Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda
Monday, April 27, 2009
Dah hampir setahun aku berhenti mengejar..
Sunday, April 26, 2009
Selangor vs Kelantan
Setiap insan berlainan pendapat, berlainan buah fikiran, berlainan citarasa..
Wasalam..
Friday, April 24, 2009
practical training
and now aku dah berada di rumah. balik sebentar demi mama..
i m in dilemma about my practical training..there are two places that i have to choose yang mana lebih memuaskan,menyenangkan,bla bla bla...
institut pertanian ayer hitam and MARDI JB
aku tak tau lah mana yang lagi best..
if institut pertanian ayer hitam,
- ada hostel. so secara tidak langsung aku jimat duit minyak semua
- ada 3 orang kawan lagi yang dapat tempat sama
- kawasan agak pedalaman..so duit aku akan lebih selamat dari mengalir macam air sahaja kan..
- dekat dengan rumah roommate aku..so boleh jumpa selalu
if MARDI, johor bahru
- dekat BBU, jb..which is aku dah biasa dengan kawasan tu
- eim marayu untuk choose mardi sebab dia pun dapat sini gak
- duit minyak memang sangat hebat mengalir kalau aku ulang-alik dari rumah ke mardi. 1 jam ok perjalanan..means aku kena bangun dengan sangat awal sebab memang kena redah traffic jam everyday
- walaupun banyak kekurangan kalau aku pilih jb tapi aku kesian kat eim and aku memang ada perasaan sayang kat jb (yela..duk jb dari sekolah tadika lagi)
rasanya? nampak macam aku lebihkan kat ayer hitam je kan..yeke? hehehe sebab fikir duit lah ni.. kecewa sebenarnya sebab tak dapat Felda Ulu Penggili.. kalau Felda, lumayan gak elaun dia.. duit lagi.. motif?? bukan mata duitan ok.. tapi berjimat bukan kedekut keskeskes
bila kena manage duit sendiri, aku baru nampak macam mana kita kena berusaha untuk berjimat untuk masa depan. tak ada duit macam mana nak kahwin kan.. tetiba? isk lambat lagi lah bab kahwin2 ni.. nak berjaya dulu.. roommate aku suruh cari jodoh masa practical..gila ke apa? taknak ada unsur2 gatal ok..entah2 dapat supervisor garang macam rimau hehe
ok2 dah mula mengarut..
entry pun membosankan..
Tuesday, April 21, 2009
berani atau takut? lemah semangat je..
rasa macam dah lama sangat tak jenguk blog ni..
asyik mengadap buku, lecture notes, tutorial semua kan..
ini ada satu peristiwa yang berlaku malam tadi. dalam pukul 12 lebih macam tu..
memang terserlah sifat penakut aku tu hahaha
masa tengah study ferment sambil dengar radio..malam tadi aku dengar hot.fm...
pastu ada lah satu pemanggil ni, dia cerita pasal dia tengah syok drive kat highway..
aku ingatkan dia nak cerita benda biasa je.. alih-alih dia cakap...
"tetiba saya ternampak ada orang melintas"
aku: tu pun dia nak cerita..
then dia sambung lagi..
"tapi masalahnya orang tu tak berkaki!"
terbuntang mata aku..cepat2 aku tutup radio
and masa tu juga lah aku terasa nak pergi toilet..
alamak..siapa nak temankan..roommate dah tidur..
aku dah kelam kabut kemas buku and notes sumer and lari pergi bilik azie..
sampai2 je, aku letak barang2 aku and...
"azie, teman gi toilet jap".."aku takut..."
kahkahkah...
akhirnya segalanya selamat..
tapi..
pukul 4 pagi aku balik bilik and nak tidur.. but then mestilah kene pergi berus gigi dulu kan..
alamak..terketar-ketar kaki aku..balik dari toilet tu meremang bulu roma..takut ada yang ikut..
pastu boleh plak mata aku susah nak lelap..dah nak subuh baru lah terlelap..
macam rugi je tak dapat tidur masa hujan tengah lebat..hehe
ok lah..tu je lah peristiwa penakut aku malam tadi..
Monday, April 13, 2009
final exam (semester 4)
malam tadi nak stay up lah konon. alih-alih pukul 2.30 pagi, aku dah terbayang bukan2. apa lagi terus melompat atas katil. entah kenapa tetiba terbayang makhluk2 halus ini.
aku ni dari semalam cam mengidam nak makan sushi..waaaaa~ teringin nya...
oh ya, entri ni pasal final exam..dah jauh sangat aku pergi..
ok2.. ni jadual exam aku (ada 3 paper SAHAJA)
17 April - instrumentation
19 April - bahasa arab
23 April - fermentation technology paling takut!!
chaiyok2!! esok roommate aku dah start first paper dia. good luck!
habis exam, aku nak tengok movie jangan tegur..tapi tak ada kawan.. hari itu kawan-kawan aku dah pergi tengok tapi aku tak dapat ikut (atas sebab2 tertentu). nak ajak kawan yang lain, diorang tu memang sangat penakut macam lah aku ni berani sangat hehe
habis exam, aku cuti seminggu sahaja sebab praktikal strat 4 Mei..
ok lah..tak mahu lama2 mengadap laptop..
Friday, April 10, 2009
bila lelaki merajuk
malas betul lah aku nak layan..
kalau ikut kan aku, nak biar je. tapi jadi serba salah pula aku.
macam mana nak pujuk dia ni? kalau dengan ex aku dulu, aku tau lah cara nak pujuk..
dengan mamat ni entah lah. tak pandai lah..
Monday, April 6, 2009
hati lelaki versus hati perempuan
kesihatan terganggu
aku tak sure lagi nak balik campus bila. esok atau rabu. tiket bas tak beli lagi ni. selamba je..haha~ maaf la Dr Mohani sebab ponteng kelas Dr esok petang. kalau sampai kolej awal pun, rasanya aku tak rajin nak pergi kelas. memang awal2 dah niat taknak pergi..
Sunday, April 5, 2009
kenangan terindah
aku berjaya juga main caklempong dengan jayanya..
ni aku letak gambar-gambar dari waktu latihan, raptai, and malam kejadian
aku dan azie lepas habis majlis
Friday, April 3, 2009
berlatih caklempong
well, aku yang pakai tudung pink tu!
hari rabu iaitu 3 hari before kena perform depan pengarah koko, aku masih tak dapat nak bawa melodi dengan baik sampai down habis malam tu. tapi Alhamdulillah hari khamis aku dah dapat kuasai main caklempong ni walaupun masih ada kelemahan. antara penyebab aku main dengan teruk ialah aku main dengan cara menghafal. bukan tengok notes. so bila tetiba blank je, terus tangan aku terbehenti dari memukul bonang2 yang tersusun depan mata. masa tu mata akan kelam kabut mencari notes atas kertas sambil tangan terkial-kial haha.. tak ada cara lain, terpaksa toleh kat my partner, sham. sham main caklempong dengan cara sentiasa ikut notes. bukan menghafal macam aku. walaupun aku yang ajar sham cara main, tapi dia lah tempat aku bergantung bila aku jadi blank. sampai cik din (instructor aku) cakap "tu lah..menghafal lagi!" huhu nampaknya aku kena belajar main sambil tengok notes lah.. takut malam esok aku jadi blank pula bila buat persembahan. InsyaAllah aku akan masukkan video masa real performance aku nanti.. sekarang ni korang nak perlekehkan cara aku main pun tak kisah lah.. malam esok persembahan!!!