Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda

Nama Anda
Email
No. Telefon
Anda berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve Skin
Jana pendapatan tambahan
Bila waktu sesuai untuk hubungi anda 8am-12pm
12pm-6pm
6pm-11pm
Bandar anda berada

Get your own free form like this one.

Sunday, June 7, 2009

chaiyok jiha!

esok kerja!!
aku hampir2 terlupa..seronok sangat duk rumah
main dengan arnab2 yang comel...
baru je tadi aku macam 'eh esok kerja ke?'
tak pe jiha...3 minggu je lagi...
chaiyok2!!

esok tak dapat jumpa dia..
minggu depan baru dapat jumpa..
rindu nak tengok muka dia..
dia potongkan buah mangga utk aku haritu sebab aku geli tengok kumbang keluar dari buah
hehe
dia kritik air nescafe yang aku buat
aku tak kisah..
dia tengokkan aku naik motor..
berdebar lak rasa hehe...
dia hisap rokok..
aku tau walaupun sedaya upaya dia sorokkan..
dia..dia...dia..
aku masih cuba utk kenal hati budi dia..
cinta? rasanya belum lagi..
bukan senang nak cintakn orang...

oh ok..
waktu untuk tidur!
esok kerja!!!

Wednesday, June 3, 2009

tagged by Farhana Fadzil

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with d wedding plan!=) At the end, choose d people u want to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know about u! =)


1. how old are you?
= 21 years old! muda ke tua?

2. are you single?
= yeah...i m single but not desperate hehe

3. at what age do you think you'll get married?
= 24 or 25. if ada calon lah.. if still single terpaksa postpone lah

4. do you think you'll marrying the person you are with now?
= ok soalan ni boleh diabaikan cuz saya single sekarang...

5. if not, who do you want to marry?
= no idea.. tak dapat nak bayangkan sesiapa huhu

6. who will be your bridesmaid & bestman?
= Still don't decide yet. maybe my bestfriend..

7. do you want a garden/beach or traditional wedding?
=I prefer garden cuz nampak soo romantic keskeskes..but traditional pun ok gak kan... entahlah...

8. where do you plan to go on honeymoon?
= Bali? adoi..jiwa aku tengah tak boleh nak berjiwang2 skang..so tak boleh nak pk tmpt plg best for honeymoon

9. how many guests do you think you'll invite?
= sebanyak y mungkin..nak meriah!!

10. will that include your exes?
= sure..why not..

11. how many layers of cake do you want?
= THREE sudah..oh tapi nak tiramisu ok..mesti!

12. when do you want to get married, morning or evening?
= morning kot...

13. name the song/tune you'd like to play at your wedding.
= lagu rock kapak boleh? hahaha tak de lah..nak lagu y sweet je..

14. do you prefer fine dining or just normal spoon&fork?knife?
= depends on d theme..

15. champagne or red wine?
= apa punye soalan lah...

16. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
= days after d wedding la.. if right after d wedding dah sibuk nak honeymoon, mcm x proper lak..

17. money or household items?
= BOTH! huhu tamak la jiha ni!

18. how many kids would you like to have?
= I want twins! hehe tapi boleh ke? nak empat anak lah..

19. will you record your honeymoon in DVD/CD?
= Of course! tu kenangan lah..mesti lah nak record..

20. whose wedding plan would you like to know next.
= azie!!

Sunday, May 24, 2009

jieha versi terkini...

morning! hehe since praktikal ni, weekend pun aku bangun awal..
oh ye, wani, azie! aku dah berjaya naikkan 2kg sepanjang minggu ni!! hehe jangan tak caye tau!


haa...kan aku dah cakap badan aku dah berisi..better la dari dulu kan..oops katil kat belakang tu tengah sepah hehe...


ni aku tengah berusaha habiskan buku ni..tebal woo..ni tentang misteri yakjuj & makjuj.. kalau tak suka sejarah, tak digalakkan baca..hehe

ni kat tempat kerja..hehe kantoi buka facebook..

Saturday, May 23, 2009

lupakanlah saya...

patut ke aku pergi?
if 'dia' jemput dengan niat sebagai kawan, aku tak kisah..
tapi..risau lak if 'dia' kenalkan aku kat parents 'dia'..
aku takut...
nak elak dari pergi pun satu hal lak..
kakak 'dia' excited sangat jumpa aku...

harap sangat..berhentilah berharap..

Monday, May 18, 2009

saya yang tengah kebuluran

date: 18th May 2009
time: 1.15pm
place: tempat kerja
xtvt: online + lapar tak boleh keluar beli makanan bcuz its raining!! camne nak naik motor hujan2 ni without helmet!
perasaan: homesick! tidur rumah makcik minggu ni. tapi rasa macam nak balik rumah this wednesday.

conclusion: saya LAPAR yang teramat! esok nak bawa bekal biskut ke roti ke..so boleh makan sepanjang masa. haha~ ok2...dah tak boleh tahan lapar..nak redah hujan ni..

p/s: bukan saya yang bawa motor..saya tak pandai bawa. haritu bawa motor masuk semak haha..nasib baik tak rosak motor orang

Friday, May 15, 2009

lindungilah diriku ini

"Ya Allah, lindungilah aku dari gangguan syaitan dan segala bagai fitnah. Hanya pada Mu lah tempat ku berlindung..."

Thursday, May 14, 2009

makan empat kali sehari

hebat tak hebat perut aku ni? boleh melantak seharian.. walaupun dah kenyang, terpaksa gak menelan segala makanan depan mata semata-mata nak jaga hati orang.

semalam pukul 10.30 pg perut memang dah lapar betul. aku ni memang tak boleh biar perut kosong. kang sakit melarat-larat..so aku dengan kawan2 praktikal keluar jalan kaki gi beli makanan. selama ni naik kereta nampak macam dekat je warong tu dari tempat kerja aku. sekali bila jalan kaki, hambik ko! jauh gila! lepas makan tu, kitorang kena sambung kerja pembersihan fail2 lama. yela MARDI jb ni tengah dalam proses nak pindah. baru buat kerja sikit, diorang dah panggil makan. makan pisang goreng, ubi, keledek semua.

habis makan, konon nak lepak kat surau sementara tunggu zohor. alih-alih ada staf ajak kitorang ikut tauke cina yang nak sewakan tempat baru kitorang tu pergi tengok tapak baru mardi.. best lah kan dapat keluar. naik mercedes baru lagi.. masuk kereta macam jakun lah mewah sangat hahaha.. tauke tu cakap harga kereta dia RM640,000..fuh! lebih setengah juta.. (ala2 jakun ni)

baru pusing2 sekejap kat tapak tu, dah duduk tak larat + panas gila. tunggu tauke tu bincang apa ntah. sabar je lah.. sebelum balik, tauke tu ajak gi makan mi rebus tulang! adusss makan lagi ke? nak tau kat mana kitorang makan? warong depan rumah lama aku! hahaha masa tu perut memang dah kenyang betul lah.. tapi bila lagi kan makan free kan. bukan senang nak dapat orang belanja mahal2 ni.. semua sekali harga rm75..tujuh orang makan. ok lah tu.. tauke tu tengah baik hati kan..

semalam aku balik rumah maklong. lepas maghrib, maklong ajak makan. alamak.. dah r dia masak semata-mata untuk aku! yelaa selama ni dia duduk sorang, takde nye dia nak masak.. so nak tak nak aku makan lah..

ni nanti sure berat badan aku naik. bagus bagus..

Friday, May 8, 2009

pelbagai kejutan

ni baru lepas buat analisis sample kat lab.. tengah tunggu lunch hour! haha hari ni lunch hour lama sikit. jumaat kan..pagi tadi sampai awal. Alhamdulillah dapat elak traffic jam. tapi nak bangun pagi tadi susah sangat. macam tak larat gila. drive gi kerja pun macam mamai2 je lagi hehe..

ni baru je dapat mesej dari kawan sekolah rendah. ada kawan kitorang baru je kembali ke Rahmatullah. nama arwah Shahrul Nizam. al Fatihah buat arwah.. semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..

tadi penat buat kerja, pergi pantry jap. ada 2 orang staf kat situ. sorang aku panggil dia Tuk. sorang lagi cik Diman. Sambil minum2 kat situ, berbual lah dengan diorang. tetiba Tuk tanya "kalau awak pilih lelaki, awak pilih duit ke cinta?" terkejut beruk aku kat situ. nasib tak tersembur air teh tu. isk apa aku nak jawab ni..? nak tau apa yang keluar dari mulut aku? "isk tuk ni..geli r dengar soalan camni.." haha aku sendiri terkejut aku boleh cakap camtu. ape lagi ketawa besar lah Cik Diman tu..pastu aku jawab lah ikut rasional aku..perbualan kitorang sampai buat perbandingan cinta zaman dulu dengan sekarang..pastu kes Roslin Hashim plak.. aku lebih banyak senyap je lah..tak minat wohhh nak layan topik camni.. dah tak larat nak layan, aku blah gi sambung kerja..

ok2..nak keluar makan..lapar betul ni..

Wednesday, May 6, 2009

perjalanan hidup

kerna sekali cinta..aku tetap cinta..
uich tak ada kena mengena lirik ni dengan tajuk entry. tetiba lagu tu terngiang kat telinga..

keje hari ini..phew..aku datang LAMBAT! shit!
hari ni traffic jam melampau lampau. sepatutnya kalau waktu biasa boleh sampai paling lambat sejam je but tadi dari rumah sampai tempat kerja aku 2 jam 15 min! boleh sakit jiwa tau! semalam tak ada lah seteruk hari ni. ingatkan dah cukup bagus dah aku keluar rumah 6.15am. nasib lah supervisor aku dengan pegawai2 tak ada tadi. tinggal staf je so tak ada lah segan sangat hehe. Eim, thanks cuz punched my card hehe..

waktu balik tadi yang kelakarnya, ramai2 tunggu depan mesin punch card tu! tunggu pukul 5.. padahal pegawai yang lain still khusyuk buat kerja, aku join staf2 yang lain (lebih kurang 10 orang) lepak depan mesin tu sebab semua tak sabar nak balik. riuh rendah kat situ.

oh ye, tadi aku balik rumah naik bas. mama ambil semula kereta dia sebab nak gi klia. ambil abah balik dari umrah.

semalam terkejut sangat bila abah call. dia cakap yang dia baru keluar hospital sebab demam teruk! haaiii dah keluar hospital baru nak bagitahu walaupun duduk hospital mekah 2 hari! abah..abah.. ni pun tak tahu lah dah sembuh betul ke tak.. harap2 semuanya selamat..Amin..

teringat kak erin (roommate aku sem lepas) hari tu ada bagi semangat sebelum aku LI. pastu ayat terakhir dia, "kalau jumpa bf baru, bagitahu akak tau" haha tak ada maknanya lah akak... nak sangat gee ada bf ni kenapa?

hari tu, ada orang ajak aku kahwin..uich suspen jap.. hakhakhak aku tau dia main2.. tak ada gaya melamar dengan serius. so aku tolak mentah2.. muda lagi wehh.. bercinta pun tak, alih2 ajak kahwin.. kelakar lah plak..

eh ok2.. suka melalut cerita lari topik. topik aku perjalanan hidup, perjalanan hidup hari ini.. jiha, cuba stick kat topik bila cerita!

Monday, May 4, 2009

i feel the emptiness inside me

..I miss him..
sangat2..
it s not easy to forget someone that we really care and love!
arghh rindu sangat..