Setiap insan berlainan pendapat, berlainan buah fikiran, berlainan citarasa..
Wasalam..
if MARDI, johor bahru
rasanya? nampak macam aku lebihkan kat ayer hitam je kan..yeke? hehehe sebab fikir duit lah ni.. kecewa sebenarnya sebab tak dapat Felda Ulu Penggili.. kalau Felda, lumayan gak elaun dia.. duit lagi.. motif?? bukan mata duitan ok.. tapi berjimat bukan kedekut keskeskes
bila kena manage duit sendiri, aku baru nampak macam mana kita kena berusaha untuk berjimat untuk masa depan. tak ada duit macam mana nak kahwin kan.. tetiba? isk lambat lagi lah bab kahwin2 ni.. nak berjaya dulu.. roommate aku suruh cari jodoh masa practical..gila ke apa? taknak ada unsur2 gatal ok..entah2 dapat supervisor garang macam rimau hehe
ok2 dah mula mengarut..
entry pun membosankan..
well, aku yang pakai tudung pink tu!
hari rabu iaitu 3 hari before kena perform depan pengarah koko, aku masih tak dapat nak bawa melodi dengan baik sampai down habis malam tu. tapi Alhamdulillah hari khamis aku dah dapat kuasai main caklempong ni walaupun masih ada kelemahan. antara penyebab aku main dengan teruk ialah aku main dengan cara menghafal. bukan tengok notes. so bila tetiba blank je, terus tangan aku terbehenti dari memukul bonang2 yang tersusun depan mata. masa tu mata akan kelam kabut mencari notes atas kertas sambil tangan terkial-kial haha.. tak ada cara lain, terpaksa toleh kat my partner, sham. sham main caklempong dengan cara sentiasa ikut notes. bukan menghafal macam aku. walaupun aku yang ajar sham cara main, tapi dia lah tempat aku bergantung bila aku jadi blank. sampai cik din (instructor aku) cakap "tu lah..menghafal lagi!" huhu nampaknya aku kena belajar main sambil tengok notes lah.. takut malam esok aku jadi blank pula bila buat persembahan. InsyaAllah aku akan masukkan video masa real performance aku nanti.. sekarang ni korang nak perlekehkan cara aku main pun tak kisah lah.. malam esok persembahan!!!