam novel, selalunya macam tu lah) perempuan selalunya senang cair kalau lelaki dah mula manjakan dia.. putus cinta bukan perkara mudah. bukan senang2 nak lupakan macam tu je. setahun pun belum tentu kering air mata. iman yang kuat je boleh buat kita lebih tabah. aku doakan semoga that guy akan berubah secepat mungkin sebelum lebih ramai lagi mangsa playboy dia tu. tak faham aku apa motif dia buat perempuan macam tu. puas? seronok? bangga? pada aku dia macam perbodohkan diri sendiri sebab tak jujur dalam hidup. biarlah.. setiap perbuatan pasti ada balasan. just tunggu dan lihat. mungkin satu hari nanti dia yang akan melutut pada perempuan. pada lelaki di luar sana, fikirlah banyak kali sebelum mainkan perasaan orang..

kesihatan terganggu

tidak ada apa yang nak disampaikan. melainkan rasa diri ini mempunyai antibodi yang sangat lemah. rasanya baru 2 minggu lepas sembuh dari demam yang dahsyat. now aku dah rasa semacam je badan ni. semalam batuk2. hari ini dah start sakit tekak, badan pun dah mula panas. nasib ada adik yang bermurah hati bagi aku makan panadol. hehehe.. risau gak demam waktu macam ni. final exam start 17 hb. harap2 tak melarat lah demam ni. tak sanggup aku nak study dalam keadaan badan lemah tak bermaya.
aku tak sure lagi nak balik campus bila. esok atau rabu. tiket bas tak beli lagi ni. selamba je..haha~ maaf la Dr Mohani sebab ponteng kelas Dr esok petang. kalau sampai kolej awal pun, rasanya aku tak rajin nak pergi kelas. memang awal2 dah niat taknak pergi..

Sunday, April 5, 2009

kenangan terindah

Alhamdulillah.. akhirnya segalanya selesai malam tadi..
aku berjaya juga main caklempong dengan jayanya..
ni aku letak gambar-gambar dari waktu latihan, raptai, and malam kejadian



kami ketika rehearsal..penat ni


rehat sekejap


sebelum majlis berlangsung..merah menyala aku..

kami dan pameran batik
aku dan azie lepas habis majliscik din (instructor aku), syah n halimpinjam firdaus jap dari gf die haha



now, aku di rumah.. balik petang tadi (ahad). saja balik..macam biasa, nak cari ketenangan. rancang nak balik pagi tapi lab report tak siap lagi. nak balik tadi pun macam2 halangan. ada ke patut tetiba sandal boleh putus! cez...nak balik bilik jauh sangat so aku pinjam selipar naimah.. hehe.. then, nak jalan pergi depan KMR untuk naik metrobus, terpaksa redah hujan. gila betul lah..Alhamdulillah aku dah selamat sampai rumah. and sekarang tengah aman damai lepak depan laptop. semua masalah aku tinggalkan kat serdang kecuali lab report hahaha.. next week aku dah start final exam!! ni tak tahu lah bila nak balik campus. esok (isnin) tak ada kelas. selasa aku ponteng gak lah 1 klas. rabu tak ada kelas tapi ada taklimat untuk practical training. so macam kena balik selasa je..



Friday, April 3, 2009

berlatih caklempong

well, aku yang pakai tudung pink tu!

hari rabu iaitu 3 hari before kena perform depan pengarah koko, aku masih tak dapat nak bawa melodi dengan baik sampai down habis malam tu. tapi Alhamdulillah hari khamis aku dah dapat kuasai main caklempong ni walaupun masih ada kelemahan. antara penyebab aku main dengan teruk ialah aku main dengan cara menghafal. bukan tengok notes. so bila tetiba blank je, terus tangan aku terbehenti dari memukul bonang2 yang tersusun depan mata. masa tu mata akan kelam kabut mencari notes atas kertas sambil tangan terkial-kial haha.. tak ada cara lain, terpaksa toleh kat my partner, sham. sham main caklempong dengan cara sentiasa ikut notes. bukan menghafal macam aku. walaupun aku yang ajar sham cara main, tapi dia lah tempat aku bergantung bila aku jadi blank. sampai cik din (instructor aku) cakap "tu lah..menghafal lagi!" huhu nampaknya aku kena belajar main sambil tengok notes lah.. takut malam esok aku jadi blank pula bila buat persembahan. InsyaAllah aku akan masukkan video masa real performance aku nanti.. sekarang ni korang nak perlekehkan cara aku main pun tak kisah lah.. malam esok persembahan!!!

Monday, March 23, 2009

kehidupan, aku, kegembiraan, kesedihan

  • Last week aku demam yang sangat dahsyat. Pergi kelas 2 hari sahaja! Hari isnin aku tidur sepuas puasnya dari pagi sampai petang. Tak larat nak bangun. Hari selasa gagahkan diri juga untuk pergi kelas sebab ada lab. Rabu petang after lab aku balik rumah!! Ponteng kelas rabu 5-6 dengan kelas hari khamis. Sangat seronok. Saja balik rumah..nak cari ketenangan. So petang rabu tu aku telah tinggalkan segala masalah aku yang sentiasa buat aku down, lab report yang melambak-lambak, assignment arab semua.. biarlah aku nak dapatkan ketenangan di rumah dan mengutip segala semangat aku semula. Alhamdulillah aku tenang sangat di rumah. Sentiasa tersenyum and paling penting aku terus sihat dari demam. Di sisi keluarga, tiada langsung perasaan sedih. Aku tahu hanya family aku sahaja lah yang dapat beri aku kebahagiaan. aku bahagia tengok muka mama abah tersenyum gelak ketawa, bergurau senda dengan adik-adik.
  • Sampai UPM semula, terpaksa lah mengadap 4 lab report yang tertangguh, assignment arab lagi.. nasib lah…tapi aku still tak gigih buat. Sempat lagi baca novel habiskan dalam masa sehari. Malam semalam banyak aktiviti tapi tak semua aku dapat join. Aku pergi solat hajat perdana.
  • Lepas tu terus pergi K5 untuk lihat seseorang yang pernah bertakhta di hati berpidato. Aku tahu dia memang insan berkarisma. Tahniah kerana sampai ke tahap ini (finalis pidato). Aku tak risau kan masa depan dia. Sebab aku tahu dia boleh berjaya dalam hidup tanpa aku..kalau dia sakit, aku tahu ada orang yang akan jaga dia. Sekurang-kurangnya aku tak risau lepaskan dia..
  • Buat rakan-rakan yang menjemput aku untuk celebrate birthday ain, maaf kerana tak dapat hadir. Balik dari K5 pun dah lewat.
Ok nak mengadap lab report..daaa~

Sunday, March 8, 2009

tolong saya!

aku sedang melarikan diri dari seseorang..
oleh kerana aku ini merupakan insan yang tidak pandai nak marah orang, aku dah jadi macam tak betul je..
kawan-kawan, thanks sebab tolong aku bagi pelbagai alasan untuk menjauhi 'dia'..
arghhhh tapi bak kata wani, "menyerah diri je lah" NEVER!
kenapa mesti aku????

Saturday, March 7, 2009

kucar-kacir hidupku kini

2 minggu ni tersangat lah busy..so mungkin aku sangat jarang untuk online..kene fikir banyak kali jika nak online. online hanya bila rasa tersangat lah ngantuk ketika stay up..
ni aku list kan jadual aku untuk next week:
selasa: hantar lab report ferment. tak siap lagi..ada 8 graf yang belum buat and baru sampai part methods
rabu: petang ada test instrumentation, malam test arab..and kene submit lab report untuk instrument. tak sentuh pun lagi!
khamis : test fermentation petang
ahad pagi: test management MGM3180
ahad malam: ada majlis Mlm Jasamu Dikenang which is aku as c/o makanan..tak pernah2..terkial kial aku nak settlekan.semalam baru call caterer..
so conclusion nya, aku kene siapkan lab report yang sangat lah susah + study untuk second test. bila tengah study, kepala asyik terfikir lab report tak siap lagi. tapi nak buat lab report, kepala akan pening tahap dahsyat sebab graf aku memang tak lawa..bukan aku yang draw ok! guna excel! tak lawa sebab result entah apa-apa..
arghhhhh aku dah start tak betul dah ni..ni gara-gara buat entry tentang benda yang memeningkan kan lah ni...
dah dah...aku nak baca instrumentation! alamak..perah otak lagi..
lalalalala~ try untuk enjoy bersama buku+notes+lab report haha~

Tuesday, March 3, 2009

Mahasiswi yang sentiasa inginkan kesenangan hidup

MPP UPM sedang melakukan paksaan..hahaha bukan lah… aku ternampak MPP ada buat kaunter khas untuk kebajikan pelajar di Putra food court. Aku pandang je kaunter tu dengan perasaan…ntah tak tau apa perasaan aku..tersasul taip tu. Sambil tunggu sup cendawan aku siap, aku jelling-jeling gak lah kaunter tu. Rasa macam ada benda aku nak pertikaikan or other word nak membuat aduan. Tapi otak aku hanya focus pada perut yang sedang berkaraoke kat jusco balakong dengan harga yang sangat murah OH SHUT UP JIHA! Sorry aku tengah tak boleh nak kawal otak untuk berfikir secara teratur. Macam-macam benda berlumba untuk keluar agar setiap words ditaip di entry ni..CUKUP JIHA!

Ok serius..ingat dah tak nak fikir dah tentang aduan yang macam-macam..tapi alih-alih esoknya YB Jalilah (panggilan khas untuk jalilah..dia one of the MPP board ok) telah mengedarkan borang aduan untuk kebajikan pelajar. Dapat je aku belek-belek then terus simpan dengan rapinya dalam beg hitam aku. Niat nak isi bila sampai bilik. So ada lah masa untuk fikir apa yang patut aku adu.. kononnya lah.. but aku terlupa tentang kehadiran borang tersebut dalam beg aku. Bila YB minta je dah kelam kabut aku isi.. isk kan dah tak sempat nak jawab ala-ala esei dalam borang tu. So aku hanya sempat adu yang wireless sangat tak kuat kat blok kesayangan aku ni..tension gila bila nak online.blok cermai je yang ada kekuatan wireless yang sangat menyedihkan.

Oleh kerana tidak mempunyai cukup masa untuk buat aduan dalam borang tu, so aku list kan lah segala yang tersimpan nun jauh di dasar hatiku. Cis poyo!

1. nak stress kan tentang wireless tu! Dah ramai buat aduan kat ofis tapi tetap tak ada perubahan. So mengharaplah MPP akan berusaha demi saya! Ya demi SAYA! Haha~ (aku akan paksa YB Jalilah baca entry ni)

2. please letak ATM machine di setiap kolej. Kalau macam permintaan ni agak susah, at least ada lah ATM kat tempat yang jadi tumpuan orang.. penat lah kena pergi Park View setiap kali nak draw duit

3. mansuhkan peraturan keluar masuk kampus yang hanya limit sampai pukul 12 malam. Cuba fikir dari pelbagai sudut ok! Kesian kat students dari pantai timur yang selalu ambil bas malam untuk balik kampus. Biasanya mereka akan sampai di hentian Putra dalam pukul 3, 4 pagi.. tak kesian ke mereka ni terpaksa tidur di surau hentian tu sementara tunggu matahari menunjukkan wajahnya yang berseri tu. And penting juga untuk orang yang suka tengok midnight movie. Niat mereka ini selalu terbantut.. (aku lah tu)

4. oleh kerana UPM ni terkenal kerana pertanian, so please lah jangan tebang pokok lagi..panas tau tak?! Kami yang kena berjalan kaki ke hulu ke hilir dah tak sanggup tahan panas and kami sangat sedih setiap kali terpandang pokok2 ditebang.

5. ni lagi 1, boleh tak buat tempat letak kereta berbumbung.. kesian tengok orang masuk kereta macam masuk oven yang sangat panas! Lagi kesian kalau air-cond kereta rosak. Ni aku cakap ikut pengalaman aku lah ni..

Tu je lah..if ada apa2 lagi, aku akan sampaikan terus pada YB Jalilah..

Monday, March 2, 2009

27feb

27hb feb..my birthday…

Nak cerita serba sedikit tentang apa yang aku lalui sepanjang 27hb tu.. bagi aku, ni birthday aku yang sangat kosong. Tak ada tinggalkan kenangan yang menyeronokkan..
Malam seperti biasa aku akan dapat mesej yang berturut-turut dari semua kawan2 and family. Sampai penat aku delete mesej dalam inbox yang dah melimpah ruah tu. Aku bangga dah mencapai 21 tahun! Konon nak study pukul 1 pagi tu..alih2 pukul 1.30 pun still berusaha untuk reply mesej kawan2.

Pagi aku bangun dengan jiwa yang kosong.. tak ada perasaan. Janji dengan naimah nak temankan dia + tunjukkan jalan ke putrajaya sebab dia nak ambil stok kerepek untuk bisnes. Awal lagi sementara nak tunggu 11.30 baru nak pergi putrajaya.. so aku duduk melepak, basuh baju, main game...

Pergi putrajaya tu, basit and jeyakanthan pun ikut sekali..diorang duduk kat seat belakang.. basit sangat bersemangat pakai tali pinggang keledar (betul ke aku eja?) walaupun hanya dari K6 ke park view untuk draw duit. Sangat berkesan iklan hot fm yang sentiasa suruh pakai terutama untuk orang yang duduk belakang..bagus basit! Sementara tunggu naimah draw duit, kitorang duduk je dalam kereta.. sambil2 tu aku betulkan tudung, make up semua.. tetiba basit tanya, “jiha, kau ada blusher tak?” BASIT, KO NAK PAKAI BLUSHER KE? Aku takde lah tanya camtu..walaupun pelik, aku tetap jawab dengan jujur yang blusher aku hilang entah ke mana.rasanya tertinggal kat rumah..tak tau motif pertanyaan dia tu.

Sepanjang perjalanan, basit and jeya asyik bergaduh siapa yang lebih gemuk. Perlu ke aku bantu mereka untuk choose siapa lagi berisi? Malas nak layan.

Sampai putrajaya, makcik tu suruh jumpa kat bangunan kubah hijau. Sure lah ofis paklah kan..tapi pusing2 tetap tak nampak van biru dia. Sampai banyak kali kena tegur dengan polis sebab asyik nak lalu jalan yang memang diorang dah tutup khas untuk VIP yang nak pergi sembahyang jumaat. Tapi berjaya juga kami melalui sekatan abang abang polis ni. Banyak kali pusing tempat yang sama semata mata nak cari van color biru. Sampai polis-polis tu pun dah cam kereta kitorang yang sememangnya sangat menarik perhatian..merah menyala ok kereta naimah ni.

Bila pukul 1.30 kitorg tinggalkan basit kat masjid. JEYA! TAK BAIK TAU TINGGALKAN SEMBAHYANG! Hehehe akhirnya dapat lah kerepek yang ditempah tu kat depan jabatan akauntan negara. Tu pun kene tegur dengan polis sebab naimah ni sesuka hati je park kereta die kat depan tu. Sementara tunggu basit, kami bertiga cari makanan+minuman kat pasar tani. Aku lunch air honeydew and makan fishball. Sampai kolej dah pukul 3. Aku terus tidur kepenatan. Bangun je terus siap2 kene pergi koko caklempong pukul 8 malam. Balik koko makan burger, main game, study sedikit.

Itulah my birthday celebration..tak ada yang istimewa pun..naimah banyak kali ajak celebrate. Tapi jawapan aku “tak nak lah..tak ada mood..”